26 - Princess ?

Romance Completed 45760

Seperti yang dijanjikan, sebuah kereta hitam berhenti tepat di hadapan Puteri Hanis. Dari tadi lagi wanita itu menunggu dirinya untuk diambil. Ikutkan hati, mahu saja dia menggunakan pacuan dua rodanya menuju ke Lapangan terbang antarabangsa. Terhegeh-hegeh dia memboloskan diri pada seat belakang di mana Haiqal Jason duduk dengan tenang bersama kaca mata hitam yang digunakan. Handsome gila mamat ni!

Hanis menguntumkan sebuah senyuman sebelum dia menyapa lelaki itu. “Pergh... Kacak benor tuan saya hari ni. Muka pun berseri-seri,” puji Hanis dengan riang. Sebenarnya, dia sebak apabila mengetahui lelaki itu akan pergi sebulan lamanya. Tidurnya pun cukup tak cukup saja. Gelisah hatinya sampailah saat ini.

“Sebelum ni aku tak kacaklah?” balas Jason dengan pertanyaan. Kaca mata dilepaskan sebelum dia menoleh ke arah wanita disebelahnya.

Hanis tersengih-sengih apabila dirinya dijeling tajam oleh majikannya sendiri. “Mestilah kacak. Tapi, hari ini level kekacakan tuan dah sampai tahap maksimum dah...” jelasnya.

“Hmm, whatever.”

“Elleh, tak percayalah tu.” ujar Hanis.

Keadaan kembali bungkam seketika. Hanis dan Jason masing-masing melontar pandangan ke luar tingkap. Kereta yang dipandu oleh pakcik Abu bergerak laju di atas jalan raya menuju ke KLIA. Pakcik Abu merupakan pemandu peribadi Datin Jumira. Telah lama dia berkhidmat pada keluarga kaya itu.

Datin Jumira yang meminta pakcik Abu untuk menghantar Haiqal Jason sampai ke airport. Datin Jumira tidak dapat ikut bersama kerana terpaksa menjaga restorannya. Alhamdulillah, semakin banyak para pelanggan tertarik untuk berkunjung dan merasakan menu-menu yang disediakan di sana.

“Flight tuan pukul berapa?” tanya Hanis setelah mengerling jam di tangan. Ia telah menunjukkan pukul 11:40 pagi.

“Pukul 1 lebih kut. Why? Kau dah tak sabar nak halau aku dari Malaysia ke?” balas Jason sengaja ingin mengusik wanita itu. Selepas ini, lama lagi baru dapat mengusik wanita tersebut. Lama untuk melihat senyuman manis yang terlakar di bibir Hanis. Tiba-tiba, rasa berat hati pula hendak meninggalkan wanita itu.

“Saya tak cakap apa pun. Saya tanya aje,”

“Aku pun cakap aje... manalah tahu betul, kan?”

“Ish, tuan ni. Tak nak kalah! Apa pun saya doakan tuan selamat sampai ke tujuan. Kerja dekat sini, jangan risau... insya-Allah saya tangani dengan sebaik mungkin.” Kata Hanis sungguh-sungguh. Inilah masanya untuk dia membalas budi lelaki itu meskipun bukan dari segi wang ringgit. Sekurang-kurangnya, dia dapat menyumbang dari segi tenaga membantu Haiqal Jason mengurus hal Cafe sementara ketiadaan lelaki itu.

“Kau tak cakap pun, aku percaya. Semua kerja kau bagus. Tak cepat mengeluh walaupun aku bawa kau masuk ke dalam kebun yang banyak nyamuk. Tapi... satu je aku perasan...”

“Apa dia?” tanya Hanis ingin tahu. Pandangan tidak lepas dari melihat wajah majikannya. Fikiran sudah melayang jauh memikirkan kerja-kerja yang dilakukan sebelum ini. Ada yang pelik ke?

“Kau tak suka bila aku minta untuk kemas rumah aku, bukan?” Jason membalas pandangan Hanis. Kening sebelah kiri dijongketkan ke atas.

“Mana ada...” Hanis menyangkal tanggapan Jason. Cepat-cepat dia alihkan pandangan ke depan. Huru hara jantungnya berdegup apabila di pandang begitu. Bahkan, otaknya juga tidak berfungsi dengan sebaiknya. Kucar-kacir dibuatnya!

“Tak payah tipulah, aku dapat bezakan reaksi wajah kau. Monyok aje,”

Hanis tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Begitu mudah lelaki itu dapat membezakan reaksi wajahnya. Memang betul apa yang dikatakan oleh Jason. Dia tidak berapa senang untuk mengemas rumah orang kerana teringatkan masa lalu yang gelap gelita.

“Tuan muda, kita dah sampai...” Pakcik Abu membuka suara setelah lama menjadi pendengar setia di dalam kereta itu. Dia melihat Hanis dan Jason silih berganti dari cermin pandang belekang kereta.

“Terima kasih, pakcik. Nanti pakcik hantar Hanis balik boleh?” ujar Jason setelah keluar dari perut kereta.

“Boleh, tuan muda.”

“Tak payahlah, tuan. Saya boleh balik sendiri naik teksi. Janganlah susahkan pakcik Abu.” Hanis terus mencelah dan menolak dengan baik. Seperti biasa, dia tidak mahu menyusahkan orang lain untuk menghantarnya.

“Are you sure, princess?” soal Jason sedikit ragu-ragu. Bukan apa, dia cuma merisaukan keadaan wanita itu.

Hanis membalas dengan anggukan kecil. Wait? Princess? Dia panggil aku princess?! Tak salah dengar kan?! Tenang Hanis, tenang.

Pertama kali dirinya dipanggil dengan gelaran 'Princess'. Depan orang pula tu. Sudah semestinya hati dipenuhi dengan bunga-bunga yang mekar. Haih, tak tidur tiga hari tiga malamlah ni jawabnya!

“Kalau macam tu, pakcik Abu boleh geraklah. Terima kasih sekali lagi,” ucap Jason untuk kali kedua.

“Ini dah menjadi tugas saya, tuan muda. Kalau dah tak ada apa-apa, pakcik minta diri dulu. Hati-hati, tuan muda. Sampai jumpa,” balas Pakcik Abu. Selang beberapa saat, kereta dipandu oleh Pakcik Abu mula bergerak meninggalkan kawasan airport.

Hanis melemparkan pandangan melihat kawasan lapangan terbang yang dipenuhi oleh para manusia. Sengaja memandang ke arah lain untuk menenangkan jiwa yang meronta-ronta hanya disebabkan satu patah perkataan itu.

“Thanks sebab sudi hantar aku sampai airport ni. Sorry sebab curi masa kau,” suara Jason bergema di gegendang telinga Hanis. Laju wanita itu menoleh.

“Alaa... santai ajelah. Saya...” kata-kata Hanis berhenti disitu sebaik sahaja tubuh kecilnys ditarik dalam pelukan lelaki itu. Erat. Sangat erat. Semakin terkejut lagi Hanis dibuatnya. Debaran jantung untuk panggilan tadi belum redah, di tambah lagi dengan aksi spontan lelaki ini. Memang senaman jantung disiang hari!

“Tunggu aku balik, ada kejutan buat kau nanti,” bisik Jason sebelum ia meleraikan pelukan tersebut. Tersenyum lebar saat melihat reaksi Hanis saat itu. Memang tak boleh kawal langsung reaksi wajahnya. Comel..

“My mistake, sorry princess...” kata Jason dengan selamba sambil mengusap lembut kepala Hanis. Beberapa orang yang ternampak situasi itu tersenyum melihat mereka berdua. Hanis sudah tidak mampu untuk berkata-kata sehinggalah muncul kelibat Jayden dan Atiqah di situ. Malu? Yes!

“Apa hal kau lambat sangat?” tanya Jason sambil menjauhkan sedikit jarak dengan Hanis.

“Kereta tu buat hal tengah jalan. Berapa lama kau dekat Vietnam tu?” tanya Jayden pula. Baru semalam dia dapat berita bahawa kembarnya akan ke luar negara. Hal ini tidak mengejutkan bagi diri Jayden kerana sudah mendalami perangai kembarnya itu. Selalunya Jason akan memilih dirinya menjadi orang terakhir untuk mengetahui sesuatu hal. Suka sangat berahsia dengan kembar sendiri!

“Sebulan macam tu,” ringkas dan padat jawapan diberikan kepada Jayden.

“Lamanya. Jangan tak ingat jalan balik sudah. Silap hari bulan, aku dapat ipar dari Vietnam pula,” perli Jayden sebelum meledakkan tawanya.

“Diamlah. Pilihan aku tetap wanita melayu, ingat tu.” balas Jason sambil menepuk-nepuk bahu Haiqal Jayden. Sesekali matanya memandang ke arah Hanis. Hanya wanita itu yang sempurna dimatanya. Hanya wanita itu menjadi pilihan hatinya. Sampai bila-bila.

“Hati-hati, tuan. Semoga sampai dengan selamat,” ujar Atiqah. Tuan pun tuanlah. Dia bingung hendak memanggil lelaki itu walaupun sudah menjadi abang iparnya. Mahu memanggil dengan nama, tapi terasa tidak mesra pula. Biarlah, lelaki itu tidak mempertikaikan juga.

“Thanks, Tiqah. Tolong tengokkan budak Hanis ni. Rasanya, aku kena gerak sekarang. See you,” pesan Jason sebelum meminta diri dan bergerak menuju ke pintu pemeriksaan Imigresen.

Sempat lagi dia menoleh ke arah Hanis. Wajah wanita itu penuh dengan tanda tanya. Biarlah wanita tersebut tertanya-tanya dengan sifatnya tadi. Entah keberanian dari mana tiba-tiba menyambar dirinya. Dalam tempoh ketiadaan dirinya, dia berharap agar tiada lelaki yang berani mendekatkan diri dengan Putri Hanis. Takutnya ada jejaka lain yang mendahului dirinya meminang wanita itu.

Dia sudah berfikir semasak yang mungkin, lepas sahaja urusan Cafenya di Vietnam itu selesai dan selamat kembali ke tanah air semula, dia akan melamar dan menikahi wanita bernama Putri Hanis. Mahu atau tidak, dia akan pastikan wanita itu menjadi miliknya sehingga akhir hayat. Suka atau tidak, kau kena terima juga!

“Hanis?! Kau tak nak balik ke? Jom,” Suara Atiqah menyedarkan Hanis ke alam nyata. Cepat-cepat dia mendapatkan sahabatnya keluar dari kawasan lapangan terbang antarabangsa itu. Seketika, dia melupakan perkara yang terjadi antara dirinya dengan Jason sebentar tadi.

****

Happy reading <33 . Maaf tau kalau ada typo hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience