SIRI IV - KELUARGA YANG BERMASALAH?

Horror & Thriller Series 7331

“Mereka berdua nak bunuh saya…”, tiba-tiba sahaja Alys berkata dengan perlahan, seakan-akan berbisik kepada Dr Abel.

Ayat yang diungkapkan itu hanya didengari oleh Dr Abel seorang sahaja. Baru sahaja Dr Abel nak meneruskan pertanyaan, langsir yang menutup ruangan yang menempatkan katil Alys disingkap dengan kasar. Seorang lelaki menjengulkan kepalanya secara tiba-tiba menyebabkan Dr Abel terkejut.

“Encik ni siapa? Kenapa tiba-tiba sahaja masuk di sini ni?”, tanya Dr Abel dengan sedikit marah.

Mana boleh seseorang itu tiba-tiba sahaja menerjah masuk ke ruangan kamar pesakit dengan cara sedemikian rupa tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu. Perbuatan itu tidak beretika, dan tidak bersopan serta boleh mengundang kemarahan pesakit itu sendiri juga.

“Dia Aidan doktor, ayah kepada Alys. Semuanya okay ke doktor?”, Puan Miriam menjawab daripada jauh sambil berjalan menuju ke katil yang menempatkan Alys.

“Ya, encik boleh tunggu di luar dulu. Saya tak habis periksa lagi anak encik ni”, kata SN Nurul yang juga berang dengan perbuatan ayah Alys.

“Adik, adik kata apa tadi?”, tanya Dr Abel memastikan apakah yang baru didengarinya tadi dengan perlahan.

Tetapi, kali ini Alys kembali mengunci bibirnya. Sedikit pun tidak menjawab soalan yang ditanyakan. Bahasa badan juga langsung tidak ditunjukkan apa-apa. Dia ibarat kaku dan keras selepas sahaja kemunculan bapanya yang hadir secara tiba-tiba itu. Dr Abel merasakan ada sesuatu yang ganjil dan pelik berlaku namun tidak dapat dipastikan apa.

Dia memanggil kedua-dua ibu bapa Alys menemuinya bersebelahan dengan pesakit.

“Encik Aidan, bagaimana kejadian ni berlaku? Bagaimana tangan Alys boleh jadi seperti ini?”, tanya Dr Abel, mengulang kembali soalan yang sama yang telah ditanya kepada isterinya.

Encik Aidan berbisik kepada telinga isterinya, kemudian isterinya pula menjawab

“Dia tak tahu apa yang berlaku, tapi sikit je tu terkena air panas”, jawab isterinya.

“Ni, Encik Aidan, nampak tak ni? Kesan melecur ni. Dia main dengan siapa di selalunya di rumah?”, tanya Dr Abei lagi.

Sekali lagi Encik Aidan berbisik kepada telinga isterinya, dan isterinya menjawab

“Nampak. Dia kata, Alys tinggal berseorangan di rumah dengan saya. Dia selalunya bekerja sehingga lewat petang”, jawab isterinya sekali lagi.

“Ni, bagaimana pula dengan kesan lebam di tangan dan di kaki ni?”, kini Dr Abel bertanya terus terang, hatinya menjadi sedikit berang melihat Encik Aidan yang memperlakukannya sebegitu.

Tetapi, respon Encik Aidan masih sama, dia membisikkan beberapa perkataan ke telinga isterinya.

“Dia kata, kesan tu mungkin jam tangan yang dipakainya ketat. Oh, kaki tu ada kesan sebegitu sebab kasut yang baru dipakainya itu pun ketat juga”, jawabnya pula.

“Encik Aidan! Ada apa-apa sebab ke kenapa Encik Aidan nak kena suruh isteri Encik Aidan menjawab persoalan saya? Soalan saya tanyakan secara terus kepada encik, mengapa tak boleh jawab terus kepada saya?”, kata Dr Abel dengan nada yang tinggi.

SN Nurul menguis lengan Dr Abel daripada belakang, bimbang juga perlakuannya yang menjadi marah serta mulai meninggikan suara. Maklumlah, hospital ini merupakan hospital swasta yang baru sahaja dilancarkan 3 tahun lepas. Reputasi dan prestasi layanan pesakit seharusnya tidak begitu kasar, walaupun dalam hatinya sendiri pun agak marah dengan perlakuan Encik Aidan itu.

“Adik Alys, ada apa-apa ke adik nak beritahu saya?”, tanya Dr Abel menghalakan soalannya kepada Alys.

Alys menggelengkan kepalanya sahaja. Kemudiannya diam dan memandang tepat wajah Dr Abel. Riak wajahnya seperti ingin memberitahu sesuatu, namun terhalang dek kehadiran ibu bapanya di sisinya. Soalan demi soalan ditanya, dan apa yang diberitahu Encik Aidan tidak sama dengan apa yang diberitahu isterinya.

Lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu juga mempunyai riak wajah yang sama dengan wajah isterinya. Cengkung, pucat dan tidak terurus. Terdapat juga tatu pada kedua-dua lengannya yang mempunyai corak berbentuk seperti naga. Rambutnya sedikit putih dan matanya juga bengkak.

Dr Abel keluar dairpada ruang kamar tersebut. Dia membuat panggilan kepada Dr Prakash untuk membentangkan kes terseut

“Bos, ni ada 8 years old girl, 4.5 percent second degree burn on both forearms. I start Intravenous drip and some IV Anaslgesic to the patient already. I think she needs to be admitted for a few days just so we can observe her…”, kata Dr Abel semasa membuat panggilan kepada Dr Prakash.

“Yeah. I’ll be there in 15 minutes. The parents ada kan kat situ semua?”, kata Dr Prakash.

“Ya bos. But there’s something strange pasal mereka berdua”

“Strange? What do you mean?”

“Seems macam tak cooperative especially the dad. Looks like ayah dia selalu tak nak jawab soalan, dan selalu bila saya tanya, dia akan bisik pada wife dia, dan wife dia akan jawab soalan tu…”

“Really? What else?”

“I found ada macam ligature marks dekat both the wrists and the ankles. Should I inform OSCC then boss?”

“Hmmm…wait. Let me come and take a look at her first okay. Then we’ll decide. Just do whatever you think necessary lah girl. Okay, see you shortly”

Seketika kemudian, SN Nurul menghampiri Dr Abel sambil menunjukkan mesin alat mesin bacaan gula pesakit, iaitu 3.5 mmol/L sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa Alys sedang mengalami hypoglycaemia atau kekurangan gula di dalam badannya. Dr Abel segera menghampirinya, selain daripada mengarahkan SN Nurul memberinya cecair intravena yang mengandungi glukosa di dalamnya.

Bukan apa, keadaan hypoglycaemia ini amat berbahaya, terutama sekali kepada kanak-kanak. Seseorang itu boleh maut dalam masa yang singkat akibat kekurangan glukosa di dalam tubuh badan mereka.

“Dr Abel, lupa nak beritahu, ni tekanan darah dia doktor”, kata SN Nurul.

“La, kenapa tak inform daripada tadi, rendah betul ni”, kata Dr Abel sebaik sahaja melihat bacaan tekanan darah Alys.

Tekanan darahnya agak paradoks kerana kadar denyutan nadinya agak pantas, tetapi tekanan darahnya rendah, menunjukkan dia mungkin mengalami dehidrasi yang teruk. Dr Abel mengarahkan SN Nurul mempercepatkan aliran drip ke dalam tubuh badan Alys.

“Saya lapar….”, tiba-tiba sahaja terdengar rengekkan Alys kepada ibu bapanya.

Mereka langsung tidak memperdulikan permintaan anaknya. Daripada tadi, sepanjang kekalutan pada malam ini, mereka berdua hanya duduk berteleku sahaja di sisi katil yang menempatkan Alys. Mereka berbisik dengan antara satu sama lain tetapi apa yang dibualkannya itu tidak dapat ditangkap oleh telinga Dr Abel.

Sedang Dr Abel sedang masih lagi giat memikirkan apakah yang sebenarnya terjadi pada keluarga yang nampak seperti di dalam satu konflik yang amat besar ini, tiba-tiba dia teringat akan sepotong kek yang diberikan oleh Dr Kimi kepadanya.

Tanpa berfikir panjang, terus Dr Abel mengambil plastik tersebut. Terdapat satu kotak berisi kek didalamnya. Dr Abel ke pantri wad berkenaan, mendapatkan satu piring untuk diletakkan kek tersebut. Dia tercari-cari dimanakah letaknya tong sampah di pantri tersebut.

Setelah dia berdiri dan puas mencari tong sampah tersebut, dia akhirnya membuat keputusan untuk melipat-lipat sahaja kotak tersebut menjadi kepingan yang lebih kecil, dan disumbatkan di dalam plastik tadi. Kesemua sampah tersebut dimasukkan ke dalam poket sebelah kanan seluarnya.

Dia mencapai satu garpu besi yang terdapat di balik tudung saji yang terletak di atas meja makan yang terletak di pantri berkenaan. Saat terlihat kek tersebut, Dr Abel hanya mampu menelan air liur sahaja.

Walaupun dia baru sahaja sudah makan malam, tetapi kes berkenaan menyebabkan otaknya berputar ligat mencari penyelesaian dan masalah sebenar keluarga Puan Miriam dan Encik Aidan ini. Pemikiran banyak sebegitu pasti menggunakan tenaga dan glukosa yang banyak di dalam badannya, menyebabkan dia lapar kembali.

Dengan segera, dia membawa piring tersebut kepada Alys. Mak dan ayahnya melihat saja gelagat yang dilakukan oleh Dr Abel itu. Mereka memandang dia buat seketika, dan kemudiannya meneruskan perbualan dengan suara yang amat perlahan.

Tiba-tiba tangannya depegang kasar oleh Encik Aidan saat dia ingin menghulurkan piring berisi kek tersebut kepada Alys. Dr Abel terkejut, kini Encik Aidan bangun dan memandang tepat kedua-dua matanya secara terus. Entah ibarat ada satu kuasa atau aura yang menyebabkan Dr Abel terkaku di situ. Tidak mampu menjerit dan berkata apa apa.

Pegangannya begitu kuat, dan kedua-dua matanya memberikan pandangan yang tajam kepada Dr Abel sambil berkata…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience