CHAPTER 2 DKM

Action Series 21357

Dua hari sudah berlalu , tempoh yang diberi oleh Puan Suraya Hani dihitung setiap hari oleh Luth Hanief.Dia baru terjaga dari lenanya.Kakinya mencecah lantai bilik.Dia meraup wajahnya.Dia mengucap istighfar.Dia merenung sejenak.Di mana dia mahu cari calon isteri ? Dia tidak mahu hidupnya hancur kerana ibunya sendiri.Dan juga tidak mahu jadi paku.Hanya tunggu diketuk sahaja.Tidak mampu berbuat apa-apa.

Dia meraih tuala mandi di penyidai tuala dan melangkah masuk ke dalam bilik air.Dia membersihkan diri sebelum menunaikan solat subuh.Selepas 15 minit , dia keluar dalam keadaan bertuala sahaja.Ketulan six pack milik Luth Hanief jelas pada tubuhnya.Dia menunaikan solat subuh setelah bersiap memakai pakaian yang kemas.

"Selamat pagi abah , ibu." ucap Lutfya Humaira.Anak terakhir di dalam keluarga kecil itu.Dia memeluk tubuh Tan Sri Luth Kamaruddin dengan manja sekali.Tan Sri Luth Kamaruddin hanya melayan karenah anak perempuan bongsunya itu.

"Mana yang lain ? Tak siap lagi ? Hazra dan Hayra mana ?." soal Tan Sri Luth Kamaruddin.Manakala , Puan Suraya Hani hanya menyepi.Menghabiskan sisa makanan yang berada di dalam pinggannya.

"Tengah siap abah , kejap lagi turunlah." ujar Lutfya Humaira selamba.Dia mencampai senduk di mangkuk mi goreng itu dan dicedokkan ke dalam pinggannya.

"Selamat pagi ibu , abah." ucap Luth Hanief yang berpakaian segak dengan suit hitamnya.Serta kot panjangnya.Dia duduk menghadap Tan Sri Luth Kamaruddin.

"Abang , harini Humai nak keluar dengan kawan.Nak duit." minta Lutfya Humaira selamba kepada abangnya Luth Hanief.

"Amboi , bukan main ya minta abang duit.Asyik nak duit saja." ujar Tan Sri Luth Kamaruddin menegur sikap anak dara bongsunya itu.

"Biarlah , Humai tu budak lagi.Yang abang pun kedekut ke dengan adik sendiri ?." soal Puan Suraya Hani menyindir anak lelakinya itu.Luth Hanief hanya memekakkan telinganya sahaja.

"Nanti abang transfer ke akaun adik.Ingatkan abang okay." jelas Luth Hanief kepada adik bongsunya itu.Dia tersenyum melihat wajah ceria Lutfya Humaira.

"Yeayy ! Terima kasih along.Sayang along." ucap Lutfya Humaira kepada abangnya Luth Hanief.

"Nak juga !." ucap Lutfya Hazra dan Lutfya Hayra serentak.

"Ialah , nanti abang bagi juga.Ingatkan abang.Nanti abang lupa." pesan Luth Hanief.Dia tersangat sayang akan adik-adiknya itu.

"Terima kasih abang." ucap Lutfya Hazra dan Lutfya Hayra serentak.

"Sama-sama." balas Luth Hanief.Dia menghabiskan makanan di dalam pinggannya.

"Wah , seronok ya kamu semua habiskan duit along." ujar Tan Sri Luth Kamaruddin mengusik anak gadisnya itu.Mereka semua tertawa kecil.

"Abang dia gaji besar.Tak salah nak habiskan duit abang dia pun.Abang diorang , biarlah." ujar Puan Suraya Hani menyampuk dengan nada sinis.

"Kau boleh diam tak ? Jangan sibuk aku tengah bercakap dengan anak-anak aku." ujar Tan Sri Luth Kamaruddin kepada isterinya Puan Suraya Hani.

"Bela anak lelaki awak ni." lawan Puan Suraya Hani kepada suaminya Tan Sri Luth Kamaruddin.

Suasana yang ceria tadi kembali diam.Luth Hanief melepaskan keluhan.Kerana dia.Ibu dan abahnya bergaduh pula.Rasa bersalah bertandang.Tidak tenang hatinya hendak ke pejabat.Selepas selesai makan , dia bersiap pula hendak ke pejabat.Dia mencari sosok tubuh Puan Suraya Hani.

"Ibu... ." lembut dan meleret panggilannya.

"Ibu , Hanief pergi dulu ya."

"Hanief minta ampun jika gagal jadu anak yang baik.Hanief minta restu dengan ibu , doakan Hanief bahagia dengan apa sahaja pilihan Hanief.Doakan Hanief ya ibu." ucap Luth Hanief sayu.Dia mengecup tangan tua Puan Suraya Hani.

Hana Dahlia pada harini akan pulang bercuti untuk beberapa hari.Sudah satu bulan dia berada di pangkalan , dia berlatih membawa F-18 Super Hornet tersebut.Dia semakin mahir dan handal.Hana Dahlia sejenis cepat dan tangkas bila belajar sesuatu yang baharu.NISSAN SKYLINE GTR miliknya diparkir di dalam kawasan halaman rumah besar milik keluarganya.

Dia membawa semua barangan di dalam bonet keretanya keluar.Supercar tersebut dikunci.Dia melangkah masuk ke dalam rumah.Beg pakaian dan barangan kerjanya diletakkan di tepi sofa yang berada di ruang tamu.Dia membawa langkah mencari penghuni kediaman tersebut.Langkah diatur ke dapur.Terdengar suara gelak tawa dua orang wanita.Dia tersenyum melihat dua sosok tubuh itu.

"Assalammualaikum." ucap Hana Dahlia kepada Puan Layka Zenia dan pembantu rumah mereka Mak Bibah.

"Waalaikummusalam...sayanggg mak." ucap Puan Layka Zenia yang terkejut dengan kepulangan anak gadisnya itu.Dia terus mendapatkan tubuh kecil Hana Dahlia dan memeluk erat.

"Salam mak." pinta Hana Dahlia yang mahu menyalami tangan ibunya itu.Puan Layka Zenia menghulurkan tangannya kepada anak gadisnya Hana Dahlia.

"Sihat ke anak mak ni ? Lamanya tak balik.Mak rindu sayang mak ni." ucap Puan Layka Zenia kepada anak gadisnya itu.Mereka berpelukan.Mak Bibah yang berada di sinki hanya melihat dari jauh dengan senyuman.

"Mak Bibah sihat ?." soal Hana Dahlia kepada pembantu rumah itu.

"Sihat alhamdulillah.Lama Mak Bibah tak masakkan untuk Hana.Nanti cakap saja dengan Mak Bibah , Hana nak makan apa Mak Bibah akan masakkan." jelas Mak Bibah kepada Hana Dahlia.

"Baiklah Mak Bibah.Nanti kita boleh masak bersama." jelas Hana Dahlia kepada Mak Bibah.

"Mak , harini Hana nak makan masakan mak.Hana nak lemak cili padi ayam." ucap Hana Dahlia kepada ibunya Puan Layka Zenia.

"Baiklah sayang , sekejap lagi mak masakkan." ucap Puan Layka Zenia lembut.Dia menjenguk ke ruang tamu yang kosong tidak berpenghuni itu.Berkerut dahi Hana Dahlia melihat gelagat ibunya.

"Mak cari apa ?." soal Hana Dahlia pelik.

"Mak cari calon menantu mak.Ingatkan bawak balik menantu sekali.Bawak balik diri saja." ujar Puan Layka Zenia selamba.Hana Dahlia membuat rolles eyes apabila mendengar soalan ibunya itu.

"Mak , janganlah nak mula." ujar Hana Dahlia lemah.

"Kamu bukan muda lagi.Dah 30.Nak tunggu apa ?." soal Puan Layka Zenia dengan kening sebelahnya terangkat.

"Nantilah mak , belum sedialah." ucap Hana Dahlia kepada ibunya Puan Layka Zenia.

"Kamu ni Hana , susah kalau nak bawak berbincang tentang perkara ni.Kamu masih ingatkan Izhar lagi ke ?." soal Puan Layka Zenia.Dia juga tahu tentang hubungan anak gadisnya itu dengan bekas teman lelakinya Izhar.

"Takda kena mengena dengan dia mak.Dah abah yang tak boleh terima dia.Anggap sajalah tiada jodoh." jelas Hana Dahlia ringkas.

"Move on sayang , insyaallah allah ganti yang lebih baik." ucap Puan Layka Zenia kepada anak gadisnya Hana Dahlia.

"Mak sentiasa doakan untuk Hana.Jadi wanita yang berjaya.Tapi bila ada suami nanti , jadilah isteri yang taat.Sehebat mana pun kita dalam kerjaya.Jika gagal menjadi seorang isteri , sia-sia saja sayang.Segala kejayaan yang kita kecapi tu tiada makna." pesan Puan Layka Zenia kepada anak gadisnya itu.Hana Dahlia memeluk erat tubuh ibunya.

"Insyaallah.Terima kasih mak." ucap Hana Dahlia kepada maknya.Puan Layka Zenia mengucup lembut ubun Hana Dahlia.Kasihnya tiada batas dan sempadan.Sifat keibuannya tinggi.Mereka melayani perasaan seketika di dapur.

Luth Hanief , Hakim dan Adam keluar bersama.Mereka meluang masa bersama , memandangkan esok bukanlah hari untuk mereka menghadap masalah di pejabat SPRM itu.Esok hari minggu dan malam ini adalah malam minggu.Air dan makanan yang dipesan telah pun sampai.Mereka menjamu terlebih dahulu pesanan yang dibuat masing-masing sementara menunggu Hafiya dan Hazira keluar dari membeli belah di kedai sebelah.

"Kalau ada bini memang macam ni eh ? Tak boleh tengok kedai ?." soal Hakim kepada Adam.Dia mengurut kepalanya yang tidak berapa sakit itu.

"Ini baru bini , belum anak lagi.Mahu kau serah diri dekat Permai." ujar Adam selamba.Tertawa Luth Hanief mendengar luahan sahabat-sahabatnya itu.

"Amboi , bukan main ya korang kutuk bini sendiri.Takda depan mata beranilah...cuba kalau ada ? Ada berani ?." soal Luth Hanief.

"Kau senang lah cakap , kau belum ada bini.Tunggu kau nanti bila ada bini." ujar Adam selamba.Berubah air muka Luth Hanief tiba-tiba.Dia menguis makanannya dengan sudu.Hakim dan Adam saling berpandangan.

"Luth , kau okay ke ?." soal Hakim yang pelik dengan tindakan rakannya itu.

"Mak aku suruh cari jodoh.Tinggal lagi 12 hari tempoh yang dia beri." jelas Luth Hanief lemah dan sayu.Hafiya dan Hazira yang menghilang di kedai sebelah tempat mereka makan muncul tepat pada masanya.Luth Hanief tersandar di kepala kerusi dan berpeluk tubuh.Wajahnya suram.

"Kenapa pula macam tu Luth ?." soal Hafiya yang ingin tahu.

"Sebab aku taknak kahwin dengan pilihan dia." jelas Luth Hanief lemah.

"Siapa pilihan dia ?." tanya mereka berempat serentak.Suara mereka agak kuat dan dilihat oleh pengunjung-pengunjung yang berdekatan dengan meja mereka.

"Mikayla !." jelas Luth Hanief.Bermacam reaksi dari mereka berempat dengan riak wajah menyampah.

"Mak kau memang takda taste , dia bernasib baik kahwin dengan Luth Kamaruddin.Sebab Luth Kamaruddin saja yang ada taste yang baik.Kalau dia tak kahwin dengan Luth Kamaruddin , aku tak tahulah dia kahwin dengan luth apa ? Mungkin Luncai Emas." ujar Hakim melawak.Tetapi raut wajahnya tegas.

"Bodoh simpan sikit , Luncai Emas syarikat rakaman.Ya allah anak siapa ni ?." soal Adam selamba.

"Habis apa keputusan yang kau bagi pada mak kau ?." soal Hakim.

"Aku kata , biar aku buat keputusan aku sendiri.Jalan hidup aku biar aku yang atur." ujar Luth Hanief kepada sahabatnya itu.

"Dan dia bagi kau tempoh sebab taknak dengan pilihan dia ?." soal Hafiya menyampuk.

"Ya , dia bagi aku tempoh." jelas Luth Hanief.Dia hanya menjawab mana yang perlu.

"Kalau tak... ." Hafiya mahu dengar jawapan Luth Hanief.

"Kalau tak dia akan kahwin aku dengan Mikayla." jelas Luth Hanief lagi.Dia meraup wajahnya dengan ucapan istighfar.

"Cuba masa mak kau tidur.Kau ambil otak dia , kau rendam dengan air garam.Bagi clean sedikit." ujar Adam selamba dan disokong oleh Hakim.

"Sayang !." marah Hafiya kepada suaminya.Hazira hanya mengeleng memandang perangai nakal Hakim itu.

"Aku buntu." ujar Luth Hanief kepada sahabatnya.

"Kau kenal Hana Dahlia ?." soal Hakim kepada Luth Hanief.Dahi lelaki itu berkerut.Siapa pula itu ?.

"Mana aku kenal.Siaps tu ? Skandal kau ke ?." soal Luth Hanief selamba.Hakim menarik muka.

"Kau dari aku nak tolong nanti , ada yang tak jadi kang.Jangan sebab kau aku kena tidur luar malam ni." ujar Hakim selamba.

"Hana Dahlia.Juruterbang Jet Pejuang TUDM.Kawan dua ketul ni ha." ujar Hakim sambil menunjuk ke arah isterinya Hazira dan Hafiya.

Happy Reading yaallsss

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience