2

Romance Completed 132664

Terasa pinggangnya dipeluk sewaktu dia sedang mengacau air di dalam jag, Hana terus berpaling ke arah belakang. Bibir nakal Hazim sudah melekap di lehernya.

"You dah balik?"

"Sayang..." tangan Hazim belum sempat menjengah ke dalam baju yang dipakai Hana, gadis itu terlebih dahulu menghalangnya.

"Hazim... i dah masak. Makan dulu jom?" pujuk Hana.

Dia tahu Hazim rindukannya, dia juga sama. Melonjak-lonjak hatinya kegirangan sewaktu Hazim mengkhabarkan bahawa dia mahu ke sini.

"Nasib baik i nampak lauk ni macam sedap je. Kalau tak i baham you dulu Hana." Hazim mengenyit mata.

Terasa bahang muka Hana bila diusik begitu.

"Dah la, jom makan. Pastu mandi, sebab you masam!" balas Hana, cepat-cepat dia melepaskan diri dari pelukan Hazim.

-

Hana mengelap rambut Hazim yang basah setelah lelaki itu selesai mandi.

"I miss you, Hana." gumam Hazim sambil dia memeluk pinggang Hana yang masih sibuk mengeringkan rambutnya.

Hana gelak kecil. Hazim kalau tengah manja, mengalahkan budak kecil.

"You nak tidur sini ke malam ni?" tanya Hana. Dalam hatinya begitu berharap agar Hazim sudi menemani.

"If you tak kisah, i akan stay je." balas Hazim seraya mengemaskan pelukan. Dia tahu Hana tidak akan menolak.

"Mengada. Of course i tak kisah. Macam tak biasa pulak." Hana mencuit hidung Hazim.

Hazim senyum menggoda. Tangan Hana diambil, menghentikan kerja gadis itu. Ditarik Hana untuk sama-sama berbaring di atas katil. Hana menjerit kecil ketika Hazim sudah memanjat ke atasnya.

"You don't miss me?" tanya Hazim. Anak rambut Hana diselak, pandangannya jatuh ke anak mata coklat yang bersinar itu.

"Siapa cakap?" tanya Hana kembali. Lengan dipaut pada tengkuk Hazim.

"You macam tak excited je i datang."

"Tak lah. I cuma penat sikit je. I'm happy whenever you're here."

Ciuman pantas dilabuhkan Hazim ke bibir mungil Hana. Tak tahan melihat wajah cantik itu.

"Penat? but we havent even started it yet, Hana.." usik Hazim. Jemarinya bermain-main dengan butang pijama dipakai Hana. Nakal!

"Youuu.. " dada Hazim ditunjal perlahan.

Walaupun bukan pertama kali mereka begitu, Hana tetap malu setiap kali Hazim mendatanginya. Setiap sentuhan Hazim mengirim suatu getaran yang luar biasa. Yang membuatnya tertawan, setiap kali.

"You don't know how beautiful your smile is, Hana..." Hana makin melebarkan senyuman, sengaja ingin menggoda Hazim.

"... rasa macam nak gigit-gigit bibir ni." kata-kata Hazim mengundang tawa halus Hana. 'macamlah Hazim tak pernah buat macam tu.'

"Then do it.."

"Jangan cabar i, Hana.." Hazim bangkit dari menindih Hana dan menanggalkan t-shirt yang baru dipakai.

Hana hanya mampu menelan liur. Menyesal pula dia mencabar Hazim. Confirm 'habis' dia malam ini.

Tanpa sempat berkata-kata, bibir Hazim terlebih dahulu mengunci bibir Hana. Sekelip mata keduanya hanyut dalam asmara.

Lampu bilik yang kemalapan merancakkan lagi aksi dua orang manusia yang sedang 'berperang' di atas ranjang.

-

Masih ada tenaga yang tersisa. Baru sahaja Hazim mahu memulakan 'pusingan' baru, Hana meminta untuk bangun dari katil.

"Nak pergi mana Hana?" Hazim menahan.

"I nak pergi toilet kejap." ditinggalkan Hazim sendirian sebentar sambil terhinjut-hinjut ke bilik air.

Selesai membersihkan diri, Hana tercegat di hadapan sinki. Melihat pantulan diri di cermin besar dekat situ. Rambut yang kusut masai dibetulkan.

Tiba-tiba pesan Qistina tempoh hari terngiang-ngiang di telinga.

"Beware Hana, lelaki ni semua sama je. Lepas dapat apa yang dia nak, dia blah. Jangan pulak kau menyesal nanti." - Qistina

Hana menelan liur yang terasa pahit. Rasa bersalah dan takut mengetuk hatinya. Takut Hazim akan meninggalkan dia. Takut Hazim seperti yang dikatakan Qistina.

Hana menyelinap masuk ke dalam selimut perlahan-lahan, tidak mahu mengejutkan Hazim yang sedang lelap.

Terasa seseorang menghempap katil, Hazim membuka sedikit mata.

"Lamanya..buat apa?" bisik Hazim sambil membawa Hana dekatnya.

Ciuman dihadiahkan ke ubun-ubun Hana. Wangian rambut Hana sahaja sudah membangkitkan kembali keinginan dia.

"Hazim..." Hana bersuara ketika tangan Hazim kembali menjalar ke tempat yang tak sepatutnya.

"I penat... can we just sleep?" tangan Hazim dihentikan sambil dia berbisik.

Hazim akur dalam keluhan kecil.

"Tidurlah."

Hana menarik nafas lega. Perasaan yang bercampur baur memaksanya untuk menolak. Rasa bersalah cuba diusir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience