Rate

1

Short Story Series 1591

Belle Adrynne POV

Aku menilik diriku di cermin besar. Baju seragam sekolah berwarna maroon dan skirt berwarna hitam paras paha. Dengan gaya divanya aku pusing-pusingkan badan.

"Hm... Not bad juga aku ni" kataku memuji diri sendiri. Aku mencalitkan sedikit lip balm ke bibir.

"Kak, jom sarapan dulu!" kata Aqil. Tersembul kepalanya memandang aku yang tidak habis-habis menilik diri.

"Hurm... Yelah. Dah, jangan kacau! Dah lah tak ketuk pintu!" kataku tanpa memandang adik lelakiku.

Farhaqil Emanuel hanya mencebikkan bibir.

"Eleh, minah gila ni!"

"What did you say?!" jeritku. Aqil menggeleng kepala.

"Nothing. Just say my sister is 'minah gila' hahaha!" Perfume di tangan aku baling ke arah Aqil yang mengekek ketawa.

Namun Aqil sempat mengelak. Fuh, perfume jenama mahal ni!

"Farhaqil Emanuel!!" bergema jeritanku di seluruh rumah banglo bertingkat dua itu.

Aqil ketawa. Seronok mengenakan kakaknya.

End POV

•••

"Eh, kenapa muka Belle ni masam je mama tengok?" soal mama di meja makan. Belle hanya diam. Dia duduk bertentangan dengan adiknya, Aqil yang sedang menahan tawa.

Sudu diambil lalu disua ke muka Aqil.

"Kau jangan sampai sudu ni masuk dalam otak kau tu!" marah Belle. Aqil mengangkat kedua tangannya tanda menyerah kalah.

"Okey, tak!" kata Aqil takut.

Bukannya dia tidak tahu kakaknya itu akan buat apa saja.

Contohnya, masa aku tanpa sengaja terpijak dress Belle dalam bilik.

Dia pernah bagi aku pakai dress tu.Bukan secara rela tetapi paksa. Korang nak tau apa dia buat lepas tu.

Boleh pula dia upload dalam Ig. Hah, kau! Malulah. Semua kawan-kawan dia dok ejek aku.

Memang kakak seorang yang pantang dicabar.

"Belle. Tak baik cakap macam tu kat Aqil" tegur papa pula. Aqil tersenyum sinis. Keningnya terangkat tinggi memandang kakaknya.

Belle memuncungkan bibirnya.

Roti di atas pinggan dia masukkan dalam mulut. Sambil mengunyah, dia berbalas pandangan dengan Aqil.

Mahu lancarkan perang ke apa minah ni?!

"Hari ni Belle dengan Aqil pergi sekolah sama-sama" mama bersuara memecahkan kesunyian di meja makan.

"What?! Taknaklah mama!" bantah Belle. Nak juga ikut mamat ni!

"Belle. Mama dengan papa tak boleh hantar harini. Kami dua ada dinner dengan kawan papa" kata mama lembut.

"Ish, tapi kena ke ikut Aqil ni? Belle kan boleh bawa kereta juga. Bolehkan ma?" soal Belle. Dia mengerdip-ngerdipkan matanya pada mama.

Mama menggeleng.

"The answer is no Belle Adrynne! Belle tak ingat ke apa jadi kalau Belle yang bawa kereta?" soal mama pula.

Belle mengangguk.

Pernah satu kali tu, dia gaduh dengan seseorang ketika memandu kereta. Hanya gara-gara satu calaran pada kereta kesayangannya itu, habis jejaka yang digaduhnya itu masuk hospital.

Nyaris dilanggar oleh Belle. Belle mana pantang dicabar.

Ayat yang pernah jejaka itu keluarkan masih jelas di cuping telinga.

"Setakat kereta buruk ni apalah sangat. Langgar Anjing pun tak dapat!"

Berasap telinga Belle.

"Tapi mama..."

"No!" balas mama. Belle memandang papanya.

"Pa~~"

Papa hanya diam menjamu sarapannya.

"Fine!" akhirnya Belle mengalah.

Aqil sudah tersenyum penuh makna.

•••

Bahu Aqil ditumbuk kuat. Mengaduh sakit Aqil dibuatnya.

"Apa ni, kak? Sakitlah?!" rungutnya. Tajam Belle memandang adiknya.

Telinganya dipulas-pulas oleh tangan Belle. Makin mengaduh sakit Aqil.

"Aduh-duhh... Sakitlah, kak!" Aqil terjerit kecil. Pelajar Wisdom's High menoleh ke arah mereka.

Adegan adik beradik itu mendapat sengihan dan tawa mereka.

"Tau pun sakit. Ni hati akak lagi sakit tau dengan kau ni. Buat jalan raya tu macam bapak kau punya je!" bebel Belle geram.

Aqil tersengih bersalah. Mana taknya, dari bermula mereka berdua bertolak sehingga sampai ke pagar sekolah Belle asyik terpekik terlolong je.

Naik pecah telinga aku! getus Aqil.

"Hehehe... Sorrylah, kak" pinta Aqil. Belle sekadar menjeling. Dia melangkah dengan lenggoknya meninggalkan adiknya yang tercengang.

Gedik!

"Wehh bro. Awek ehh? Rembat kat mana?" soal Evan tersengih. Wajah nakalnya memandang belakang tubuh Belle.

Pantas Aqil menampar dahi Evan.

Pap!

"Aduh. Woii!"

"Hah, apa-apa?! Kau jangan eh. Kau belum kenal siapa dia" kata Aqil tegas. Tahu sangat perangai kawannya yang satu ni ingin mencucuk jarum.

Aqil menyandang begnya dan meninggalkan Evan yang masih tercengang di situ.

Hah baguslah tu kakak dengan adik dua kali lima je perangai!

"Woi, tunggulah!" jerit Evan mengejar langkah Aqil.

•••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience