(esoknya)
Nabilla tersenyum gembira bermain dengan Ikbal.Dia menepuk-nepuk tangannya apabila Ikbal dapat menjawab soalan di buku yang dibeli oleh Iskandar.Tiba-tiba,loceng rumahnya berbunyi menandakan ada orang di luar.Dia pun membuka pintunya dan dapat dia melihat Natasha,bekas isteri Iskandar di luar rumah.
"Assalammualaikum Natasha,"panggil Nabilla,teruja apabila melihat gadis itu.
"Waalaikummussalam kak bell.Is mana?"
"Dia dah pergi kerja,"
"Ouh,boleh Natasha masuk?Natasha nak jumpa Ikbal,"
"Mestilah boleh,"Nabilla pun membuka pintu dan Natasha pun masuk.
"Kejap ye.Kak bell buatkan air,"
"Eh takpek kak bell.Natasha datang sekejap je,"
"Eh takpek,"kata Nabilla dan pergi.Beberapa minit kemudian,dia datang semula dengan membawa sejug air oren bersama cookies di piring.Nabilla tersenyum memandang Natasha yang sedang bermain dengan Ikbal itu.
"Maaflah,ini je yang kak bell ada,"kata Nabilla,tersenyum malu."Eh,takpeklah kak bell.Sebenarnya,Natasha datang pun ada sebabnya,"
"Apa dia tu?"
Tiba-tiba,badan Nabilla ditarik dari belakang dan itu membuatkan dia terkejut.Jantungnya terus berdegup kencang.Apa ni?!
"Sedap ni.Pergh,lawa pulak tuu.Nanti kami bayar,"kata seorang lelaki bertopeng yang tidak dia kenali.Bertambah laju jantungnya apabila lelaki yang memeluknya meraba-raba kakinya.
"Natasha!"panggilnya,lemah.Bukan lemah fizikal tetapi kepercayaannya terhadap manusia.Sanggup dia..
"Sama-sama.Rasalah dia sampai dia tenat pun takpek.Asalkan aku dapat apa yang aku nak.So enjoy,"kata Natasha dan pergi.Sebelum dia pergi,dia mendukung Ikbal dan mencuit pipi Ikbal.
"Nanti kita duduk sama-sama yee.."kata Natasha dan memasukkan Ikbal di dalam bilik lalu menguncinya."Korang jangan bising sangat,"
"Baik.Bawak dia!"arah lelaki itu dan lelaki yang memeluknya dari belakang hanya menurut.Nabilla pun meronta-ronta minta dilepaskan.Dicubitnya tangan lelaki itu tetapi tidak lelaki itu lepaskan.Dia cuba melarikan diri tetapi apakan daya,kudratnya seorang wanita berlawan dengan dua orang lelaki?
(malamnya)
Iskandar mengerutkan dahinya apabila memandang rumahnya yang gelap itu.Dia membuka pagar rumahnya.
"Baby?"panggilnya,tersenyum tetapi tiada sahutan.Dia membuka pula pintu rumahnya.Gelap gelita dan sunyi.Dia pun membuka lampu.
"Ikbal?"panggilnya dan dapat dia mendengar suara Ikbal sedang mengetuk-ngetuk pintu.Cepat dia membuka pintu tersebut dan dapat dia melihat Ikbal yang sedang menangis.
"Ya Allah,Ikbal?Kenapa ni?"dia pun datang ke arah Ikbal dan memeluk anaknya itu.
"Mama mana?"tanya Iskandar.Jantungnya berdegup laju.Dia cuba menenangkan anaknya dengan menggosok-gosok belakang Ikbal tetapi Ikbal tetap menangis.
"Baby?"panggilnya.Dia naik ke tingkat atas dan membuka biliknya satu persatu.Masuk bilik terakhir,bilik itu berkunci.Dia menggunakan segala tenaganya untuk membuka pintu itu.
"Baby!"panggilnya apabila dia mendengar suara tangisan di dalamnya.Dia meletakkan Ikbal dan cuba menendang pintu tersebut.
Apabila pintu itu berjaya dibuka,cepat dia membuka lampu.Dapat dia melihat Nabilla yang diselimuti dengan selimut putih.Dia pun pergi ke arah Nabilla yang teresak-esak tangisannya.
"Baby,"panggilnya.Dia mengangkat Nabilla dan menggosok-gosok kepala Nabilla.
"Kenapa ni?Kenapa baby menangis teruk sangat ni?"tanyanya,sebak apabila melihat tangisan Nabilla jatuh satu persatu di pipinya.Dapat dia merasakan badan Nabilla yang lemah dan tiada daya itu.Dia mendudukkan Nabilla lalu dahinya berkerut."Kenapa..."
Iskandar pun membuka selimut Nabilla perlahan-lahan dan terkejutnya dia apabila melihat kesan-kesan merah dan lebam di seluruh tubuh badan isterinya itu.
"Ya Allah,kenapa ni baby?"tanyanya terkejut dan sebak.Dia pun lekas mengambil telefonnya di poket dan menelefon ambulans.Sambil tangannya memeriksa satu persatu tubuh isterinya itu.
"999,apakah kecemasan anda?"Telefonnya dilepaskan daripada tangannya apabila dia melihat sesuatu yang tidak sepatutnya dia lihat.
Dia memandang Nabilla yang sedang menunduk itu.Matanya berair.Dia menangis.Ya Allah,lemahnya aku Ya Allah.Cepat dia memeluk Nabilla kuat sambil dia menangis.Sakitnya Ya Allah.Perasaan apa ni?Tiada satu pun suara yang mampu dia keluarkan.Dia tidak kuat.Dia lemah.Ya Allah,lemahnya aku Ya Allah.
"Baby,"katanya dengan suara esak.Dia menangis sekuat hatinya.Lemahnya aku.
Dia kuatkan diri dia untuk menjawab soalan penggilan kecemasan itu.Selepas dia memberikan alamat dia pun mematikan telefonnya dan membuka pili air untuk membersihkan Nabilla.Hatinya sebak.Dia terasa lemah dan lembik sekarang.
Melihat tubuh Nabilla yang dipenuhi dengan lebam dan tompok-tompok merah mampu membuatkan dia pitam.Tidak,dia tidak boleh..Dia tidak boleh lemah!Dia harus kuat demi Nabilla.Tiada sepatah kata yang mampu dia keluarkan.Seperti batu yang berat menghempap dada dan lidahnya.
Dia menangis.Matanya tidak henti-henti mengalirkan air mata sewaktu dia membersihkan seluruh tubuh badan Nabilla.Dia mendukung Nabilla yang lemah itu.Nabilla pula mendiamkan dirinya.Iskandar menahan tangisnya melihat keadaan Nabilla.
"Assalammualaikum,"kata seorang doktor yang sampai bersama jururawat perempuan.Seraya dia melihat doktor tersebut,akhirnya matanya tertutup rapat.Dunianya gelap.Hatinya parah dihiris berjuta-juta pedang.Aku lemah Ya Allah..Aku lemah.
(beberapa jam kemudian)
Iskandar perlahan-lahan membuka matanya.Dia melihat dirinya yang dikelilingi oleh jururawat."NABILLA!"
"Encik,sabar encik.Isteri encik ada dekat..."
"Isteri saya.Saya nak isteri saya!"
"Sabar encik.Sabar..."terdapat beberapa orang jururawat lelaki menahannya.Iskandar menangis sekali lagi.Matanya berair.Dia terduduk perlahan-lahan.
"Nabilla.."katanya,teresak-esak.Dia pun diangkat dan diletakkan di atas katil.
"Encik kena sabar.Isteri encik selamat,"kata salah seorang jururawat lelaki itu.Iskandar menggeleng-geleng dan menolak jururawat lekaki itu lalu melarikan diri mencari Nabilla."Encik!"Dia dikejar tetapi dia tidak kisah.Apa yang dia mahu adalah Nabilla!
Dia berlari memandang satu persatu kaca lutsinar yang meletakkan pesakit.Apabila matanya menangkap kelibat yang ingin dia cari,cepat dia membuka pintu tersebut dan melihat Nabilla yang sedang ketawa bermain dengan Ikbal ditemani dengan ahli keluarganya.Nabilla yang melihat kehadiran Iskandar mula terkejut.
"Is,"panggil nek ma.Dia memeluk Iskandar dan Iskandar pun membalas pelukan mamanya.
"Tadi kami datang nak lawat kamu jugak,tapi doktor kata kena tunggu kamu sedar dulu.Alhamdulillah,syukurlah kamu tak apa-apa,"kata nek ma.Iskandar mengangguk dan mencium dahi mamanya itu.
"Baby?"panggilnya apabila melihat Nabilla yang sedang tersenyum ke arahnya.Dia pun pergi ke arah isterinya itu dan memegang kepala isterinya.
"Iye sayang,"sahut Nabilla,tersenyum memandang suaminya itu.Iskandar sayu melihat senyuman isterinya itu.Dia tidak tahu apa yang dia rasa kini.Perasaan bersalahnya menyelubungi jiwa.Bukan setakat jiwa malah nyawanya!
Wajah ini bukan lagi wajah yang dia lihat pada waktu pagi selepas kejadian tersebut.Wajah ini menunjukkan sifat takutnya dia terhadap manusia.Wajah ini menunjukkan sifat hilangnya kepercayaan dia terhadap manusia.Wajah yang dia lihat pada pagi semalam tidak mungkin dapat dikembalikan.
"Maafkan sayang.Sayang minta maaf sangat-sangat.Sayang tak tahu macam mana nak cakap.Sayang rasa.."kata-kata Iskandar dicelah.
"Takpek sayang.Bukan salah sayang,"kata Nabilla.Pelukan diberikan untuk menenangkan diri memasing.
Share this novel