Bab 30

Humor Series 9625

Ayam masak sambal merah yang telah siap dimasak oleh aku..lalu dimasukkanya kedalam pinggan untuk dihidang.

Lantas pinggan tersebut diletakkan diatas meja makan.

Jam ditangan aku kerling.
Ada banyak lagi masa ni..

Lantas aku kembali ke dapur semula dan berdiri di hadapan peti ais.Segala jenis sayur aku keluarkan.Nak masak sayur goreng pula la.

Tapi duduk sorang2..siapa nak makan?
Hmm..

Nak masak ke tak eh?Kalau masak patu tak habis membazir je.

"Ish!Lantaklah!Asalkan aku puas makan.Gemuk pun gemuklah!Bukan ada orang nak pun kan!"ujar aku sendirian sambil tangan aku tangkas memotong sayur2 tersebut diatas papan pemotong.

"Siapa cakap tak ada orang nak kat sayang?"ujar seseorang di belakang aku.

Pinggang aku sudah selamat di peluk erat dari belakang.

Aku agak terkejut dengan kehadiran si dia.
"Eh..ab..abang..bila balik?Kata balik esok"ujar aku terus berpaling menghadapnya yang berdiri2 betul2 di belakang aku.

Firash tersengih menampakkan barisan giginya.
"Saja nak buat surprise!"ujar Firash sambil menghulurkan salam kepada aku.

Huluran tersebut di sambut oleh aku.Aku tersengih.
Kemudian Firash merenung kedalam anak mata aku.Pulak dah.

Pandangan yang pelik aku hadiahkan kepadanya.
Pap!
Aku menepuk tangan dihadapan matanya.
Oish dah2 lah tu.

Firash kembali tersenyum.
"Ish abang ni pelik lah,tak payahlah nak tengok orang macam nak makan je"ujar aku.

Dia ketawa terbahak2.

"Abang baru tinggalkan sayang dua hari je..tapi tengok sayang makin cantik lah.."ujarnya dengan suara ala2 manja.

Aku melemparkan pandangan kearah lain.
Mulalah tu perangai dia yang asyik nak mengusik aku je kerja nya.

"Ish dahlah malas nak layan abang..kita nak sambung masak!"ujar aku lantas memusingkan badan ke hadapan semula.

Pisau dipegang dengan kemas lalu sayur dipotong menjadi potongan yang kecil.

Hanya kedengaran bunyi ketukan antara pisau dan papan pemotong sahaja ketika ini.

Firash masih lagi setia dibelakang aku sambil memeluk erat pingang aku.Memang dah tak nak lepas dah ni.

Perlahan2 aku dapat rasakan kehangatan tubuhnya.

Firash mencium ubun2 rambut aku.Bila aku mintak lepas sebab tak selesa nak buat kerja..memang dia tak nak dengar lansung.Degil!Katanya nak lepaskan rindu dekat bini tersayang.Haih redha jela Hayla..

Tiba2 kedengaran bunyi tangisan seseorang.
"Erm..abang pergi tengok jap"ujarnya terus melepaskan pelukan dan bergerak ke suatu bilik yang berada di tingkat yang sama.

Bunyi tersebut berhenti apabila Firash masuk kedalam bilik tersebut.

Aku berpaling kebelakang untuk melihat apa yang sedang berlaku.

"Aaanakk papa..!Aaanakk papa!Assalamualaikum Muhammad Adrian..papa dah balik."ujar Firash tersenyum memandang seorang bayi yang berada di pangkuanya.Kemudian dia bergerak menuju ke sofa di ruang tamu dan duduk di situ.

Entah kenapa aku senang dengan situasi tersebut.Bibir aku tak henti2 mengukir senyuman.Ok Hayla cepat habiskan kerja!

***
Adrian yang sedang nyenyak tidur di dalam tempat tidur khasnya aku tenung.Pipi mulusnya aku elus.Lembutnya!

Putih melepak budak ni,ikut kulit Firash lah ni..Hidung mancung macam Firash jugak.Rambut brown2 ikut ayah dia lagi.Tapi yang bestnya mata ngan eyelashes ofkos ikut aku.Heh.

"Adrian besar jadi orang berguna ye,jangan asyik nak bercinta je nanti.Mesti Ian dah besar jadi handsome macam papa."ujar aku tersenyum sambil mengelus rambut Adrian yang halus itu.

Firash yang entah muncul dari mana terus memeluk aku yang berada di sebelahnya.
Ish manja betul dia ni.

"Haa..betul tu mesti handsome macam papa.Bertuah mama dapat papa..tapi papa lagi bertuah sebab dapat mama"ujarnya sambil berpaling menatap muka aku.

Aku menunjukkan riak muka tak percaya.Saja nak buat macam tu.

"Yela tu"ujar aku sambil mengangkat kening.
"Betul lah..kalau tak,mana benda ni asyik laju je setiap kali tengok ayang"luahnya sambil memegang tangan aku lalu diletakkan di dadanya.

Aku terkejut.Uish.
"Jantung ni berdegup laju sebab..pemilik jantung ni gembira sangat sebab dapat lepaskan rindu setiap kali jumpa buah hati dia"ujarnya menatap aku dan adrian yang sedang nyenyak tidur.

"Lagi2 dia dah lama dah degup laju setiap kali pemilik dia jumpa buah hati dia kat sekolah masa dulu..Masa pemilik dia cuba untuk pikat sayang"luahnya lagi.

Fuhhh..blushing betul aku sekarang ni.
Firash memusingkan badanya menghadap aku.

"Thanks sayang sebab terima abang."ujarnya terus memeluk aku dan mengucup dahi aku.

Betapa sayangnya Firash kepada aku.Melting!

"I will always love you till jannah"balas aku kemudian dengan perlahan aku membalas semula pelukanya.

Firash tersenyum bahagia.
"Thank you allah..thank you for everything"ujar Firash yang masih lagi memeluk aku erat.

TAMAT.

****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience