BAB 17

Family Completed 4130

Matanya terlihat satu ruang yang besar di sebelah kumpulan itu. Hendak berlari ke belakang? Dia bukannya tahu selok belok kawasan tersebut. Lagipun dia tahu ia adalah jalan mati. Cik Nora tadi dia lihat masuk ke satu pintu bangunan dekat situ.

Dengan tekad yang kuat, Muaz membuka langkah melarikan dirinya dari situ. Bila sudah berjaya melepasi mereka semua, terus sahaja Muaz memecutkan lariannya hilang daripada mereka. Bila dia menoleh ke belakang, mereka semua berlari mengejar dirinya. Sedar masih dalam keadaan bahaya, lariannya dilajukan lagi sehinggalah dia sampai ke rumah sewanya. Habis tercunggap-cunggap mengambil oksigen yang berkurangan hasil daripada larian tadi.

Namun, sejak hari itu, hidup Muaz tidaklah seindah rupa yang disangka. Dia sering diganggu sejak dari hari itu. Malah keretanya juga sudah habis dibakar oleh mereka. Motornya juga tidak terkecuali dibakar. Bila dia mula berjalan kaki untuk ke tempat kerjanya, ketika itulah dia sering dihentam semahu-mahunya.

Sekarang habis semua badan-badannya penuh dengan lebam. Wajahnya juga habis lebam dengan bibir pecah. Tiap-tiap hari, habis semua badannya tidak mampu bergerak. Setiap kali dia sampai ke pejabat, semua pekerja-pekerjanya bertanyakan keadaannya. Tapi dia bertindak untuk berdiam diri sahaja. Sifatnya yang malas mahu turun naik mahkamah membuatkan dia membiarkan sahaja mereka mempelakukan dirinya begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience