TUAN Mansur terkejut dengan kedatangan Zalilah sekeluarga. Mereka baru saja selesai makan malam ketika dimaklumkan tentang kedatangan Zalilah.
Zalilah tersenyum melangkah masuk ke ruang tamu. Namun senyumannya mati apabila melihat apa yang terhidang di depan mata.Â
"Oh... ada kau kat sini ye? Perempuan nilah yang tampar Zack, mummy." Zack yang berada disebelah Zalilah segera menunding jari pada Juwita.
Semua mata tertumpu pada Juwita selain Tuan Mansur.
"Duduklah Ilah. Buat apa tercegat dekat situ?" Tuan Mansur bersuara memecahkan kesunyian.
"Kamu berdua pergi ulangkaji dekat atas." Juwita memberi arahan. Haris memandang Juwita minta penjelasan. Juwita jungkit bahu.Â
Zalilah terus melabuhkan punggungnya. Kaki kanannya disilang atas kaki kiri. Matanya sempat menjeling Zaitun. Zaitun buat tak tahu. Bukan dia tak tahu Zalilah memang tidak sukakan dia dari dulu lagi. Entah apa yang didengkikan sangat pun Zaitun tak tahu.
Walhal segala benda, arwah bunda banyak utamakan Zalilah jika nak dibandingkan dengan Zaitun. Mungkin kerana Zalilah anak bungsu. Maka dia diberi perhatian lebih.
"I need explanation. Kenapa biarkan Zack kena tampar?" Zalilah masih dengan lagak sombongnya.Â
Tuan Mansur mengeluh. Juwita angkat punggung. Belum pun sempat dia meninggalkan ruang tamu itu, Zalilah menjerkah.
"Hey young lady, I'm not done with you." Merah mata Zalilah menahan marah apabila melihat sikap Juwita. Zaitun berdiri mengadap Zalilah.
"Cukup Ilah. Kenapa nak cari masalah dengan anak kak long?" Lembut sekali tutur kata Zaitun.
"Kau bukan kakak aku. Disebabkan kau, aku dapat susah. Bunda sekat apa yang jadi hak aku. Baguslah kau dah balik. Aku nak hak aku balik!" Zalilah menggila.
"Cukup Ilah! Kau tahu sebab apa bunda sekat. Kau masih dapat elaun bulanan kan? Apa kau nak kecoh?" Tuan Mansur naik angin.
"Apa kecoh-kecoh ni? Sampai luar dengar." Tergamam Zaitun melihat figura yang baru melangkah masuk itu. Figura itu tersengih memandang Zaitun.
Tuan Mansur seakan mengerti apa yang sedang bermain difikiran Zaitun apabila melihat Kamarul.
Ya... Kamarul yang suatu masa dulu hampir menjadi suami Zaitun. Kerana lelaki itu dia dibuang bundanya. Zaitun ketap gigi. Menahan rasa marah yang selama ini disimpan.
"Bie, kenapa lama sangat?" buntang mata Zaitun mendengar Zalilah memanggil Kamarul dengan panggilan itu.
"Since your sister dah balik ni, bolehlah you dapatkan hak you balik." Kamarul memaut erat bahu Zalilah.
"Yelah bie. Memang I nak tuntut hak I." Zalilah memandang Tuan Mansur.
"Sabtu ni aku akan buat majlis makan malam. Aku akan umumkan pewaris yang berhak ke atas Tuan Mansur Sdn Bhd. Jadi kau juga dijemput hadir sama." Tuan Mansur bersuara tenang.
"Aku tak kemaruk dengan majlis makan malam tu. Aku nak hak aku!" Suara Zalilah semakin meninggi.
"Since I will be the CEO. Aku bagi masa kat kau Zack untuk pulangkan balik duit syarikat yang kau dah songlap. Jika dalam masa seminggu, syarikat tak terima balik duit tu. Aku akan ambil tindakan undang-undang. Segala bukti dah cukup jelas." Entah dari mana Juwita mendapat kekuatan untuk menyerang balas.
"Puan Tuan Zalilah, Saya akan minta uncle aturkan pertemuan dengan peguam keluarga bagi menyelesaikan masalah HAK puan." Juwita terus melangkah pergi. Tergamam Zaitun dengan tindakan Juwita. Walhal Juwita sendiri menolak jawatan sebagai CEO syarikat ketika dia meminta Juwita mengambil alih tempatnya.
"Bagus kau didik anak. Kurang ajar dengan mak cik sendiri." Zalilah membidas Zaitun. Tuan Mansur ketawa.
"Tadi kau kata kak long ni bukan kakak kau. Sekarang kau mengaku Juwita tu anak buah kau?" Tuan Mansur memandang Zalilah yang menahan marah.
"Dapatkan tarikh secepat mungkin." Zalilah terus berlalu diikuti oleh Kamarul dan Zack.
Geleng kepala Tuan Mansur dengan sikap Zalilah yang tak pernah berubah. Tuan Nabihah mengusap lembut belakang Zaitun yang tertunduk hiba.
"Entah apalah salah akak dekat Ilah sampai macam ni sekali dia benci akak" luah Zaitun. Tuan Nabihah memandang Tuan Mansur. Mengharapkan pertolongan dari suaminya itu.
"Sudahlah tu kak. Dia memang macam tu." Tuan Mansur cuba memujuk.
"Siapa lelaki tu dalam hidup Ilah?' Tiba-tiba Zaitun menyoal setelah agak lama suasana sunyi. Tuan Mansur mengeluh. Dia pandang Tuan Nabihah.
"Ceritalah abang. Sampai bila nak sembunyikan? Lambat laun kak long pasti tahu." Tuan Mansur terdiam seketika. Tuan Nabihah duduk disisinya. Tangannya digenggam erat.
"Masa majlis nikah kak long tak jadi tu, Zalilah yang bagitahu mak Kamarul yang kak long ni ada ramai jantan. Dah kena tebuk sebabnya Kamarul memang tak nak nikah dengan kak long. Dia dengan Zalilah dah lama jalinkan hubungan. Jadi bila dia ambil hati bunda, dia tak sangka pula bunda nak nikahkan dengan kak long." Zaitun tergamam mendengar penjelasan Tuan Mansur.
"Dan disebabkan tu, diorang rancang burukkan kak long. Zalilah ambil peluang tawan hati mak Kamarul. Akhirnya bunda nikahkan mereka." Zaitun terhenyak dengan kebenaran yang didengarnya.
Sampainya hati Zalilah mempermainkan maruah dan harga dirinya. Sampai akhirnya dia dibuang keluarga. Zaitun menangis teresak-esak.
Juwita yang baru saja masuk semula ke ruang tamu tergamam mendengar tangisan hiba Zaitun. Tangannya digenggam erat.
Share this novel