Episode 17

Adventure Series 25852

Episode 17- eyka_aqua

Di alam mimpi , Arsh.

"Siapa?"

"Aku adalah penjaga kau."

"Penjaga aku?"

"Ya penjaga kau! Aku sebelum ni adalah penjaga ayah kau. Sebelum kematian dia, dia mengarahkan aku untuk lindungi kau." Terang suara tersebut.

"Jadi siapa nama kau?" Tanya Arsh selepas diam seketika.

"Dalam hati kau."

"Dalam hati aku?"

"Dalam hati kau, kau dah tau siapa aku! Seru nama aku!"

"Seru kau? Aku tak kenal kau." Arsh menjawab dengan jujur.

"Kau tahu."

"Aku yang memengang kunci yang mengunci kuasa yang disembunyikan oleh ibu kau semasa kau lahir." Sambung suara tersebut.

"Kalau kau menyeru nama aku. Aku akan buka kuasa kau dengan perlahan-lahan."

"Kenapa aku tak pernah tahu sebelum ni kewujudan kau?"

"Aku pernah berbicara dengan kau ketika dahulu."

"Bila?"

"Semasa kau berumur 6 tahun." Muncul tayangan sleq dihadapan Arsh.

Di tayangan sleq.

Seorang lelaki yang sedang bermain bola dengan seorang lelaki dewasa atau lebih dikenali sebagai ayah.

Mereka bermain dihalaman rumah yang berlantarkan gunung yang diselebungi ais tetapi dihalaman mereka mempunyai kehidupan seperti pokok rendang, air embun,rumput-rumput yang menghijau dan bunga-bunga yang mekar.

"Nampaknya hari nak hujan." Ayah arsh berkata sambil memandang langit.

"Hujan?" Arsh menanya.

"Aah." Jawabnya dengan ringkas.

"Tuan Kursh." Suara yang besar tiba-tiba kedengaran.

Arsh ketakutan dan berlari ke kaki ayahnya. Ayahnya ketawa kecil sambil mengusap kepala Arsh lalu mendukung.

"Uishhh. Penjaga bersuara besar jangan muncul suara tiba-tiba. Kecut budak ni." Kursh bergurau.

"Jangan panggil saya dengan panggilan yang pelik-pelik."

"Abah kenal dia ke?" Arsh menanya.

"Kenal."

"Oh! Arsh nak turun." Kursh menurun Arsh.

"Hei! Hei! Pakcik suara besar! Jom kita main!" Suara kecil Arsh berbicara.

"...." Suara besar tersebut tidak menyahut tetapi Kursh melepaskan ketawa dengan panggilan Arsh.

"Jangan ketawa!" Suara tersebut memarahi Kursh.

Kursh cuba menahan ketawanya.

"Boleh tak pakcik bersuara besar?"

"Boleh. Kalau kau menyeru namaku. Akan aku muncul bermain denganmu." Suara tersebut berbicara.

"Nama?" Arsh memandang langit kemudian mengalih pandangannya ke ayahnya.

"Siapa nama pakcik ni?" Arsh menanya sambil melengokkan kepalanya ke kiri sedikit sambil jarinya diletakkan dibibirnya.

Kursh bergerak ke Arsh dan duduk seperti ninja dan mengusap kepala anaknya.

"Kamu perlu serunya melalui hati kamu."

"Hati saya?"

"Ya. Hati kamu." Jari Kursh menunjuk ke hati Arsh.

"Macam mana saya nak tahu nama dia kalau saya tak kenal dia?"

"Rasai kewujudan saya dalam hati." Suara besar tersebut bersuara.

"Rasai?"

Arsh menutup matanya. Telinga sudah tidak mendengar lagi angin atau suara disekelilingnya.

Terasa suatu kuasa hangat dan sejuk sedang menyelebunginya. Semasa pejam tiba-tiba ais muncul dari kaki sehingga kepala dan muncul suatu nama iaitu

".....!" Arsh menyebut nama tersebut dan muncul api kecil disekeliling ais tersebut dan ais tersebut pecah. Maka muncul sepasang sayap api di belakang Arsh.

Arsh membuka mata dan muncul segompol api besar dihadapannya. Arsh pandang api tersebut.

"Tuan Arsh berjaya memanggil saya."

"Jadi macam mana kita nak main kalau ..... dalam bentuk tersebut?"

"KEJAP!"

Kembali ke alam mimpi Arsh.

"KEJAP!" Arsh menyampuk.

".....?"

"Kenapa aku tak dengar nama kau dalam tayangan sleq ni?"

"Sebab kau hilang ingatan. Kau kena seru nama aku semula. Aku akan turuti arahan kau ketika itu." Jelas suara tersebut.

"TUAN! TUAN! TUAN!" Suara komputernya kedengaran.

"Nampaknya kau kena bangun." Suara tu berbicara. Arsh mengangguk kepala tanda setuju.

Cahaya putih bersinar berpusing perlahan-lahan dibadan Arsh. Badan Arsh semakin hilang.

"Untuk kali terakhir!"

"Adakah kau berada dalam badan aku dan melihat apa yang aku lakukan?" Arsh bertanya.

"Ya."

"Adakah kita akan bertemu kembali?"

"Akan."

Alam nyata.
"Tuan! Tuan! Tuan!" Suara komputernya kedengaran.

Arsh membuka kepala perlahan-lahan. Ternyata dia terlelap di sofa di biliknya.

"Makanan dah siap tuan. Saya dah hidang dekat meja makan." Terang komputer.

"Ah. Ok."

Arsh bergerak ke pintu.

Di meja makan.
"Komputer! Sediakan senarai barang yang tak cukup." Kata Arsh sambil menyuap nasi.

"Baik tuan!"

Arsh otaknya kosong. Dia rasa macam dirinya bermimpi tetapi semuanya kabur. Arsh tak mampu melihat dengan jelas.

Arsh menyuap makannya yang dia sendiri tak ingat rasanya sehingga habis.

Arsh mengangkat pinggan mangkuknya ke singki lalu mencucinya.

Arsh masuk ke bilik dan menukar bajunya kepada jaket ber-hook warna ungu gelap dan seluar jeans.

Dia keluar dari bilik dan mengambil beg kitar semula dan mengonyok plastik tersebut dan meletak dalam poket jaketnya.

"Oklah komputer. Hantar senarai tu dalam komputer graviti aku. Jaga rumah elok-elok." Pesan Arsh sambil memakai stokin dan memakai kasut seperti kasut sukan tetap khas untuk keluar jalan-jalan dalam kata lain kasut sneaker.

Arsh berjalan selama 30 minit untuk sampai teminal Keretapi Graviti Elektronik Kelajuan Tinggi atau KGEKT atau singkatannya KGE.

Di terminal KGEKT.
Suasana yang riuh kerana mereka semua sedang menunggu KGE sambil berbual.

Arsh perlu naik ke atas menggunakan lift angin. Arsh masuk ke dalam lift angin dan memancut badan Arsh ke udara mengikut kelajuan angin yang selamat untuk badan.

Sebaik sahaja Arsh sampai ke terminal Arsh terlihat suasana seperti stadium kerusi terapung disekeliling dan di tengah-tengah ada landasan yang mengeluar cahaya biru bagi landasan yang keretapi datang.

"Nak pasaraya besar kena ambik landasan 7." Arsh membaca sesuatu dari komputernya.

"Landasan 7? Lagi 17 minit." Kata arsh sambil melihat landasan 7 yang mengeluarkan warna merah dan ada jam hologram di landasan tersebut.

"Jadi aku kena tunggu dekat kerusi untuk landasan 7." Kata Arsh sambil berjalan melalui titi yang disediakan.

Arsh duduk di kerusi apung warna oren yang disediakan untuk landasan 7.

"Nasib baik dah beli ticket untuk setahun." Arsh bermonolog.

Arsh mengeluarkan fon telinga tanpa wayar dan memasang lagu.

"Lagi 3 minit sementara KGE sampai." Suara perempuan kedengaran di sebelah tempat duduk Arsh.

Arsh menjeling. Ternyata dia mengenali gadis tersebut.

Gadis tersebut memakai baju ungu lengan panjang dan skirt pendek warna putih yang didalamnya memakai seluar slack putih serta kasut bot warna ungu. Warna pakaiannya sama dengan baju jaket Arsh.

"Senior Zulian." Sapa Arsh.

Gadis tersebut membetulkan spek dan memandang kearah Arsh.

"Arsh....? Kan?" Zulian cuba minta kepastian.

"Ya, saya."

"Senior nak pergi mana?"

"Panggil saya Zulian."

"..." Arsh tergamam.

"Ok." Arsh bersetuju. Zulian tersenyum.

Arsh bersetuju kalau ada yang mengatakan Zulian sangat comel apabila tersenyum.

"Saya nak pergi Pasaraya mega Pavi."

"Beli barang apa?"

"Adalah barang-barang dapur. Awak Arsh?"

"Kebetulan sama. Kita pergi sekalilah." Cadang Arsh.

"Urmm!" Zulian bersetuju.

"KGEKT Selatan akan berhenti di terminal 7. Para penumpang yang ingin ke metropoliten Matahari sila mengambil KGEKT Selatan sebagai transaksit anda. Sila berhati-hati semasa menaiki KGEKT. Pastikan anda beratur dengan cermat dan pimpin tangan anak anda. Terima kasih." Suara pemantau terminal kedengaran melalui sihir gema yang dikawal oleh penyihir gema.

Perbualan Arsh dengan Zulian terhenti dan mereka memerhatikan KGE berbentuk bujur dihadapan dan mempunyai cahaya di tepi gerabak mereka. Landasan mengeluarkan cahaya biru pekat menandakan KGE sudah sampai. KGE tersebut berhenti dan mengeluarkan gas dan melekat dilandasan graviti.

"Keretapi tersebut bercas positif manakala landasan bercas negetif sebab tu saring tertarik sesama sendiri." Kata Zulian tiba-tiba.

"Untuk pastikan KGE tersebut menolak landasan apabila KGE bersedia untuk bergerak. Mereka meletakkan sihir ampungan dibawahnya."

"Sihir ampungan?"

"Ya. Sihir ampungan. Walaupun mereka boleh meletak besi untuk menganggu aliran cas tetapi perkara tersebut melecehkan jadi mereka menggunakan sihir ampungan." Terang Zulian semasa mereka menunjukkan cop tiket menaiki KGEKT.

"Dalam kata lain mereka mahu mengurangkan kos dan meningkatkan sistem keselamatan?" Teka Arsh sambil mempersilakan Zulian duduk di kerusi sebelah tingkap.

"Bingo!"

Arsh menganguk kepala kecil tanda memahami.

Mereka berdua melayan perasaan. Arsh memasang semula lagu sambil memejam mata sama juga dengan Zulian.

Mereka hanya perlu 30 minit untuk sampai ke Metropolitan Matahari yang jaraknya 300 kilometer dari bandar Arsh.

Bizz.

Terasa elektrik yang mengejutkan Arsh dengan Zulian. Mereka berdua menjeling satu sama lain.

"Hati-hati Arsh." Arsh mengangguk.

Tiba- tiba.....

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience