BAB 3

Drama Completed 5869

“ Semua tu sebab Laila terfikir,kenapa orang tak gabungkan butik dengan dunia korparat. Haziq pun banyak bagi idea Kak,kalau tak Laila tak akan ada dekat sini,”

Haziq hanya tersenyum mendengar kata-kata Laila sebentar tadi. Bangga rasanya bila dipuji sebegitu. Dia merupakan salah seorang yang membantu Laila ketika mula-mula Laila membuka syarikat Anchor Holdings. Kini dia memegang jawatan sebagai pengurus kewangan.

Meskipun Laila pernah memberitahu bahawa syarikat itu ditubuhkan bagi membalas jasa keluarga mereka tetapi dia sering membantah. Segala usaha Laila selama ini adalah bertujuan untuk membuktikan bahawa Laila boleh hidup tanpa sebuah keluarga.

“ Uncle Badlyshah dengan Auntie Mariam masih tak terima Laila ye?” tanya Nurul selepas suasana hening seketika.

Laila hanya mengelengkan kepala bagi menjawab pertanyaan Nurul sebentar tadi. Datuk Badlyshah adalah bapa Laila tetapi kerana satu kejadian,Laila dibuang dari keluarga. Segala wang pembelajaran ditanggung oleh Datuk Badlyshah tetapi Laila dibenarkan tinggal bersama keluarga mereka lagi. Bukan setakat Datuk Badlyshah dan Datin Mariam tetapi seluruh keluarga membenci Laila kecuali Maksunya, Amylia.

“ Kalau Mak Hasanah tak jaga Laila mesti sekarang Laila tak ada dekat sini kan,” sayu kedengaran suara Laila.

“ Laila,kami sekeluarga terima Laila sebab kami tahu Laila tak bersalah,” sampuk Haziq sambil mengenggam tangan Laila. Sedari Laila kecil dia dan keluarganya rapat dengan Laila kerana dahulu maknya iaitu Mak Hasanah bekerja dirumah Laila.

Sedang asyik Laila melayan kesedihannya,mereka terdengar pertengkaran dihadapan Restoren. Mulanya mereka hanya mengabaikan tetapi apabila pertengkaran itu berlarutan mereka pun memandang kearah itu. Laila terus berlari keluar apabila melihat Maksunya sedang bergaduh dengan seorang lelaki.

Laila menarik Amylia apabila tangan lelaki itu naik untuk menampar Amylia. Tindakan Laila menyebabkan pergerakan lelaki itu terhenti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience