5 Opah Suka!

Family Series 57531

“Kau kena bertanggungjawab!”

“Hanya kerana Musang King saya kena bertanggungjawab pada kau? Hello! Are you out of your mind?”

“Tak kira! Saya nak bahagian saya. Bagi balik hak saya, sekarang! Kalau tak, saya akan ikut kau ke mana saja! Kau takkan terlepas dengan mudah, kau faham tak?!”

Rhett Raffendy takkan mengalah! Gadis itu tak tahu bertapa kecewanya dia kerana tak dapat makan buah durian itu. Bertapa kelaparannya dia dan hanya mampu mengalas perut dengan air. Senang-senang gadis tu lari bersama buah durian hasil penat lelah dia panjat dah jatuhkan?

“Whatever!” Malas mahu teruskan bicara yang dia rasakan cuma sia-sia, Deila bergegas masuk semula ke dalam kedai runcit.

“Whatever? Tengok apa yang saya mampu buat! Hidup kau takkan tenang selepas ini!” Rhett menjerit sambil mengejar laju. Deila menjeling geram. Dia melajukan langkah. Semakin pantas kaki Rhett mengejar. Aduh, masalah besar macam ni! Getus batin Deila.

Amirul sedari tadi cuba mengintai dari dalam kedai terus meluru ke arah Deila sebaik sahaja melihat kelibat Deila masuk. Dia sungguh tak puas hati tadi bila Deila suruh dia masuk jaga kedai. Dia jadi was-was tentang hubungan Deila dan lelaki asing itu.

“Siapa tu?” Wajah tegang tak disembunyikan langsung. Deila pandang Amirul sekejap sebelum mengemas meja dan bekas makanan mereka tadi.

“Saya tak tahu!” Deila jawab dengan bibir terbiut-biut. Geram pada lelaki asing itu masih tersisa.

“Tak tahu? Habis tu yang dia kejar kau apasal?” Amirul tanya tidak puas hati. Deila menjeling lelaki asing yang terpacak di muka pintu kedai, sedang menghunus renungan berbahang ke arah dia. Deila gigit bibir. Ni kalau orang kampung nampak, bahaya ni!

“Oh, maksud kau lelaki tu ke?” Deila memuncungkan bibir ke arah Rhett. “Itu saudara opah dari jauh. Hari ni kita tutup kedai awal sikitlah. Saya nak bawa dia jumpa opah.” Alasan yang direka oleh otak kreatif dia sebenarnya. Malas dia nanti Amirul banyak soal.

Penduduk di kampung dia ni susah sikit. Kalau mereka tahu ada lelaki asing muncul di kedai apalagi ikut dia balik rumah, alamat namanya akan terus diblacklist oleh para ibu-ibu yang punya anak teruna. Bukan hanya dicanang di sekitar kampung malah sampai ke kampung-kampung sebelah. Dia risau lelaki itu akan mengotakan kata, nak ikut dia ke mana-mana kalau dia tak bagi apa yang lelaki itu mahu.

“Oh, saudara opah rupanya. Atas urusan apa nak jumpa opah?” Amirul tanya lagi.

“Manalah saya tahu. Nak saya curi dengar perbualan mereka nanti dan buat laporan penuh kepada kau ke?” Terjuih bibir Amirul bila diperli. Kunci motor di atas meja kaunter segera dicapai.

“Yela tu, orang tanya sikit pun tak boleh! Saya balik dululah. Kau okay tak nak tarik grill tu nanti?”

“Okay jer, kau baliklah dulu. Siap kemas ni saya baliklah.” Amirul mengangguk lalu berlalu pergi.

Langkah mati apabila berpapasan dengan Rhett Raffendy di muka pintu. Amirul tidak dapat melarikan bebola mata dari memandang kagum figura super sempurna di depannya itu. Dahlah wajah terukir sempurna, miliki pula bentuk tubuh badan idaman lelaki dan pujaan wanita. Sedikit tercalar ego lelaki Amirul melihat kesempurnaan Rhett.

“Kau ni bersaudara dengan opah sebelah mana? Setahu saya opah cuma punya seorang anak perempuan. Arwah ibu Del dah lama meninggal, begitu juga arwah bapa dia.” Tak dapat tahan rasa penasaran, Amirul aju soalan kepada Rhett.

Buat seketika, Rhett hanya merenung Amirul dengan wajah tercengang kebingungan. Bersaudara? Sejak bila dia punya saudara di kampung terpencil itu? Otak ligat berfikir.

“Oh, nenda saya dan opah adik beradik.” Entah macam mana otak boleh keluarkan idea tu, dia terus rembat cakap tanpa fikir panjang. Mungkin lebih baik dia ikut je rentak.

“Adik beradik? Bukan opah kata dia anak tunggal ke?”

“Berlainan bapa!” Pantas Rhett menambah. Terangguk-angguk Amirul dengar jawapan yang diberi. Wajah nampak puas hati.

“Yela. Urm… sampai bila kau bercadang nak menginap di rumah opah?” Amirul aju soalan lagi. Ada sedikit kerisauan bila muncul seorang lelaki setampan itu dan tinggal sebumbung pula dengan Deila Araferro. Walau pun ada ikatan persaudaraan, segalanya bisa terjadi bila syaitan menyucuk jarum jahatnya.

Rhett jeda sejenak. Menginap di rumah opah? Tak terfikir pun, tapi idea yang bagus berbanding tidur dalam kereta.

“Sampai urusan saya selesai.” Yakin Rhett jawab. Melihat keyakinan yang Rhett pamerkan, Amirul mulai rasa tak sedap hati.

“Tujuan kau datang…” Amirul pantas mendekatkan bibir ke kuping telinga Rhett. “bukan nak masuk meminang kan?”

Pantas Rhett tarik wajah menjauhi Amirul. Lelaki itu dipandang dengan rasa pelik.

“Nak pinang siapa? Opah? Tak kut, datuk saya dah lama dah pergi tinggalkan dunia ni.” Balas Rhett, yang sebenarnya merupakan sebuah jawapan sindirian, tu pun kalaulah lelaki itu faham.

“Maksud saya bukan opah tapi cucu dia tu.” Amirul bersuara perlahan sambil memuncungkan bibir ke arah Deila yang masih sibuk mengemas kaunter.

Perempuan tu? Pantas bibir terherot tinggi. Mohon simpang malaikat 44! Boleh tunggang terbalik dunianya jika minah kepoh itu dibawa masuk dalam hidup dia.

“Tak!” Laju Rhett jawab. Siap tarik wajah menyampah saat dia jeling Deila.

“Good, I trust you buddy!” Bahu Rhett ditepuk mesra sebelum Amirul berlalu pergi. Kembang corong telinga Rhett dengar. Buddy? Sejak bila coba? Apa memang orang dekat sini pelik-pelik ke perangai? Rhett pandang sekitar. Argh, rasa macam nak pecut balik ke bandar.

“Hoi!!!”

Rhett mendengus sebal. Hoi katanya okay! Macam sedang menggertak haiwan liar. Rhett buat tak dengar.

“Meh sini tolong saya tarik grill ni!” Pekik Deila. Geram bila tak diendahkan.

“Apa guna dua tangan kau tu? Buatlah sendiri!”

“Apa kau cakap?! Kalau macam tu, shuuu! Pergi! Lupakan Musang King tu!”

Rhett diam dan berfikir sejenak. Kalau dia balik dengan tangan kosong, pasti teruk dia dimarahi nenda. Lagi pun, dah alang-alang sampai. Takkan nak biarkan penat lelahnya tempuh perjalanan jauh, diri yang hampir kebulur… itu semuanya sia-sia?

Akhirnya Rhett melepaskan nafas keras, lalu mengorak langkah menghampiri gadis yang sedang mengerah tenaga untuk menarik grill besi pintu kedai runcit.

“Buat grill guna besi berkarat dah kenapa? Roda dekat bawah tu dah berkarat, tu pasal keras nak tarik.” Gerutu Rhett. Tangan Deila ditepis kasar. “Pergi, biar saya buat!”

Deila mengerut bibir, menyampah sungguh dia dengan sikap berlagak lelaki di depannya itu. Dengan mudah, Rhett menyelesaikan masalah tersebut. Menarik grill hingga ke penghujungnya. Deila menyangkut kunci mangga kemudian mengangkat barang-barangnya menuju ke kereta. Rhett hanya memandang.

“Hoi!” Dia balas panggil gadis itu guna perkataan yang sama. Deila gigit bibir, menahan geram.

“Saya nak tumpang di rumah kau, boleh tak?”

“Tak boleh!” Laju benar Deila bantah. Wajah tampan Rhett ditenung dengan tajam.

“Well, saya tak berniat nak tinggal secara percuma. Saya akan bayar kau. Anggap jela rumah kau sebagai homestay. Saya akan bayar ikut permintaan kau.” Mata Deila terkuak luas bila dengar perkataan ‘bayar’. Eh, ini namanya business, boleh buat duit banyak!

“Okay, deal!” Terus dipersetujui tanpa fikir panjang. Jika dilihat, lelaki itu bukan berniat jahat, wajah pun macam dari keturunan baik-baik. Dia yakin dengan nalurinya.

Rhett memandu di belakang kereta kancil berwarna pink terang Deila. Mujur matahari sudah hampir terbenam, kalau tidak boleh buta matanya dek terang benderang warna kereta itu. Faham juga dia ramai je orang perempuan gilakan warna pink, tapi jarang dia jumpa orang pergi cat kereta guna warna terang menyala macam warna yang Deila pilih. Aneh dan gerun pula dia lihat!

Kereta single cab Rhett akhirnya berhenti di halaman sebuah rumah separuh kayu yang sederhana besarnya. Rhett turun dan sempat memerhati keadaan sekeliling. Walau pun daif di matanya, namun tempat tersebut bersih, udaranya segar dan suasana begitu tenang mendamaikan.

“Welcome to Miss Pepero’s Homestay! Rate dekat sini mahal tau. Sebab? Kau akan dapat layanan five stars, makanan sedap-sedap dan rumah yang selesa.” Sejak dalam perjalanan balik Deila asyik fikirkan tentang itu!

Miss Pepero’s Homestay, okay apa? Lepas ni dia akan betul-betul buat. Nanti dia dapat duit bayaran dari lelaki itu, dia bercadang mahu cantikkan rumah mereka dan jadikan homestay. Tersengih-sengih Deila bila memikirkan duit bertimbun-timbun yang bakal dia dapat kelak.

“Hello! Saya tanya ni, bilik saya di mana? Nak simpan barang-barang saya.” Terkejut Deila dari angan-angan Mat Jeninnya bila Rhett petik jari di depan muka dia.

“Hesy! Saya patahkan jari kau kang!” Geram, Deila tepis kasar tangan Rhett lalu melanggar bahu lelaki itu dan terus pergi tinggalkan Rhett yang tampak terpinga-pinga dengan tindakan dia itu.

“Hoi! Bilik saya mana? Macam ni kau kata servis five stars?!” Rhett mengejar laju sambil menarik beg besarnya. Belum lagi yang tersangkut di bahu kiri dan kanan dia.

“Buat masa ni takde bilik kosong so kau akan tidur di ruang tamu!”

“What?! Are you kidding me? Saya tak nak!”

“Tak nak sudah, you boleh blah!”

Hish, kejam betul minah kepoh ni kan! Rhett memandang tajam belakang Deila. Kalau saja dia punya super power, mahu saja dia laser tubuh perempuan itu hanya dengan mata biar berlubang seribu. Sakit betul hati dia!

“Kau dah setuju tadi kan? Mana boleh tarik balik! Saya nak ke mana sekarang? Sekejap lagi hari dah nak gelap!” Bentak Rhett dengan wajah mulai menegang. Kesabaran sudah senipis kulit bawang hadap gadis itu.

“Masalahnya memang tiada bilik kosong buat masa ni! Fully occupied, dua tiga hari baru ada kekosongan. Tak lama pun, kau sabarlah sekejap. Ruang tamu rumah saya selesa apa, macam bilik hotel lima bintang jugak!”

Argh!!! Rhett kusutkan rambut, cuba mengawal rasa marah yang membuak.

“Okay, dua tiga hari je kan?” Akhirnya, Rhett akur walau pun dia tidak berharap yang dia akan berada di kampung itu selama itu.

Deila tersengih senang hati. Bukan tiada bilik kosong di tingkat atas tetapi semuanya penuh dengan stok-stok barangan kedai runcit dia. Memang ada niat mahu buat stor di belakang kedainya, cuma saja ongkosnya belum mencukupi. Jadi, buat sementara waktu, semua dia sumbat dalam rumah.

“Ini ruang tamu. Kau pilih je mana-mana kusyen untuk jadi katil kau nanti. Amacam, selesa kan? Ruangan yang luas dan kemas, cantik lagi!” Rhett hanya mampu mengeluh.

Hanya ada beberapa sofa rotan di kawasan tersebut. Selebihnya, hanya tikar getah membalut lantai simen. Tu pun sudah ada bahagian yang terkoyak dan hanya ditampal dengan binding tape. Rhett ketap bibir. Tak pernah dia bayangkan suatu hari dia akan tinggal di rumah sedaif itu.

Tapi tula, mahu bertekak dia sudah tiada tenaga. Lebih baik dia mengalah dahulu. Yang penting, malam ini dia tidak mengekerot tidur di dalam kereta. Kusyen rotan itu lebih selesa berbanding kerusi single cabnya.

“Mana bilik air? Saya nak mandi.”

Deila menyeringai dengar pertanyaan Rhett. Wajah tampan itu ditenung sebentar.

“Nak mandi? Bilik mandi kat sini terbuka tau. Kau ada baldi dan gayung tak?” Hampir bercantum kening Rhett. Bagi dia soalan itu terlalu pelik namun dia tetap geleng sebagai jawapan.

“Takpe, homestay ni akan sediakan untuk kau. Sekarang bawalah tuala, kain pelikat dan sabun kau. Saya bawa kau ke bilik air istimewa dan pastinya akan segarkan tubuh kau.”

Walau pun ada rasa pelik, Rhett akur dan mulai mengorek beg besarnya. Bertambah pelik bila Deila membawa dia keluar rumah melalui pintu belakang dan terus menyusuri denai menuju ke kawasan belukar di belakang rumah.

“Kita nak ke mana?” Rhett tanya kerana dia mulai rasa sangsi. Deila sengih.

“Kau nak mandi kan? Sabarlah, sekejap lagi kita sampailah, tak jauh mana pun lagi ni.”

Buntang mata Rhett bila Deila mematikan langkah. Di hadapan mereka, mengalir air sungai yang agak deras tetapi sangat jernih airnya kerana dasar yang dipenuhi batu sungai.

“Maaflah, rumah kampung takde bekalan air paip. Dekat sungai nila orang kampung mandi dan dapatkan bekalan air. Mandilah puas-puas ya, jangan risau. Air sungai ni free je so tiada istilah membazir. Saya pergi dulu. Kau jangan pula tersesat balik nanti. Ikut je denai tu.” Deila lempar sengih lebar sebelum bergegas pergi.

Buat seketika, Rhett hanya memandang air sungai yang mengalir dengan tenang. Sukar digambarkan perasaan dia saat itu. Semuanya terlalu baru dan sulit mahu sesuaikan diri. Mandi air sungai? Seumur hidup tak pernah dia buat.

Hari ini, terpaksa dibuat kerana dia sendiri sudah tidak tahan dengan rasa melekit pada tubuh. Rhett duduk mencangkung lalu cuba membasahkan wajah. Ya Allah, sejuk gila! Macam mandi ais batu. Tiada pilihan, baju ditanggalkan. Seluar jeans masih tersarung kerana dia mahu gosok gigi terlebih dahulu.

Rhett mulai rasa kekok bila dipandang pelik oleh beberapa penduduk kampung yang kebetulan melintas berhampiran dengan sungai tersebut. Siap berbisik-bisik sambil ketawa memandang dia. Apa yang pelik? Rhett cuba untuk tidak memandang dan buat biasa je. Mungkin kerana dia bukan penduduk kampung kot! Rhett cuba memujuk hati.

“Eh? Anak ni dari mana? Buat apa di sini?” Terlompat setempat Rhett bila satu suara menyergah. Hampir dia tertelan berus gigi! Rhett menoleh dengan laju.

Seorang wanita tua terbongkok-bongkok menghampiri. Mungkin usianya lebih kurang dengan Tok Teh. Bezanya tok dia masih kuat bergaya, tak macam wanita tua yang semakin menghampiri itu. Rambut sejemput berwarna putih hanya dibungkus anak tudung, berbaju kurung kedah lusuh dan memakai kain batik, juga sudah terlalu lusuh hingga sukar melihat corak dan warna sebenarnya.

“Anak ni dari mana?” Wanita tua itu kembali bertanya setelah berdiri hampir dengan Rhett. Wajah Rhett ditenung tak berkelip.

“Saya dari bandar, datang ke sini mencari seseorang. Saya menginap di rumah dua tingkat depan sana tu buat sementara waktu.” Jawab Rhett dengan sopan walau pun mulut dipenuhi buih berwarna putih. Dia tengah gosok gigi kot!

“Itu rumah opah!”

“Ya, saya dengar macam tula.” Rhett jawab polos sambil mengesat sisa-sisa buih putih di bibir. Langsung tak sedar wanita tua di depannya itulah yang dipanggil opah oleh orang kampung.

“Del ke yang bawa kau?” Dahi Rhett berkerut sedikit. So, minah kepoh tu dipanggil Del ke?

“Ya, rasanya dialah tu.”

“Wah, opah suka! Opah suka!”

Rhett pandang nenek di depannya dengan muka bingung. Opah? Baru dia sedar. Nenek ni yang dipanggil opah!

“Habis tu yang kau mandi dekat sini kenapa? Bekalan air paip di rumah terputus ke?”

Cis! Batin terus menyumpah. Tak guna minah kepoh tu! Juga baru sedar yang dia dah dipermainkan!

“Perempuan tu kata…”

“Kau dengarlah cakap budak Del tu! Ni mesti dia kata rumah tu takde air paip dan suruh kau mandi sungai kan? Dahlah, sejuk air sungai ni, nanti kau sakit. Jom, ikut opah balik sekarang. Taulah opah ajar cucu opah tu nanti!”

Terkocoh-kocoh Rhett kemas barang dan membuntuti opah. Panas sungguh hati dia saat itu. Mujur baru berus gigi tadi. Belum terlanjur mandi guna air sesejuk air dari peti ais itu.

“Anak ni siapa nama?” Opah tenung wajah tampan Rhett sekali lagi dengan mata tak berkelip.

“Nama saya Rhett Raffendy, opah.”

“Wah, opah suka! Opah suka!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience