Call Girl 54

Romance Series 1321945

Call Girl 54

Farah memandang lama pintu bilik Gib dihadapannya. Sejak balik dari bilik mayat untuk mengenai pasti mayat Eiyad. Gib banyak mendiamkan diri. Tidak berhenti menyalahkan dirinya kerana terlewat tiba untuk membantu Carlos.

Apabila melihat keadaan tegang di dalam rumah itu. Gib terus mencari posisi yang tepat untuk melepaskam tembakan. Malah dia sendiri melepaskan tembakan dia bahu kiri Carlos sengaja ingin mengelirukan Eiyad seperti Zahra yang melepaskan tembakan tepat pada jantung sahabatnya itu.
Mujur Sahaja penuru terakhirnya tepat mengena ada jantung Eiyad tetapi itu masih tidak cukup. Masih ada sesuatu yang belum di selesaikan.

Sudah 5 hari berlalu.

"Gibran please open the door..," rayu Farah dengan harapan lelaki itu mendengarnya. Sudah beberapa hari Gib berkurung dan sedikit pun tidak mahu menjamah makanan.

Mata Farah sempat juga mengerling Raymond, Jason dan beberapa lelaki yang berdiri belakangnya itu. Keadaan mereka usah dikata penuh calar balar dan lebam ada yang patah tangan dan kaki.

Ketika Gib dalam perjalanan ke rumah usang itu untuk membantu mereka, kereta yang dinaikinya dirempuh dari sisi dengan kuat oleh sebuah trak. Akibat pelanggaran itu Luka di lengannya dan pehanya menerima beberapa jahit.

Manakala Raymond pula, dan beberapa ank buah Carlos yang menunggu di luar rumah usang itu sudah di belasah teruk. Mereka di serang hendap.

Malah Jasmine dan Carol di culik ketika dalam perjalanan pulang ke rumah Carlos. Pemandu Jasmine di temui mati di tempat kejadian.

Ternyata Eiyad sudah merancang dengan teliti semua yang di lakukannya untuk memperdayakan Carlos dan yang lain dengan sangat rapi. Tetapi dia yakin, pasti ada bantuan dari pihak lain.

Siapa dalang di sebalik rancang rapi ini? Kalau di ikutkan apa yang di ceritakan Raymond. Eiyad seperti di dapat menghidu pengerakkan mereka. Pasti ada gunting di dalam lipatan.

Pengkhianat.

"Tak guna kau merayu kalau dia tak nak buka" Raymond mula bersuara.

Farah menghelakan nafasnya. Perlahan- lahan kepalanya mengangguk dan sebuah keluhan terbit pada bibirnya gadis itu.

"Jangan risau dia tak akan mati kebulur dalam tu," Kata Raymond bersahaja.

Farah memalingkan wajahnya. Tajam mata karemal itu menikam anak mata Raymond.

"Awat la depa tak potong lidah hang sekali bagi bisu!."

"Betul mulut macam longkang!,"Sokong Jason.

"Kau!" Raymond menikam anak mata Jason rahangnya di ketap dibiarkan rasa sakit dan ngilu. Kesan daripada kemalangan beberapa hari lepas.

Klak.

Bunyi pintu yang dibuka itu terus membuatkan mereka di situ diberpaling secara serentak.

"Gibran......." Nama itu terpacul di bibir Farah.

Kaku farah seketika apabila melihat keadaan lelaki itu, sangat serabut. Wajah kusut pucat di penuh calar balar di wajahnya dan dipenuhi dengan lebam hasil daripada kemalangan itu.
Mata Farah mula berkaca apabila melihat wajah lelaki itu.

Kecewa.

Sakit.

"Aku minta maaf, Aku lewat," ujar Gib. Sepatutnya dia berada di sisi Carlos ketika semua perkara itu berlaku. Dia yang sepatutnya tiba awal dan hulurkan bantuan ketika itu.

"It's Okey bro kau datang tempat pada masanya," jawab Raymond perlahan.
Wajah kusut lelaki itu di pandang.

"Aku akan cari siapa pembelot tu. I'll kill him. Aku akan pastikan dia menyesal dengan apa yang dia buat."Ujar Gib jemarinya di kepal itu sumpahnya.
.......

Zahra memegang tangan Carlos yang berada di hadapannya itu dengan perasaan yang sangat sebak.

Carlos yang terbaring di atas katil hospital itu ditenung. Sudah hampir seminggu suaminya itu terbaring lesu di atas katil hanya dengan bantuan alat pernafasan dan ada beberapa wayar di tubuh suaminya itu. Carlos kehilangan banyak darah. Tubuh lelaki itu sangat lemah.

"Hubby please.. Wake up." Ujar Zahra dengan esakkan perlahan.

"Ara.." Bahu Zahra diusap oleh seseorang dibelakang. Zahra memalingkan tubuhnya memegang tangan yang mengusap bahunya itu.

"You pun kena rehat.." Perlahan suara Jasmine memujuk.

"I yakin Frere (abang) mesti tak nak tengok you macam ni." Bahu itu diusap untuk memberi semangat.

Tangisannya juga tidak mampu ditahan apabila melihat kesedihan pada wajah gadis itu. Betapa sayangnya Zahra dengan abangnya.

Hampir seminggu gadis itu hanya tidur beralaskan sofa dengan sehelai selimut.
Selepas menerima rawatan. Zahra berkeras mahu tinggal di sini menemani suaminya.

Luluh hati Jasmine.

Carol pula masih Trauma dengan apa yang berlaku dan anak kecil itu masih di tahan di ward kanak-kanak. Berulang alik Zahra menjaga Carlos dan Carol.

"You datang sini seorang Jasmine?" Tanya Zahra dengan mata yang berkaca.

Jasmine menghelakan nafasnya. Kepalanya di anggukan.

"Luq ada kerja nak kena selesaikan.

...

PINTU bilik Gib itu dibuka oleh Farah setelah memastikan ia tidak berkunci. Perlahan-lahan kakinya melangkah mendekati sebatang tubuh yang berselubung membelakanginya.

Dulang berisi bubur dan ubat-ubatan itu diletak di atas meja kecil di tepi katil. Mujurlah Raymond membenarkan dia membawa makanan dan Ubat-ubatan itu ke bilik Gib. Nampak juga riak serba salah di wajah lelaki itu tadi.

Perlahan dia meletakkan tapak tangan di leher Lelaki itu. Panas. Gib masih tidak sihat sepenuhnya tetapi tetap degil ingin di rawat di rumah sahaja.

Tanpa suara Farah menepuk-nepuk permukaan selimut itu, tiada respon. Dari menepuk dia bertukar menggoncang-goncang tubuh itu. Masih juga tiada respon. Dah mati ke?

Farah menggigit bibir. Sebaik itu comforter Gib direntap kasar sehingga ke pinggang. Lega hati dia melihat tubuh bergerak-gerak sedikit.

"Stop Ray.Je vais bien maintenant. Tu le laisses là et je mangerai plus tard (I'm fine. You leave it in there and I'll eat later).."Gib menggumam geram sambil bangun bersandar pada kepala katil. Wajahnya berkerut-kerut. dan matanya masih tertutup.

"Bangun makan!" Keras suara Farah menyapa telinga serta merta mata lelaki itu terbuka luas memandang wajah manis itu.

"Farah.." Mata mereka bertemu seketika. Namun cepat Farah mengalihkan pandangannya.

"Makan " ujar Farah mengangkat mangkuk bubur dan disua kepada Gib namun dipandang kosong oleh lelaki itu.

"Suapkan boleh?"

Farah menghelakan nafasnya.Mengada kan? Tangan ada nak juga orang suap. Nasib lah tengah sakit.

Nak tak nak akhirnya Farah akur juga. Tanpa bicara dia menyua sudu ke mulut lelaki itu. perlahan lahan. Sempat dia meniup dahulu

Dari isi bubur yang penuh perlahan-lahan semakin berkurangan. Farah meletakkan mangkuk kosong itu kembali di tepu meja katil.
Tubuh Gib di bantu untuk baring semula.

"Aww! " Gib menahan sakit. Mukanya berkerut-kerut. Tanganya ditekap di bahu luka tembakan tempoh hari masih terasa dan sekarang di tambah dengan luka yang lain pula.

"Kenapa?"Dahinya berkerut memandang wajah Gib yang sedang menahan sakit.

"Takde apa. "balas Gib tersenyum pahit.

Krim dicalit menggunakan jari runcingnya kemudian Luka di bahagian Bahu, Lengan dan wajah lelaki itu di sentuh. Farah cuba beriak tenang walaupun dadanya sudah berombak kencang.

"Aku okay Farah. Kau tak perlu buat semua ni." ujar Gib. Sebelum sempat jarinya ingin mendarat pada Dada lelaki itu. Tangan Gib lebih laju menangkap tangannya.

"Tapi luka ni kena bersihkan..Aku tolong boleh?"

"Boleh tak?" tanya Farah lagi. Lembut cuba meminta keizinan daripada Lelaki itu. Entah lah apa yang merasuknya saat ini, Dia tak sanggup melihat wajah tampan itu di penuhi luka.

Perlahan-lahan Gib menganggukkan kepalanya kemudian tangan yang berada di dalam genggaman itu juga turut dilepaskan.

Farah melakukan kerjanya luka di tubuh lelaki itu terus di cuci dan di letakkan ubat.
Bibir Gib yang pecah itu juga turut di sapu krim. Saat itu mata mereka bertentangan. Jantung Farah berdebar laju. Langsung tidak lepas dari merenung sepasang anak matanya menambahkan lagi perasaan gugup dalam dirinya.

"Terima kasih..." Mata Gib masih tidak lepas dari menatap mata sepasang mata karemal itu.

Tak semena-mena tubir mata Farah terasa hangat dan empangan air matanya pecah
Cepat-cepat air matanya diseka kemudian bibirnya mengukir senyuman.

......

BAHU yang terasa seakan dipeluk dari arah belakang menyedarkannya dari lamunan. Sebuah senyuman tipis terukir pada bibir Jasmine tatkala Luq menghadiahkan ciuman pada pipinya.

"I miss you." Jemari kasar Luq mula naik mengelus lembut pipi Jasmine yang kemerahan. Mata gadis itu sedikit sembab.

"You baru balik?" Telapak tangan Luq di tempis perlahan.

Luq tersenyum memandang wajah Jasmine.
Tubuh Jasmine di tarik mendekatinya.

"Maaf abang sibuk sangat sampai lupa janji nak teman sayang.
.."Tubuh Jasmine di tarik dalam dakapannya.Ciumannya singah lembut dahi Jasmine membuatkan mata Gadis itu terpejam.Nafas Jasmine di helakan perlahan.

"You mandi dulu. Lepas ni kita dinner sama ya. I masak simple je sebab baru balik hospital melawat Frere and Carol."

Luq melepaskan pelukkannya. Dia melangkah setapak kebelakang.

"How is your brother?" Soal Luq matanya memandang Jasmine.

"He is good." Jasmine melempar senyuman.

"Alhamdulillah. InsyaAllah esok Abang ikut sayang melawat dia."Ujar Luq. Blazer di tubuhnya di tanggalkan lalu di letakkan di atas katil.

"Abang mandi kejap, Lepas ni kita dinner okey sayang." Kepala Jasmine di usap lembut.

"Kita bawa ummi sekali ya. Mana tahu ummi boleh pujuk Ara."

"Baik sayang."Jawab Luq sebelum dia mula membuka langkah masuk ke dalam kamar mandi.

Sekali lagi Jasmine menghelakan nafasnya.
matanya dipejamkan. Setelah semuanya selesai. Dia perlukan rehat yang panjang.

.....

Zahra melabuhkan punggung di birai katil. Tangan Carlos diambil dan dibawa ke pahanya sebelum tuala lembap di tangan mengelap lembut wajah tampan suaminya.

Dia tersenyum nipis saat mengelap dada suaminya. Setelah itu perlahan-lahan dua mula mengelap tangan tangan Carlos bermula dari lengan turun sehingga ke jari. Namun tingkahnya terhenti.

Zahra membawa tangan lelaki itu ke bibir. Cincin di jari manis suaminya dicium lembut. Air mata yang jatuh di pipi di kesat, sebelum dia kembali mengelap tubuh Carlos.

Dan sekali lagi tindakannya terhenti saat terpandangkan kain kasar putih membaluti bahu Carlos yang masih ada sedikit tompokan darah serta merta dia mula rasa bersalah.
Tak semena-mena empangan air matanya pecah apabila melihat wajah pucat suaminya itu.

Dia sendiri lihat bagaimana Carlos berusaha ketika ingin menyelamatkan dirinya daripada Eiyad. Dia sendiri lihat keadaan lelaki itu, dipenuhi darah dan kesan lebam yang amat teruk.

"Maafkan saya..."

Sepi seketika. Suasana terasa sangat hening sehingga bunyi penyaman udara dan mesin bantuan pernafasan berdetik jelas kedengaran.

"Sebabkan Ara hubby terpaksa lalui semua ni." Luah Zahra perlahan walaupun luahannya itu tidak akan terbalas.

Rasa ini hanya Tuhan sahaja yang tahu. Sakit.
Semoga ada sinar bahagia buat dia sekeluarga. Zahra tertunduk sendiri. Sepi. Dan hari itu, Segala kemanisan yang di rasakan seperti terbang membiarkan dia sepi sendiri.

Setelah selesai membersihkan tubuh suaminya. Lama Zahra termenung di tempatnya sehinggalah dia hampir terlelap kerana keletihan. Namun apabila terasa sentuhan hangat di pipinya membuatkan dia terus mendongak. Mata yang terasa berat tadi terus terbuka luas.

Zahra tergamam. Berdegup kencang jantungnya apabila pandangannya berlangga dengan pandangan sepasang mata zamrud itu. Dunia seperti terhenti seketika.

"Ca.. Carlos?"Bagai tak percaya. Pasti semua ini hanyalah ilusinya semata mata. Kerana dia terlampau rindukan Suaminya. Mata di pejamkan seketika. Namun sentuhan itu.. seperti nyata.

Bibir pucatnya menarik senyum dan ada titisan jernih jatuh dari hujung mata. Cecair jernih yang jatuh di wajah Zahra di kesat perlahan.

"Maafkan Love, Aku dah banyak buat kau sakit.."

"Hubby! Alhamdulilah"Zahra bangun dari duduknya dengan berhati-hati dia memeluk tubuh Carlos Kemas sahaja tubuh kecil itu tenggelam ke dalam dakapan Carlos.

Carlos memejam mata apabila sayu tangisan perlahan Zahra menampar gegendang telinga. Perlahan-lahan tangan Zahra naik melingkar di leher Carlos dan Memeluk erat leher lelaki itu.
Dia tidak sanggup kehilangan Carlos.

"Saya takut kehilangan awak.."

Saat itu Zahra juga merasakan ada cecair menyentuh kulit lehernya. Zahra memejam mata dan airmatanya turut mengalir.

Suasana terasa begitu hening. Bagai memberi ruang kepada dua manusia itu untuk meluah rasa. Carlos mengemaskan pelukkannya.

Maafkan Aku Zahra...

......

"Kau dah dapat apa yang aku nak?" Soal Gib

"Dah aku send detail dekat kau nanti." Balas suara di hujung talian.

Telefon bimbit yang berada dalam genggaman tangannya di tilik beberapa kali. Rahangnya diretap kuat. Cuba menahan rasa amarah di hati.Anak matanya itu tajam menembusi skrin telefonnya.Bibirnya tersungging senyum sinis.

Siapa sangka air yang tenang tiada buaya.

Ting! Ting!

Do what you want.
I'm done.

Mesej yang diterimanya dibaca beberapa kali. Antara ingin percaya atau tidak. Dia melepaskan keluhan berat. Namun kali ini pengkianat itu harus di beri pengajaran yang setimpal. Hutang darah di bayar darah!

Happy reading (><,)

Share this novel

Roshasniah Mustafa
2022-03-19 12:05:24 

cepat update..xsabo nk tahu NIH.. rasanya tahu sape..luq

Wan Hamilah E'lah
2022-03-18 14:53:12 

jeng3... ada musuh dlm selimut

Cik Mafia
2022-03-17 00:09:18 

sape erk?


NovelPlus Premium

The best ads free experience