Bab 5

Romance Completed 78329

“Gia!” panggil Vitalika dari belakang. Gia yang baru saja nak melangkah keluar dari pintu pagar sekolah menoleh belakang memandang adik kembarnya. Ada apa pulak Vi ni? Siap dengan muka bengang lagi. Aku buat salah apa pulak kali ni?

“Ada apa?” tanyanya sebaik saja Vitalika berdiri di hadapannya. Muka bengang habis adik aku ni.

“Apa yang kau cakap dekat Alan tadi?”
Dahi Gia berkerut seribu. Rambutnya yang berselerak disebabkan tiupan angin diperbetulkan. Apa yang aku cakap dekat Alan tadi? Emmm…ini mesti kes aku cakap dalam bahasa lain-lain tadi.

“Akak cakap apa?”

“Hey! Kau tak payah nak berpura-pura tak tahu apa yang kau cakaplah Gia! Aku kenal kau ni!”

“Maksud Vi?”

“Alan bagitahu aku yang kau cakap bukan-bukan dekat dia dalam bahasa asing. Apa tujuan kau buat macam tu?” marah Vitalika. Matanya dicerlung tepat dan tajam ke dalam anak mata kakak kembarnya.

Ouhhh…nak marah aku sebab kes tu je rupanya. Alah…macamlah aku tahu adik aku yang sorang ni memang minatkan si Alan tu pun. Yelah, sapa je yang tak nak kan dapat pakwe yang putih, muka macho macam kerbau dan kaya? Tak sangka pulak adik aku ni tersangkut dengan orang macam tu.

“Hmmm…nak back up crush kesayangan ke?”

“Eh! Kau tak payahlah nak putar belit cerita! Sekarang ni aku nak tahu apa yang kau dah cakap dekat Alan tadi!” Vitalika membentak habis. Siap hentak-hentak kaki lagi.
Hah hentak kaki tu! Hentak sampai kudung pun tak apa!

“Macam nilah Vi…akak nasihatkan supaya Vi jaga crush Vi tu elok-elok. Kalau tak sebabkan perangai di hodoh macam tu, akak pun tak inginlah nak cakap bukan-bukan dekat dia. Vi pernah nampak ke akak pergi kacau life dia? Tak kan? Dia yang selama ni datang kacau hidup akak! So, padan muka dialah kena back fire dengan akak!”

Kadang-kadang aku akan bersikap sinis dengan Vitalika. Tak kuasa aku nak layan perangai tak semenggah dia. Cukuplah dekat rumah aku kena hadap marah mummy disebakan benda yang dia buat. Seolah-olah kesalahan Vi ditransferkan pada aku. Kalau transfer kesalahan tu aku dapat duit tak apa jugak. Ini dapat sakit hati free je.

“Hesy! I warn you again! Don’t you ever talk like that with him anymore!” sempat lagi Vitalika memberi arahan maut kepada Gia sebelum dia beredar dari situ.

“Hak alah…koyak!” Gia mengomel sambil matanya memandang Vitalika yang berjalan keluar dari gate sekolah.

“Kenapa dengan Vi tu?” soal Jericho sebaik saja dia dan Kristine tiba di sisi Gia. Sempat jugak mereka tengok adegan Vitalika memarahi Gia. Apa yang tak kena entah.

“Alan tu hah…pergi mengadu dekat si Vi yang aku cakap bukan-bukan dekat dia. Memang patut pun aku cakap bukan-bukan dekat dia! Baru ada otak!” cemuh Gia.

“Pandai pulak si Alan tu pergi mengadu dekat Vi,” ujar Kristine.

“Mahunya tak pandai? Dia kan tahu yang Vi tu memang crush dekat dia dari dulu lagi? So, dia ambik kesempatanlah…” geram pulak aku bila difikirkan. Vitalika memang dipergunakan oleh Alan secukupnya.

Bukannya aku tak tahu selama ni Alan mintak macam-macam dekat Vi dan kadang-kadang keluar berduaan je dengan Vi ke mana-mana jelah yang dia rasa nak bawak Vi. Nasib baik dia tak buat benda yang tak elok dekat Vi. Kalau tak, memang nahas dia aku kerjakan!

“HOW was your school today?” soal Madam Rita bila melihat anaknya melangkah masuk ke dalam rumah. Senyuman manisnya diberikan kepada Jericho.

“Fine I guess…” jawab Jericho lalu tubuh mummynya dipeluk dan menghadiahkan ciuman kecil di pipi mummynya.

“What do you mean by that?” Madam Rita memandang wajah anaknya.

“Nothing…”

“Emmm…how about Gia? Is she fine?” tiba-tiba pula dia teringatkan Gia. Dah lama Gia tak datang lepak di sini.
Selalunya waktu hujung minggu saja, Gia dan Kristine akan datang lepak sini. Tapi, sejak tiga minggu ini Gia dah tak datang lagi.

“She’s fine. Why mummy?” Jericho dapat mengagak yang mummy rindu pada Gia. Yelah, dah tiga minggu kot Gia tak datang rumah. Kadang-kadang daddy pun tanya jugak kenapa Gia dah tak datang rumah tapi jawapan yang diberinya hanyalah tak tahu. Memang dia tak tahu pun sebab apa Gia dah tak datang sini sebab bila kami tanya, Gia tak nak jawab.

“Tak ada apa…cuma rindukan dia. Yelah, kalau dia ada mesti meriah kan? Sejak Gia tak datang sini lagi, Kristine pun dah jarang datang,” ya…Kristine pun dah jarang datang sini sejak Gia dah tak jejakkan kaki ke sini lagi untuk tiga minggu.

“Tak apa…nanti Jericho try call Kristine ok? Manalah tahu nanti dia free dia boleh lepak sini? Jericho suruh Kristine ajak Gia sekali.”

“Hmmm yelah…sekarang masuk bilik mandi then nanti turun makan ok? Mummy dah siap masak your food.”

“Ok…Jericho masuk bilik dulu,” Jericho segera memanjat tangga menuju ke biliknya.

Madam Rita memandang anaknya yang sudahpun masuk ke bilik. Namun, dalam benak fikirannya masih lagi tertanya-tanya tentang Gia. Ada benda yang dah berlaku ke dekat Gia sampaikan Gia dah tak jejakkan kaki ke sini? Ataupun mummy dia sekat kedatangan Gia ke sini? Lagipun, dia pernah dengar cerita pasal Gia melalui mulut anaknya sendiri. Tabahnya Gia hadapi hidupnya dalam kebencian mummy dan adik kembarnya sendiri.

Nasib baik jugaklah dia dapat ayah tiri yang baik seperti Mr. Scott Padilla dan abang tiri yang baik kecuali si Danial tu. Yang tu memang dah tak boleh nak ubah
perangainya. Cakap jelah nama Danial Louis Scott Padilla…siapa je yang tak kenal dia? Pergi jelah tanya orang yang duduk di sekitar Cebu ni tak kira di kawasan agak pendalaman semuanya kenal dengan Danial Louis Scott Padilla.

Terkenal sebab apa? Sebab dia anak jutawan terkenal di Filipina? No…bukan sebab itu tapi dia terkenal sebabkan perangai playboy dia tu. Berapa banyak kali dah nama Danial kerap kali muncul di Philippines News disebabkan perangai dia yang suka cetuskan kontroversi tak kira di mana-mana saja.

Apa pun aktiviti yang dilakukannya kerap kali jadi perhatian wartawan. Danial? Langsung dia tak kisah dengan kehadiran wartawan di sekeliling hidupnya. Dah lali dengan semua tu. Mr. Scott Padilla pun dah habis kredit nak marah anaknya yang satu itu. Marahlah macam mana sekalipun Danial tetap keras macam tu jugak.

GIA memandang nama pemanggil di skrin telefonnya. Kristine? Panggilan Kristine terus dijawabnya. Ada apa pulak tiba-tiba je Kristine call aku time-time macam ni.

“Hello…”

“Hello Gia. Busy tak?”

Gia mengerutkan dahinya. Hmmm…jarang Kristine call aku sebab nak tanya aku busy atau tak. Selalunya call aku sebab nak gossip atau nak tanya kerja sekolah dah siap ke belum. Dia nak tiru hahaha!

“Tak busy. Kenapa?”

“Kita pergi lepak rumah Jericho nak? Lagipun tadi Jericho ada call aku ajak lepak dekat rumah dia. Dia cakap mummy Rita asyik tanya pasal kau sebab kau dah lama tak pergi rumah dia. So why not hari ni kita pergi? Pergi kejap pun tak apalah…”

Gia terdiam seketika. Jarinya dibawa ke mulut dan kukunya digigit. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa resah. Bukan dia tak nak pergi tapi masalahnya mummy lah! Entah dia bagi ke tak aku keluar rumah.

Dah tiga minggu aku tak pergi rumah Jericho pun sebab mummy yang tak bagi. Mummy cakap kalau aku pergi jugak rumah Jericho, aku ni bukannya anak dia lagi. Aku tak naklah jadi macam tu. Yang betulnya, aku pun rindukan mummy Rita tapi tulah disebabkan mummy, aku kena batalkan niat aku nak lepak rumah Jericho.

“Sorry Kristine…aku tak boleh pergi.”

“Lah…kenapa pulak? Kau cakap kau tak busy kan? Kau tak kesian ke dekat mummy Rita?”

“Bukannya aku tak kesian Kristine…tapi dalam keadaan aku ni, aku tak boleh pergi.”

“Kenapa? Sebab mummy kau tak bagi kau pergi lepak rumah Jericho lagi?” tembakan Kristine memang mengena tepat.

“Hmmm…”

“Dah kenapa pulak mummy kau tak bagi kau lepak rumah Jericho pulak? Bukannya mummy kau tak tahu yang kau dengan Jericho memang berkawan dari dulu lagi.”

“Emmm…” ini semua angkara Vitalika lah. Jaja cerita yang bukan-bukan dekat mummy. Kononnya bila aku kawan dengan Jericho dan Kristine, perangai aku makin teruklah apalah. Sebab tulah mummy sekat aku dari pergi rumah Jericho lagi.

Walhal mummy tak tahu yang Vitalika lagi teruk dari aku. Sanggup buat apa saja untuk lelaki yang bernama Alan. Bodoh! Takkanlah Vi langsung tak nampak yang Alan tu hanya pergunakan dia je? Emmm…lupa! Dah nama pun crush kan? Mestilah sanggup buat apa saja untuk crush kesayangan! Puih!

“Entahlah Gia…aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Kalau kau rasa kau nak datang rumah Jericho, datanglah. Aku ada je dekat rumah Jericho ni,” talian diputuskan oleh Kristine.

Gia memandang skrin telefonnya yang gelap. Hmmm…Kristine marahkan aku ke? Haih…ini yang buatkan aku rasa bersalah sangat. Tak apalah…aku pergi jugaklah. Aku text bagitahu daddy.

Me: Daddy…Gia pergi rumah Jericho kejap. Nak jenguk mummy Rita.

Daddy: Okay…as you wish but make sure Gia balik rumah awal ok?

Me: Okay daddy…thank you.

Gia bangun dari katilnya dan menuju ke pintu. Pintu bilik dibuka dan dia melangkah keluar perlahan-lahan turun ke tangga. Waktu dia turun dari tangga pun, seram sejuknya lain macam. Punyalah takut kantoi dekat Madam Valona.

Namun, terbit rasa lega dalam hatinya sebaik saja dia dapat keluar dari rumah tanpa disedari oleh Madam Valona. Cepat-cepat dia menyarungkan kasut ke kakinya dan menuju ke rumah Jericho dengan menaiki basikal miliknya.

Tanpa Gia sedar, perbuatannya diperhatikan oleh Madam Valona dari tingkat atas. Wajahnya bertukar rona. Menahan geram di dalam hati. Dapat dia agak yang Gia pergi ke rumah Jericho. Kau pergi jugak rumah budak tu! Tak apa! Kau tunggulah nasib kau bila kau balik nanti!

KAKINYA melangkah masuk ke dalam rumah agam keluarga Jericho. Sebaik saja kakinya menapak ke ruang tamu, wajah Kristine dan Jericho berubah menjadi ceria. Jericho pula bergegas memanggil mummy dan daddynya turun ke ruang tamu.

“Ada apa Jericho?” soal Madam Rita dan Mr. Enric Dantes namun terdiam saat mata mereka terpandangkan ke arah Gia yang sedang tersenyum kepada mereka berdua.

“Gia!!!” Madam Rita segera menghampiri Gia lalu tubuh kecil Gia didakap erat. “Rindunya mummy dengan Gia! How are you? Long-time no see…” Madam Rita membelek tubuh dan wajah Gia. Badan Gia nampak susut sedikit.

“I’m good mummy. Mummy and daddy macam mana pulak? Sihat?”

“Sihat…” jawab Madam Rita dan Mr. Enrique Dantes serentak.

“Akhirnya…datang jugak Gia ke rumah mummy hari ni. Kenapa lama sangat tak datang sini hmmm?” soal Mummy Rita yang membuatkan Gia menelan air liurnya dengan susah. Apa aku nak jawab ni?

“Betul tu…” kenyataan mummy disokong oleh daddy.

Kebisuan Gia memberi jawapan kepada Madam Rita dan Mr. Enrique Dantes. Ini mesti ada kena mengena dengan Madam Valona sebab kalau nak kata Mr. Scott Padilla tak bagi, macam mustahil sangat sebab Mr. Scott Padilla selalu memberi kebebasan kepada anak-anaknya.

“Tak apa…mummy faham. So, hari ni makan dekat rumah mummy ok?”

“Tak susahkan mummy ke?”

“Hmmm…Gia nak tahu tak? Mummy ni lagi suka kalau Gia ada dekat rumah ni. Katanya bertambah meriah sikit rumah kalau campur dengan Jericho dan Kristine,” jawab Mr. Enrique Dantes bagi pihak isterinya.

“Betul tu!” Jericho dan Kristine turut menyokong.

“Kalau macam tu oklah…Gia makan dekat sini,” putusnya.

Lagipun, dia tak kisah sangat kalau makan dekat sini sebab dia pun tahu yang keluarga Jericho ni jenis eat clean and no pork even katak dan binatang lain pun diorang tak makan. Hanya makan ayam atau daging lembu dengan sayuran yang fresh.

“Kau nampak tak macam mana happynya mummy aku bila kau datang?” bisik Jericho sebaik saja mummy menuju ke dapur dan daddy pulak menuju ke kerusi rehat sebelah kolam renang.

“Tapi aku bukan saja-saja tak datang. Faham-faham jelah
mummy aku tu macam mana.”

“Ye kitaorang faham…” balas Kristine.

Kalau akulah dapat mummy macam Madam Valona…serious talk aku angkat kaki chau dari rumah dan tumpang je duduk rumah kawan-kawan. Serius tak tahan kalau hari-hari asyik kena tempias marah je. Boleh bernanah telinga dibuatnya.

“Kejap…ni kau keluar dari rumah, mummy kau tahu tak?” Gia hanya menggeleng.

“Kalau aku bagitahu mummy, confirm aku takkan sampai rumah Jericho sekarang,” balasnya senang. Tapi, aku tak boleh stay rumah mummy Rita lama sangat takut nanti mummy cari. Kang tak pasal-pasal kantoi pulak yang aku pergi rumah Jericho.

Malangnya…kau tak tahu Gia yang perbuatan kau memang dah kantoi pun dekat Madam Valona. Entah apa bala yang sedang tunggu dekat rumah tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience