BAB 17

Romance Completed 2053

KEESOKANNYA, seperti yang dikatakan Taza semalam, aku ke Wisdom Garden setengah jam lebih awal. Itupun selepas kelas bahasa Inggeris tamat. Tujuan aku ke situ lebih awal disebabkan...ingin berlatih. Berlatih apa, entahlah. Aku sendiri tak pasti.

“I believe...that...you’re my Cinderella. I love...arh! Kenapa aku tak boleh katakannya?!” Aku geram dan tersangat marah dengan diri sendiri. Kenapa aku tak boleh katakannya?

“Senior Firhan ? Awak ke tu?” Satu suara yang cukup merdu dan perlahan, yang biasa ku dengar, menyapa gegendang telingaku. Aku menoleh dan...

“Cindyella. Saya...urm...awak...” Di hadapan ku, berdirinya seorang gadis memakai t-shirt berwarna pink, berseluar jeans warna putih dan bertudung bawal two tone – berwarna pink putih.

“Saya dah tahu. Senior Taza dah bagitahu saya.”

“Bagitahu awak apa? Yang saya suka awak...”

“Dia bagitahu yang brooch saya ada dengan awak.”

“Oh.”

“Jadi, betullah awak sukakan saya seperti yang dikatakan?”

“Iye. Tapi siapa yang cakap?”

“Senior Taza. Dia bagitahu saya yang awak sukakan saya selepas dia bagitahu pasal brooch tu. Sebab itulah saya datang ke sini.”

“Awak dah tahu yang saya sukakan awak?”

“Yes, saya pun sukakan awak juga, Wan Firhan.”

“Tapi saya cintakan awak. Saya mula jatuh cinta dengan awak selepas persembahan kumpulan saya. Saya nampak awak dan kawan awak tersenyum malu. Pakaian kita pula sama warnanya pada hari itu. Dan pada hari di mana Nurul Fizah, iaitu senior yang tinggal di dorm yang sama dengan awak minta nombor saya, saya dah tahu siapa yang minta sebenarnya. Selepas itu, saya mula berkata pada diri sendiri yang saya akan jadikan awak milik saya jika kita punya jodoh. Dan hari itu datang jua. Nurul Cindyella Mirae Nasir, will you be my girlfriend so that I can marry you?”

Air mata Cindyella mula bergenang dan hampir menitis. “Yes Wan Firhan. I willing to be your girlfriend. I love you too.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience