BAB 12

Short Story Series 3885

"Kelakarlah kau ni." Melissa dan Suzy menghabiskan sisa tawanya.

Seronok pula mereka dengar cerita aku buli si Noah. Tadi aku terpaksa menaiki teksi. Aku tak pulang ke rumah tapi singgah ke rumah Melissa. Rindu sangat pada mereka. Siap panggil Suzy datang lagi.

Mereka ada juga tanya aku kemana aku menghilang. Aku terpaksa tipu mereka. Aku kata aku berkurung dalam rumah dan tak dibenarkan keluar. Nasib baik mereka tak tanya banyak. Tentang perkahwinanku, aku langsung tak sebut apa-apa. Nanti mereka terasa pula. Dahla tak dijemput. Kata kawan baik.

"Jom kita pergi melancong. Nak tak?" Ajak aku.

"Jom! Pergi mana?"

"Aku tahu satu port yang cantik dan menarik tapi kena rahsiakan. Nanti korang tahulah."

"Ish kau ni nak berahsia pula. Bila nak pergi tu? Berapa lama?"

"Bulan depan. Minggu kedua. Alah pergi seminggulah. Lama tak melancong sekali. Kita bukan melancong luar negara. Dalam negara. Tapi jauh jugalah tempatnya."

"Kau okay Suzy?" Soal Melissa.

"Okay je. Rasanya tak ada hal masa tu. Kau?"

"Okay juga."

"On ya?"

"On!" Mereka berdua berkata serentak.

Pintu bilik diketuk.

"Ada orang datang nak jemput Sophea pulang."

"Siapa?" Kami bertiga melaung.

"Entah. Dia kata dia kawan Sophea. lelaki."

Hati aku mula rasa tak sedap. Noah ke yang datang? Macam mana dia tahu rumah Melissa. Dia tak pernah datang ke sini.

"Kau ada kawan lelaki ke Sophea? Sejak bila?" Berkerut dahi Melissa. Ah sudah dia mula fikir yang bukan-bukan.

"Mana ada. Mungkin abang aku kot. Aku pergi dululah. Nanti aku contact korang. Bye."

Aku bergegas keluar dari bilik Melissa dan turun ke bawah. Langkahku terhenti di ruang tamu. Noah sedang menunduk sambil menggenggam tangan. Dia hanya pakai t-shirt biasa. Lepas tu dia angkat kepala memandang aku.

Dia bangun menuju ke arah aku. Lenganku dipegang agak kuat.

"Sakitlah." Suaraku dicelah gigi. Bimbang didengari mak Melissa.

"Auntie kami balik dululah." Noah meminta izin untuk pulang sebaik sahaja mak Melissa muncul membawa teko dan cawan.

"Eh tak nak minum dulu?"

"Maaf auntie. Tak sempat. Saya ada hal yang perlu saya uruskan."

"Urm tak mengapalah."

Selepas aku bersalam dan berpelukan dengan mak Melissa, aku keluar dari rumah itu. Sempat juga aku mendengar kata-kata mak Melissa. Dia kata aku sejuk.

Aku masuk ke dalam kereta Noah tapi dibahagian belakang bukan depan.

"You fikir i driver you ke?" Dingin sahaja suaranya.

"Saya tak nak duduk dekat tempat bekas perempuan lain."

"Sebelum i tarik you keluar dan paksa you duduk sebelah i, baik you keluar sekarang."

Mengugut pula tu. Terpaksalah aku keluar dengan wajah cemberut dan duduk di sebelah Noah.

"You ni boleh tahan degil juga ya. I dah pesan berhenti berkawan dengan Suzy dan Melissa, tak nak dengar."

"Suka hati sayalah. Siapa suruh tinggalkan saya."

"You yang cari pasal dulu dengan i."

"Saya? Awak cakap saya yang cari pasal dulu?" Soalku sebelum ketawa mengejek.

"Boleh tahan kelakar juga awak ni Noah. Salah orang nampak. Salah sendiri awak tak mengaku. Awak buat apa dengan perempuan tadi dalam office? Having sex? Wow! Suami saya buat hubungan dengan orang lain sampai abaikan isteri sendiri. Baguslah. Kalau mereka pregnant, awak boleh ceraikan saya dan kahwin dengan mereka."

Aku pandang Noah. Dia genggam stereng sedikit kuat dan bawa kereta agak laju. Nampak sangat nak marahkan aku. Peduli apa aku.

Sampai di hadapan rumah, aku keluar dari kereta. Tiba-tiba Noah seret aku masuk ke rumah.

"Noah! Let me go!" Aku meronta dan menggigit lengannya. Sikit pun tak terkesan.

Tenaganya agak kuat berbanding aku. Dia angkat aku dan letak di atas bahu. Aku cakar-cakar belakang Noah.Ingatkan Noah akan meraung dan lepaskan aku. Rupanya tidak.

Dia bawa aku masuk dalam bilik dan hempas tubuhku atas katil. Aku tengok anak matanya merah sangat. Aku dah rasa kecut perut. Bantal di atas katil aku campak pada Noah. Dia tepis.

Tak sempat aku lari, kedua belah tangan aku dipegang Noah. Aku cuba menendang dia tapi tak sempat kerana dia sudah menindihku.

"Noah..please." rayu aku.

Aku betul-betul dalam keadaan ketakutan.

Hanya senyuman sinis yang dia balas sebelum berbisik.

"Malam ni merupakan malam yang terpanjang untuk kita berdua dan you akan ingat sampai bila-bila Sophea. You yang cabar i. Jadi jangan nak salahkan i pula."

Aku pejamkan mata dan mampu pasrah sahaja dengan apa yang berlaku.

????????

Sakit.. Itu yang aku rasakan selepas tersedar dari lena. Aku toleh sebelah.

Kosong.

Perlahan-lahan aku bangkit dari katil.

"Auch!" adu aku ketika mengalihkan kaki.

Air mata aku mengalir. Bukan ini yang aku minta. Kejamnya Noah. Dia tak cintakan aku tapi dia sanggup lakukan semua tu.

Noah lelaki jahat! Tak ada perikemanusiaan! Aku benci Noah!

Aku perasan ada nota di atas meja kerja. Aku ambil dan baca.

You're fired Sophea. Mulai hari ni, you tak payah kerja. Stay dekat rumah.

Noah

Macam tu je? Maaf semua tak ada? Aku konyokkan kertas tu dan campak ke lantai.

Semakin menebal kebencianku pada Noah. Aku kena fikirkan cara macam mana aku nak keluar dari rumah neraka ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience