46

Romance Series 93217

Ezmal melangkah laju menuju ke ruang bacaan yang terletak di tingkat paling atas villa itu. Dia perlu mendapatkan bapanya dengan kadar yang segera sebelum keadaan menjadi semakin kucar - kacir. Dari awal lagi Ezmal sudah dapat menjangkakan bahawa kekecohan seperti ini pasti akan terjadi. Justeru itu bagi memulihkan kembali keadaan, dia harus melakukan sesuatu.

Setelah beberapa kali pintu diketuk, Ezmal memberanikan diri untuk melangkah masuk ke dalam. Pandangannya tertumpu ke arah Tan Sri Zamir yang sedang berdiri tidak jauh dari balkoni. Riak wajah lelaki itu jelas kelihatan sangat tegang. Ezmal gugup. Berkali - kali dia menelan air liurnya sebelum langkah kakinya mendekati Tan Sri Zamir.

Ezmal yakin betapa emosi Tan Sri Zamir sangat terganggu saat ini. Hal ini kerana, sebaik sahaja beliau menghalau Yasir keluar dari rumah ini, Tan Sri Zamir terus sahaja menuju ke ruang bilik bacaan tersebut. Seperti yang mereka semua sedia maklum, Tan Sri Zamir sering sahaja menghabiskan masanya di sini setiap kali emosinya terganggu. Baginya selain mengerjakan solat, membaca juga dapat membuatkan hatinya tenang saat dilanda keresahan. Jadi tidak hairanlah mengapa ruang bilik bacaan ini dijadikan sebagai ruang yang paling istimewa buat Tan Sri Zamir.

Tan Sri Zamir menjeling kelibat Ezmal dari ekor matanya. Hatinya kuat mengatakan tujuan Ezmal mencarinya di sini adalah untuk memujuk hatinya.

“Enough Ez. I don't want to hear anything from you. My decision is final." Ujar Tan Sri Zamir tanpa sempat Ezmal membuka bicara.

“Tapi dad dengan menghalau Yasir keluar dari rumah ni, ianya bukan suatu keputusan yang baik. Tolonglah dad. Jangan hukum Yasir sampai macam ni sekali. Banyak lagi cara yang kita boleh buat untuk dia berubah. His really need our support as a family, dad!" Bantah Ezmal.

“I didn't get you, Ezmal!! Selepas dia dah buat macam - macam dekat Ez pun, Ez still nak back up dia? What's wrong with you actually? Bukan ke tadi Ez juga yang beria - ia nak berikan pengajaran untuk dia?" Soal Tan Sri Zamir dengan nada yang tinggi. Wajah polos Ezmal direnung tajam.

Ezmal sedikit gugup saat ditengking seperti itu. Namun dia tidak menyalahkan Tan Sri Zamir. Ada benarnya tentang apa yang diperkatakan bapanya itu. Jika dilihat kepada kekecohan yang tercetus sebentar tadi, memang jelas di mata semua orang betapa dia bertindak kejam terhadap Yasir. Habis semua keaiban lelaki itu dibuka. Namun bukan pengakhiran seperti itu yang dia inginkan.

“Ez bukan suka - suka nak back up dia dad. Salah tetap salah. Yasir memang sepatutnya dihukum. Tapi bukan dengan cara menghalau dia keluar dari sini. Dad tak rasa ke kalau Yasir keluar dari rumah ini, ianya akan merumitkan lagi keadaan? Masalah ini tak akan selesai pun, dad." Jelas Ezmal dalam menyampaikan pendapatnya.

Tan Sri Zamir diam tidak berkutik. Dia cuba menghadam setiap bait - bait kata anaknya itu dengan tenang. Sesekali dahinya kelihatan berkerut- kerut seakan sedang memikirkan sesuatu.

“Ez tahu dad kecewa sekarang ni. Kalau Ez di tempat dad pun Ez akan merasai perkara yang sama. Tapi bagi Ez itu bukan alasan yang terbaik untuk kita menjatuhkan hukuman ke atas Yasir. Kita tak boleh nak menidakkan hak Yasir dalam keluarga ni, dad. Baik dan buruk dia, dia tetap ahli keluarga kita. Darah daging kita. Lagipun bukan ini yang Ez harapkan dari dad. Niat Ez ceritakan semua ni kepada keluarga kita sebab Ez nak Yasir ambil iktibar di atas kesilapan yang dia lakukan. Ez nak dia tahu bahawa tak selamanya kesalahan yang dia lakukan itu mampu ditutup atau disorokkan dari pengetahuan keluarga. Ez nak dia bertanggungjawab dengan apa yang dia dah buat. Itu aje, dad." Jelas Ezmal panjang lebar.

Tan Sri Zamir masih diam membisu. Tidak sedikit pun beliau menyampuk kata - kata Ezmal. Fikirannya ligat memikirkan tentang tindakan sewajarnya yang harus dikenakan kepada Yasir. Ada benarnya kata - kata Ezmal tadi. Tidak sepatutnya beliau menidakkan hak Yasir di dalam keluarga ini. Entah mengapa beliau merasakan tindakan Yasir itu sedikit sebanyak berpunca dari dirinya sendiri. Selama ini Tan Sri Zamir banyak menghabiskan masanya dengan kerja dan syarikat sehingga beliau mengabaikan perasaan Yasir. Kebebasan yang diberikan kepada anak - anaknya selama ini telah dijadikan alasan utama untuk Yasir berkelakuan seperti itu. Jika dari awal beliau dan isterinya mengambil langkah berjaga - jaga, pasti semua ini tidak akan terjadi. Betapa Tan Sri Zamir merasa berdosa kerana mengabaikan anak - anak mereka selama ini. Kini nasi sudah menjadi bubur. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

“Ini semua salah dad, Ez. Kalau dari awal lagi dad jalankan tanggungjawab dad sebagai seorang ayah yang baik, pasti semua ini tak akan terjadi. Selama ini dad terlampau sibuk dengan dunia perniagaan sehingga dad abaikan anak - anak dad. Dad berikan kebebasan sepenuhnya kepada korang. Dad lambakan kemewahan kepada korang tanpa sedikit pun ada perasaan bersalah. Bila keadaan dah makin teruk macam ni, baru dad nak mengelabah. Tak sepatutnya Yasir dipersalahkan dalam hal ini. Dad tahu dia cuba tunjuk protes sebenarnya. Yasir cuba nak bagitahu dad bahawa semua ini terjadi kerana sikap dad sendiri yang terlalu mengabaikan perasaan korang selama ini. Ya Allah, berdosanya dad rasa." Luah Tan Sri Zamir dalam sedu.

Suaranya kedengaran semakin sebak. Perlahan - lahan Tan Sri Zamir merebahkan dirinya ke atas lantai. Air matanya semakin laju turun berjuraian membasahi pipi. Tan Sri Zamir menangis dalam hiba.

Melihatkan keadaan itu, Ezmal segera mendapatkan bapanya. Tubuh Tan Sri Zamir ditarik ke dalam pelukannya. Tubuh itu dipeluk erat. Entah mengapa dia turut merasakan kesedihan yang ditanggung bapanya itu. Lagi pula selama ini jarang - jarang sekali mereka dapat melihat Tan Sri Zamir menangis seperti itu. Kali terakhir mereka menyaksikannya ketika arwah datuk dan nenek mereka meninggal semasa kemalangan jalan raya suatu ketika dahulu. Itu pun ketika Ezmal masih berusia 16 tahun.

“Dad, please don't said like that. Kami tak pernah salahkan dad dalam hal ini. Lagipun kami tahu betapa selama ini dad dah terlalu banyak berkorban demi melihat kita sekeluarga hidup dalam kesempurnaan. Ini semua dah cukup bermakna buat kami dad. Stop blaming yourself." Pujuk Ezmal sayu.

Tan Sri Zamir tidak memberi sebarang jawapan balas. Air matanya masih tetap setia mengalir membasahi pipi. Wajah Ezmal ditatap sayu. Jauh di sudut hatinya, beliau sangat berbangga kerana memiliki anak seperti Ezmal. Baginya Ezmal sangat memahami dirinya. Setiap masa Ezmal tidak pernah gagal dalam memberi sokongan terhadapnya. Jadi tidak hairanlah mengapa beliau lebih rapat bersama Ezmal berbanding anak - anaknya yang lain.

“Apa yang dad perlu lakukan sekarang Ez? Dad tak mahu hal ini tersebar luas sehingga ke pengetahuan orang di luar sana. Tetapi di dalam masa yang sama, dad tak mahu Yasir lepas tangan macam tu aje. Dad nak dia bertanggungjawab di atas apa yang dia dah lakukan. Apa yang dia lakukan ini sudah cukup memalukan air muka dad. Jadi dad tak mahu dia terus hanyut dalam melakukan dosa." Luah Tan Sri Zamir lagi.

Ezmal mengangguk faham. Bahu Tan Sri Zamir diusap perlahan. Dia cuba menenangkan bapanya sebaik mungkin.

“It's ok. Dad rest dulu ok? Biar Ez cari jalan penyelesaian. In shaa Allah semuanya akan settle. Lagipun Ez tak nak dad terlalu stress fikirkan hal ni. Nanti tak pasal - pasal dad jatuh sakit pulak. Mesti nanti mom lagi susah hati." Ujar Ezmal tenang.

Tan Sri Zamir mengangguk setuju. Semuanya akan diserahkan kepada Esmal untuk diselesaikan. Beliau yakin Ezmal mampu menyelesaikan perkara ini dengan sebaik mungkin. Jauh di sudut hati, Tan Sri Zamir sempat berdoa agar Allah bukakan pintu hati Yasir untuk bertaubat dan menyesali segala perbuatannya. Semoga Allah menurunkan hidayah buat anak bongsunya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience