Rate

01

Romance Series 1805

Petang yang tak seterik biasa,seronok betul hati aku melihatkan gelagat dan keletah anak-anak kecil di taman permainan.Seperti seribu warna.Ada yang berlari dan berkejaran,ada yang main buaian dan ada juga si comel yang naik turun gelongsor.Penuh dengan suara kuat dan tawa galak mereka.Aku yang memerhati jadi gembira sama langsung terleka,seolah lupa masa.Hilang kusut tentang dunia dewasa.

“Cicer Hurin!” Suara kecil yang aku kenal sungguh buat aku tersentak dari lamunan yang agak Panjang.

“Ye,sayang Alisa.” Lembut lembut aku menyahut.Alisa yang datang mendekati aku bawa duduk atas ribaku.Rambutnya yang dah serabai sikit aku selit ke belakang telinga buat si comel mengeliat geli saat jariku menyentuh telinganya.Alisa beri senyum.

“Kenapa Alisa datang kat teacher ni? Taknak main dengan kawan-kawan dah ke?”

“Friends semua nak play lagi but Alisa already tired la Cicer Hurin. I need to get some breath too.” Memuncung Alisa meluahkan ekspersi penatnya itu.

Alisa,anak murid aku yang paling kecil.Yang lain dah masuk 4 dan 5 tahun tapi dia baru sahaja genap 3 tahun.Kecilikan dia tak kalah,dah petah berkata-kata dalam dwi bahasa lagi walaupun masih ada pelatnya macam teacher dia sebut cicer.Agaknya,itulah sebab parents Alisa putuskan untuk hantar dia ke tadika sedikit awal.Tak terjangka aku rupanya keluarga Alisa bukanlah biasa-bisasa.Alisa berlatarbelakangkan keluarga yang dihormati orang bandar.Gadis bertuah ini cucu kepada usahawan terhormat,Tuan Amir.

“Alisa!” Panggilan itu buatkan si comel melompat turun dari pangkuan aku.

Tak sempat toleh kiri kanan,Alisa laju melintas jalan dari hujung mata aku perhatikan.Tinggal dia seorang je rupanya yang belum dijemput pulang sedari tadi.Tak tahulah pulak alku angin petang boleh buai aku dalam angan begitu lama.Macam tadi ramai lagi budak-budak kat taman ni.

Aku pun baru nak berjalan sama ke arah tadika laju terperasankan kereta yang sedang memecut laju dari arah lawan dan Alisa masih di Tengah jalan.

“Aisa!!!” Terburu aku lari dan tangkap Alisa dalam dakapan sebelum jatuh tergolek macam nangka busuk depan kereta keluarga Alisa.

Streeeeeet,bunyi geseran tayar dengan jalan kuat. Tak lama sebelum kereta hitam berkilat jenama Honda Civic itu brek secara kecemasan.Tuan kereta dah cepumas keluar untuk mendapatkan mangsa keadaan.

“Hurin,darah!” Kak Yus,penyelia tadika yang sedari tadi menyaksikan insiden sadis itu menegur bahu aku yang baru rasa kepedihannya itu. Mata aku dah mula nampak berbalam-balam.

Aku gagahkan juga nak duduk.Bahu aku yang berdarah tu makin galak membuaknya.Sejenis manusia yang takut darah? Ya,akulah yang tergolong sama tu.Kepala aku tak tahan pening dah.Melihatkan Alisa yang tak apa-apa aku hela nafas lega.

“I’m sorry. I was in a rush.Mind if I bring you to the clinic first,Miss?” Suara milik orang asing itu seolah angin lalu menyapa gegendang telinga.

Aku tak mampu nak tahan sakit kepala ni lama-lama.Dan, tubuh aku rebah semula atas jalan.

Siling putih? Heh,clichenya awal awal heroin dah kena admit hospital.Walaupun kepala masih pening lalat,aku gagahkan juga nak angkat kepala tengok keliling.Nampak ada meja dan sofa.

‘Mak aihh, berapa pulaklah bil nak kena bayar duduk bilik macam ni.’bisik aku dalam hati.

“Tok,tok.” Pintu bilik diketuk dari luar.Aku sempat berdeham kecil sebelum lambat lambat cuba duduk dan bersandar.Bahu kanan aku yang berbalut rasa kebas sedikit.

Sosok tinggi yang aku identify sebagai seorang lelaki dengan kot putihnya beri aku anggapan,dialah doktor yang in-charge case aku.Tapi silap seribu kali silap,dia bukan sahaja doctor aku.Sekali saja,

“Im so sorry for what just happened.Of course,first of all I would like to offer you my apologize and for that,let me just count that as my responsibility too to heal you.” Jelas riak bersalah yang amat terlukis di wajah bersih dan tampan doktor muda itu.

Mata aku yang bundar melirik dari rupa dia ke bahu dia yang tegap,dada dia yang bidang dan berhenti pada tag nama yang dipin pada kocek kot labuhnya.

‘Dr.Arman,’ cantik nama dia hati aku berkata.

“Oh, haa jadi?” Bukan acah-acah blur ya,seketul Hurin memang line slow sikit.Muka aku mungkin dah berkerut kening sebelah sangat meyakinkan bahawa aku di tengah tengah kebingungan.

“I meant,Im going to be the doctor in charge to treat you here as my token of sorry” Satu ayat yang ringkas untuk orang IQ tak berapa rendah,tak berapa tinggi macam aku hadam dan faham.

“Oh. Okay okay doktor,cumanya bila saya boleh keluar? Saya bukan orang kaya boleh duduk bilik mahal macam ni.” Orang kata aku ni random sungguh tapia da betulnya.

Dr. Arman terlepas tawa kecil mendengarkan itu.Biasanya,pesakit normal akan tanya soalan macam “saya dekat mana ni doktor?” atau “saya sakit apa doktor?” Dan adakalanya, dia pun ada dapat soalan “Dr ni single lagi ke?” Tapi,patient dia kali ni buat pengakuan dia tak mampu nak duduk bilik mahal macam ni.

“Awak tak perlu risau cik Hurin, soal kos biar saya yang tanggung sebab kalua bukan kerana saya,awak tak perlu pun duduk sini.” Dr. Arman memang prihatin sejak azalinya,tapi sayang dah nak masuk 30 pun belum ada isteri dan keluarga sendiri.

“Eh,tak boleh macam to Dr. Nanti orang kata saya ambil kesempatan macam mana? Saya pun taknak terhutang budi dengan sesiapa lagi-lagi Dr. pun orang yang saya tak kenal.” Makin bundar mata aku mendengarkan sebaik itu lelaki bernama Dr. Arman ni.

“Ya Allah anak! Apa yang sampai berbalut bahu kamu ni nak?! Kamu bergaduh dengan orang ke apa?!” Tinggi setinggi suara Erni Zakri nyanyi lagunya berjudul Ku Bersuara Mak Tijah teriak melihatkan keadaan anak bertuahnya yang satu itu.

“Sabarlah maknya oi.” Menggeleng Pak Hisyam melihatkan isterinya yang tak senang duduk sejak mereka gerak dari Johor nak sampai ke Selangor tadi.Dalam diam,Pak Hisyam sama risaukan permata hatinya itu.Itu jelah satu Cahaya mata mereka.

Dalam Maghrib tadi mereka berdua dapat panggilan daripada pengusaha tadika Pintar Bestari menyampaikan khabar Hurin yang sedang dirawat di hospital tempatan.Usai solat berjemaah berdua,mereka pun bertolak selepas memberitahu tok ketua kampung untuk meninjau rumah mereka dalam sehari dua.Luruh jantung dua orang tua itu bilat ahu Hurin terlibat dalam kemalangan.Anak mereka dah sebulan juga menetap di negeri orang bersendirian tanpa ada saudara amhupun sahabat handai untuk mengejar cita-cita.

“Mana ada Hurin gaduh-gaduh,mak ni.Hurin selamatkan budak tadi daripada kena langar.” Jujur aku cuma nak tenangkan mereka.

Tangan mak aku salam sebelum tangan kasar ayah aku sambut dan kucup.Dah sebulan sejak aku mula bekerja di negeri orang rupanya.Melihatkan wajah tua itu buat aku rindu aku menggebu semula.Inilah mungkin hikmahnya.

“Yang kamu dah kenapa nak bajet hero nak oii.Tengok dah berbalut bahu ni haa.” Bunga-bunga mak nak beleterla tu.

“Macam mana nak buat ni Dr. Maknya,kita dengo le dulu Dr. kata” Ayah menegur Dr. Arman yang dari tadi jadi penonton setia drama keluarga Haji Hisyam episode 1.

“Oh, Hurin perlu rehat yang cukup sebab bahu cik Hurin sebenarnya luka yang agak teruk, koyak sampai ke bahagian dalam.Jadi,kami dah jahit dan suntik ubat bius dalam dua jam yang lepas tadi.Effect bius akan hilang juga,jadi dalam jam seterusnya Hurin perlu ambil ubat tahan sakit yang nurse kami akan hantar. Selain daripada ubat untuk cepatkan recovery,cik Hurin juga perlu cuci luka di bahu tu 3 kali sehari untuk elak infections dan sebagainya.Nurse kita akan bantu juga untuk tukar dressing luka tu jadi jangan risau.Cik Hurin mungkin akan ditahan lebih kurang seminggu untuk pemantauan dan rawatan lebih lanjut.” Panjang lebar Dr. Arman beri penerangan.

“Seminggu Dr?!” Terkeluar ya anak tekak aku terkejut beruk denga raku nak kena bertapa dalam bilik mewah ni seminggu.Aku pandang mak abah di depan rasa bersalah.

“Siapa lah yang sampai hati langar anak kami ni yang cantik,baik lagi comel ni sampai koyak bahu dia haa.” Mak Tijah mengeluh kasihan kat anak.
“Nanti dah ada parut,jatuh maskahwin kamu nak.”

Ketawa Dr. Arman dengar ayat Mak Tijah itu. Betul betul random ni.Patutlah anaknya cik Hurin kita ni mengikut.

“Takpe makcik, saya boleh je tolong pinangkan anak makcik ni.” Selamba Dr. Arman membalas.

“Apa pulak Dr. ni.Saya ni ada Hurin jelah anak sorang Dr.Siapa pulaklah malaun yang tak bertanggungjawab yang buat anak saya ni macam ni.Dasar tak reti bertanggungjawab sungguh.Bayang pun takde nak tunggu sini tengokkan Hurin sampai kami tiba.Minta maaf lambert lagi lah.”

Aku gigit bibir bawah malu dengarkan leteran mak.

“Takpe makcik.Saya kan ada tolong jagakan Hurin baik-baik.Saya orang baik-baik makcik,makcik percaya saya tak?” lagi sekali Dr. mud ani berbicara.Yang mana buat aku nak balik je sekarang ni.

Mak hala pandangan kea rah Dr. Arman.Siap analisis atas ke bawah,bawah ke atas.

“Abahnya,keluar jap jom.Nak ke kaunter dulu selesaikan apa yang patut.” Mak Tijah mula terhidu bau-bau sus antara anak daranya dengan Dr. muda itu tarik suaminya keluar.

Sejurus orang tua Hurin keluar dari bilik itu,Dr. Arman memohon pamit pergi sama.

“Err Dr. saya nak tanya juga, kenapa Dr bawak laju-laju sedangkan Dr. tahu Kawasan situ ada tadika?”

“Saya dapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.Saya minta maaf sekali lagi ya,Hurin.Dan berterima kasih juga dekat awak sebab dah jadi wanita hebat yang berani selamatkan nyawa bidadari kecil.Hanya Allah yang mampu membalas.” Dr. Arman ukir senyum ikhlas.

“Awak rehatlah dulu,ada masa senggang saya dating jenguk.Jangan risau,awak jumpa juga muka ni hari-hari nanti.Kalau rindu tekan je loceng tepi katil tu.” Langsung dia gelak mengusik aku.Jelas nampak dia ada lesung pipit dua.Manis.

‘Eh Hurin kau ni kannnn.Pantang..’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience