BAB 22

Romantic Comedy Completed 26125

HARI yang dinanti telah pun tiba.Majlis pertunangan dan akad nikah dilakukan serentak di rumah Iris pada hari raya Aidilfitri yang ke 3.Mereka sekeluarga sepakat mengadakan majlis sederhana sahaja.Majlis yang sederhana dan ringkas itu hanya di hadiri sanak saudara dan jiran terdekat.

Dengan hanya sekali lafaz,Iris telah sah menjadi isteri kepada Attar.Attar dari tadi asyik toleh ke belakang mencuri pandang pada Iris.Rasa bersyukur kerana dia telah menghalalkan Iris.

"Sabar sikit Attar..takk lari mana pun Iris tu..."usik ayah bila Attar sesekali melirik pada Iris yang tersenyum manis bersama ahli keluarga yang lain.

Attar sengih.Macam mana tak toleh pandang berkali-kali.Wajah Iris kelihatan berseri walau hanya disolek nipis namun kecantikan Iris terserlah.Iris yang duduk tidak berapa jauh dari Attar turut membalas pandangan mata dari Attar. Walau hanya seketika namun bisa menggentarkan hati Iris.

Attar juga nampak segak dalam pakaian baju melayu serba putih bersampinkan hitam bersulam benang berwarna silver.Pertama kali Iris rasa jatuh hati pada ketampanan Attar.Dengan senyuman yang tak lekang dari bibir serta lekuk di pipi kanan Attar menambahkan lagi ketampanan Attar.

Aduh!Iris dan jatuh cinta ker tu?

Dalam sesi pembatalan air sembahyang,Attar menghadiahkan Iris satu set perhiasan barangan kemas.Iris juga agak terperanjat.Sebab masa keluar dengan Attar,mereka hanya beli cincin sahaja.

Iris angkat muka memandang wajah Attar.Attar senyum seraya kepala di angguk kecil.

"Terima kasih atas kesudian Iris untuk terima abang.Semua ni tak ternilai dari kesudian Iris untuk hidup bersama abang."katanya penuh romantis dan syahdu waktu mengalungkan seutas rantai emas berloketkan sebentuk hati di leher Iris yang masih di lapisi tudung.


Terharu Iris di buatnya.Setitik dua airmata jatuh mengenai tangan Attar sewaktu kali kedua Iris tunduk mencium tangan Attar.

Attar angkat sedikit dagu Iris dan menyeka airmata Iris dengan ibu jarinya.

Iris tersenyum bahagia.Tak sangka Attar bebar-benar ikhlas menerima dia.Rasa nak peluk saja Attar tapi mengenangkan banyak mata tertumpu pada mereka,Iris sabar kan hati.


Ibu dan Mak Cik Hawa terlihat gembira menyambut kedua mempelai.Dari tadi mereka berdua tersenyum gembira sambil ramah melayan tetamu.Adawiyah juga turut hadir bersama suami dan tiga anak nya yang telah meningkat remaja.Sempat Iris bersalaman dan beramah mesra dengan mereka.


"Tahniah Iris.Selamat datang ke dalam keluarga kami.Tak sangka Attar berjaya juga dapatkan Iris.Dah lama benar teringin tu..."kata Adawiyah sambil mencium kedua belah pipi Iris.

Iris tercenggang.Attar yang sedang berbual dengan abang Fauzi,suami kepada Adawiyah di kerlingnya sekilas.Apa yang Adawiyah cakap memang buatkan Iris agak terkedu.Jadi memang betul lah Attar dah lama suka kan Iris.


"Cantiknya Mak Usu.."puji Nurain anak sulung Adwiyah.

"Terima kasih..tak ada lah cantik sangat."jawab Iris merendah diri.


"Pak Usu mesti seronok sangat tu tengok tak habis lagi senyum dari tadi."kata Aqilah adik kepada Nurain.Keduanya sudah berusia 17 dan 15 tahun.Anak ketiga Adawiyah,Fitri yang berusia 12 tahun hanya tersenyum simpul.


"Kak Wiyah dah agak dia mesti tunggu Iris.Alhamdulillah kak doakan rumahtangga Iris dan Attar sampai ke Jannah..."doanya sambil tak lekang senyuman dari bibirnya.

Seronok dapat adik ipar agaknya.

"Terima kasih kak Wiyah.."kata Iris turut mengaminkan doa Adawiyah.

"Attar jangan lupa bawa Iris singgah rumah kami.Nanti abang tempah hotel boleh laa hampa dua honeymoon."kata Fauzi sambil tersenyum pada Attar dan Iris.Dia yang berasal dari Pulau Pinang memang bercakap dalam loghat sana.

"Sudah tentu.."balas Attar bersama helaian tawa mereka semua.


Terharu lagi Iris dengan penerimaan kak Adawiyah.Mak Cik Hawa dan mak sesekali akan memeluk Iris.Seronok timang menantu lagak keduanya.Ayah dan ibu dah boleh tarik nafas lega.Iris sudah selamat menjadi isteri Attar.

Malam itu,Iris masuk ke bilik terlebih dahulu.Attar dilihat masih di luar mengemas apa yang patut.Sempat Attar lirik ke arah Iris yang melaluinya. Tak lama selepas itu,Attar ikut masuk tapi bila tengok Iris gelabah terus Attar keluar.

"Lah.. kenapa tak masuk tidur lagi?"kata ayah menghabiskan air kopi dalam cawan yang masih berbaki.

"Tak mengantuk lagi."dalih Attar.Pada hal dia pun sama gelabah.Iris yang baru tanggalkan tudung terus menyarung kembali saat Attar berdiri di pintu bilik.

"Kamu tu pengantin baru.Pergi masuk."halau ayah.Nak tergelak pun ada.Sebab menantu dan anak dua-dua dah ada pengalaman tapi masih malu-malu.Kalau orang lain tak payah cerita.Belum tengah malam dah masuk ke bilik.

Attar masuk juga bila berkali ayah asyik halau.Dilihat Iris sudah terbaring berselimut hingga paras kepala.Lampu bilik juga telah dimalapkan.Dalam cahaya samar,Attar masih nampak jelas kedudukan Iris.

"Assalamualaikum."sapa Attar bila nampak Iris bergerak di bawah selimut.Dia tahu Iris masih belum tidur lagi.

Iris tarik selimut ke paras bawah mata saja.

"Waalaikumusalam."jawab Iris perlahan.

Attar terus duduk di atas katil dan masuk dalam selimut.Dua-dua dah berdebar.

"Iris dah nak tidur ker?"tanya Attar lembut walau tahu Iris juga sepertinya.Berdebar.

"Belum lagi."jawab Iris takut-takut.Tu la tadi siang cakap nak peluk Attar tiba-tiba rasa takut pula.Iris ketap gigi.Berdebar semacam dah ni.

"Macam tu jom kita sembang dulu."ajak Attar.

Iris dah telan liur berkali.Ingat Attar nak ajak apa tadi.Hey!takut sangat pulak.

Iris ikut Attar bersandar di kepala katil.Kaki masih dalam selimut.Sejuk habis dah satu badan.

"Abang Attar nak minum?Iris buatkan."pelawa Iris.Dalam hati dah melompat sakan.Rasa nak terkeluar jantung pun ada.Pada hal dia tahu tadi Attar berborak dengan ayah sambil minum kopi.

"Tak apa.Abang dah minum tadi dengan ayah."Attar toleh pandang Iris di sebelah.Iris sedikit kecut.Pandang tak berkelip pulak tu mana tak kecut perut.Iris berpura betulkan duduknya.

"Rambut Iris dah panjang.Abang ingat lagi dulu rambut Iris paras bahu saja."kata Attar masih merenung Iris.Iris tunduk sedikit.

"Abang Attar ingat lagi.."dia sendiri pun dah lupa aras mana rambutnya dulu.

Attar berdehem kecil sambil tersenyum dalam kesamaran lampu.

"Kena buang nama kat belakang tu.Abang saja.."ucap Attar sambil memandang muka Iris.Nampak sangat Iris gugup.Dari tadi Iris asyik meramas jari jemari sendiri.

"Err....dah terbiasa...."

"Kena practice dari sekarang.Panggilan tu penting untuk mengeratkan hubungan kasih sayang dalam rumahtangga."Attar sengih.Sengaja nak usik Iris.Dah tahu Iris malu.

"Insyallah..Iris cuba.."jawab Iris.

"Nanti Iris nak singgah rumah kak Nida.Nak ambil barang."


"Boleh sayang...nanti kita singgah.Jom lah tidur.Esok nak bangun awal."Attar tepuk perlahan bantal di sebelahnya menyuruh Iris berbaring.

Iris sembunyi senyum.Attar panggil dia sayang.Dia nak panggil Attar apa.Sayang juga ker atau kanda,tak pun bi.Hisy!rasa janggal pula.Abang saja lah.Sebab Attar bahasakan abang kan.Eh!baru Iris perasan Attar selalu bahasakan diri dia 'abang' dan bukan 'abang Attar' bila dengan Iris.Tapi dengan adik-adik Iris dia bahasakan 'abang Attar'.Pelik juga kan.

Iris tarik selimut hingga paras dada.Muka dibiar terdedah.Mata ni pun tak mahu pejam bila orang sebelah dah mengiring ke arahnya.Mata Attar tak lepas memandang Iris.

Attar capai tangan Iris dan di usap lembut.Perasaan Iris jadi tak menentu.Dia rasa gementar pun ada.Badan dah rasa seram sejuk.Attar sentuh dekat tangan saja kalau tempat lain terus keras kejung gamaknya.

"Sejuknya tangan sayang...."kata Attar perlahan sambil menyulam jari jemari Iris.


Sebelah tangan naik mengusap rambut Iris.Iris dan berdebar sakan.Attar tunduk dan mencium dahi Iris.Tangan Iris diletakkan atas dadanya.Dapat Iris rasai debaran jantung Attar yang berdetak kuat sepertinya.


"Good night sayang...Abang akan tunggu sampai sayang bersedia..."ucapnya di telinga Iris.


Iris pejamkan mata.Suara Attar kedengaran sungguh romantis di telinganya.Iris hanya diam dan kaku di tempatnya.Takut semua ada.

Hai lah Iris ni,dah ada pengalaman pun takut lagi.

Selang beberapa minit,kedengaran dengkuran halus Attar.Iris hela nafas lega.Sekarang Attar adalah suaminya.Bersedia atau tidak dia kena merelakan diri untuk suami.Tanggungjawab Iris sebagai isteri kini kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience