Bab 7

Horror & Thriller Completed 7874

BAB 7

"Mimpi apa sambil menjerit-jerit nama adik ni?" tanya adik apabila aku membuka mata.

Terasa pedih di pipi dan aku lihat mama juga ada disebelah aku. Apa semua ni?

"Ain ni kenapa? Dah seminggu lebih kita di sini, Ain elok-elok sahaja tidur. Malam ni adik tidur dengan mama dan papa, kamu dah meracau sampai begini? Apahalnya ni?" tanya mama pula.

Aku bermimpi rupanya. Aku beristighfar setlah mama mengingatkan. Kepala ku disuap mama dan sebelum menghadiahkan satu kucupan di dahi meminta ku tidur kembali.

Subuh itu mama ke bilik melihat keadaan aku. Langsung mengejutkan untuk solat subuh.

Selesai itu aku bersiap seperti semalam untuk ke sekolah dan turun ke meja makan untuk bersarapan bersama papayang juga akan ke pejabat selepas menghantar kami ke sekolah.

"Ain dah ok? Lupa basuh kaki agaknya semalam?" kata papa menyindir.

"Entahlah pa. Rasa macam betul-betul terjadi." Jawab ku tenang.

"Apa yang Ain mimpikan tu?" soal papa lagi.

"Ain nampak ada wanita pakai baju putih sedang pangku adik tidur. Ain cuba panggil adik tapi adik tak dengar. Ain cuba bergerak pun tak boleh. Pelik. Pelik sangat mimpi Ain ni pa," jawabku pula.

"Mimpikan mainan tidur saja. InshaAllah tak ada apa. Adik sihat je. Selamat," jamin ayah sambil menghulurkan roti bakar ke arah aku. Aku hanya menjugkit hujung bibir dan menyambut roti bakar itu. Aku sua ke mulut dan kunyah perlahan kerana fikiran aku teringat mimpi itu. Tidak ngeri tapi pelik.

"Papa tunggu kamu dan adik di depan ya," pesan papa. Aku mengangguk sahaja.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

"Adik, baju koyak lagi?" tanya aku sambil mengerut dahi. kain yang koyak di belakang baju seragamnya aku sentuh.

"Eh ye ke? Adik tak perasan. Mungkin koyak masa adik jatuh tadi." Jawabnya sambil cuba melihat bajunya yang koyak di belakang tai tak sampai.

"Jangan nakal sangat nanti mama marah. Macam mana adik boleh jatuh ni?" soal aku lagi.

"Entah. Adik tengah jalan tadi nak pergi tandas, tiba-tiba adik rasa macam ada orang tolak adik dengan kuat. tapi tak ada sesiapa pun di situ." jawabnya dengan muka sedih.

"Betul ke ni? Asyik tak tahu siapa buat. Tak pe la. lain kali berhati-hati." pesanku.

"Mujur ada seorang perempuan baju putih tolong adik tadi." sambungnya lagi.

"Perempuan baju putih?" soalku pelik. Mana ada orang baju putih di sekolah ini.

"Aah. Perempuan baju putih. Rambut panjang hitam. Tapi muka dia pucat sikit macam sakit." jawab adik ringkas.

Setahu aku tiada sesiapa seperti yang diceritakan adik ada di sekolah ini...Jadi siapa pula yang adik maksudkan itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience