CHAPTER 39

Drama Series 633633

“Hana risau” mata Hana Aishah berkaca sambil dia meluahkan perasaannya. Penat memendam kerisauan itu sendirian.

“Hana don’t think the worse. Of course, it’s going to take time. I know…” kata – kata Hariz dipotong Hana Aishah laju.

“Doctor tak tahu .... You don’t know whether he can get better or not. The liver is static. Its been a week already, so stop telling be its going to be ok” kegeramannya tidak dapat dibendung saat itu. Sesak dada Hana Aishah semenjak pagi tadi. Semuanya berpunca daripada perkabaran yang dia terima daripada pakar yang mengendalikan kes Fakhrul.

“Everything looks stable now. I can discharge you home and we will see you back in 1 week time” ternganga mulut Hana Aishah mendengar bait kata yang dituturkan Dato` Ikhlas itu.

Rupanya Fakhrul sudah berbincang dengan pasukan Dato` Ikhlas untuk dia dibenarkan pulang. Sakit betul hatinya memikirkan sikap sambil lewa Fakhrul. Selepas dipindahkan ke hospital milik Dato` Karim, segala perkembangan Fakhrul hanya diberitahu kepada Fakhrul dan Dato` Karim.

Situasi yang sudah terbalik itu membuatkan dia geram. Segalanya yang cuba dia sembunyikan daripada Fakhrul sekarang disembunyikan daripadanya. Fakhrul melayan Hana Aishah seperti selalu. Segalanya disembunyikan termasuk sakit lelaki itu.

“Hana, can you chill. Staying in hospital is not making either of you better. With Adam being in the ward together, I pun rasa better balik rumah. He will feel better and you definitely can keep yourself calm” air mata yang ditahan gugur satu persatu saat dia mendengar nasihat Hariz.

“I cant chill. His liver is not good. Doktor tahu kan kalau liver dia keep on maintaining like this it`ll fail eventually. Hana tak nak sampai kena transplant. Nak cari liver dekat mana… ” esakan Hana Aishah kedengaran di hujung bicara.

Setakat ini hanya Hana Aishah , Fakhrul , Hariz dan Dato` Karim sahaja yang tahu keadaan Fakhrul. Fungsi hati Fakhrul yang terjejas teruk daripada hari pertama sehinggalah hari ini masih tiada perubahan. Segala macam kemungkinan bermain di mindanya.

Kaki Hana Aishah terasa longlai tiba – tiba. Dinding yang dia sedang bersandar itu terasa tidak kuat untuk menampung tubuhnya. Tadi dia keluar sebentar sewaktu bilik wad Fakhrul dipenuhi sanak saudara mereka. Melarikan diri ke tangga kecemasan yang menjadi tempat dia mencari ketenangan semenjak seminggu ini.

“He is in pain. He`s not telling. Hana… hana… I didn’t want him to ended up in pain. Hana tak doakan … or maybe Hana tak sengaja doa ke sebab tu sampai sekarang his liver static…” Hana Aishah mendudukkan dirinya di anak tangga sebelum menyembamkan wajahnya di lutut sebelum esakannya bermula kembali.

“Ya Allah sebab itu ke Hana menangis macam ni. Budak ini” Hariz tidak tahu mahu ketawa ataupun kasihan melihat isteri Fakhrul saat itu.

“I`m such a bad wife. A bad mom. A bad daughter. I`m just a bad person” esakan Hana Aishah semakin kuat.

Hariz yang tadi berdiri ikut duduk di sebelah Hana Aishah. Bibirnya diam membisu membiarkan segala air mata Hana Aishah tumpah. Sudah seminggu semenjak Fakhrul sedar dan sepanjang seminggu ini Hana Aishah seperti zombi.

Sekali pun Hana Aishah tidak meninggalkan Fakhrul sendirian. Segalanya diuruskan Hana Aishah tetapi dalam masa yang sama Adam yang hanya mahukan Hana Aishah itu juga turut diusung. Tengok gaya Hana Aishah , Hariz rasa seperti isteri sahabat baiknya itu hanya menanti masa menggantikan Fakhrul di atas katil pesakit.

Tapi kedegilan Hana Aishah dan Fakhrul itu sama. Dua – dua keras kepala dan sentiasa memendam. Itulah punca sampai berantakan rumah tangga Fakhrul. Tiada komunikasi dan terlalu banyak salah faham kerana masing – masing menyembunyikan kesakitan untuk tidak melukai satu sama lain tetapi hal itu sebenarnya hanya membuatkan luka menjadi semakin dalam.

“I`m so stupid kan doctor” Hana Aishah memecahkan kesunyian mereka apabila esaknya kembali beransur tenang.

“Memang pun” Hana Aishah mencebikkan bibirnya mendengar ayat selamba Hariz.

“So mean” sesaat selepas Hana Aishah membalas tawa Hariz bergema di tangga kecemasan itu.

“Hana … hana. A natural born comedian” lagilah geram Hana Aishah saat itu.

“Tak nak lah cakap dengan Doctor ni. Lagi sakit hati Hana adalah” punggungnya sudah mahu diangkat. Sudahlah hatinya memang sensitive semenjak Fakhrul dimasukkan ke wad.

“But love makes you do stupid things kan” Hana Aishah terduduk kembali mendengar kata – kata Hariz. Tiada usikan , tiada sindiran , tiada kutukkan.

Hana Aishah diam membisu membiarkan kesunyian menemaninya. Cuba menghadamkan kata – kata Hariz. Matanya merenung kea rah dinding putih yang menjadi pemandangannya.

Seminggu ini segalanya berubah. Dia tidak tahu apa yang dirasainya. Ketakutan memikirkan keadaan kesihatan Fakhrul , kesakitan yang dapat dia rasai dalam setiap kerutan di wajah Fakhrul yang sentiasa lelaki itu cuba sembunyikan. Matanya tidak dapat lena kerana dia tahu sakit Fakhrul paling kuat dirasai lelaki itu pada waktu malam.

Kehadiran Adam membuatkan Fakhrul lagi berahsia tentang sakitnya kerana itu tanpa berfikir panjang dia meminta Emir menguruskan Adam walaupun Fakhrul membantah keras.

Kalau dahulu sejam pun dia tidak mahu berpisah dengan Adam , seminggu ini sesaat pun fokusnya tidak mahu lari daripada Fakhrul kerana itu dia sanggup membiarkan Adam diuruskan Emir. Hendak menyuruh bapa mertuanya Hana Aishah tidak mahu. Bukan sahaja kerana tidak mahu menyusahkan Tan Sri Fadhil , tetapi sebab utama adalah kerana perbualannya dengan Mak Zah tempoh hari.

“Entah apa angin si Felisha tu. Dah dekat dua minggu duduk terperap dalam bilik dekat Bangsar. Dulu kalau angin dia datang paling lama pun sehari dua je, ni sampai dua minggu” hakikat itu membuatkan dia tidak mahu Adam dijaga Tan Sri Fadhil ataupun Puan Sri Maria. Adam tidak boleh berada berdekat 2 manusia yang menjadi punca dia membawa Adam pergi jauh dari tanah kelahirannya.

Tetapi anaknya itu sempat bertahan tidak sampai dua hari pun. Malam kedua Adam berpisah dengannya , Emir meminta Hana Aishah pulang menjenguk Adam. Latar belakang suara Adam yang sedang meraung dengan suara serak membuatkan Hana Aishah menyesal dengan keputusan yang dia ambil.

Bukan dia tidak larat mahu menguruskan Adam dan Fakhrul tetapi dia tahu setiap kali Fakhrul sakit dia akan sembunyikan rasa itu daripada Hana Aishah lebih – lebih lagi apabila Adam berada di wad.

“So Hana stupid la kan” Hana Aishah tertawa membayangkan kebodohan dirinya.

“Yup and I didn’t expect a doctor like you to be this stupid” air mata Hana Aishah bergenang kerana dia pun rasa dirinya bodoh saat itu.

“Tapi I also never met anyone that could love as hard as you” wajahnya disembamkan di pahanya saat Hariz menyambung bicara.

“After everything, your love for him didn’t fade. Not even an inch” Hana Aishah menelan gumpalan di lehernya mendengar hakikat – hakikat yang Hariz sedang lemparkan.

“I don’t …. Hana tak….” entah apa yang cuba Hana Aishah sampaikan pun dia tidak tahu. Wajah diangkat sebelum pandangannya dihala kea rah Hariz. Hariz hanya tersenyum memandang sebelum dinding putih di hadapan mereka menjadi tempat renungan Hariz.

“We once went to this one motivational camp held by the school. Both of us were 9 at that time” Hana Aishah dalam melihat senyuman Fakhih saat mengingati memori itu.

“And biasalah semua kem motivasi kan ada reflection activity. They ask us to write down our prayer in papers and put in a jar. And then baca yaasin , solat hajat and those things la” Hana Aishah diam mendengar.

“You want to know what I wrote. A 9 years old me” senyuman Hariz hilang saat kata – kata itu dituturkan. Jelas pergelutan emosi di wajah Hariz saat itu.

“Allah, please don’t make my friend cry in his sleep” air mata Hana Aishah gugur saat melihat sepasang mata Hariz yang berkaca.

“When you came into his life , I was so relieved and happy. Fakhrul grew up with so much pain. He hides it so well except when in his sleep” anak tekak Hariz naik turun menahan sebak.

“I`m not trying to justify what he did but I know why he is like that” lama Hariz jeda selepas itu. Mengumpul kekuatan untuk meneruskan bicaranya.

“I`m selfish Hana. Saz told me so many times. But…” Hariz merenung wajah Hana Aishah saat itu.

“I was there. I saw his screams; I saw his cries. It didn’t stop. Not even when we went to US” Hana Aishah menelan air liurnya kesat melihat kegerunan Fakhih saat itu.

“I am selfish when it comes to Fakhrul. I want him to be happy and he finally found his happiness” jujur Hariz mengaku kerana hakikatnya dia mahu Fakhrul bahagia.

“He is scared. He is just a very scared boy. He was left disappointed so many times and so he is scared” anak mata Hariz membawa seribu emosi.

“That you are going to leave just like how everyone did. His parents , his abi and ibu , Diane …” Hariz mengigit bibirnya saat nama terlepas dari bibirnya.

Dalam sesaat Hariz yang tadi merenungnya terus melarikan pandangan. Hana Aishah memejamkan matanya rapat. Menenangkan dirinya. Perkara – perkara yang sampai ke telinganya semenjak seminggu ini sangkanya sudah keseluruhan yang dia perlu tahu tetapi hakikatnya masih terlalu banyak lagi rahsia.

Hana Aishah menggelengkan kepalanya perlahan sebelum dia berdiri. Lansung dia memandang kea rah Hariz , Hana Aishah melangkah pergi. Hatinya mula diselubungi rasa – rasa yang hilang semenjak seminggu ini. Marah , geram dan kecewa bercampur menjadi satu.

Satu perasaan yang meyakinkannya bahawasanya , tebal manapun cinta yang masih ada di dalam hatinya tidak cukup untuk perhubungan dia dan Fakhrul. Hakikatnya sehingga sekarang , Fakhrul masih tidak mahu membuka mulut memberitahu segalanya. Seperti dahulu , dialah yang masih cuba menyambung teka teki hidup satu insan bernama Tengku Fakhrul.

“I will never be worthy enough for you to open yourself up to me” Hana Aishah berbisik sendiri sebelum dia meneruskan langkah masuk ke dalam hakikat kehidupannya yang daripada dulu tidak pernah berubah.
***************************************************************

Fakhrul menapak menaiki anak tangga rumahnya tetapi tidak sampai 3 anak tangga tubuhnya seperti baru habis bermain polo dari pagi hingga ke petang tanpa berehat. Setiap genap tubuhnya terasa bisa. Sakit yang datang tidak kira masa membuatkan dia masih tidak mampu mendukung Adam.

Mengingatkan Adam matanya meliar mencari gerangan anak tunggalnya itu. Bibir Fakhrul mengukir senyuman saat melihat anaknya sedang tertawa girang dikelilingi sepupu – sepupunya. Riuh rumahnya saat dia tiba sebentar tadi. Kemeriahan yang dia tidak mahu hadir di dalam rumahnya dahulu tetapi selepas melalui kesunyian selama 4 tahun ini , dia mendambakan keriuhan ini.

Seminggu yang terlalu sempurna untuknya. Kesakitan yang Allah hadirkan ini sebenarnya hanyalah satu asbab untuk menghadiahkan Fakhrul cinta hati yang terlalu dia rindui dan keluarga yang menjadi tulang belakangnya selama ini.

Bilik wadnya tidak pernah kosong dengan manusia. Keluarga dia dan mertuanya bergilir – gilir datang membantu keluarga kecilnya apabila musibah menimpa dirinya. Syukurnya tidak terhingga kerana kesakitan di tubuhnya membataskan segala pergerakannya. Dia tidak mahu Hana Aishah menanggung beban berseorangan.

“Tengku Fakhrul. You ni kan memang degil tahu tak. I pening la nak layan you ni. Dah tahu sakit buat macam sakit boleh tak” terus bibirnya mengukir senyuman lebar saat mendengar bebelan isterinya. Haruman tubuh isterinya yang semakin kuat membuatkan bahagia mengembang di dalam hatinya.

“Siapa suruh you naik tangga. Kan I dah cakap you tidur bilik bawah” Hana Aishah sudah bercekak pinggang di hadapannya. Bibirnya masih tidak mampu berhenti tersenyum.

“Come here sayang” tidak sampai sesaat Hana Aishah sudah dirangkulnya erat.

Sebaknya ditahan saat itu. Seminggu ini terasa seperti segala rindunya sedang di ubati. Dapat memeluk tubuh ini , dapat merangkul erat isterinya sewaktu tidur , dapat merasai suapan Hana Aishah semula dan dapat melakukan aktiviti kegemarannya dahulu. Mandi bersama Hana Aishah. Walaupun hakikatnya Hana Aishah yang memandikan dia , dia masih bersyukur.

“Eee you ni kan” Hana Aishah mengetap bibirnya geram seperti selalu. Hanya bibir itu berbicara tetapi tubuhnya tidak ditolak pergi seperti selalu.

“Sayang, abang nak tidur bilik kita. Sayang tolong abang naik please” Fakhrul meminta sebelum merenggangkan pelukan mereka. Dia merenung ke dalam anak mata coklat yang terlalu dia rindui.

“Mengada la you ni. Eeee” Hana Aishah membebel geram sebelum melarikan wajahnya. Senyuman Fakhrul melebar melihat isterinya kelam kabut mahu melarikan diri daripada situasi itu.

Fakhrul memaut pinggang isterinya sebelum meneruskan perjalanan mereka. Mereka diam tanpa bicara menaiki tangga. Dia perasan semenjak pagi tadi mood Hana Aishah sudah tidak seperti biasa tetapi dia tidak mahu mendesak. Awalnya memang kerana isterinya tidak bersetuju dia mahu pulang tetapi selepas itu Fakhrul pasti ada sesuatu yang berlaku.

“You ok? Nak rest kejap tak?” Hana Aishah bertanya saat mereka sampai di tangga paling atas. Wajah Hana Aishah kebimbangan.

“Ok sayang. I just want to lie down for awhile” Hana Aishah menganggukkan kepalanya sebelum mereka meneruskan langkah.

Fakhrul dapat melihat langkah isterinya yang semakin perlahan semakin mereka mendekati pintu bilik tidur mereka. Walaupun raut wajah itu sedang menyembunyikan rasa , dia dapat merasai pelukan di pinggangnya yang semakin melonggar.

Bibirnya diam membisu menanti langkah Hana Aishah yang seterusnya. Helaan nafas berat Hana Aishah kedengaran sebelum tangan kiri isterinya menolak pintu bilik tidur itu luas. Fakhrul dapat merasai hati dijerat rasa bersalah yang bertub- tubi kerana dia dapat membayangkan segala yang perbuatannya terhadap Hana Aishah di situ.

Fakhrul mengeratkan pelukannya di bahu Hana Aishah kerana yang menyelangi rasa bersalah itu adalah perasaan takut. Takut Hana Aishah akan lari lagi meninggalkan dia. Takut saat manis seminggu ini akan berakhir dan hubungan mereka akan kembali renggang.

Saat dia melabuhkan punggung di birai katil, nafasnya sudah pendek. Penat yang dia rasakan sehingga ke segenap sel tubuhnya. Setiap sendinya terasa berbisa. Peluh sudah memercik di dahinya mungkin kerana kepenatan itu dan juga kerana rasa takut yang mencengkam dirinya.

“Kan I dah cakap. You ni degil la Tengku Fakhrul. Kan dah penat” Hana Aishah membebel. Fakhrul merenung sejenak wajah Hana Aishah yang sedang berdiri merenungnya penuh kerisauan sebelum dahinya disandarkan di perut Hana Aishah.

Fakhrul diam membisu memeluk erat pinggang Hana Aishah. Beberapa ketika kemudian dia dapat merasakan usapan Hana Aishah di rambutnya. Tubir matanya menjadi hangat. Haruman Hana Aishah yang sekian lama dia rindui di dalam bilik itu sudah kembali. Degupan jantung isterinya yang tadi laju menjadi semakin perlahan saat itu.

Fakhrul takut mahu berbicara kerana bimbang kata – katanya akan menyakitkan hubungan mereka yang seperti baru mahu pulih. Ataupun ini hanyalah simpati daripada Hana Aishah? Cukupkah simpati daripada isterinya walhal yang dia dambakan adalah cinta Hana Aishah?

“Kenapalah you ni degil sangat Fakhrul. Haihhh. I`ll get you your meal first and then please take the pain killer and sleep” Hana Aishah memujuk dia lembut.

“I just want to lie down with you sayang. I`ll be fine after that” Fakhrul membalas perlahan. Permintaan yang dia tahu amatlah tipis harapannya untuk Hana Aishah turuti tetapi rasa takut dan rindu itu terlalu kuat untuk dia tolak pergi.

Hana Aishah hanya diam membisu dan dalam setiap saat yang berlalu Fakhrul masih tidak mahu melarikan diri daripada tempat yang terlalu dia rindui. Di dalam rangkulan Hana Aishah. Entah berapa lama mereka berada dalam keadaan sebegitu Fakhrul pun tidak tahu tetapi dia tidak mahu saat itu berlalu pergi.

Saat Hana Aishah merenggangkan pelukan Fakhrul, hatinya diselebungi rasa pilu yang teramat sangat. Mungkin cinta yang dia sangkakan hanyalah simpati yang akan hilang apabila sakitnya pergi. Mungkin betul hubungan mereka memang tiada arah lagi.

Saat Hana Aishah melangkah menjauhkan diri daripada Fakhrul , Fakhrul hanya merenung ke karpet permaidani. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Segala kesakitan yang dia berikan di tubuh isterinya di atas karpet itu kembali bermain. Jahatnya dia sebagai suami.

“I just want you to feel the pain that I feel” kata – kata yang acap kali diungkapkan kepada Hana Aishah setiap kali tangan dan kakinya naik ke tubuh isterinya.

Kebodohan dia mengikut ego dia sebagai lelaki. Ego sampaikan kebenaran yang Hana Aishah beribu kali jerit dan bisikkan kepadanya tidak mahu dia dengari. Yang dia dengar hanyalah bisikan syaitan yang mahu merobohkan rumah tangganya.

“Hana Aishah tiada beza dengan yang lain. Mereka semua sama. Akan datang , memberinya harapan sebelum berangkat pergi meninggalkannya keseorangan” tetapi kata – kata yang sentiasa bermain di hatinya itu hanyalah palsu.

Hakikatnya Fakhrul merobohkan sendiri mahligai yang dia dambakan. Dia sendiri mereka cipta segala cerita supaya Hana Aishah menjadi karakter jahat dalam hidupnya.

“Kata nak tidur” Fakhrul tersentak saat mendengar suara Hana Aishah menegur.

Entah bila Hana Aishah sudah naik ke atas katil dia pun tidak tahu tetapi saat dia melihat Hana Aishah yang sedang duduk bersila di atas tilam empuknya dengan raut wajah yang tenang , Fakhrul terus mengangkat tubuhnya naik ke atas katil dan memeluk isterinya erat.

“Ya Allah, Fakhrul” Hana Aishah terjerit kecil apabila tubuhnya diterkam Fakhrul.

Saat itu , segala pergolakan emosi dan memori silam hilang dalam sekelip mata. Sakit ditubuhnya sudah tidak dihiraukan. Dia mahukan Hana Aishah. Satu – satunya suri hati Fakhrul.

“I`m sorry sayang. I`m so sorry. Jangan tinggal abang. I`ll do anything although I know it wont erase all the pain I give me. Please” Fakhrul merayu dalam sebaknya. Perasaan takut tadi menggugurkan segala ego yang dibina tebal di dalam hidupnya.

“Please sayang. Don’t be quiet like this” Fakhrul merayu lagi apabila tiada balasan yang dia terima tetapi Hana Aishah masih lagi membisu. Akhirnya Fakhrul gagahkan dirinya untuk merenung wajah Hana Aishah.

“Sayang” Fakhrul memanggil lembut tetapi yang dia terima adalah wajah Hana Aishah yang cemberut.

“You ni berat tahu tak. Suka – suka je himpap orang” Hana Aishah membebel tetapi disebalik amarah itu dia dapat melihat senyuman yang cuba disembunyikan isterinya.

“Alah dulu abang himpap sayang suka je” Fakhrul mengusik.

“Eeee, tak naklah teman you tidur. Tidur sorang – sorang” pecah tawa Fakhrul saat wajah isterinya yang bertukar merah.

“Alaa sorry sayang. Kejap abang bangun” Fakhrul menolak tubuhnya cuba menongkat tetapi sakitnya terlalu berbisa. Erangannya kedengaran sebelum tubuhnya ditelentangkan di sebelah Hana Aishah.

“Ya Allah you sorry. Sakit sangat ke. Dekat mana” suara panik Hana Aishah kedengaran tetapi saat itu kepalanya pula berpusing. Semenjak kejadian dipatuk entah apa , segala sakit yang tidak pernah dirasainya datang.

Fakhrul sempat memaut tangan Hana Aishah saat dia dapat rasakan ombakan di katil. Dia tidak mahu Hana Aishah pergi meninggalkan sisinya walaupun seketika.

“Fakhrul kejap lah. I pergi ambik ubat you. You`re in pain. Cuba dengar cakap for once. Degil betul” Hana Aishah membebel dan tidak sempat Fakhrul membalas tangan isterinya sudah direntap pergi.

Dalam masa tidak sampai 10 minit , tubuhnya sudah diselesakan di atas katil dan denyutan di tubuhnya mulai hilang. Semuanya setelah dia selamat memakan ubat tahan sakit dan dengan bantuan Hana Aishah dia berjaya dibaringkan dengan selesa.

“Makan sikit ok. Nanti gastritis. You ate the meds without any foods in” Hana Aishah membebel sambil mengurut kepalanya.

“No. Abang nak tidur sayang. I`ll feel better after I wake up. Come here” Fakhrul menarik Hana Aishah yang sedang duduk di sebelah kirinya ke dalam pelukan.

Matanya masih dipejam kerana cahaya lampu menyilaukan matanya. Jarinya dipetik dua kali sebelum lampu bilik tidur mulai malap. Hana Aishah ditarik erat ke dalam pelukannya. Segalanya tentang saat itu menenangkan jiwanya. Denyutan di kepala mulai beransur hilang.

“I`m worried” Fakhrul tersenyum pendek mendengar bicara isterinya.

“I`m fine” Fakhrul membalas pendek sebelum mengucup tangan kanan Hana Aishah yang sedang mengusap tempat di mana hatinya berada.

“You are not and you know that. So stop saying you are fine because you are not” suara isterinya mulai serak dan Fakhrul tahu sebentar lagi air isterinya akan gugur sekali lagi.

“It`ll get better so stop worrying your pretty little brain” Fakhrul memujuk Hana Aishah.

Saat dia mengetahui keadaan hatinya yang statik Fakhrul tidak tahu mahu merasai apa. Fungis buah pinggangnya sudah hampir pulih lebih dari 50% tetapi fungsi hatinya tidak berubah.

“We`ll give it 3 months. If the liver is not improving, high likely it will become permanent which will lead to cirrhosis eventually. The option will be liver transplant then” perbualannya dengan Dato` Ikhlas beberapa hari lepas kembali ke memori.

Fakhrul tidak mahu Hana Aishah tahu kerana dia pasti pelbagai senario sedang bermain di minda isterinya. Kesihatan Hana Aishah lebih penting sekarang. Dia lagi risaukan kondisi mental isterinya. Senarai masalah kesihatan isterinya yang sentiasa bermain di mindanya.

“Can you do something for me first?” Fakhrul bertanya. Matanya merenung kea rah Hana Aishah dalam kesamaran bilik. Sepasang anak mata coklat memandangnya bulat. Hana Aishah mengangguk perlahan selepas beberapa ketika.

“Sleep” raut wajah isterinya berubah.

Fakhrul tahu sudah hampir seminggu Hana Aishah tidak tidur. Dan dia juga dapat mengagak seminggu yang dia merajuk dengan isterinya selepas mereka balik daripada Melaka itupun isterinya juga tidak tidur.

Hatinya terluka dan dalam keadaan itu dia tidak dapat berfikiran lurus lagi. Punca kenapa dia tidak mahu sebilik dengan Hana Aishah hanyalah kerana dia tidak mahu isterinya tertekan dengan kehadirannya.

Perubahan emosi Hana Aishah terlalu mendadak dalam sehari dan keadaan itu merisaukan Fakhrul. Keadaan kesihatan isterinya hanya bertambah buruk dengan kehadiran dia. Itulah anggapannya sewaktu dia memutuskan untuk kembali berkerja dan tidak sebilik dengan Hana Aishah.

Tetapi keputusan itu tenyata sekali tidak bijak sama seperti keputusan – keputusannya yang lain sepanjang mereka berumah tangga. Kerana itu akhirnya isterinya yang menjadi mangsa.

“Abang tahu sayang tak tidur. So please sayang sleep. Abang ada dekat sini. So you can sleep now ok” Fakhrul memujuk lembut.

Hana Aishah memejamkan matanya rapat sebelum dia menyandarkan kepalanya di dada Fakhrul kembali. Kesunyian bilik itu , kesamaran lampu yang sebelum ini menerangi ruangan yang sudah lama tidak menjadi milik mereka berdua , kesejukan yang menjadi peneman malam mereka dan membuatkan Hana Aishah akan memeluknya rapat untuk mencari haba.

“I`ll never let you go again” Fakhrul memeterai janji petang itu. Empat tahun yang menyeksakan dia dan Hana Aishah yang tidak mahu dia ulangi
*******************************************

“The house is loud” Fakhrul tersentak daripada lamunannya saat mendengar teguran papanya.

Mereka baru sahaja menikmati makan malam dan saat ini rumahnya bising dengan suara anaknya dan anak – anak saudara dia yang berlari ke sana sini bermain menghabiskan tenaga.

Fakhrul sedang berehat di kerusi di rumah hijau yang dibina setelah Hana Aishah pergi meninggalkan dia. Puncanya kerana itulah impian Hana Aishah sewaktu isterinya sedang mengandungkan arwah anak sulung mereka. Mengingatkan hal itu hatinya kembali pilu.

“You`re staying over” Fakhrul bertanya cuba melarikan diri daripada memori lepas yang menyakitkan.

“Is a question or a statement?” Fakhrul hanya menaikkan kedua – dua bahunya membalas. Sejenak kemudian , papanya sudah melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengannya.

Di dalam rumah hijau itu dia dapat memerhatikan Adam daripada jauh dan dalam masa yang sama dapat melarikan sendiri sebentar daripada suasana hingar di dalam rumahnya. Bukannya tidak suka cuma dia perlu membiasakan diri.

“He improves a lot. I`m so proud of him” pandangan Fakhrul di alihkan kearah wajah papanya yang sedang asyik melihat Adam.

“Were you … of me?” Fakhrul bertanya dalam nada bersahaja. Tan Sri Fadhil terdiam seperti tidak tahu mahu menjawab apa. Fakhrul mengalihkan semula pandangannya kea rah punca kebahagiannya.

Adam semenjak dia berjumpa di wad membuatkan dia bangga dan juga terluka dalam masa yang sama. Kematangan anak kecil itu yang seperti memahami kesakitan Fakhrul dan Hana Aishah. Lansung tidak mahu berenggang dengan Hana Aishah walaupun sesaat.

Awalnya Fakhrul tidak faham dan kasihankan isterinya tetapi apabila Hana Aishah pandai – pandai membuat keputusan untuk Emir menjaga Adam sementara , dia dapat melihat isterinya yang semakin hanyut dalam emosi.

Adam hanya membuat apa yang anak kecil itu buat mungkin semenjak Adam lahir lagi. Menjadi satu asbab untuk mengalih fokus Hana Aishah. Hana Aishah yang tidak kisah makan dan tidurnya terpaksa berehat dan makan kerana Adam tidak mahu berhenti menyusu.
`Complain: Insomnia, loss of weight , loss of appetite , anhedonia , night terror , bouts of aggressive behaviours/thoughts , volatile mood, unable recall events during attacks , anxious , irritable ….Diagnosis: PTSD with Major Depressive Disorder `

Bait – bait ayat yang menyimpulkan keadaan kesihatan Hana Aishah saat itu. Matanya lari mencari Hana Aishah. Isterinya duduk dikelilingi saudara mara perempuan mereka tetapi dalam senyuman yang tergaris di bibir itu , mata itu membawa seribu rahsia.

“I always am” Fakhrul tersentak untuk kedua kalinya. Pandangannya sekali lagi dikalih memandang ke arah papanya. Dia lupa sudah tentang perbualan mereka awal tadi. Hana Aishah dan Adam, hanya dua insan itu yang dia bimbangkan sekarang.

“I was always and will always be proud of you. I`m sorry I never say it to you” apabila Tan Sri Fadhil melebarkan ayatnya barulah Fakhrul teringat soalannya awal tadi. Malangnya saat itu tiada rasa bahagia yang hadir mendengar kata – kata pujian daripada papanya.

“It doesn’t matter anyway now” Fakhrul membalas bersahaja kerana hakikatnya memang dia tidak memerlukan penghargaan ataupun kata – kata pujian papanya. Masa itu telah berlalu.

Kesunyian menyelubungi mereka kembali. Masing diam memerhatikan keluarga Tan Sri Fadhil dan Kapten Azam di bawah satu bumbung. Fakhrul terasa lebih cergas dan sihat sekarang.

Mereka tertidur sampai hampir maghrib siang tadi. Nasib baiklah rengekan Adam membawa anaknya naik. Wajah mengantuk anaknya yang sudah penat bermain bertukar geram saat melihat Hana Aishah di dalam pelukan Fakhrul. Meloncat daripada pelukan Mak Zah ke atas katil dalam masa sekelip mata sebelum merangkak laju kea rah ibunya.

Seperti sekarang. Sudah penat bermain sekarang anaknya sedang merengek mahu didukung Hana Aishah. Bersilih ganti tangan cuba memujuk. Fakhrul di pangguk rasa sedih kerana tidak mampu lagi mendukung Adam. Adam seperti memahami keadaan dia dan tidak merengek mahu didukungnya.

“Has he always been like that” Fakhrul bertanya kepada papanya.

“So understanding of his umi” Fakhrul menyambung soalannya.

“Yeah. Papa tak sure full story but the boys did tell me whenever Hana is not well. Time tu papa akan pergi uk. I`ll try to stay as long as I could” Fakhrul diam mendengar. Papanya pun tidak tahu masalah kesihatan Hana Aishah.

“I`m so relieved because the boys were always there. Hana was never alone managing Adam” Tan Sri Fadhil menyambung.

“Its not just Emir then” Fakhrul menyimpulkan cerita papanya. Hatinya lega kerana tahu Hana Aishah tidak sendirian tetapi hakikat yang ada lagi lelaki lain selain Emir yang menjaga Hana Aishah dia tidak tahu mahu merasai apa.

“There`s 3 of them. I`m sure they`ll be coming soon” ada maksud di sebalik kata – kata Tan Sri Fadhil , itu Fakhrul pasti.

“Do you have his pictures and videos?” Fakhrul sejujurnya tidak tahu dia mahu ataupun tidak melihat gambar and video anaknya membesar tanpanya.

“Hana documents every single things. Papa tahu Hana rasa bersalah sebab pisahkan Angah dengan Adam. She had to” tona akhir dihujung bicara Tan Sri Fadhil membuatkan Fakhrul berpaling memandang kea rah papanya.

“What are you not telling me?” dalam sekelip tona Fakhrul berubah.

“Its wasn’t just the pictures and videos. Its bigger than that” Fakhrul dapat merasai degupan jantungnya yang berentak semakin laju. Menanti bicara Tan Sri Fadhil. Dia tahu Felisha terlibat dalam memfitnah isterinya. Hakikat yang merobek segenap jiwanya pergi.
*********************************************************

Fakhrul dalam perjalanan menuju ke pintu utama mahligai Tan Sri Fadhil. Hari itu setelah enam bulan tidak berkunjung ke situ , Fakhrul memaksanya dirinya ke situ.

“Angah nak tunggu mama mati baru Angah nak menyesal ke. Along tahu Angah sakit tapi sampai bila angah nak salahkan mama and papa. Jahat mana pun Angah anggap mama tu , mulut mama tak habis – habis sebut nama angah. Pergilah tengok mama. Jangan sampai benda yang jadi dekat Hana jadi dekat mama. Menyesal dah tak guna kan sekarang” bebelan panjang abangnya minggu lepas memaksa Fakhrul ke situ.

Enam bulan yang menyeksakan. Air mata Fakhrul yang dahulu tidak pernah tumpah sekarang menjadi peneman di dini hari. Tanpa Lelah di bersujud memohon ampun atas kekhilafan dia sebagai suami , sebagai babah Adam. Siangnya dipenuhi dengan siasatan untuk mencari gerangan isteri yang pergi tanpa sedikit klu tentang keberadaannya.

Fakhrul sudah tidak dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Hari – harinya kosong. Hatinya sudah tiada dalam melakukan perkerjaan sehariannya kerana dia tahu dia akan kembali ke rumah kosong tanpa penghuni. Kesunyian di banglo itu tanpa gelak tawa Hana Aishah sudah setahun tetapi sebelum ini sekurang – kurangnya , haruman Hana Aishah masih dapat menenangkan hari – harinya.

Tetapi haruman itu semakin hari semakin pudar. Setiap kali pudar dia akan menyembur minyak wangi kegemaran isterinya. Minyak wangi pemberiannya kepada Hana Aishah. Minyak wangi yang hanya dia izinkan Hana Aishah pakai di dalam rumah mereka sahaja.

“I love this smell on you. It make me feel like home when the sense mixed with this beautiful body smell” pujian dia kepada Hana Aishah yang membawa mereka ke dalam alam yang hanya dipenuhi kasih dan cinta untuk kesekian kalinya.

Fakhrul rindukan segalanya tentang Hana Aishah. Tidak pernah sesaat berlalu mindanya tidak memikirkan Hana Aishah. Tetapi hari ini dia perlu selesaikan urusan dengan mamanya. Mamanya yang terlantar akibat dia seperti kata Fakhih. Jadi segala emosi di padamnya sebelum kakinya melangkah masuk ke bilik tetamu yang sekarang menjadi tempat penginapan Puan Sri Maria.

Melihat sekujur tubuh mamanya yang terbaring lesu , Fakhrul didatangi rasa yang sangkanya sudah hilang. Rasa yang hadir setiap kali mamanya menghilangkan diri. Rasa bersalah kerana mengecewakan keluarganya dengan menjadikan mamanya sakit.

“You made mama sick. You shouldn’t have come to my house” kata – kata Fakhih yang penuh dengan amarah pertama kali Fakhih berada di saat mamanya mengamuk.

Fakhih sentiasa tiada sewaktu mamanya datang sakitnya. Sakit jiwa yang hanya dia fahami sewaktu umurnya 8 tahun selepas membaca buku di perpustakaan negara.

Dia ingat lagi rayuannya kepada abinya untuk membawanya ke situ. Niatnya hanya mahu memahami sakit mamanya tetapi diakhir hari itu yang dia terima adalah kata – kata amarah daripada Fakhih kerana mamanya kembali sakit saat mengetahui Fakhrul keluar bersama abi dan ibunya.

“Angah” suara pelat itu meraung memanggilnya dalam kepelatan membawa memori pahit itu pergi. Yang tinggal sekarang memori pahit saat ini.

Hari itu , Fakhrul membiarkan mamanya memeluk tubuhnya sepuas yang mamanya mahu. Tangannya dipegang seerat mungkin oleh mamanya seperti takut dia bawa pergi.

Hari itu seperti berpuluh tahun lepas , dia duduk dan menerima sahaja tugasan yang perlu dia lakukan supaya Puan Sri Maria tidak sakit. Itu sahaja cara untuk mendapat perhatian papanya dahulu. Sekarang dia ke situ kerana Fakhih cakap dia punca Puan Sri Maria sakit ini pula. Jadi dia kena betulkan sakit ini juga.

Ubat – ubat mamanya diuruskan rapi sebelum dia mendapat segala perkembangan terbaru mamanya. Perkara – perkara yang belum diuruskan dan terapi tambahan dia juga tetapkan temujanji. Beberapa perubahan dia lakukan untuk menjadikan mamanya normal semula.

Setelah segalanya selesai Fakhrul membawa mamanya di atas kerusi roda dan bersiar – siar di taman botani rumah keluarganya. Wajah Tan Sri Fadhil dan Fakhih jelas bersinar bahagia melihat mamanya yang buat pertama kalinya bersetuju untuk keluar daripada bilik tetamu yang di diami mamanya.

Segalanya berjalan baik seperti yang dirancang sehinggalah Felisha memunculkan diri sewaktu makan malam keluarga. Makan malam yang dalam segala upayanya Fakhrul mengawal api amarah yang bergolak di dalam hatinya.

“Felisha did. It wasn’t Hana nor Aiman. She hires an actor that look like both of them and forged the pictures” hakikat itu cukup untuk membunuh Felisha daripada hidupnya. Dia tidak mahu tahu tujuan adiknya berbuat bergitu kerana Felisha sudah mati daripada hidupnya.

Saat itu lebih daripada segalanya Fakhrul mahukan Hana Aishah. Hana Aishah yang sentiasa dapat membaca pergolakannya dan menjadi ubatnya. Tautan tangan isterinya di pahanya setiap kali untuk menenangkan dia , renungan penuh cinta Hana Aishah meyakinkan dia segalanya akan mereka lalui bersama , pelukan Hana Aishah untuk menenangkan jiwanya yang tidak pernah tenteram dan…

“Angah. I want to sleep” perjalanan emosinya terhenti saat mamanya tanpa sedar meredakan segala kemarahan di dalam dirinya.

Fakhrul tanpa berlegah meninggalkan pinggannya sebelum menolak kerusi roda mamanya ke dalam bilik semula. Percakapan mamanya yang pelat bercerita tentang apa entah tidak masuk ke dalam minda Fakhrul. Saat itu dia hanya mahu lari keluar daripada situ. Daripada tempat yang hanya membawa derita kepada Hana Aishah.

“Angah tidur sini kan” permintaan mamanya yang sudah dia baringkan itu dibalas dengan gelengan kepalanya.

“Abang jangan lukakan hati mama and papa. Sometimes abang tak perasan but your words hurt them so much. Especially mama , kesian mama abang” pesanan isterinya membuatkan dia lebih rela tidak mengeluarkan kata – katanya.

Setelah memastikan semua sudah tersedia untuk Puan Sri Maria , Fakhrul mengucup pipi mamanya sebelum berangkat pulang tanpa sebarang bicara. Dia mahu lari kembali ke rumahnya. Di situ ada haruman Hana Aishah. Di situ dia dapat tidur bermimpikan isterinya.

“Abang” dan seperti biasa nasib tidak akan pernah menyebelahinya.

Felisha sudah menanti di beranda mahligai papanya. Menanti dia. Wajah itu merenungnya manja tanpa perasaan bersalah. Saat itu segala tangisan dan jeritan Hana Aishah terang lagi jelas bermain di telinganya. Rayuan isterinya untuk menegakkan kebenaran yang hanya dia balas dengan kesakitan dalam setiap bentuk.

“Abang tolong Aishah abang…..Aishah tak buat….Sakit sangat abang…..Please abang…..Aishah tak tipu abang…. Sakit abang… sakit…” entah bila Fakhrul tidak tahu tetapi tangannya sudah mendarat di leher Felisha. Suara rayuan Hana Aishah bersilih ganti bermain membuatkan kekuatannya gugur.

“Aaaa… Help. Papa… Along” jeritan Felisha sudah tidak dia dengari saat itu. Yang sampai ketelingannya hanyalah raungan Hana Aishah. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Jeritan itu hanyalah di minda Fakhrul sahaja. Matanya menusuk ke dalam anak mata Felisha yang ketakutan saat itu.

“Ya Allah. Angah. What the hell?” jeritan Fakhih kedengaran di saat yang sama tubuhnya di tolak ke belakang.

Fakhrul merenung kea rah Felisha yang sudah jatuh terjelepuk di atas lantai mencuri nafas. Tidak kekesalan lansung yang berbaki.

“What the hell Angah? Angah gila ke apa?” Fakhih menjerit sambil cuba membantu Felisha bernafas.

“You are dead. Do not ever communicate with me in whatever form” Fakhrul memberitahu dalam tona yang tenang. Tenang setenang hatinya saat kata – kata itu diungkapkan. Renungannya bertembung dengan Tan Sri Fadhil yang sedang berdiri di pintu utama mahligai itu.

“Sakit yang aku bagi ni is only a glimpse of the pain you make me give the love of my life. Sampai mati pun aku tak mengaku kau adik aku” Fakhrul menutur bicara penutup itu sebelum kakinya melangkah pergi.
**********************************************

“Nani!” jeritan Hana Aishah mematikan perbualan Fakhrul dan Tan Sri Fadhil.

Suasana yang tadi bising senyap sunyi saat Hana Aishah melangkah laju menuju ke arah Asifah. Fakhrul tidak tahu bagaimana neneknya boleh sampai ke situ dan siapa yang memberikan perkabaran tetapi yang pasti mereka semua terkejut.

Esakan Hana Aishah membuatkan Fakhrul ikut mahu bangun. Hatinya tidak akan tenang setiap kali Hana Aishah mengalirkan air mata. Tetapi untuk bangun itu , Fakhrul tidak mampu. Tubuhnya terduduk kembali.

Tanpa dipinta tubuhnya sekali lagi dibangunkan tetapi saat itu dengan bantuan Tan Sri Fadhil. Fakhrul diam menerima bantuan itu kerana memang dia tidak mampu mahu berdiri sendiri. Perbualan mereka perlu dihentikan kerana saat itu , Hana Aishah lebih penting.

“Hana mintak maaf nani. I`m sorry” esakan Hana Aishah menjadi semakin kuat. Masing – masing diam membisu melihat pertemuan semula Asifah dan cucu menantunya.

Nenek Fakhrul diam tidak berbicara. Tangan yang sudah berkedut seribu itu hanya mengusap isterinya yang dipenuhi rasa penyesalan. Entah berapa lama Hana Aishah akan terus menghukum dirinya Fakhrul tidak tahu. Yang patut dihukum dia kerana dia punca segalanya.

Saat Fakhrul sampai di situ , perhatian neneknya beralih. Dengan Hana Aishah masih di dalam pelukan , tangan kirinya tua itu didepa. Fakhrul tersenyum pendek sebelum dia masuk ke dalam pelukan itu. Tangannya memeluk erat dua Wanita yang terlalu memahami dia.

“Allah dah jawab doa nani. Lepas ni hangpa berdua baik – baik saja” Fakhrul memejam matanya menikmati saat yang dia doa akan tiba.

“Hang jangan mai balik jenguk nani selagi hang tak jumpa bini hang. Nani haramkan hang balik kampung ni dan mandikan jenazah nani selagi hang tak cari jumpa bini hang” kali terakhir dia bertemu dengan Asifah adalah 4 tahun lepas sewaktu raya haji. Amaran keras daripada hati neneknya yang sekeras batu juga.

“Sudah. Berenti nangis” garang suara naninya memarahi isterinya. Mahu sahaja dia membawa lari Hana Aishah saat itu.

“Kalau isteri Fakhrul lari lagi sebab nani marah dia nani pi cari jumpa dia” Fakhrul menegur tetapi yang dia terima adalah cubitan di pipinya.

“Hang la buat perangai sampai bini sikit punya baik pun lari” Asifah memarahi dia.

Fakhrul mengetap bibirnya geram ditegur begitu di hadapan semua orang. Bercakap mengenai semua orang tiba – tiba baru dia teringat ahli keluarganya yang lain. Matanya meliar melihat sekeliling sebelum renungannya jatuh pada Puan Sri Maria yang duduk memandang ibunya daripada kejauhan.

“Come I wanna show you someone” Fakhrul memaut pinggang dua Wanita yang penting dalam hidupnya ini sebelum membawa mereka menuju kea rah Puan Sri Maria.

Sudah hampir 40 tahun Puan Sri Maria dan Asifah tidak bertegur sapa jadi dia dapat melihat wajah penuh harapan Puan Sri Maria saat dia membawa Asifah menuju kea rah mamanya.

Saat mereka sampai di meja makan itu, Asifah memisahkan pelukan mereka. Fakhrul menarik Hana Aishah rapat ketubuhnya. Esakan isterinya masih bersisa tetapi momen yang dia tunggu selama ini telah tiba. Fakhrul merenung isterinya dengan senyuman lebar.

“Adam sayang. Meet your Parnani” Fakhrul memecahkan kesunyian yang menaikkan ketegangan disekeliling. Fakhrul mengusap pipi isterinya yang basah dengan air mata.

“We`re home” dahi isterinya dikucup lama sebelum dia menarik Hana Aishah erat ke dalam pelukannya. Asifah melabuhkan punggungnya di kerusi di sebelah Puan Sri Maria yang sedang meriba Adam.

Adam pula sedang kebingungan melihat suasana yang sudah menjadi sunyi dengan semua pandangan kearahnya. Tetapi yang membuatkan dahi Adam berkerut adalah saat dia melihat Asifah merenungnya tekun. Seperti sedang menangkap wajah itu ke dalam kotak memori.

Fakhrul melihat Hana Aishah menahan sebaknya saat Adam tersenyum lebar apabila Asifah memuji anaknya dalam bahasa ibunda mereka. Melompat – lompat anaknya di atas Puan Sri Maria saat mendengar bahasa yang Fakhrul pun tidak arif itu.

“He understands?” Fakhrul bertanya pelik memandang kea rah Hana Aishah.

“Cucu Parnani mesti faham. Pandai mak hang bela” Adam diangkat dengan mudah ke atas ribaan Asifah sebelum anak kecil itu dirangkul erat Asifah.

Saat itu ada dua Wanita di hadapan Fakhrul sedang bergenang air mata. Asifah dengan kesyukuran dapat menjumpai cicit yang dia nantikan , manakala Puan Sri Maria menahan kecewanya kerana sehingga saat itu dia masih orang asing di dalam hidup ibunya.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2022-07-07 10:39:15 

best. tqvm

fea
2022-07-06 18:04:44 

besttt <3 semua ada...

fea
2022-07-06 18:04:19 

sedih....


NovelPlus Premium

The best ads free experience