Chapter 18

Drama Series 633633

“Adik” Hana Aishah sedang berteleku di ruang tamu rumahnya saat suara yang dia rindui itu kedengaran. Dalam kegelapan pagi itu, dia bersujud memohon hanya satu pada Yang Satu.

“Just give me one more chance. Just this one chance. Please. I want to take care of her and abah. Dont take this away” air matanya gugur di dalam sujud saat dia meminta.

Dalam masa 6 jam ibunya akan di tolak masuk ke dalam dewan bedah. Dalam saat dia mampu redha dia meletakkan sepenuh keyakinan kepada Dia yang Satu.

Tetapi seperti semenjak dia pulang dari hospital malam tadi, hatinya tidak betah. Ketakutan menyelubungi dirinya. Terlalu banyak yang dia hilang dalam masa beberapa tahun ini. Sakit itu masih terasa hingga kini.

Seperti selalu syaitan memainkan hatinya. Kerana itu dia bangun bersujud memohon ketenangan. Memohon redha. Memohon kekuatan. Walaupun rasa redha itu datang dan pergi, sekurang - kurangnya dia merasa sedikit tenang.

“Cannot sleep” Hana Aishah memalingkan wajahnya memandang ke arah susuk tubuh bapanya dalam kesaraman pagi itu.

“Abah pun?” Hana Aishah bertanya saat kaki bapanya melangkah menuju ke arahnya. Kapten Azam melabuhkan punggung di sebelahnya. Secara automatik kepala Hana Aishah mencari tempat yang memberinya ketenangan. Di bahu bapanya.

“Haven’t been able to sleep for quiet sometimes. Bantal peluk tak ada” Hana Aishah tersenyum pahit mendengar kata - kata Kapten Azam itu. Rindu yang sarat memenuhi tiap bait kata itu.

“Adik takut” suara bergetar. Sesaknya tidak dapat dia bendung kerana itu dia perlu meluahkan rasa walaupun dia tidak mahu merisaukan Kapten Azam.

“Abah pun” air mata Hana Aishah kembali bertakung. Tangannya memeluk erat lengan kiri bapanya.

Kemudian masing - masing senyap membisu dibuai perasaan yang bercampur baur di dalam hati. Suasa hening dini hari itu memberi kesunyian dan ketenangan yang dua insan ini cari.

Dalam keriuhan keluarga Kapten Azam dan Tan Sri Fadhil siang tadi, Hana Aishah dan Kapten Azam membawa seribu beban. Kerisauan tentang hasil pembedahan hari ini. Meletakkan nyawa insan yang mereka tidak mahu lepaskan pergi di tangan orang asing bukan sesuatu yang mudah.

“You’re so much like her” Kapten Azam memecahkan kesunyian mereka.

“You might take lots from me in term of looks but that gorgeous brown eyes that is always full of compassion. That’s something that only you have out of the four of you” Hana Aishah tersenyum lebar mendengar pujian bapanya.

“She will always get upset cause the four of you looks more like me than her. Penat abah nak pujuk dulu kalau balik dari family gathering” Kapten Azam tertawa bahagia mengingatkan momen indah dengan isterinya.

“Tapi adik.... you are her in and out” Hana Aishah hanya diam mendengar bicara bapanya dini hari itu.

“Always trying to keep our family together. Always scarifying yourself to help your siblings” Hana Aishah tersenyum tawar. Bukan dia mahu tetapi dia merasa seperti dia perlu berkorban kalau tidak pecah belah keluarga mereka.

“When... when...” Kapten Azam tersekat - sekat mahu menyambung bicara seterusnya.

“She wanted to be with you during those time but she was so hurt. I saw her struggling” Kapten Azam tersenyum pahit dini hari itu.

“Tapi degil dia sama level dengan degil adik ni haaa” Kapten Azam tertawa apabila melihat cebikan Hana Aishah dalam gelap malam itu.

“Adik tak marah mak dah kan?” terluah jua pertanyaan itu. Sebak suara Kapten Azam saat itu.

Hana Aishah terdiam mendengar pertanyaan jujur bapanya. Air matanya yang tadi bertakung mengalir jua.

“Mak sayang sangat adik. She put such a high hope on you. Adik penyejuk mak abah everytime something goes wrong” kepala Hana Aishah diusap lembut Kapten Azam pabila dia berbicara.

“That’s why she was so heartbroken when she saw those pictures. Abah tak pernah tengok mak macam tu” Hana Aishah terus membisu mendengar luahan Kapten Azam.

“Abah bukan nak justify the wrong that we did. Mak abah salah sebab we always want you to be perfect. Because you have always been our perfect girl” Hana Aishah tersenyum pahit mendengar bicara bapanya.

“Until we forget. Adik pun manusia. Macam mak abah. We make mistakes kan” lama mereka berdiam diri. Menghadam segala yang telah diluahkan.

Hana Aishah sudah tahu semenjak dulu lagi tentang perkara ini. Bezanya kali ini tanggapan dia dibenarkan oleh kata - kata Kapten Azam. Berat tanggungjawab menjadi anak kedua dalam keluarga Kapten Azam.

Setiap kali sesuatu berlaku dalam keluarga ini, dia terasa seperti dia bertanggungjawab untuk memperbetulkan segalanya. Tiada siapa suruh tetapi perkara itu automatik akan jatuh ke tangan dia. Untuk membuat Kapten Azam dan Teacher Basirah tersenyum kembali.

Satu raungan halus kedengaran daripada jauh. Bibir Hana Aishah tersenyum dan secara automatik, dadanya terasa berat. Hana Aishah mengangkat kepalanya daripada bahu bapanya. Kakinya dijulurkan melegakan ketegangan otot yang dirasainya.

“Siren dah bunyi” Hana Aishah tersenyum merenung ke arah Kapten Azam yang memandangnya dengan pandangan itu. Yang sudah terlalu dia fahami. Sebentar sahaja sebelum bapanya menyembunyikan raut itu.

“Telinga mak - mak ni, abah salute lah. Abah yang army ni pun tak sensitif macam korang” gurauan Kapten Azam disambut dengan tawa Hana Aishah.

“Of course la bah. Adam tu kalau nangis kat rumah, adik yang tengah kerja pun tahu” Hana Aishah menjawab ceria sambil merenung ke arah Kapten Azam yang sudah berdiri itu.

“Tarik adik” Hana Aishah meminta manja sebelum menghulurkan kedua - dua belah tangannya.

“Larat lagi ke abah tu” Hana Aishah sempat mengusik. Dan dalam sekelip mata tubuhnya sudah berdiri tegak.

“Selagi ada hayat dalam badan abah, you will never be too heavy for me to hold” Hana Aishah terdiam mendengar kata - kata Kapten Azam yang penuh dengan maksud tersirat itu.

“Bah..” Kapten Azam menggelengkan kepalanya.

“Go upstairs and rest. InsyaAllah everything will be fine” Hana Aishah tenggelam dalam pelukan erat Kapten Azam. Perasaan selamat yang dia mahukan selama beberapa tahun ini kembali.

“Adik sayang abah dengan mak. More than my life. Like how I love Adam. You can never hurt me” kata - kata itu meniti di bibir Hana Aishah sebelum satu nafas kelegaan dihelakan bapanya.

Dia sempat merasa sebak sebentar sebelum raungan Adam mulai kuat. Pelukan mereka Hana Aishah renggangkan sebelum dia merenung ke arah Kapten Azam.

“I can never be mad at you or mak. Secubit rasa marah pun tak ada. Adik sayang sangat mak abah” kedua pipi Kapten Azam dikucup sebelum kakinya melangkah meninggalkan Kapten Azam berdiri di ruang tamu itu.

Pagi itu air mata Kapten Azam mengalir. Pagi itu, doanya khusus untuk Hana Aishah. Supaya bahagia kembali ke dalam hidup anak solehah dia dan isterinya. Terlalu banyak derita yang anak dia tanggung.
*************************

Pintu bilik tidurnya dibuka. Kesejukan penghawa dingin mencengkam ke tulang sum sumnya saat dia menapak masuk. Matanya memandang sekilas ke arah kedua beranak yang sedang merenungnya keresahan sebelum kakinya melangkah menuju ke ke penyidai kayu di sisi almari bukunya.

Telekung berwarna putih itu ditanggal Hana Aishah sebelum dia melipat dan menyidai kemas. Raungan pilu Adam masih kedengaran. Dadanya terasa semakin berat. Walaupun pelbagai rasa menyelubungi Hana Aishah pagi itu, dia tetap meneruskan langkahnya menuju ke arah kedua - dua lelaki yang masih keresahan.

Adam bertukar tangan dalam sekelip mata sebelum Hana Aishah menuju ke sisi kanan katil menjauhi punca bibirnya diam membisu semenjak melangkah masuk ke bilik itu.

“Bismillahirrahmannirrahim” Hana Aishah membaca sebelum, raungan pilu Adam hilang bersama berat di dadanya.

Selepas mendengar pengakuan bapa mertuanya Hana Aishah terus meninggalkan kedua beranak itu di tangga. Bukan marah tetapi terlalu kecewa kerana sekali lagi dia dipermainkan.

Sepatah dia tidak berbicara sepanjang hari itu. Hubungan yang sangkanya sudah lama putus dan hanya perlukan keputusan rasmi daripada mahkamah bukan semudah itu rupanya.

Sakit yang dia tanggung berkerja mencari rezeki untuk Adam kerana tidak mahu bergantung hidup dengan lelaki itu rupanya hanya sia - sia. Fakhrul ada di setiap aspek kehidupan mereka tidak kira sejauh mana Hana Aishah lari.

Mahu marahkan siapa? Siapa yang ketemukan dia dan Kapten Azam? Adakah itu kebetulan atau memang sudah dirancang Tan Sri Fadhil? Ahh kenapa dia perlu pelik, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan.

Hampir dua tahun dia hidup satu bumbung dengan Fakhrul, lelaki itu menakluk setiap genap hidupnya. Tiada satu perkara berlaku tanpa mengikut kehendak Fakhrul. Kenapa dia perlu pelik apabila Tan Sri Fadhil juga akan berbuat begitu? Hana Aishah tertawa sinis.

“Sayang. Lean on the bed board. I’ve put pillows. You’ll get back pain if you feed him in that position” suara Fakhrul mengejutkan Hana Aishah daripada terus dibuai perasaan sedihnya.

Hana Aishah dapat merasakan mendapan di tilam sebelum tilam itu berombak menandakan lelaki itu sedang mendekatinya. Hendak lari pun Hana Aishah sudah malas. Lantaklah lelaki itu hendak berbuat apa pun.

Adam pun asyik sibuk nak lelaki itu sampaikan dia sendiri kalah sewaktu mereka pulang tadi. Hana Aishah mahu tidur di bilik bapanya dengan Adam tetapi Adam meraung seperti didera sewaktu dia menarik Adam daripada pelukan Fakhrul.

Akhir sekali Hana Aishah tidak boleh tidur. Puncanya kerana lelaki itu ada di dalam bilik yang sama dan keduanya kerana memikirkan Teacher Basirah yang akan menjalani pembedahan pagi ini.

Hana Aishah dapat merasa sesuatu yang lembut di letakkan di belakang badannya sebelum tempat penyandaran itu menjadi lebih kukuh.

Tubuhnya cuba dikeraskan tidak mahu bersandar kerana Hana Aishah pasti Fakhrul sedang duduk membelakangi dan meletakkan sebuah bantal di antara mereka supaya dia dapat bersandar.

Entah berapa lama dia cuba bertahan dia pun tidak tahu tetapi bahunya menjadi semakin sakit. Tangannya mulai lenguh menampung tubuh Adam yang sedang berbaring menyusu.

“Adam tukar side ok” Hana Aishah memberitahu sebelum dia menarik Adam daripada betil susu sebelah kiri dan mahu menyuakan yang sebelah kanan.

“Nonono” korus itu kedengaran bersama raungan Adam maka Hana Aishah terpaksa kembali menyusu dalam posisi tadi.

Hana Aishah dapat merasakan matanya semakin memberat dengan tubuhnya yang semakin penat berasa di dalam posisi tegang itu. Apabila matanya benar - benar tidak dapat di tahan, Hana Aishah tidak dapat menahan apabila tubuhnya dibaringkan di atas katil bersama dengan Adam yang masih tidak berhenti menyusu itu.

“Degil lah sayang ni. Why are you hurting yourself just to punish me?” suara lelaki itu kedengaran dalam kemamaian dia.

Kepalanya yang tadi berat terasa ringan apabila menemui bantal empuk, tubuhnya yang tadi terasa seperti kayu itu terus bersandar kelegaan di atas pembaringan yang empuk itu.

“Ya Allah. Penatnya” satu keluhan dilepaskan Hana Aishah sebelum matanya terus tertutup. Untuk tika itu, bebanan di mindanya lari, kekecewaan petang semalam hilang.
***************************

Fakhrul sedang duduk di birai katil merenung ke arah Hana Aishah yang sedang tidur nyenyak itu. Semenjak Adam terjaga mahukan susu sehingga sudah masuk subuh itu Fakhrul tidak dapat tidur.

Terlalu banyak bermain di fikirannya. Tadi setelah menyelesakan Hana Aishah dan Adam di atas tilam di cuba melelapkan mata di sebelah isterinya tetapi gagal.

Wajah Hana Aishah yang cengkung dengan lingkaran gelap di sekeliling mata isteri di tenung kerisauan.

“When will you stop crying?” Fakhrul berbisik perlahan subuh itu.

Selepas mendengar kata - kata Tan Sri Fadhil berbagai emosi bermain di dalam diri Fakhrul. Antara tidak percaya dan bahagia. Bahagia kerana diberi peluang kedua tetapi dia sendiri sudah tidak kenal papanya sendiri.

“Sayang” Fakhrul memanggil lembut sebelum jarinya mengelus pipi sejuk Hana Aishah. Ya Allah, rindunya dia saat itu tidak terungkap.

Hatinya kembang dengan segala macam rasa bahagia. Adam sedang berbaring mengiring ke dada Hana Aishah sambil kaki kanan Adam sedang merangkul erat Hana Aishah. Pemandangan yang tidak pernah dia bayangkan dia akan lihat selepas pemergian anak sulung mereka Adam dan isterinya.

“Sayang” Fakhrul memanggil lagi. Hidung mancung isterinya dipicit.

Secara automatik sepasang bibir nipis itu dimuncungkan sambil wajah isterinya berkerut tanda tidak berpuas hati kerana tidurnya terganggu. Hatinya bermain rentak lain saat itu.

“Sayang, wake up please. Jom solat subuh dengan abang” Fakhrul memujuk Hana Aishah yang masih tidak mahu membuka mata.

Selepas beberapa minit menanti dan melihat isterinya yang masih tidur nyenyak itu, Fakhrul bangun berdiri. Dia membongkokkan sedikit tubuhnya sebelum menarik Adam menjauhi ibunya.

Sambil mendodoi Adam yang mulai merengek itu, kakinya bergerak menuju ke kot bayi yang diletakkan di hujung katil mereka. Nama sahaja ada kot bayi tetapi hakikat dua malam ini Adam tidur di dalam rangkulan Fakhrul.

“Sorry sayang. Babah need to pray with Umi ok” Fakhrul membisikkan lembut di telinga Adam sebelum membaringkan anaknya di atas tilam empuk itu.

“Anak soleh babah” Fakhrul mengucup ubun - ubun Adam sebelum menyelimuti anak lelaki yang kembali bernafas tenang.

Kakinya dihalakan semula ke katil. Dia tersenyum sendiri mengingatkan Hana Aishah yang sangat liat untuk bangun tidur itu. Malam tadi sewaktu dia menidurkan Adam , isterinya lansung tidak muncul - muncul.

Mengingati nasihat Hariz hari itu, dia menahan dirinya daripada pergi mencari Hana Aishah. Dia pasti Hana Aishah sedang tidur di bilik Kapten Azam kerana bilik - bilik lain sudah dipenuhi ahli keluarga Isterinya dan dia.

“Mama tak puas tengok Adam. Tadi mama dapat pangku Adam sekali je” Puan Sri Maria bertegas mahu bermalam di rumah Kapten Azam dengan alasan itu.

Ahh Fakhrul pun sama. Adam sentiasa dia pastikan melekat dengannya. Kalaupun tidak didukungnya , dia akan pastikan anaknya berada di dalam radar pemandangannya.

“Sayang. Wake up. Nanti terlajak subuh” Fakhrul mengejutkan lagi.

Kali ini cara yang sentiasa dia gunakan untuk mengejutkan Hana Aishah dilakukan. Wajahnya didekatkan dengan Hana Aishah. Nafas tenang Hana Aishah menampar wajah Fakhrul. Bibirnya tersenyum untuk kali keberapa entah subuh itu.

“Hmmm. Degil tak nak bangun. Jangan marah abang for doing this ok” Fakhrul memberi amaran terakhir sebelum giginya menjumpai sasaran.

“Abang... no” suara serak Hana Aishah kedengaran saat gigi Fakhrul menjumpai sasarannya. Hana Aishah cuba menjauhi Fakhrul tetapi, tangan lelaki itu lebih laju.

“Sayang yang tak nak bangun. You made me do it” Fakhrul menarik Hana Aishah duduk sebelum, Hana Aishah yang masih mamai itu menyembamkan wajahnya ke dada Fakhrul.

“Ngantuk” suara manja isterinya kedengaran. Untuk seketika Fakhrul hilang daripada realiti masalah sebenar mereka.

Rambut ikal mayang isterinya dibelai dengan tangan kanannya, manakala tangan kiri Fakhrul mengeratkan pelukan mereka.

“I know but Sayang tidur lambat semalam” lunak suara Fakhrul memujuk Hana Aishah pagi itu.

“Solat subuh dulu, then sayang tidur balik ok” gelengan kepala Hana Aishah menjawab pertanyaan Fakhrul membuat tawanya pecah.

“You’re my good girl kan. Jemaah dengan abang. Abang rindu” sebak suara Fakhrul saat ayat terakhir itu dia tuturkan.

“I miss everything about us” dia menyambung lagi tetapi saat itu, Fakhrul dapat rasakan renggangan pelukan Hana Aishah.

Dalam sesaat segalanya kembali pada asal. Hakikat sebenar yang masalah mereka masih belum selesai. Fakhrul menggepal tangannya di sisi saat tubuh Hana Aishah menjauhinya.

“Sayang..” kata - kata Fakhrul dimatikan dengan gelengan Hana Aishah. Wajah Hana Aishah bertukar rona. Antara marah , kecewa dan duka yang bersilih ganti.

“I’m sorry” Fakhrul menyambung saat wajah Hana Aishah hanya di halakan ke riba isterinya yang sedang duduk bersila di atas tilam itu.

“Masalahnya kalau dengan sorry you semua sakit I hilang , I wont give a damn” pedas kata - kata Hana Aishah membalas.

“Takkan hilang Tengku Fakhrul. Semua sakit yang you bagi dekat I. Sampai mati pun tak akan hilang” gelengan kepala isterinya dengan suara kecewa itu benar - benar menyesakkan dada Fakhrul.

“Just because papa ....” kata - kata itu tergantung beberapa saat sebelum tawa sinis Hana Aishah menyambung.

“I ni bodoh sangat. You betul. Since I was your houseman. I memang bodoh. Bodoh sangat sampai kena tipu berkali - kali” Fakhrul melihat Hana Aishah mengesot ke birai katil sebelum duduk membelakanginya.

Lama dia lihat Hana Aishah merenung ke dinding bilik tidur itu. Sesekali dengkuran halus Adam kedengaran. Fakhrul sudah tidak tahu bagaimana mahu membetulkan semula keadaan.

“I dah tak mampu nak hidup dengan you. So please let me go” Hana Aishah memecahkan kesunyian mereka. Kepala Fakhrul menggeleng laju walaupun dia tahu Hana Aishah tidak melihatnya pun.

“Kalau you kesian dekat I, please” kata - kata akhir Hana Aishah sebelum isterinya mengunci diri di dalam bilik air.

Fakhrul duduk termenung subuh itu. Perasaan takut menyelubungi dirinya. Suara nekad Hana Aishah, kekecewaan dan kedukaan di sebalik suara itu membunuh dirinya setiap saat.

“I can’t. I can’t let you go” hati Fakhrul menjerit kuat. Air matanya bertakung membayangkan kehilangan Hana Aishah.

Subuh itu walaupun tikar sejadah telah dibentang, Hana Aishah tidak mahu berimamkannya. Pagi yang dia harapkan akan membawa sinar baru itu hanya membawa lebih banyak kekecewaan.
**************************

“Sayang dah siap?” hati Hana Aishah sebal saat suara lelaki itu menyapa apabila dia sambil di anak tangga paling bawah rumah ibu bapanya.

Lelaki itu memang tiada kerja lain agaknya. Asyik mengikuti setiap langkahnya seperti anak ayam. Rimas dia setiap kali terpaksa bernafas di dalam satu ruangan yang sama dengan lelaki bernama Fakhrul.

“Kak Wa adik nak pinjam termos boleh? I forgot to bring Adam’s one” Hana Aishah melaung daripada ruang tamu rumah keluarganya.

Beg sandang berwarna hitam yang dibawanya turun itu diperiksa sekali lagi. Baju - baju yang di masukkan di dalam beg dikira dan dipadankan dengan jumlah pampers anaknya.

“Termos Warieth rosak. Adik use Beqaa punya” Hana Aishah yang sedang duduk di sofa itu menganggukkan kepalanya sambil memasukkan bantal kegemaran Adam.

“Dah pukul berapa ye kak?” Hana Aishah bertanya saat dia menyambut huluran termos berwarna hitam itu dari kakaknya.

“Its nearing 8.30 already” suara Hana Azuwa kedengaran gementar.

“Alright. We need to start moving. Op mak start at 10.30. I want to be there with her before she go to OT” dia melihat jam dinding di rumah ibu bapanya.

“Yeah. We’re all almost ready. Adik nak bawak Adam sekali ke? Tak nak hantar Adam dekat rumah pengasuh Kak Wa sekali dengan Beeqa?” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju.

“Tak pe kak. I’ve arranged something for Adam” Hana Aishah menjawab pendek sebelum kakinya melangkah menuju ke dapur. Fakhrul yang sedang berdiri di laluan itu tidak diendahkan dia.

“Sayang nak hantar Adam pergi mana?” suara panik Fakhrul yang sedang ikut menapak dengannya menuju ke dapur itu kedengaran tetapi tidak dilayan Hana Aishah.

“Mimi. Mimi” Hana Aishah yang sedang keresahan itu terus tersenyum saat suara Adam yang sedang di riba Kapten Azam itu menyapanya yang sedang berjalan menuju ke dapur.

“Morning cinta” Hana Aishah singgah untuk mengucup ubun - ubun Adam yang sudah kemas berseluar pendek dan bersinglet itu.

“Can you wait with Tok Abah. Umi wants to pack your food for awhile?” Hana Aishah meminta sambil merenung ke dalam anak mata Adam yang sedang bulat merenungnya.

“Mimi. Totok. Topa. Bah. Bah” segala jenis perkataan keluar dari mulut anaknya tetapi seperti selalu dia tidak faham inti sari ayat yang disusun anaknya.

“Yes. Stay with Toktok. Umi wants to pack your food for awhile ok sayang” Hana Aishah mengusap rambut Adam sebelum kembali melangkah.

“Hana tak sarapan lagi. Nak mama pack kan” suara Puan Sri Maria yang sedang duduk di bar di dapur rumah Kapten Azam menyambutnya.

“Morning mama. Its ok. Nanti Hana makan. Tak ada selera lagi la ma. Mama dah makan?” Hana Aishah bertanya kepada Puan Sri Maria yang sedang merenungnya dengan satu senyuman lebar.

“Dah. Sedap Achik dengan Wa masak” Hana Aqilah yang sedang membasuh pinggan tersenyum bangga mendengar pujian mertua Hana Aishah itu.

“Kembang setaman kejap lagi budak sorang ni Ma? You take you medicine already?” Hana Aishah mengusik adiknya sebelum kembali bertanya serius.

“Kejap lagi la mama makan. Penat mama makan ubat banyak - banyak macam itu” mendengar ayat Puan Sri Maria dia yang sedang mengisi air panas itu terus merenung ibu mertuanya serius.

“Ma. Mana boleh macam tu. You know you need to take the medicine on time kan. Who monitor your intake?” melihat senyuman Puan Sri Maria , Hana Aishah tahu yang ibu mertuanya ikut suka hati wanita itu sahaja.

“Mama cannot be like this ok. Hana nak mama sihat. Please take your health seriously mama” suara Hana Aishah perlahan memujuk.

“Its just so many medications and mama feel more tired after taking all those medications. Its makes me sleepy. Mama nak spend time dengan Adam” suara sayu ibu mertuanya mengusik tangkai hati Hana Aishah.

Keluhan berat Hana Aishah lepaskan sebelum dia menuju ke arah ibu mertuanya. Termos yang berisi air panas itu diletakkan di atas bar itu. Dia memeluk erat tubuh ibu mertuanya.

“I can’t lose you too” air mata Hana Aishah bergenang saat tubuh itu dirangkul erat.

Hana Aqilah memandang ke arah kakaknya. Dia dapat melihat kekuatan yang dipamerkan kakaknya selama ini hilang. Yang kelihatan di sebalik anak mata coklat itu hanyalah kesedihan.

Dia menelan air liurnya kesat. Kata - kata yang pernah dia lemparkan pada Hana Aishah satu masa dahulu kembali. Mungkin kerana itu dia sedang menerima balasan melalui Hana Labeeqa.

Hana Aqilah tidak faham bagaimana Hana Aishah boleh memaafkan segalanya sebegitu sahaja. Tak akan semudah itu kemaafan diberikan. Tetapi nak pelik apa, memang itu sikap Hana Aishah daripada dahulu. Cuma dia tidak faham bagaimana seorang insan boleh menjadi pemaaf sebegitu.

“Mak is gonna be fine. She’s a fighter like you” Puan Sri Maria mematikan lamunan Hana Aqilah sekaligus membawanya ke realiti hari itu di mana ibu mereka akan pergi bertarung nyawa sebentar lagi.

“Is she really going to be fine?” persoalan yang bermain di minda kedua - dua anak perempuan Teacher Basirah pagi itu.
************************

“Assalamualaikum” mendengar salam itu, Fakhrul terus menjadi tidak keruan.

Semenjak pertembungan mereka subuh tadi, Hana Aishah sentiasa mengelak daripada berada berdekatan dengan Fakhrul. Fakhrul perasan dan menahan rasa melihat isterinya tetapi apabila dia mendengar kata - kata isterinya sebentar tadi dia diragut rasa takut.

Tidak perlu melihat siapa gerangan yang hadir Fakhrul sudah tahu pemilik suara itu. Matanya melihat ke arah Adam yang sedang menjamah nasi lemak yang disuap Kapten Azam itu.

“Adik. Your friend is here” suara Wazir kedengaran memberitahu sebelum derapan kaki kedengaran menuju ke arah mereka.

“Adam. Baby look who is here?” Hana Aishah yang terus - terusan tidak mahu melayannya itu melaung daripada dapur.

“Pa. Papa” suara girang Adam kedengaran. Anaknya sudah menggeliat di atas riba Kapten Azam. Pandangan Kapten Azam dan Fakhrul bertaut seketika.

“Good many baby boy. Did you miss papa?” rasa cemburu menggantikan ketakutan tadi saat dia melihat Adam yang sudah mendepakan tangan mahu didukung Emir itu.

“Papa. Go pa. Up. Up” kelam kabut kata - kata itu dihamburkan Adam yang kelihatan resah mahu diangkat Emir.

“Assalamualaikum uncle” Emir menghulurkan tangan menyalami Kapten Azam yang menyambut dengan senyuman yang tidak dapat dibaca Fakhrul.

“Waalaikumussalam” nada tegas kedengaran. Hilang terus suara lembut yang bermain dengan Adam sebentar tadi.

“Come here you cheeky little boy” Emir mengangkat sebelum diagahnya Adam. Tawa yang menjadi pengubat hati Fakhrul bergema pagi itu.

“Sukanya cucu Tokpa pagi ni” Tan Sri Fadhil yang baru pulang dengan Lateef daripada kedai runcit itu menegur.

“Sukalah his papa is here to spoil him” Hana Aishah yang sedang membawa termos itu menjawab dengan senyuman mekar di wajah. Kenapalah untuknya susah sangat untuk Hana Aishah berikan? Hati Fakhrul berbisik sendiri.

“Buat apa pagi - pagi dekat sini Em?” Tan Sri Fadhil bertanya sambil melabuhkan punggung di sebelah besannya yang hanya diam memerhati.

“Hana yang suruh Em datang. He’ll be taking care of Adam today. Hana nak focus dekat mak pa” suara Hana Aishah kedengaran dan sekaligus mengesahkan syak Fakhrul.

“Sayang tak discuss dengan abang pun?” Fakhrul merenung Hana Aishah sambil bertanya selembut yang dia mampu. Tahap geramnya dengan Hana Aishah yang pandai - pandai membuat keputusan tanpa bertanya dengannya menguji kesabarannya pagi itu.

“I dont trust him with you” ayat yang dengan selambanya meniti di bibir Hana Aishah tanpa sedikit keraguan pun. Segenap rumah itu terdiam mendengar bicara Hana Aishah.

“I’m his babah” Hana Aishah tidak mahu memandang ke arahnya dan dengan lajunya cuba menukar topik.

“I’ve packed his bag. I freeze 5 packet. If its finishing let me know early ok cause I dont have a back up. Need to pump again” Hana Aishah memandang ke arah Emir yang sedang mengucup wajah Adam yang sedang kegelian itu.

“Abang nak cakap dengan sayang sekejap” Fakhrul menebalkan wajahnya meminta kepada Hana Aishah.

“I dont have time for chit chat. I need to make a move to hospital. Long day ahead” Hana Aishah sekali lagi membalas bersahaja. Fakhrul beristighfar berkali - kali cuba menyabarkan dirinya.

“I’ll take care of him. Sayang stay with mak at hospital. I’ll come by in the afternoon” Fakhrul terpaksa bertegas kali itu.

“I didnt have the time to cook anything earlier. He should be fine till afternoon cause he ate the nasi lemak quite a portion. Later you just make some pumpkin soup or make the baby pasta ok Em” kali ini Hana Aishah benar - benar sudah melampaui batas.

“Sayang. Abang cakap abang tak izinkan Adam stay with him. I’ll take care of my own son” suasan menjadi tegang seketika di kediaman Kapten Azam. Masing - masing terdiam tidak tahu bagaimana mahu masuk campur.

“I tak mintak izin you pun. So dont bother giving” Hana Aishah melawan renungan Fakhrul dengan wajah bersahaja. Wajah yang Fakhrul cuba kawal itu tidak berjaya.

“Adik” Kapten Azam akhirnya terpaksa bersuara.

“I have so many thing in my plate now. Please bah. This time I wont budge. When it comes to Adam I wont compromise” Hana Aishah membalas lembut tetapi tegas.

“Papa dengan mama pun will stay here Hana. Adam is used to me kan” Tan Sri Fadhil turut cuba memujuk tetapi gelengan kepala Hana Aishah kali itu menandakan kedegilannya saat ini tidak dapat dilenturkan sesiapa.

“I might stay till late night. Papa tak pernah stay will Adam full day and you out of all people should know how peculiar he is Pa” Hana Aishah kedengaran penat saat itu.

“But...” belum sempat Fakhrul menghabiskan bicara Hana Aishah laju memotong.

“I malas nak gaduh dengan you. I penat tau. I nak focus dekat mak today and I need Adam to be with someone that can take care of him and know his need. Right now its Em. Boleh tak sekali je jangan fikir pakai kepala batu dengan ego you. For once in your life fikir pasal orang lain and no by orang lain i dont mean me sebab you memang tak pernah fikir pasal perasaan or kehendak I pun” panjang bebelan Hana Aishah dan di akhir kata - katanya dia bernafas laju kerana marah yang membuak - buak terhadap Fakhrul.

“You tak biasa dengan dia nor do anyone here in this room. He’s peculiar about his food , his susu , his cloth , his nap time and every single details in his life.....” giliran Fakhrul pula memotong kata - kata isterinya.

“But he’s fine only sleeping with me yesterday” mata Hana Aishah dijulingkan ke atas mendengar hujah lelaki itu.

“Because I’m around. That’s why he is fine. Just please dont argue with about this today. Its only morning and I’m already drained out. I nak focus dekat mak” mata Hana Aishah sudah bergenang kerana dia dapat melihat hala tuju “perbincangan” yang tidak dia pinta pagi itu.

“Its ok angah. Hana cakap betul jugak tu. Kita tak biasa lagi dengan Adam. Nanti insyaAllah once we’re use to his pattern Hana boleh tinggal Adam dengan Angah kan?” Puan Sri Maria yang sedang bertongkat itu berjalan perlahan menuju ke arah Fakhrul.

Puan Sri Maria dapat melihat ketegangan bukan sahaja di wajah Fakhrul tetapi di wajah Emir. Teman lelaki Hana Aishah ini semenjak semalam dapat dia lihat tidak akan sebulu dengan Fakhrul. Renungan tajam lelaki itu menikam ke arah anaknya yang sedang merenung Hana Aishah tegang.

“Angah” Puan Sri Maria mengusap bahu anaknya lembut. Bahu yang tegang itu menandakan kemarahan yang cuba dikawal Fakhrul.

Sejujurnya dia terkejut kerana mengenali anak lelakinya Puan Sri Maria tahu betapa jauh anak lelakinya sudah berubah untuk sampai ke tahap itu.

Tanpa sepatah bicara Fakhrul melangkah naik dan tidak sampai beberapa minit bunyi dentuman pintu kedengaran.

Puan Sri Maria merenung ke arah Adam yang sedang membaringkan kepalanya sambil menghisap ibu jari kanannya ke dalam mulut. Mata bundar itu merenung ke arah Hana Aishah yang menggelengkan kepalanya dengan satu raut wajah yang Puan Sri Maria kenal.

Dia dapat mengagak perkara yang bermain di minda menantunya tetapi hendak menyalahkan Hana Aishah juga dia tidak berhak. Hana Aishah melalui perkara - perkara yang Puan Sri Maria sendiri tidak dapat bayangkan jadi patutlah untuk wanita itu sangat berhati - hati untuk membuat keputusan.

“I’m going to miss you Adam. Tok Ma jumpa Adam malam ni ye” Puan Sri Maria mengulus pipi montel cucunya sambil berbicara lembut. Sebaris gigi yang tersusun rapi kelihatan saat cucunya tersenyum lebar seperti memahami bait katanya.

Sampai saat ini Adam masih tidak mahu rapat dengannya. Dia cemburu melihat kerapatan suaminya dan besannya dengan cucu lelaki sulungnya itu tetapi dia perlu bersabar. Seperti mana dia berharap Fakhrul akan bersabar dan juga menantu supaya Adam akan ada sebuah keluarga yang sempurna.
**********************

Mata Hana Aishah untuk keseribu kali agaknya memandang ke jam di bilik menunggu itu. Daripada waktu zohor , ke asar , ke maghrib dan baru 10 minit lepas masuk waktu isyak ibunya masih belum keluar daripada dewan bedah. Kegelisahan mereka sekeluarga tidak dapat dibendung lagi. Kesemua anak dan menantu Teacher Basirah bermastautin di bilik itu daripada pukul 10 pagi tadi bermakna sudah memasuk 10 jam mereka berada di situ.

Tadi abang iparnya sudah siap – siap membawa tikar sejadah dan telekung supaya mereka dapat solat di situ sahaja. Keadaan bilik yang bertutup itu memudahkan urusan mereka untuk solat berjemaah. Bacaan ayat suci Al Quran masih tidak putus semenjak pagi tadi. Tiada bicara atau kata – kata hanya penyerahan kepada Dia Yang Satu.

“I need you to forgive me. No. Adik dengar cakap mak...” perbualan dengan ibunya bermain di minda Hana Aishah.

“Adik kena maafkan mak. For hurting you. For leaving you when you need me the most. Adik kena sebut perkataan tu. Mak tak akan tenang selagi adik tak sebut dengan mulut adik sendiri” Hana Aishah masih ingat pelukan erat ibunya sebentar tadi. Baru beberapa jam lepas. Pelukan yang dia terlalu rindui bukan hanya selama keberadaan dia bumi London. Tetapi semenjak dia mengandungkan anak sulungnya lagi.

“Mak tahu mak tak layak di maafkan but mak nak jumpa Adam. I couldn’t meet Adam because of my pride dekat dunia. Tapi mak nak jumpa Adam dekat alam sana. Alam kekal. Mak nak main dengan Adam dengan taman syurga. Jadi tolong mak adik. Ampun kan dosa mak dekat adik. Dekat arwah Adam” bagaimana dia mahu menutur kata – kata yang Teacher Basirah mahukan kerana hakikatnya kesakitan yang ibunya tanggung selama mengandung, melahirkannnya dan membesarkannya tidak tertanding.

Harapan Teacher Basirah terlalu besar untuknya kerana itu ibunya terlalu kecewa. Kalau fitnah itu dilemparkan kepada Hana Aqilah atau Hana Azuwa mungkin ibunya tidak akan bertindak sebagaimana Teacher Basirah lakukan kepadanya tetapi kerana fitnah itu terpalit padanya, kekecewaan Teacher Basirah terlalu besar. Sejuta kali dia cuba membenci pun dia tidak mampu membenci ibunya.

Biarlah mereka katakan dia bodoh kerana memberi kemaafan semudah itu tetapi untuk membenci darah dagingnya sendiri dia tidak mampu. Bukan balasan yang dia mahukan untuk mereka tetapi dia hanya mahukan kebenaran terungkap. Niatnya bukan lagi untuk membersihkan maruahnya tetapi supaya anak lelaki sulungnya tidak lagi dicaci.

Tiada bahagia yang dia rasa melihat dua wanita yang dia sayang seperti mana dia menyayangi Adam itu menanggung derita. Sehingga sekarang sakit kehilangan Adam masih belum hilang, dia tidak mampu menghadapi kehilangan lagi.

“Sayang. You haven’t eaten at all. Abang beli nasi goreng pataya. Your favourite” teguran Fakhrul membawanya lari daripada terus dibuai emosi negatif. Dia memandang kea rah Fakhrul yang sudah duduk di hadapannya. Entah bila lelaki itu mengambil kerusi di duduk bertentangan dengan dia pun dia tidak pasti tetapi yang pastinya menyampahnya kembali.

“Abang suap ok” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju sebelum memalingkan wajahnya ke sisi. Dinding berwarna ungu itu kelihatan lebih menarik saat itu. Tetapi hanya untuk beberapa saat kemudian pandangannya beralih kepada sekeliling bilik menunggu itu.

Set sofa bewarna beige menghiasi ruangan yang kosong itu. Tiada perabot lain melainkan beberapa buah kerusi plastik. Bagaimana mereka satu keluarga masih bertahan di situ pun dia tidak pasti. Satu persatu wajah ahli keluarganya kemudian dia lihat.

Wazir sudah terlelap di riba Hana Azuwa, Hana Aqilah sudah terlentok di bahu Lateef manakala Alif Haziq semenjak tadi tidak berhenti mengalunkan ayat suci Al – Quran. Sesekali Hana Aishah dapat melihat air mata adiknya gugur.

Kemudian renungannya jatuh kepada bapanya yang sedang berteleku di atas sejadah. Nasib baik tadi ada satu sejadah tebal yang selalu digunakan bapa Hana Aishah itu dibawa. Kalau tidak risau juga dia bapanya duduk lama sebegitu di atas lantai yang keras dan sejuk itu.

Tidak terkira sujud yang dibuat bapanya semenjak 10 jam lepas. Cinta bapanya kepada Teacher Basirah memang semenjak dulu dia saksikan. Mereka saling melengkapi walaupun ada salah fahamnya tetapi selalunya bapa akan mengalah kerana ibunya kalau merajuk kebulur mereka sekeluarga. Mengingatkan memori itu, dia tertawa sendiri.

“You guys remember when mak merajuk and she wont cooked anything” suara Hana Aishah memecahkan kesunyian bilik itu. Bacaan ayat suci Alif Haziq terhenti sebelum dia merenung ke arah kakaknya. Senyuman lebar terukir di bibir adiknya juga mengingat memori itu.

“The house smelled like dead squid” Alif Haziq tergelak selepas mendengar bicara Hana Aqilah yang Hana Aishah sangkakan sudah terlelap itu.

“Tapi sedap ok makanan tentera abah tu” Hana Azuwa membalas.

“You remember how mad she was when she came back from school” Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju mendengar pertanyaan Hana Aqilah itu.

“Her eyes is so round and big. That chocolate eyes will pop more than ever. And her nose will turn red” Hana Aishah tersenyum bahagia mengingat raut wajah ibunya.

“And she will bite the inside of her mouth trying to hold in her anger” Fakhrul menyambung. Mata Hana Aishah dan Fakhrul bertaut saat itu.

“But she failed. Because like this chocolate eyes, everything is readable from this pair of gorgeous eyes” Hana Aishah menelan air liurnya kesat mendengar bicara Fakhrul. Terus anak mata coklatnya disembunyikan.

“Sayang alas perut sikit pun tak pe. Nanti sayang kena gastritis. Makan sikit ye. Abang suap” Hana Aishah mengeluh kasar.

Lelaki ini memang tidak faham bahasa agaknya. Macam tidak reti erti penat pun ya. Hana Aishah ingat selepas perbalahan mereka pagi tadi Fakhrul tidak akan menganggunya hari ini tetapi sangkaannya meleset sama sekali saat sekali lagi dalam keterpaksaan dia terpaksa menaiki kereta lelaki itu untuk menuju ke hospital kerana Kapten Azam mahu dia ikut sama dalam kenderaan lelaki itu.

“Adik makan sikit. Nanti sakit perut” seperti pagi tadi lelaki itu akan mengambil kesempatan dengan keberadaan Kapten Azam.

“Kejap lagi adik makan. Adik nak tunggu mak” Hana Aishah membalas perlahan tetapi satu renungan daripada Kapten Azam cukup untuk dia merampas kasar nasi goreng pataya daripada tangan Fakhrul yang sudah tersenyum sumbing di hadapannya.

Lapar rupanya dia. Habis licin nasi goreng itu dimakannnya. Selepas itu dia kembali termenung memikirkan ibunya yang sedang berada di atas meja bedah. Sampai saat ini mereka tidak mendapat apa – apa perkabaran. Pakar jantung daripada hospital tempat dia berkerja itu sempat dia telefon sebelum pembedahan bermula.

“We will do our best. Like you say, these body of ours is just a means for God to use in order for Him to send help to others” Hana Aishah tersenyum seikhlas mungkin mendengar kata – kata yang pernah di tuturkan. Senang berbicara apabila dia seorang doktor tetapi apabila keadaan terbalik dengan dia berada di tempat pesakit, kata – kata itu tidaklah sehebat mana dia dengari.

Tadi ibu mertua dan bapa mertuanya turut berada di situ tetapi Hana Aishah menyuruh Tan Sri Fadhil membawa Puan Sri Maria pulang. Dia bimbang melihat keadaan ibu mertuanya yang seperti menahan diri daripada menunjukkan kesakitan sebenarnya.

Entah berapa lama masa berlalu Hana Aishah tidak pasti tetapi saat pintu bilik menunggu itu terbuka daripada luar dan wajah yang mereka tunggu itu muncul, segala senario yang bermain di mindanya terus terbang. Fokusnya adalah untuk membaca raut wajah lelaki yang mereka mempertaruhkan nyawa pada.

“Kamal” Fakhrul orang pertama menegur rakan seuniversitinya itu.

Hana Aishah menelan air liurnya kesat, dadanya berdebar kencang dengan peluh yang mulai memercik. Senyuman yang tidak sampai ke telinga seperti dua tiga hari Hana Aishah mengenali rakan lelaki itu.

“How is she?” Fakhrul bertanya persoalan yang mahu ditanyakan kesemua orang di dalam bilik menunggu itu tetapi gentar memikirkan jawapan yang bakal mereka terima.

Keluhan berat dilepaskan Kamal sebelum lelaki itu melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi plastik di sudut kanan ruangan yang kosong itu. Hana Aishah tidak tahu bila tetapi yang pastinya tangannya sudah memaut ke lengan kanan Fakhrul yang semenjak tadi tidak meninggalkan sisinya.

“Op is done” suara Kamal kedengaran penat teramat sangat waktu itu.

Hana Aishah takut untuk mendengar bicara seterusnya. Genggamannya di lengan Fakhrul semakin kuat. Tangan kiri Fakhrul naik sebelum mengusap tangan kanan Hana Aishah. Fokus Fakhrul masih pada Kamal tetapi melihat wajah pucat isterinya dia menjadi bimbang.

“She is in ICU” mendengar kata – kata itu satu nafas kelegaan Hana Aishah lepaskan.

“Stable?” satu pertanyaan Fakhrul yang membuatkan wajah Kamal yang cuba dikawal reaksi itu tetapi gagal bertukar keruh.

“Critical but we`re trying our best” dalam sesaat rasa kelegaan yang menjengah hatinya bertukar kecewa. Kecewa yang tidak dapat dia bendung. Air matanya gugur untuk kesekian kalinya.

“Sayang” Fakhrul memanggil Hana Aishah sebelum sebelum menarik isterinya ke dalam pelukan.

Suasana di dalam bilik itu bertukar nada. Esakan anak – anak Teacher Basirah kedengaran.

“I`m sorry Aishah. Her heart stop for almost 5 minutes before we were able to revive her” Kamal seperti selalu cuba mengawal emosinya.

“No. She promise me she wont leave me. She promise me” Hana Aishah meraung di dalam pelukan Fakhrul. Esakannya bersambung dengan esakan anak – anak Teacher Basirah menghibakan suasana di situ.

“Sayang. We don’t know anything yet” Fakhrul memujuk tetapi raungan Hana Aishah hanya bertambah kuat.

Fakhrul memandang ke arah Kapten Azam. Wajah bapa mertuanya kelihatan tenang. Terlalu tenang sehingga menakutkan Fakhrul. Dengan dia mahu menenangkan Hana Aishah dan mahu memeriksa bapa mertuanya yang diam membisu Fakhrul buntu.

“Bah. Tell mak to wake up. Baby nak mak” Alif Haziq yang duduk di sofa itu terus meluru memeluk Kapten Azam.

“Please. I`m really sorry for neglecting both of you. I wont leave both of you anymore. Baby janji. Tell her to come home” teresak – esak Alif Haziq menangis di dalam pelukan Kapten Azam.

“I`ll leave you guys first Qu. Anything I`ll be in my office” wajah Kamal kelihatan suram sewaktu dia meninggalkan mereka sekeluarga.

Esakan Hana Aishah masih kedengaran begitu juga Hana Azuwa yang sedang mengongoi di dalam pelukan Wazir. Hana Aqilah asyik merenung ke pintu masuk tadi dengan lelehan air mata. Bibir adik perempuan bongsu Hana Aishah itu hanya mengigil menahan sebak saat itu. Tangan Hana Aqilah bertaut pada Lateef dan untuk itu Lateef bersyukur kerana sekurang – kurangnya masih ada reaksi daripada isterinya.

“She promise me. She promise” kata – kata itu diulangi Hana Aishah berkali – kali.

Keperitan di sebalik suara itu mengingatkan Fakhrul kepada kenangan yang tidak mahu dia ingati. Sakit itu masih dirasainya sehingga kini. Bezanya sewaktu dulu matanya buta dengan cemburu sehinggakan dia biarkan Hana Aishah menanggung derita sendiri tetapi sekarang walau dihalau atau di herdik pun dia tetap akan berada di samping isterinya.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-05-05 03:15:02 

salam sahur dear. tqvm . love u somuch


NovelPlus Premium

The best ads free experience