[Tanggal Mei 2013.]
"Hello, we meet again."
Adriana hanya tersengih. Lelaki yang berada disebelahnya itu hanya dipandang sebelah mata.
Jay tergelak kecil. "You know, maybe this is our destiny."
Adriana berasa tidak selesa pula. Takdir apanya? Mereka berdua duduk bersebelahan. Bila lelaki itu balik dari tandas, pastinya akan bertemu Adriana kembali.
Jay mengambil sesuatu dari poket baju dan diberikan kepada Adriana.
Adriana buat-buat tidak mengerti. Tahap malunya sudah meninggi.
"Here." Jay bersuara sambil menunjuk ke arah mata apabila Adriana buat-buat tidak nampak. "You didn't forget me right? I'm Jay."
"You told me your name twice, and I already have one handkerchief. You gave me earlier." Adriana menjauhkan letak duduknya.
Jay perasankan itu tersenyum.
****
[Lembah Dalam.]
Adriana masih seperti hari-hari yang lalu, melayan perasaan di atas batu di dalam hutan. Kepalanya diletakkan di lutut, dengan esakan yang samar-samar.
Begitu juga kelibat Gaius, yang tidak jemu memerhatinya dari belakang pokok besar. Tidak tahan membiarkan wanita itu terus bersedih, Gaius menghampirinya dengan perlahan, lalu mengambil tempat di sebelahnya.
Tap. Tap.
Adriana terkejut apabila bahunya ditepuk seseorang. Lagi-lagi melihat seorang lelaki yang merupakan sepupunya sedang duduk terlalu dekat. Nama lelaki itu tidak pula dia ingat membuatkan dia terasa janggal.
"Nah.", Gaius menghulurkan kain sapu tangan. Apabila Adriana memandang curiga, dia menunjuk ke arah mata.
Lambat-lambat, Adriana mencapai kain sapu tangan itu. "Terima kasih."
"Nama aku Gaius." lelaki itu memperkenalkan diri. Senyuman manis diukir.
"Hai." Adriana membalas. Pastinya dia tahu nama aku, fikir Adriana. Oleh itu, dia malas memberitahu namanya.
Dia ingin beredar, tetapi tangannya laju ditarik duduk semula.
Gaius ketawa. "Aku orang baik lah."
Adriana tersengih. "Yalah." dia menyindir sambil membetulkan tempat duduk. Dalam masa sama, dia bergerak lebih jauh daripada lelaki itu.
Gaius yang perasankan itu hanya tersenyum. "Buat apa seorang disini?"
"Duduk." dia menjawab ringkas. Mata masih merenung kain sapu tangan yang diberikan.
Gaius berasa simpati, lalu menyanyikan satu melodi indah. Melodi yang seakan dekat dengan hatinya.
Adriana memeluk lutut, terbuai dengan nyanyian lembut lelaki itu. Sehingga tidak perasan, Gaius sedang merenungnya dalam.
"Makcik Aylin selalu menyanyikan itu." Gaius memberitahu.
"Hm."
Adriana bukan tidak percaya, cuma semua ini terlalu mengejutkan. Selama ini dia hanya ada keluarga kecilnya, tidak sangka semua itu hanyalah sebuah pembohongan bagi menutup keluarganya yang sebenar.
"Gaius..."
Gaius menyahut.
Adriana berfikir sejenak sebelum dia menyambung, "Melodi itu seakan dekat dengan hati aku."
"Makcik dan pakcik yang menciptanya sempena kelahiran kau, dan tajuknya sempena nama kau. Luciana."
"Merdu.", Adriana membalas perlahan.
Gaius tersenyum. Dia kemudiannya menyanyikan kembali melodi tersebut.
Dari jauh, Tiberius tersenyum melihat dua orang kesayangannya berbaik-baik. Dia meninggalkan mereka setelah puas memerhati.
Share this novel