bab 13

Drama Series 9417

"Dhia... lama lagi ke? Dah lambat ni nanti mama bising." laung zafril yang duduk diatas katil menunggu isterinya bersiap.

"Dah. Okay jom." Dhia yang sudah kelam kabut laju meletakkan bekas pin ke atas meja soleknya.

Dhia yang melihat zafril tak alih mata dari memandangnya terus meneliti tubuhnya seraya mencapai beg tangan miliknya.
"Awak jommmm tadi nak cepat sangat." Bebel dhia yang menuju ke pintu bilik untuk keluar.

"Cantiknya...." ucap zafril perlahan tapi mampu didengari dhia.

Dhia menepuk kepala sah laki aku tengah angau ni. Dengan perlahan dhia melangkah kearah zafril lalu menarik tangan suaminya.
"Jom."

Zafril sememangnya terpegun melihat bidadarinya yang memakai baju abaya biru bersama tudung biru. Senang cerita semuanya biru iaitu warna kegemaran dhia. Zafril menyambut huluran tangan dhia lalu berdiri biasa walhal kakinya kini memang tak kuat nak berdiri disebabkan isterinya.

"Cantik dhia harini." puji zafril ternyata membuatkan pipi dhia merona kemerahan.

Dhia mencuit perut suaminya yang nakal itu.
"Tak payah nak puji sangat! Jom kita dah lambat ni."

Zafril terpaksa mengalah kalini. Kalau dia tahu dhia akan secantik ini memang tak setuju dia pelawaan mamanya itu.
Lalu mereka melangkah keluar dari bilik menuju ke rumah papa.

* RUMAH DATO HISHAM

"Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam!" sahut puan aima dengan teruja.

"Amboi cantiknya dhia masyaallah!" puji puan aima kepada menantunya seraya menjemput mereka ke meja makan.

Zafril sedari tadi tidak lepas memegang tangan isterinya. Zahir yang melihat perbuatan abangnya mula berbicara.

"Yelah bang... kak long tu memang untuk kau sorang je." perli zahir geram kerana baginya abangnya tak hormati dia yang single ni. Tak semena zafril telah menarik perhatian semua yang berada dimeja makan manakala dhia menahan malu.

'tak guna punya budak siap kau nanti..' bisik hati zafril geram dengan adiknya itu. Suasana di meja makan itu meriah dengan celoteh mulut zahir dan zarah. Zafril dan dhia meminta diri pada jam 10 malam kerana esok mereka akan bekerja.

*PEJABAT ZAFRIL

"Masuk!" zafril hanya memberi laungan kebenaran masuk sambil fokus menaip di laptop miliknya. Zafril merupakan seorang CEO yang fokus dan tegas melakukan kerja. Tak hairan lah dia antara CEO yang paling disegani.

Dhia melangkah masuk ke pejabat zafril sebaik diberi kebenaran masuk dengan membawa secawan kopi. Dia meletakkan kopi dihujung meja risau tumpah ke atas kertas kerja zafril.

"Abang, ni kopi dhia buatkan." sopan dan lembut bicara dhia risau mengganggu suaminya yang sedang membuat kerja.

Zafril memberhentikan tugasnya lalu memandang dhia dengan senyuman.
"Thanks." ucap zafril sebelum menyisip kopi yang dibuat dhia.

Dhia meminta diri keluar untuk menyambung kerjanya. Zafril yang melihat dhia keluar dari pejabatnya mula tertanya tanya siapakah yang berdendam dengan isterinya. Pagi tadi zafril telah menerima pesanan ugut bunuh dari unknown number.

*FLASHBACK

Zafril dan dhia sedang bersiap untuk ke tempat kerja. Sambil zafril memakai jam tangannya, iphone 14 miliknya berbunyi menandakan terdapat notifikasi mesej. Mulanya dia taknak tengok tapi risau pula kalau papanya ada menghantar benda penting.

'Jagalah bini kau tu dulu nanti aku bunuh ye.' mesej yang berbaur ugutan ini dibaca zafril dengan sangat bengang. Kenapa ramai musuh dhia ni? Adakah dia orang yang sama?

* JAM 8 MALAM

Zafril merenung wajah cantik isterinya yang sedang tidur di meja pejabatnya. Oleh sebab zafril hendak menyiapkan tugasannya cepat dia terpaksa overtime di pejabatnya.

Dhia yang merasakan tidurnya terganggu mencelikkan sedikit matanya. Terkejut melihat suaminya di depan matanya.

" Abang sorry dhia tertidur. Dah pukul berapa?" soal dhia bersama kerutan didahinya.

"Pukul 8 dah. Jom kita balik insyaallah sempat lagi nak maghrib ni." Zafril bangun mengemas barang dhia kerana dhia kelihatan mamai.

Sebaik tiba di rumah, dhia meminta izin untuk mandi terlebih dahulu dengan keadaan tergesa-gesa. Zafril sedar dhia asyik memegang perutnya mungkin dia sakit perut. Jadi zafril biarkan dhia mandi terlebih dahulu. Selepas 10 minit dhia pun keluar dari bilik air dan tiba giliran zafril pula untuk masuk.

Sebaik zafril keluar dia terlihat dhia yang sedang berselubung atas katil.
'Ehh bini aku ni kenapa? Sakit perut lain macam ni...'

Zafril menghampiri katil dan melabuhkan duduknya di sebelah dhia.
"Dhia, awak okay tak? Kenapa berselubung ni? Demam ke?" soal zafril risau.

Dhia menyelak selimutnya dan mengeluarkan kepala sedikit dengan muka yang comel.
"Hehee takde apa pun.. Dhia saje je macam ni..Errr dhia tidur dulu ehh byeee goodnight! " Kembali berselubung dhia kerana malu.

Dhia yang merasakan zafril tidak berganjak dari tempatnya mula risau.
'Aduhh apa aku nak cakap ni.... Malulahhhh..... Nape dia taknak bangun ni ...'
Dengan pasrah dhia menyelak selimutnya lalu memandang zafril yang masih disebelahnya.

"Abang nak makan ke?" soal dhia sambil memegang perutnya.

"Dhia dah solat ke??" soalan berbalas soalan.

Zafril yang melihat dhia diam tidak mahu menjawab sambung lagi bercakap.

"Takdelah tadi sebelum abang masuk mandi dhia naik katil terus... Tu yang abang tanya dhia tak solat ke?" soal zafril lagi sambil memandang mata dhia yang kelihatan seperti budak nak menangis.

Dhia mengalah dia kena juga bagitahu suaminya kalau tak disalah anggap nanti.
'Haihh bagitahu je lah ... Kot tiba tiba nak tuntut hak mampos aku..'

"Abang... Ss...sebenarnya... Dhia period...." dengan malu dhia menjawab soalan suaminya sambil bermain dengan jarinya.
'Hishhh malu lah aku nak pandang dia! Haihh apa lah nasib aku ni...' keluh hati dhia.

Zafril melihat isterinya yang malu sebegitu hanya tersenyum. Dia sebenarnya dah tahu dhia period sebab ada sampah dalam tong sampah bilik air mereka sewaktu zafril hendak membuang plastik berus giginya. Dia cuma saja nak teka biar dhia beritahunya sendiri.

"Senggugut? " sepatah saja soalan zafril kemukakan.

Dhia tak menjawab sebaliknya mengangguk. Sejujurnya dhia mahu nangis disebabkan kesakitan yang dialaminya tapi ditahannya tak mahu zafril melihat dia menangis. Emosi dhia sewaktu period sememangnya tak tentu arah. Sensitif betul kalah ibu mengandung asyik nak menangis marah je.

Zafril bangun dari katil menuju ke bilik wardrobe. Dhia hanya melihat pelik ke mana laki aku ni nak pergi.

"Dhia tunggu kejap abang turun bawah." beritahu zafril lalu keluar dari bilik tidur mereka.

Setelah 10 minit zafril kembali dengan membawa secawan air masak, bubur ayam instant dan hot pack diatas dulang kecil. Sedikit terkejut zafril melihat dhia yang seperti sujud menahan sakit di perut. Jatuh kasihan dia melihat isterinya. Ini baru period kalau bersalin taktahu lah macam mana sakit dia.

Zafril meletakkan dulang diatas meja tidur sebelum duduk disebelah isterinya. Dhia tak mampu bercakap mahupun bergerak kerana sakit yang dirasainya.

"Dhia, meh sini sandar kat katil." zafril membantu isterinya duduk bersandar di katil sebelum mencapai hot pack.

"Ehh awakk... takpe saya boleh buat sendiri.." beritahu dhia perlahan sambil menahan sakit.

"Tak payah. Sini abang buatkan duduk diam diam." tegas zafril lalu menyelak selimut serta baju isterinya.

Dhia hanya merelakan perbuatan zafril lagipun dia dah tak larat. Zafril meletakkan hot pack di bahagian bawah perut dhia. Sejujurnya ini kali pertama dia melihat sendiri kesakitan wanita period. Selalunya zarah senggugut papa, mama atau zahir yang uruskan.

Setelah 15 minit dhia kelihatan tenang sedikit, zafril membiarkan hot pack diatas perut dhia lalu mencapai bubur ayam instant di atas dulang. Dhia hanya memerhati semua perbuatan suaminya sambil memegang hot pack diperutnya.

"Ni bubur ada dekat dapur abang bukak nak bagi dhia isi perut. Nanti dah kenyang baru boleh tidur ye sayang. Nah bismillah..." beritahu zafril seraya menyuakan sesudu bubur kepada dhia selepas ditiupnya supaya mudah isterinya makan.

Dhia menjamu bubur ayam suapan suaminya dengan selera sampai habis. Sesudah itu zafril menghulurkan air masak yang dibawanya kepada dhia.

"Okay dah. Dhia tidur yee abang nak basuh cawan ni." beritahu zafril sambil menyelimutkan isterinya sebelum berlalu ke luar biliknya.

Hampir 10 minit juga zafril kembali ke bilik untuk merehatkan dirinya. Dengan perlahan zafril menutup pintu kerana terlihat dhia seperti sudah tidur. Dia menutup lampu dan bergerak menuju ke katil selepas mengangkat wudhuk. Sudah menjadi rutin hariannya sebelum tidur ambil wudhuk.

Sedang zafril mahu melelapkan matanya, dhia memanggilnya.

"Abang..." sayu suara dhia memanggil suaminya.

"Ye dhia.." sahut zafril memandang dhia yang seperti hendak menangis.

"Dhia minta maaf dah susahkan abang jaga dhia ni..." luah dhia dengan mata yang sudah bergenangan air mata.

Zafril mengusap kepala isterinya perlahan.
"Ye sayang takde apa lah. Itu tugas abang sebagai suami sayang.." pujuk zafril kepada isterinya.

Dhia menganggukkan kepalanya. Tak sampai 5 minit zafril terdengar esakan dari dhia.

"Ehh sayang! Kenapa ni? Kenapa menangis ni?" soal zafril yang sudah risau melihat isterinya begitu.

Dhia menggelengkan kepalanya.

Zafril hanya perhati saja wajah isterinya yang terlihat sangat sedih.
'Macam zarah jugak ni menangis time senggugut. Agaknya dhia memang macam ni time period.' bisik hati zafril.

"Abang...." sayu dengan seduan dhia memanggil suaminya sambil memandang zafril.

"Dhia nak peluk abang boleh tak?" soal dhia meminta rayuan.

Zafril tersenyum melihat isterinya sebegini manja.

"Okay, come." zafril menarik dhia dekat dengannya. Tangannya mengalas kepala dhia manakala sebelah lagi menggosok badan belakang dhia untuk memberhentikan tangisan si isteri.

"Abang..."

"Hmm.."

"Pinggang dhia sakit..." comel dhia mengadu kepada suaminya bersama tangisan.

"Okay okay sayang. Abang urutkan yeee. Dah dhia tidur okay sayang. Abang ada ni tau." pujuk zafril lembut kepada isterinya.

Zafril menggosok dan mengurut perlahan pinggang isterinya sehingga tangisan dhia berhenti. Zafril tersenyum melihat sisi dhia yang manja ini. Dhia memeluknya erat seakan tak mahu lepas.

Dalam hati zafril berdoa agar terbitnya perasaan cinta dhia kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience