Bab 10

Romance Series 113896

"Aku buntu la Aniq. Tak de lead langsung. Dah dekat tiga minggu kot. Jumaat ni Uncle Syed dah nak berangkat ke Mekah. Tapi kan, tak silap aku hari tu Tuan Haidar bagitahu Yus dan Amy tak ikut sekali kan?" soal Syam sambil meneguk air sambil mata memandang sekeliling cafe IPK ni.

Rata-rata pegawai dan anggota yang datang makan di sini semuanya yang malas nak keluar makan di luar. Bukan tak boleh makan di luar tapi jika makan di cafe ni jimat masa. Makanan pun boleh tahan sedapnya, berpatutan dengan harga.

"Nak buat macam mana, bukan kita tak usaha. Tapi pemilik kedua-dua nombor hari tu, dua-dua nombor pakai buang. Memang susah nak detact. Tapi mana diaorang dapat nombor telefon kau ye? Pelik juga aku." ucap Syam sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Kau macam mana, ikut hantar Tuan Syed dan keluarga dia kat airport tak?" soal Syam.

"Aku rasa nak hantar lagipun boleh kita tengok-tengokkan Afya. Bukan apa, aku bimbang diaorang ambil kesempatan pada Afya dengan ketiadaan ayah dan abang dia je nanti. Memang la anggota kita ada follow Afya dalam diam tapi kita tak boleh leka" balas Aniq dengan wajah yang penuh kebimbangan.

****

"Selamat jalan Uncle Syed, Untie Tini, Tuan Haidar dan Puan Ida. Semoga semuanya mendapat umrah yang mabrur serta dipermudahkan segala urusan di sana" ucap Aniq sambil bersalam dengan abah dan along.

Yus dan Amy pula tak habis-habis berpelukan dengan Puan Tini. Kak Ida juga tak ketinggalan.

"Yus, ingat ni. Jaga diri sentiasa. Amy, tengok-tengokkan kakak, jangan asyik dah bergaduh je. Korang ni pantang jumpa, macam anjing dengan kucing. Asyik nak bercakar je" pesan mak sambil bahu Yus diurut perlahan.

Air mata Yus dari tadi tak henti mengalir, merah-merah hidung kerana selsema menahan tangis.

"In sha Allah.. Amy tengokkan. Mak dengan abah jangan la risau" jawab Amy sambil memeluk abah.

Along datang rapat ke arah Aniq dan membisikkan sesuatu lantas kedua-duanya berpelukan seketika. Kepala diangguk tanda setuju. Tangan juga dijabat.

Aku tidak pasti apa yang dibincangkan oleh mereka.

Abah, mak, along dan kak Ida berjalan menuju ke arah kumpulan Anastasia Agency dan mula menuju ke balai pelepasan. Aku tak pasti kenapa rasa begitu sayu sekali melihat keempat-empat mereka pergi. Rasa seakan ini kali terakhir aku melihat mereka. Sungguh hati rasa amat sayu. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Aku lihat mereka melambai dan lambaian mereka aku balas sehinggalah sudah tidak kelihatan lagi. Sisa air mata aku lap dengan tisu.

"Kau okey ke kak?" soal Amy. Dia juga aku lihat merah matanya menahan sedih. Bahu aku dipeluk dan digosok. Kepala aku sandarkan pada bahunya. Sungguh sesuatu sangat..

"Dah la, makin banyak kau nagis kak, makin buruk muka tu dah la muka memang buruk" usik Amy. Aku tau, Amy berkata begitu hanya mahu hiburkan hati aku. Aku pasti Amy juga rasa apa yang aku rasa.

"Ehem.. "

Terdengar suara seseorang di belakang. Aku dan Amy menoleh serentak. Oh abang kunyit dan kawannya. Lupa pulak diaorang pun ada sekali tadi.

"Abang kunyit. Sorry, terlupa ada sekali" ucap aku tanpa aku perasan yang aku dah terlepas kata.

Mengekek Syam dan Amy ketawa. Muka Aniq jangan dicakap, ketat. Marah la tu..

"Opss sorry. Tuan Aniq." jawab aku tersengih.

Hai la.. Ikutkan hati nak aje disepit bibir comel tu. Sesedap rasa panggil aku Abang Kunyit. Tunggu la..

"Hm.. Nasib baik Yus yang panggil macam tu, kalau saya tadi memang dah makan penumbuk dah" ucap Syam sambil tersenyum-senyum.

"Abang Aniq dan Abang Syam dah nak balik ke? Jom lah join kitaorang minum dulu. Lepas ni kita balik la." ajak Amy.

Sepanjang mak dan abah tiada di rumah. Abah telah meminta Pak Hamid dan isterinya Mak Minah tidur di rumah untuk teman aku dan Amy selain daripada memasak dan mengemas rumah. Maklumlah, biasanya kerja semua tu mak yang buat.

Syarikat abah pula sementara ketiadaan abah, Pak Long Irman yang mengambil alih. Jika ada apa-apa urusan melibatkan pengeluaran wang, memerlukan kelulusan dari dua pihak iaitu aku dan Pak Long Irman. Walaupun begitu, aku masih lagi kerja di syarikat yang sama dan sibuk ulang alik ke Nilai bagi projek yang sedang berjalan ketika ini.

"Rasanya tak dapat la Amy, abang nak kena balik pejabat. Ada urusan yang belum selesai. Ni, Amy dengan Yus balik dengan apa ni?" soal Syam prihatin. Nak harapkan si Aniq, tak de lah nampaknya. Tak habis-habis dengan muka ketat, keras dengan pandangan yang sejuk, beku. Haih! Harap muka je hendsome.

"Balik dengan kereta Kak Yus. Tadi kitaorang datang dua kereta, satu kereta Kak Yus, satu lagi abah sewa limo. Kalau naik satu kereta memang tak muat" balas Amy.

"Kalau macam tu, abang gerak dulu. Hati-hati memandu tu. Kalau ada apa-apa boleh call abang tak pun Abang Aniq. Meh sini telefon abang savekan nombor." pinta Syam pada Amy.

Aku masih dengan telefon bimbit, mana taknya. Patutnya petang ni aku kena hadir ke site bersama ahli team yang lain tapi aku tidak dapat ikut kerana menghantar abah, mak, along dan Kak Ida ke airport.

Dalam sibuk menaip mesej di telefon, aku rasa macam ada orang di sebelah aku. Gelap je rasa. Perlahan aku dongak dalam masa yang sama muka Aniq terjenggul di tepi pipi kanan mengintai telefon bimbit aku.

"Omak kau abang kunyit!" bulat mata aku terperanjat. Mana taknya sikit lagi nak tercium. Kurang asam keping betul. Ha, ambik kau. Nak kejutkan aku lagi..

Aku lihat mata Aniq tajam merenung aku, mak oi tajamnya pandanganmu, kalau pedang, sah-sah dah tembus badan aku ni.

Hai la.. Nasib baik la kat sini bising, kalau tidak, tak pasal-pasal orang dengar kau jerit Yus.

Aniq menunduk sedikit di tepi telinga Yus. "Sekali lagi awak panggil saya macam tu, siaplah bibir comel tu. Tau la saya nak buat apa." amboi. Ugut ke ni.

Terus aku tutup mulut dengan tangan kiri memandangkan tangan kanan memegang telefon. Dia ni dah kenapa, pervert.

Lepas sahaja Aniq bisik padaku, dia terus berlalu ke arah Syam dan Amy. Aku terkebil-kebil dengan ulah mamat sorang ni. Kunyit hidup betul la dia ni.

"Akak, jom lah. Kata nak minum tadi." ajak Amy sambil menggamit aku ke arahnya. Aku nampak Amy bersalam dengan Aniq dan juga Syam. Kedua-dua mereka menghilangkan diri dicelah orang ramai.

"Kak, orang dah send nombor abang Aniq dan abang Syam. Akak savelah. Ada apa-apa boleh call diaorang" beritahu Amy.

"Eh, kau kan ada, buat apa nak call diaorang pulak" balas aku ambil berjalan beriringan dengan Amy.

"Kita balik la, Mak Minah ada masakkan malam ni. Malas pulak akak nak jalan lagi. Penat la" aduku pada Amy.

"Ikutlah, orang okey je" balas Amy.

Tanpa disedari sepasang mata sedang memerhatikan kedua-dua adik beradik terbut barjalan meninggalkan kawasan airport. Senyum sinis tersungging di bibir.

Amy tenang memandu disebelah. Aku keluarkan telefon bimbit dari beg tangan. Ikon whatsapp aku tekan. Mesej dari Amy aku buka. Ada dua nombor telefon yang dihantar padaku.

Aku tekan save pada nombor yang pertama dan nombor tersebut aku simpan dengan nama Tuan Syam Polis. Senang nak ingat. Nama satu lagi, baru aku nak taip tiba-tiba datang idea baik punya. Hahahahaha... Bukan dia tahu pun aku save nama dia apa kat telefon ni. Abang Kunyit. Ha, ambik ko.. Tersenyum aku.

"Kau dah kenapa ni kak, tiba-tiba senyum sorang-sorang ni. Jangan cam tu kak. Risau orang" ucap Amy yang toleh seketika padaku sebelum memandang kembali ke jalanraya.

"Tak ada apalah. Akak nak lelap kejap boleh. Dah sampai nanti kejut ek" balas aku kemudian telefon bimbit disimpan di dalam beg. Mata perlahan aku pejam. Penat sungguh dua tiga hari ni.

Share this novel

liyana
2021-02-11 11:59:47 

ugut sambil puji


NovelPlus Premium

The best ads free experience