BL 14

Humor Series 177333

PASUKAN bomba dan penyelamat berusaha keras memadamkan api yang sudah menjilat hampir sembilan puluh peratus kawasan tapak pembinaan itu.

Beberapa anggota polis dan pegawai yang tiba di lokasi kejadian juga bertungkus lumus mengawal keadaan.

Tubuh Farah masih kaku berdiri memandang kereta yang sangat di kenalinya. Jeritan dari seorang lelaki sebentar tadi memaklumkan satu mayat dijumpai membuatkan otaknya serta merta gagal berfungsi.

Apa yang berlaku disini?

Kenapa mesti Gibran yang berada sini?

Dan apa sebenarnya yang terjadi?

Mayat?

Adakah mayat suaminya?

Lututnya terasa lemah perlahan-lahan tubuhnya jatuh ke tanah melutut memandang ke arah kepulan asap besar itu.

"Gibran.."

........

PINTU kayu yang menempatkan seorang ditolak dengan perlahan-lahan oleh seorang lelaki. Tatkala itu, retina matanya disapa oleh sosok tubuh yang tidak sedarkan diri di atas katil bersaiz queen dan hanya dibantu oleh alat pernafasan.

Tanpa teragak-agak, dia terus berjalan mendekati katil tersebut lalu menyeluk ke dalam poket hud hitam miliknya. Seutas rantai dikeluarkan dari situ. Tidak mahu berlengah, rantai tersebut terus di kalungkan pada leher tubuh yang masih kaku itu.

"Wake up Hanz."

Pintu yang dibuka dengan kasar dari arah luar membuatkan lelaki itu terus berpaling secara serentak. Wajah bengis sahabat lamanya menyapa pandangan mata.

Apa yang dia tahu, tiada apa yang berada di dalam fikiran lelaki itu melainkan api kemarahan. Marah apabila ada yang mengusik figura yang sudah dianggap sebagai adik.

"I told you before that bastard never give up." kata lelaki itu apabila melihat nafas Carlos sedang menahan amarah.

Carlos meraup kasar rambutnya ke belakang sebelum hujung katil tersebut ditendang kuat.

"Je ferai en sorte qu'il fasse mourir le vieil homme (I will make sure that he will make the old man die)."Ujar Carlos sambil menatap tajam anak mata lelaki itu.

Benar.

Saat ini, Gibran bukan berhadapan dengan musuh biasa. Lelaki tua itu ialah seorang yang sangat licik, Seperti Ular yang membelit tubuh dan perlahan-lahan membuat tubuh mangsa itu kaku bernyawa.

......

MEGAT OTHMAN mengelus lembut pipi satu-satu anak perempuannya, Wajah pucat yang sedang terbaring di atas katil itu di pandang sayu.

Farah yang sudah terlena, Masih tersedu-sedu dalam tidurnya. Tangisan anak perempuannya sebenar tadi membuatkan hati seorang bapa luluh.

"Sabarlah anak Abah, Mungkin ada hikmah yang berlaku. Bangkitlah sayang.. kamu tidak boleh kalah dari rasa kesedihan ini. Sebab di luar sana banyak orang yang bernasib serupa denganmu," ujar Megat Othman perlahan.

"Tuhan menempatkan seseorang dihidupmu kerana sebuah alasan. Dan Kehilangan sesuatu yang kamu cintai didunia mungkin kerana Tuhan mahu kamu belajar erti ikhlas yang sesungguhnya. Percayalah Tuhan memiliki jalan terbaik untukmu sayang dan untuk orang-orang yang kamu sayangi juga,"

Farah terjaga dari sentuhan lembut itu.
Dia yang mendengar ungkapan itu, Kembali mengalirkan air mata. Malah dia semakin hanyut dalam perasaan sakitnya.

Dia mahukan suaminya.

Dia mahukan Gibran.

"Abah..," panggil Farah perlahan. Tapak tangan tua itu menyapu lembut pipi puterinya yang sudah di basahi air mata.

"Orang tak kuat."

Saat mendengar ujaran Farah, Air matanya turut mengalih. Dia memandang sayu wajah puterinya itu lalu tubuh farah dia tarik ke dalam dakapan cuba mengalirkan kekuatan.

.......

PISAU BEDAH SCALPEL yang terdapat di atas meja itu di sentuh dengan hujung jarinya. Sempat matanya memandang ke arah lelaki yang masih terikat kedua tangan pada besi di dalam bilik tersebut.

"Vous êtes un traître! (Kau Pengkianat)," ujar lelaki yang wajahnya dipenuhi dengan kesan lebam itu dengan nafas yang termengah-mengah.Baru sahaja sebentar tadi dia dipukul oleh orang bawahan lelaki di hadapannya tanpa belas kasihan.

Darlow yang mendengar terus melepaskan tawa sinis. Kepalanya di gelengkan. Scalpel di atas meja sempat di capai. Langkahnya di atur mendekati lelaki itu.

Sengaja belakang pisau bedah itu dia lalukan di wajah lelaki itu membuatkan lelaki itu mendengus.

"Merde(Fuck!)," Maki lelaki itu dengan berani dan segera wajahnya berpaling. Membuatkan Darlow ketawa sinis.

"Quand le bâtard commence à parler.(When the bastard starts talking nonsense.)"

"Les traîtres sont toujours des traîtres. ( Pengkianat Tetap Pengkianat),"

Tawa sinis terlepas dari bibir Darlow apabila mendengar makian tersebut. Dia menggelengkan kepala lalu dia menarik rahang lelaki itu memaksa memandangnya dengan kasar. Setelah itu rambut lelaki itu ditarik membuatkan pandangan mereka bersatu.

"Kau tahu istilah bahasa melayu? Kerana mulut badan binasa?" Soal Darlow sambil ketawa. Perlahan-lahan mata scalpel itu di tekan padan wajah lelaki itu.

"Agrhhh." Mendengar jeritan itu, Darlow tertawa. Puas dia mengerjakan wajah lelaki itu.

"Oh god! The Malay 'Peribahasa' is very good meaning. Are you hurt Xender?" Soal Darlow lagak Psiko.

Kepala Xender di tolak. Darah yang melekat pada tangannya di kesat pada baju lelaki itu.

"I can't wait to see the old man's reaction when he receives the gift he will receive." Darlow tersenyum sinis.

Dia tahu lelaki tua itu sanggup lakukan apa sahaja, termasuklah membunuh asalkan jenayahnya tidak diketahui. Dan apabila teringatkan tentang kejadian di tapak pembinaan itu dia menjadi semakin marah.

Si tua itu juga berani letakkan anak kecil sebagai umpan. Wajahnya terus bertukar riak. Hanya bias kemarahan yang terpancar di mukanya, menunjukkan betapa terkesannya dia dengan apa yang terjadi.

Jika dia terlewat tiba di tempat kejadian semalam sudah tentu Gibran dan anak kecil itu sudah menjadi debu.

Maaf Atas kelewatan :)

Share this novel

norsila
2022-10-19 15:34:21 

pendekk!! tk puas mbcanya...tk lopas rindunya .hehehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience