25 : Bulan Dan Bintang

Drama Series 5510

       "Setakat ni faham, class?" bergema suara Cikgu Aziz yang mengajar subjek sains itu.

"Faham, cikgu."

"Faham la kot."

"Ngantuknya Ya Tuhan..."

"Nak balik dorm, tidur."

Jawapan malas dari para pelajar membuatkan Cikgu Aziz geram pula. Beginilah kalau kelas malam. Mengantuk! Padahal kalau balik rumah pun bukannya tidur terus. Hilang pula ngantuk. Dalam kelas je banyak setan.

"Celik mata luas-luas semua! Kamu semua sedar tak, ada exam minggu depan. Jangan manja sangat. Ini baru pukul sepuluh setengah. Buka buku teks muka surat 55!" Cikgu Aziz cuba bertegas.

"Ala, lama lagi ke?"

"Entah, cakap banyak la kau. Buka buku tu. Apahal dari tadi menyibuk tengok buku aku. Tengok kau punyalah!"

"Tertinggal kat kampung."

Terdengar lagi bisikkan dua rakan didepannya.

Pandangan mata Bella beralih seketika ke arah Ifah yang berada dikerusi paling depan. Jauh darinya.

Bella tunduk menatap buku. Seketika suara cikgu yang sedang mengajar semakin sayup. Fikiran bila dilayan begini la.

Perasaan aku saja atau macam mana. Kenapa aku perasan sikap Ifah makin dingin. Dan aku perasan benda tu hanya kepada aku. Dengan orang lain okay saja. Atau aku ada buat Ifah terasa hati?

Sebelah tangan naik memangku kepala. Kening cantik Bella berkerut seribu memerah otak untuk ingat kembali jika dia ada buat temannya itu terasa hati.

"Aku ada buat apa ya?" ngumam Bella perlahan kemudian melirik rakannya disampingnya.

Ifah sampai tukar tempat. Tak nak duduk dengan aku.

"Cikgu."

Suara Aniq dibelakangnya memecah lamunan Bella. Dia bagai tersedar di realiti. Mujurlah tak sampai hanyut terlalu dalam. Kalau tidak mahu ditegur cikgu. Thanks Niq!

Melihat salah seorang murid didalam kelas itu mengangkat tangan. Cikgu Aziz senyum lebar.

"Ya, Aniq. Yang mana kamu tak faham. Boleh tanya." bersemangat Cikgu Aziz. Fikirnya pengajarannya sudah menambat perhatian pelajar terpaling nakal itu.

"Sebenarnya saya dari tadi... haish malu pula nak cakap." Aniq tampak ragu-ragu.

Hazim disebelahnya menyiku. "Sejak bila kau ada urat malu?"

"Diam la kau. Cikgu! Tandas! Saya nak kentut!" Aniq berdiri sambil menampar meja.

"Hah?" ternganga satu kelas memandangnya.

"Lepas saja dalam kelas! Kamu ingat cikgu tak tahu, kamu nak pergi mengintai pekerja baru kantin." tukas Cikgu Aziz marah. Marahnya tak berapa menakutkan dimata anak murid kerana di siang hari cikgu ini seorang yang pelawak.

Aniq yang sudah berdiri dimuka pintu sempat berkata. "Dalam kelas tak boleh. Awek saya ada. Jatuh la saham saya. Okay lah, saya minta izin chau dulu ya, cikgu."

Tak tunggu lama kemudian Aniq cabut lari.

Para pelajar ada yang tertawa, ada yang terus tekup muka tidur.

"Haa..." dan ada juga yang mengeluh panjang seperti Cikgu Aziz.

Melihat para pelajarnya sudah lelah dan mengantuk. Cikgu Aziz merasa kasihan pula. Sekeras mana pun mendidik, dia tahu dia tak boleh terlalu menekan. Kerana para pelajar itu juga manusia biasa. Bukan robot.

"Sampai sini kelas kita malam. Jangan lupa, balik ulang kaji, buat latihan! Jangan tahu scroll tiktok saja. Dah boleh balik dorm masing-masing!" ucap Cikgu Aziz menyegarkan mata para pelajar itu.

Ada yang bersorak, ada yang terus ghaib berlari balik.

Dan, ada juga yang sedang membisik sesama mereka.

"Aniq cakap awek? Siapa? Aku tak tahu pun dia ada girlfriend."

"Slow la kau ni. Takkan kau tak dengar. Satu sekolah kecoh Aniq bercinta dengan Bella."

"Biar betul Bella? Bella... classmate kita ni?"

Hingga sampai ditelinga Bella. Kerana merasa tak nyaman dengan pandangan pelajar perempuan tertumpu padanya. Dia ingin segera beredar keluar. Buku-buku disimpan bawah meja. Malas nak bawa balik.

Buat toya saja semasa melintasi rakan sekelasnya.

"Kot ya pun nak bergossip. Tunggu la aku keluar dulu. Haih." getus Bella sendiri.

Tika melalui laluan dikaki lima, dia dipanggil seseorang dari arah belakang.

"Weh! Tunggu jap!"

Bella kerling sekilas Hazim yang baru tiba disisinya. Mereka berjalan beriringan dijalan yang agak suram tersebut.

"Ak-"

Bella pantas angkat tangan tanda menghalang Hazim dari bertanya soalan yang boleh buat dia muak.

"Sebelum kau tanya. Biar aku jawap terus terang. Aku dengan kawan baik kau tu tak ada hubungan special apa-apa. Aku setuju jadi girlfriend tipu-tipu sebab Aniq yang minta tolong. Dengan jaminan dia takkan kacau aku lagi. Tapi, si gila tu tak tepati janji. Nak undurkan masa pun dah tak boleh. Semua orang dah tahu." tanpa sedar jadi terluah perasaan pula.

Haih, sian Bella. Wkwkwk!

"Oh, itu aku dah tahu. Aniq dah cerita." kata Hazim selamba sambil pandang kedepan.

Bella rasa makin lama, si Hazim ni makin merapat dan berjalan dibelakangnya. Bella berganjak kerana tak selesa. Tapi, pemuda itu ikut berganjak.

"Kalau dah tahu, sekarang ni asal kau ikut aku?" tukas Bella geram pula.

"Kita turun sekali la. Aku nampak kau seorang saja berani guna jalan ni. Aku nak terkencing ni." kata Hazim sambil mengawasi depan belakang. Takut ada takut tiba-tiba muncul. Buat jumscare. Tak ke haru jadinya.

Bella pandang kedepan semula. Nak aku teman rupanya.

Hazim melirik gadis itu yang lebih rendah darinya. Kepala Bella setakat bahunya.

"Kau tak marah?" soalnya agak penasaran.

"Marah? Aku lebih fikirkan katil sekarang ni." jawap Bella pantas.

Hazim menahan tawa. "Pft!"

Bella jeling hairan. "Gila ke? Tiba-tiba gelak."

"Tak, aku tengah bayangkan macam mana respon kau bila kau dengar cerita menarik ni."

Bella tak hiraukan. Fikirnya pemuda itu cuma nak main-main dan berbual kosong. Malangnya dia tak tertarik kerana mulut Hazim sama naik dengan Aniq. Juara No1 borak kosong dan bercakap hal tak berfaedah.

"Dia tipu saja masa dia minta izin nak pergi toilet. Si Aniq tu cuma nak selamatkan kau." ujar Hazim mula tersengih. Lucu pula bila teringat kejadian tadi.

"Selamatkan apanya. Dia sendiri yang nak lari awal. Mengarut la kau. Tak payah nak backup sangat kawan kau tu. Kau tak jelaskan pun, aku dah tahu perangai dia." tukas Bella menolak untuk percaya.

Hazim menarik senyum tipis. Bella tak percaya. Sejenis susah percayakan orang rupanya. Bisiknya dalam hati.

"Mengarut ya? Tapi rasanya telinga aku tak salah dengar. Aniq ada bisik kat aku. Dia kata dia kesian nampak kau macam stress je. Jadi dia sengaja buat drama kecoh satu kelas. Satu sekolah ni tahu, cikgu Aziz walaupun kelakar tapi pelik sikit. Dia paling pantang orang minta izin nak ke tandas masa kelas dia. Kalau tak, confirm dia batalkan kelas. Tak ke happy budak kalau dibuat macam tu."

Penjelasan yang panjang sedepa itu berjaya membuatkan Bella tergamam.

Wajah Bella menunduk pandang lantai. Bibirnya tanpa sedar menguntum senyum. Jadi, Aniq sengaja ya? Dia rela jadi badut dalam kelas demi aku. Patut ke aku berterima kasih?

Berjalan sambil berbual ringan, sedar tak sedar mereka telah tiba di lantai satu. Yang pasti Hazim la paling banyak mulut. Bella macam biasa, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Lagipun dia sendiri tak rapat dengan Hazim. Boleh kira berapa kali mereka bertegur.

Tika melalui selekoh yang agak gelap kerana bergantung dengan lampu jalan yang malap. Uzur dah lampu di blok ini.

"Kau nak tahu macam mana aku boleh berkawan dengan Aniq." Hazim menukar topik lain. Seronok juga borak dengan Bella. Kerana gadis itu banyak mendengar dari mencelah.

Dengar saja nama Aniq, Bella terus tertarik. Tapi dikawal air muka setenang mungkin. "Hm, macam mana?"

"Kitorang kenal masa form four. Panjang cerita dia tapi aku pendekkan. Masa tu, aku ada girlfriend la nama dia Fira. Tapi si Fira ni tergamak dia mengorat Aniq depan aku. Padahal aku ada di sebelah dia. Tapi kau nak tahu apa yang kelakar."

"Tak nak tahu." jawap Bella selamba yang berjalan dibelakang Hazim. Tahu la kaki panjang, sekali melangkah macam dua kali langkah aku!

"Aniq dengan muka tak berperasaannya. Reject ex girlfriend aku tu tanpa pikir panjang. Padahal kalau kira si Fira tu ada la juga rupa. Tapi aku seorang saja sukakan dia. Gila, kalau ingat balik rasa nak gelak pula. Rugi aku tak rakam masa tu." sambung Hazim sambil mengekek gelak.

"Tapi sejak kejadian tu lah, aku selalu ajak Aniq borak. Aku nak berkawan rapat dengan dia. Sebab aku fikir, seronok juga berkawan dengan manusia macam Aniq. Ada juga hiburan dalam hidup aku. Kau tak fikir macam tu?" usai berkata begini Hazim menoleh ke belakang dimana ada Bel-

"Eh?" celingak celinguk Hazim melihat sekeliling. Mana Bella?

Hanya dia sendirian berdiri tegak di situ.

Tak semenanya jantung Hazim mula berdegup laju. Peluh yang menitik pada wajah dibiarkan.

"Bukan ke dia ada di belakang aku? Jadi, dari tadi aku bercakap dengan siapa..." berubah pucat lesi muka Hazim.

"Ha-Hantu Bella!" lari lintang pukang pemuda itu. Berdesup lari kerana sudah beranggap yang Bella yang bersamanya sejak tadi adalah hantu yang sering menjelma dengan rupa manusia.

Sementara itu...

"Hmph! Lhehas lah!"(lepas lah) mulutnya yang ditekup dengan tapak tangan seseorang cuba meronta.

Tubuh Bella meronta pinta dilepaskan dari pelukkan kemas orang yang memeluknya dari belakang. Semua pergerakan dikunci membuat dia susah untuk meronta.

Dada Bella berdegup kencang. Siapa orang yang menariknya ke lorong sunyi?! Semasa dia sedang mendengar cerita Hazim.

Bella mendengus kasar bila orang itu cuma membisu. Berani kau nak rompak aku dalam sekolah!

Baru saja gigi arnab Bella berencana nak menggigit kuat tangan orang itu. Orang itu tiba-tiba berbisik ditepi telinganya.

"Sshh... boleh diam tak? Aku nak pastikan Hazim dah pergi."

Naik bulu roma Bella dibuatnya. Dia cukup kenal dengan suara ini.

Aniq!

Melihat gadis itu yang tiba-tiba diam menunduk. Rontaan juga terhenti. Pelukkan dilepaskan  dan langkah Aniq menjauh setapak. Dia sudah bau aura amukkan dari Bella.

Tatapan tajam Bella menusuk kedalam jantungnya. Membuatkan Aniq cuak. Serba salah dan baru tersedar dia seenaknya memeluk gadis itu.

"Kuat sangat rasanya aku peluk. Sakit ke? Sumpah aku tak ada niat jahat. Aku cuma..." Aniq memberi jeda di hujung ayat. Belakang leher digosok bersama wajah yang agak memerah. Malu pula nak cakap.

"Cuma apa? Aku paling benci orang bercakap sekerat jalan. Aku ni cukup berlembut dengan kau. Kau ingat aku tak panik, tiba-tiba kena tutup mulut. Tarik ke tempat yang gelap. Aku dah pikir kena culik dah, tak guna kau." omel Bella bersama raut tertekan. Membuat Aniq semakin bersalah.

Aniq tergamam buat sesaat kerana sudah lama Bella tak membebelnya sepanjang itu.

"Aku cuma nak bercakap berduaan dengan kau." hujung bibir Aniq naik tersenyum tanpa disadari Bella.

"Haa..." keluhan panjang terlahir dari bibir Bella. Sejujurnya, dia tak marah pun. Malahan dia merasa lega jika penculiknya adalah Aniq. Kerana Aniq aslinya orang yang baik.

"Lain kali jangan buat macam tu. Kalau kau buat lagi. Aku dah tak kisah siapa, aku nak tendang kau punya ehem. Biar kau mati pucuk terus. Faham?" sengaja Bella bertegas.

Pucat seketika muka Aniq tatkala membayangkan hal mengerikan tersebut. "Fa-Faham! Aku tak buat dah. Janji! Tapi kalau aku buat lagi, aku janji lagi."

Bella mengurut kepalanya yang terasa berdenyut. Nasib baik kau anak umi dan abang kepada Ayu!

"Aku tahu kau sukakan aku." kata Bella perlahan dan berjaya membuat Aniq terkebil-kebil.

"Ma-Macam mana ka-kau tahu? Kau ada kemampuan baca isi hati manusia ke?" soal Aniq tergagap-gagap. gelisah kemain.

"Semua orang tahu kau sukakan aku. Suka kacau."

Aniq menghela nafas lega. "Betul la tu. Suka kacau." nampaknya gadis itu masih belum sedar akan perasaannya. Mujurlah.

Aniq intai wajah yang merenung lantai itu.

"Belakangan ni aku perasan. Kau banyak diam, nampak tertekan. Kau juga macam fikirkan sesuatu. Kau ada masalah ke?"

Melihat gadis itu masih tak bersuara, Aniq sambung lagi. "Tak salah rasanya kita saling berbagi cerita. Aku kan selalu cerita dan kau selalu jadi pendengar yang baik. Jadi mula malam ni, kau boleh jadikan aku tempat untuk kau luah masalah yang kau tak boleh luah kepada sesiapa."

"Daripada tu, kau boleh tolong aku?"

Kedua kening Aniq terangkat. "Setakat aku mampu sajalah."

"Lebih tepatnya tolong Delima." kata Bella tanpa sebaris senyum.

Raut Aniq berubah bimbang. "Kenapa dengan Delima?" yelah Delima kan dibawah tanggungjawabnya. Apa-apa berlaku, dia lah orang pertama yang tanggung akibat.

"Aku ada jumpa dia. Masa tu petang dah nak maghrib. Duduk seorang diri, dia nampak sedih. Tak lama dia nangis. Aku tanya la ada masalah apa. Lepastu dia bangun dan terus tinggalkan aku. Aku dah agak, dia tak suka aku. Jadi bila difikir balik, bukan aku orang sesuai untuk ajak dia bercakap." jelas Bella. Aniq fokus mendengar tanpa mencelah.

Pandangan Bella dibuang kedalam gelap malam. "Aku ingat lagi masa pertama kali kami berjumpa dalam hutan. Walaupun sekejap, tapi aku boleh nampak yang Delima orang yang ceria. Dia baik walaupun pelik sikit. Dia jadi macam ni pun disebabkan mak dia. Aku ada dengar Tun Seroja selalu cuci otak Delima kalau nampak Delima bantu orang."

"Dia jadi macam ni pun, agaknya disebabkan hasutan mak dia yang suka bagi nasihat tak masuk akal. Kau bayangkan, ada ke patut dia ajar Delima bunuh orang yang dia tak suka. Tun Seroja tu memang gila." sambung Bella lagi. Seram sejuk juga bercerita tentang bomoh wanita itu.

Aniq pandang tak berkelip. Tak sangka. "Gila, kenapa kau baru cerita sekarang. Aku baru tahu."

Kemudian Aniq tersedar akan sesuatu lalu pegang kedua bahu Bella. Tubuh gadis itu dipusing untuk check jika ada luka.

Bella menghentikan perbuatan tersebut. Pening kepala diputar begitu. "Stop. Nak mati ke?"

"Delima kan tak suka kau. Jadi, kau masih hidup ni?" polos Aniq bertanya bersama wajah risau.

"Jadi kau nak aku mati?"

"Tak, bukan." tuntas Aniq tersengih.

"Rasanya dia tak terlalu bencikan aku. Sebab dia pernah anggap aku kawan walaupun sekejap. Dia tak sukakan aku pun disebabkan kau. Lagipun, aku perhatikan dia anak manja. Dia dah terbiasa hambakan orang lain jadi dia tak boleh buat kerja seorang diri. Kau ingat bunuh orang macam pijak semut." ujar Bella menjeling selamba. Bercakap dengan Aniq wajib ya kena jeling! Lama-lama juling juga mata aku.

"Ganas topik kali ni. Bunuh ya? Jadi sekarang kau nak aku tolong apa? Kalau boleh jujur, aku memang tak selesa dengan Delima. Tapi, kalau kau yang minta tolong. Takkan la aku nak tolak kan." Aniq senyum sebaris.

Bella menatap tepat kedalam anak mata pemuda itu. Ingin mencari keikhlasan. Mana la tahu nak kenakan dia ke. "Tolong pujuk Delima. Buat dia move on dari kau. Sebab selagi dia berharap selagi tulah dia takkan bahagia kat sini. Dia kena sedar, apa yang dia nak bukan semua dapat."

Aniq gosok dagu buat ala berfikir dalam. "Pujuk? Hm, kau silap orang ni. Takkan kau tak kenal lagi aku? Aku mana la pandai benda macam ni. Kalau aku yang pujuk, entah-entah makin murung dia!"

Jam pada skrin telefon dikerling. Sudah lewat malam ni. Bella tak nafikan perkataan tersebut kerana memang fakta. Aniq? Pujuk perempuan? Jangan harap!

Tapi,

Bella berdiri tegas sambil mengebas tubuhnya yang bersandar.

"Aku tak kira. Kalau aku dapat tahu kau tak pujuk. Aku akan bagitahu Delima yang kita berdua tak ada hubungan special. Dan aku akan bagi tips kat dia untuk mengorat kau. Biar padan muka kau!" usai berkata dengan penuh bersahaja begini Bella mengorak langkah ke arah blok asrama.

Meninggalkan Aniq yang tercengang seorang diri.

"Oi oi! Mana aci! Kau main ugut ek sekarang? Ok ok! Aku pujuk! Puas? Tapi jangan bagitahu dia." laung Aniq semula. Cuak la tu.

Bukan apa. Terseksa jiwa raga dia kalau dikejar oleh gadis seperti Delima seumur hidup. Sekurangnya kalau tahu dia ada kekasih, Delima pun malu nak kejar dia.

Aniq pandang lama tubuh belakang Bella yang sudah menjauh. Sempat membalas lambaian gadis itu.

Masalah Luth dah settle. Sekarang Delima pula. Haih, nasib badan. Bisik Aniq dalam hati.

Dia turut ke arah bertentangan iaitu blok aspura. Berjalan santai sambil bersiul. Kedua tangan dimasuk kedalam kocek.

"Kekasih palsu? Cinta segi tiga? Pft, kau ingat ni drama pukul 7. Apa yang kau buat ni, Aniq..." getus Aniq serta tertawa kecil. Lucu dan bingung dengan perbuatannya sendiri.

Kakinya terhenti melangkah. Wajah mendongak melihat langit. Cuaca bagus malam ini kerana terlihat jelas bintang bertaburan di dada langit.

Kemudian mata redup Aniq menatap bulan dari kejauhan. Teringat seorang sosok yang berharga baginya.

"Kau umpama bulan. Satu-satunya hal indah yang berjaya buat aku terpegun. Jauh dan tak mampu digapai. Aku? Aku bintang. Salah satu dari jutaan yang ada." desisnya perlahan penuh drama.

Senyum sebaris Aniq lakarkan. Sejak awal dia sedar akan satu hal.

Gadis bernama Salsabella itu, mereka di dunia yang berbeza. Sebagai salah satu dari ribuaan 'bintang' yang ada dalam hidup Bella. Agaknya dia tak berarti apa-apa.

Tetapi, selagi boleh dia mahu tunjukkan dan biarkan Bella sedar sendiri yang dia itu sedang dicintai oleh Aniq Mikael. Itulah jenis love languages pemuda bertekad besar ini.

Sedang berjalan melusuri bawah lampu yang terang. Aniq tertawa kecil sendiri kerana teringat akan satu hal. Dia teringat perbualannya dengan Rafael semasa di kampung.

'Rose bukan orang yang peka. Jadi kalau kau betul sukakan dia. Terus terang je. Jangan bagi hint-hint. Buang masa. Lamar je terus! Kau kira untung tau dapat restu aku!'

Tapi Aniq baginya tak perlu gegabah. Kerana dia suka menikmati proses yang panjang dibandingkan terus terang lalu kena reject. Lebih drama lebih menarik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience