Bab 2 ( Kemunculan lari...)

Zombie Series 1354

Danial terjaga dan melihat abangnya sedang tidur di katilnya dengan kepala bersandar. Dia melihat jam menunjukan pukul 7 malam. Dia berasa semakin pulih dari ubat bius yang diterima. Tanpa mahu mengejutkan abangnya yang kelihatan nyenyak, Danial mencapai remote televisyen dan menekan punat mencari siaran namun tiada. Dia menekan pula call bell dan mendail telefon hospital namun walaupun begitu tiada sesiapa yang membalas atau datang menjenguk. Baru dia perasan akan keadaan sekitar yang sangat sunyi sehinggakan dia hanya dapat mendengar suara abangnya bernafas. " Eh...?" , dia curiga . Meskipun bapa mereka menempahkan bilik vip ini untuknya tidak mungkin bilik ini sangat canggih sehingga kalis bunyi.

" Abang...? Abang, bangunlah! Dah pukul 7 dah ni." Danial berkata sambil mengoncang badan abangnya. "Huh..." Adam bangun terpisat-pisat sambil mengelap air liurnya yang basi.
" Ouh , nasib kamu kejut. Ouh dah pkl 7, abang terlambat nak solat asarlah. Jap ye abang nak gi solat lu". Adam bangun dengan lemah longlai dan masuk ke tandas lalu mandi. " Aduihh, abang ni bila terus kejut masuk tandas terus! Mandi setengah jam gak." Danial
masih risau. Adam pun makan makanan malamnya dan menunggu abangnya selesai mandi dan solat. " Tadi kamu nak tanya ape?" Adam menyoal. Lalu Danial menceritakan keraguannya. " Serious tak ada sesiapa pun yang masuk dari tadi? Abang pun tak tahu macam mana boleh tertidur?" Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia berjalan ke arah pintu dan memulas tombol namun tidak dapat dibuka. "Siapa kunci pintu ni?" , Adam hairan dan menjerit bagi menarik perhatian jika ada sesiapa yang terdengar dari luar bilik itu. "Mana semua orang ni?", Adam pula mengeleng hairan. Adam cuba mendail telefon yang tersedia di meja kecil bersebelahannya tetapi tiada talian. "Pelik ni!" Adam pula hairan dan segera mengintai ke tingkap luar bilik.

Tidak dapat dilihat keadaan di luar kerana dihalang oleh bangunan bank yang berada di hadapan hospital itu dan hanya kelihatan lampu yang bercahaya dari bangunan bank dan jalan raya. Lampu di dalam bilik itu mula berkelip- kelip dan tidak sampai 5 minit mereka berdua berada di dalam kegelapan. "Ehh...?", Adam makin bingung dan meraba- raba sekeliling menuju ke katil adiknya berada. " Kejap abang.", Danial mengambil psp dan menyuluh cahaya ke arah Adam. Adam pergi ke arah adiknya lalu membuka almari yang terisi beg galas dan mengambil lampu suluh kecil yang selalu dibawa olehnya jika keluar ke mana-mana. Dia melihat sekeliling dan terpandang akan cermin bersaiz kecil yang selalu ada pada pintu hospital. Lalu dia mengangkat kerusi yang selalu didudukinya itu dan meletakkan pada hadapan pintu. Dia memanjat dan menyuluh pada cermin itu. Di luar koridor kelihatan masih mempunyai lampu namun dia agak terkejut apabila melihat keadaan luar yang bersepah dengan peralatan hospital berteraburan.

Adam terkejut apabila.melihat terdapat juga percikan darah yang melekat pada pintu berhadapan biliknya itu. Masih kelihatan merah menyala. Adam dihantui rasa takut dan menelan air liurnya lalu memandang adiknya yang juga bingung. " Danial, sekarang abang nak kamu tukar ke baju biasa ambil dalam beg galas kamu." Danial pun tanpa banyak bicara menurut perintah abangnya. Adam membuka almari dan mengeluarkan dua beg galas dan beg silang hitam yang diberi oleh pak cik mereka. Dia mengambil kesemua ubat adiknya yang patut dibawa balik setelah discaj dan memeriksa beg galas mereka berdua. Masih ada dua helai pakaian, makanan snek seperti coklat, gula-gula paket, biskut, dua air mineral, tiga air kotak, tuala, barang mandian di dalam pouch travel, lampu suluh kecil, psp yang disimpan semula, ubat adiknya dan memasukkan beg hitam ke dalam beg galasnya. Selesai sahaja Danial menukar pakaian ,dia mendekati abangnya. " Abang kenapa, ada sesuatu masa intai cermin pada pintu ke?" , soal Danial. Adam dengan perasaan bercampur baur membalas , " Tak tahulah nak cakap macam mana sebab abang intai tadi abang nampak barang bersepah di lantai koridor dan ada percikan darah baru lagi pada pintu berhadapan bilik kita. Abang risau sangat ni, rasa sesuatu yang buruk dah jadi masa kita tertidur. Lebih baik kita bersiap je dulu. Kamu bawa beg galas kamu dan abang bawa abang punya. Nasib baik kamu dah ok. Tapi tu lah kita kena cari jalan keluar sebab memang mustahil kita dapat buka pintu tu. " Adam meluahkan dan mereka berdua berfikir bagi mencari jalan keluar.

Danial berjalan ke arah tingkap dan membukanya. " Abang rasanya boleh jalan ikut sini sebab ada ruang muat untuk kita berdua jalan sampai ke parkir sana, tak jauh pun. Tapi memang kena hati- hatilah sebab takut jatuh. Kita di tingkat lima ni." Danial memberi cadangan dan dipersetujui oleh Adam. Lalu mereka memeriksa tingkap berkenaan dan bersiap sedia untuk melakukannya. Tiba- tiba pintu berbunyi "klik"dan di dalam keadaan lampu yang samar dari luar kelihatan berdiri seorang lelaki dewasa yang merenung mereka. Dia hanya berdiri dan Adam memberanikan diri mendekati lelaki itu. "Hello, encik? Encik datang untuk bantu kami?" Adam bertanya dan dibalas "arghhh..." sahaja. Adam mengigil ketakutan apabila melihat wajah lelaki itu yang mengelupas seluruh wajah hingga ke badan dan matanya yang berwarna hitam penuh di samping terdapat bau darah daripada mulutnya. Lelaki itu berlari ke arah Adam tetapi Danial segera menarik abangnya yang memakai beg galas ke hadapan badan. Mereka bergegas memanjat tingkap dan segera berjalan itik melalui ruangan pada jendela yang muat bagi dia dan adiknya untuk berjalan. Mereka berjalan dengan penuh ketakutan jika lelaki tersebut mengikuti tetapi lelaki itu hanya merenung mereka dari tingkap bilik. " Abang kenapa orang tu pelik, Danial takut." Danial bersuara. Adam hanya dapat mengeleng kepalanya dan setelah 5 minit merka tiba di kawasan parking bertingkat milik hospital. Mereka terkejut melihat kebanyakan kereta terdampar tanpa pemandu dengan pintu kereta terbuka. Adam mendengar bunyi rintihan yang serupa dengan lelaki di bilik. Dia dan Danial berjalan sambil memerhati sekeliling dan berharap dapat menemui sesiapa untuk meminta bantuan. "Arghh....tolong!" kedengaran jeritan seorang wanita dari jauh yang semakin hampir dengan mereka lalu secara automatik akibat takut mereka berdua masuk ke sebuah kereta di situ menutup pintu kereta. Adam dan Danial mengintai di balik cermin belakang kereta yang bertinted hitam bagi melihat siapa yang meminta tolong. Seorang wanita berambut perang berlari dengan badannya yang penuh luka sambil meraung meminta bantuan. Segerombolan lelaki dan dua wanita yang mengejar wanita itu dengan gaya yang aneh mula menerkam wanita tersebut. Lalu wanita itu digigit dan dia meronta sekuat hati namun gagal. Adam dan Danial memalingkan pandangan. Mereka berdua mengigil ketakutan dan menutup telinga kerana tidak sanggup mendengar rintihan wanita yang diserang di luar kereta itu.

Danial mula menitis air mata dan memeluk abangnya. " Adik, abang tahu semua ni menyeramkan." Adam memujuk adiknya. Adam bingung apa yang harus dilakukan seterusnya. Bagaimana mereka harus beredar dari situ tanpa diserang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience