"AMELIA!!!!!!" aku terdengar suara jeritan dari mama aku. Dan aku tahu tu mesti sebab mereka dah tengok keadaan Adzha di kolam renang. Tanpa menjawab panggilan mama aku terus turun ke bawah dengan muka tak bersalah.
'Gulp' tertelan air liur aku lihat Adzha sekarang. Manusia ke bidadara ni? Memang pakai baju tshirt ja tapi napa aku rasa dada aku berdebar melihat dia?
"Hai cik adik , dah tergoda dan jatuh cinta dekat cik abang ke" aku tersentak mendengart suara si dia yang begitu dekat dengan aku. Dan semestinya membuahkan tawa kepada mata-mata yang memerhati.
"Mana ada , takdanya nak jatuh cinta dekat orang gila" Masih kekal dengan ego, aku membalas kata-kata yang membuatkan mama dan papa aku membulatkan mata ke arah aku.
"Dahlah nora , jom kita sembang di dalam biar mereka settle masalah mereka dulu, mana tahu nasi mnyak akn dihidangkan dalam masa terdekat," mama terus mengajak aunti nora , uncle adnan dngan papa masuk ke dalam. Asyik-asyk aku yang kena tinggal dengan mamat tak cukup otak ni. Dulu taknak , sekarang terhegeh.
"Awak taknak duduk ke ? Nak berdiri di situ sampai subuh ke? Boleh jugak kalau nak, nanti saya imamkan subuh awak ya," Amelia terus duduk di kerusi sebelah Adzha sambil menjulingkan matanya ke atas.
"Kau kenapa ya? Tetiba datang sini dan cakap tentang jodoh?" tanpa membuang masa , Amelia terus menanyakan soalan yang dah lama berada di benaknya.
"Nak tahu jawapan cara matang ke cara sweet?" Adzha pula masih dalam mood nak bergurau. Melihat saja jelingan maut dari Amelia , terus di memberi jawapan.
"Dari dulu saya sukakan awak , walaupun awak tak sempurna. Tapi dulu saya fikirkan masa depan dulu sebab saya tahu parents kita sahabat. Kita takkan bleh jauh dan saya yakin akan jumpa lagi dengan awak. Saya taknak terburu2, biar kita masing2 matang dulu dan saya yakin boleh jadi yang terbaik untuk awak , barulah saya jumpa awak balik macam sekrang, sudi tak awak terima saya jadi imam awak ?" aku terkelu dengan reaksi dan kata-kata dari Adzha bukan mulut sahaja bekerja, tapi tangan dia pun bekerja bila dia start mengeluarkan cincin lamat dari poketnya.
Sebab terlalu terkejut, aku tak terus ambil cincin tu, sebaliknya ..
"Boleh tak nanti cuba lagi" lepas berkata begitu aku terus lari naik bilik. Aku terkejut tapi aku nak , tapi aku nak kenal dia dulu sebelum menyelam ke dalam hubungan yang lebih jauh
Share this novel