16

Romance Completed 132660

Mona keluar dari bilik air apabila selesai membersihkan diri. Baju tidur yang agak seksi dikenakan malam itu, namun ditutupi dengan bath robe yang dipakai. Hajatnya dapatlah dia menggoda Hazim malam ini. Lelaki itu harus jatuh ke tangan dia.

Sambil mengeringkan rambut, bayangan Hazim sudah lengkap berpakaian di pandang dengan kerutan di dahi.

"You nak pergi mana ni?"

"None of your business." Hazim ralit menyikat rambut di hadapan sebuah cermin.

Mona sedikit ternganga dengan jawapan sinis Hazim. Ke mana pula lelaki itu hendak pergi lewat malam ini? buang tebiat ke apa?

"I'm freaking serious Hazim. You tahu tak dah pukul berapa ni?"

"Kau ingat aku nak duduk sini hadap kau sampai pagi esok? hell no, Mona. Now, tepi." Hazim mencapai kunci kereta dan melintasi Mona yang mash bercekak pinggang.

"Apa you cakap ni? Whats wrong with you?" Mona seakan tidak percaya dengan kata-kata Hazim.

Takkanlah suaminya hendak pergi meninggalkannya pada malam pertama mereka?

"Hei! Hazim! I tak habis cakap lagi! Hei!!" Mona pantas mengejar dari belakang.

"Don't touch me!" sentuhan Mona pada lengan Hazim ditepis sehinggakan wanita itu terhenti dari mengejarnya.

"Hazim! Sampai hati you tinggalkan i! It's our first night for God sake!!" tempik Mona, tidak puas hati.

"Hazim!!!"

Jeritan Mona dibiarkan, pintu bilik hotel dihempas kuat sebelum Hazim melangkah pergi dari situ.

Hazim melayan perasaan sendiri di sebuah kafe. Hendak pulang ke rumah isteri pertama, dia masih belum kuat untuk melihat wajah kecewa Atilia Hana.

Penat seharian dia berlakon di hadapan orang ramai. Makin menyampah apabila mendengar Mona mereka-reka cerita tentang hubungan mereka sehinggalah bagaimana mereka akhirnya ke jinjang pelamin. Semuanya palsu.

Tepat jam 2 Hazim pulang ke rumah. Seisi rumah yang sunyi menandakan penghuninya sudah lena. Hazim menuju ke bilik utama. Perlahan-lahan kakinya melangkah masuk.

Sekujur tubuh yang sedang lena dipandang dengan rasa lega. Hana sedang nyenyak tidur, sehinggakan kehadiran Hazim tidak disedari.

Hazim mengambil tempat di sisi katil, berhadapan dengan Hana yang sedang tidur mengiring. Wajah Hana yang pegun ditatap dalam diam.

Mata Hana yang kelihatan sembap cukup menandakan bahawa gadis itu pasti banyak menangis. Segenap hati si suami diselubungi kesal. 'Apa aku dah buat? Aku dah lukakan hati dia.'

Cincin perkahwinan di jari manis Hana menggamit Hazim untuk menyentuhnya. Lega setelah pengesahan pernikahan mereka sudah diselesaikannya di jabatan agama beberapa minggu lalu. Akan diikat Hana terus dengannya.

Hana terkejut apabila merasakan sentuhan di jarinya. Pantas sahaja kepalanya diangkat. Hazim baru ingin melarikan diri, namun tersilap langkah, jari kakinya tersepak bucu katil.

Hazim mengerang kesakitan sambil terduduk di atas katil. Hana yang sudah terjaga pantas memetik suis lampu tidur.

"Abang! Abang buat apa kat sini? Kenapa kaki abang tu?" Hana pantas mendapatkan Hazim yang sedang menggosok-gosok jari kaki. Kantoi sudah.

"Sayang.. kaki abang terkena bucu katil tu."

"Ya Allah, macam mana boleh terlanggar? okey ke? berdarah tak?" Hana turut membelek jari kaki yang dimaksudkan.

"Tak, abang ok. Sakit sikit je."

"Abang buat apa kat sini?" Hana mengulangi soalan. Bukankah sepatutnya suaminya itu bermalam di rumah lain?

"Abang balik rumah isteri abang la."

"Betul-betul lah."

"Betul lah ni. Takkan nak bergurau pulak. I'm here aren't i?"

"Maksud Ati, abang sepatutnya dengan Mona kan sekarang? Kenapa abang balik sini?"

"Kenapa? abang dah tak boleh balik sini ke?" Hazim bertanya kembali.

"Abang...i'm serious." Hana mula memandang Hazim untuk mendapatkan penjelasan.

"Ok fine. Abang memang nak tidur sini malam ni."

"What? what happen to your wife then?" Hana terkejut bukan main.

"She's just a wife, not the one i love. Come on, Hana." Hazim membuang pandang. Takkan Hana tidak gembira dia ke mari?

"No way. Abang tak adil tau macam ni. Abang baru je kahwin dengan dia. Takkan first night abang dah tinggalkan dia?" Hana membantah.

Walaupun dia cemburu, apa yang dilakukan Hazim ini tidak patut. Kalau dia di tempat Mona, pasti dia bengang.

"Dah tu? You nak abang tidur dengan dia?" Hazim mengacah, riak Hana sudah berubah.

"Well... suka hati abang la. Dia kan wife abang." Hana memandang ke arah lain. Ah, cemburu pula.

"Kenapa tu? jealous ke?" Hazim mengusik Hana yang sudah mencebik.

"Mana ada jealous." Hana sedayanya mengawal perasaan.

"Jealous lah tu? Hmm?" Hazim ketawa kecil, ibarat mencurah minyak ke api.

"Hei, sayang cemburu ke?" Hazim melagakan bahunya dengan bahu Hana. Tiada respon.

"I know you're crying. Mata tu sembap sangat." tegur Hazim dengan lembut.

Saat ini mata Hana secara tidak langsung berair. Benci betul diusik begitu!

"Hana..." Hazim memaut dagu Hana, memaksa gadis itu menatapnya.

Riak sedih jelas terpapar di muka Hana. Sedaya upaya dia menahan sedih di hadapan Hazim.

"Abang tak boleh macam ni selalu. Nanti mesti Mona marah. Tak baik buat dia macam tu." gumam Hana perlahan.

Cukuplah dia yang terluka, janganlah bertambah hati yang Hazim sakiti.

Hazim tidak menjawab. Sebaliknya tangannya leka mengusap pipi gebu Hana. Terlalu lembut hati isterinya ini. Dalam terluka pun masih memikirkan soal orang lain.

Hazim menarik Hana ke dalam pelukan. Hendak diluahkan, tetapi dia tidak tahu bagaimana.

"If only you know... i can't, Hana. I'm sorry, baby." bisik Hazim.

Hana terdiam. Beberapa saat kemudian, sebaknya makin kedengaran. Setiap kali dia terluka, setiap kali Hazim memujuknya kembali. Ibarat sudah menjadi rutin hidupnya.

.
.

Mona mendengus kuat ketika Hazim akhirnya pulang pagi itu.

"Hazim! Mana you pergi semalam?!" Mona mendekati Hazim yang sedang menanggalkan t-shirt yang dipakai.

"Boleh jangan sibuk tak?" berkerut dahi Hazim. Pagi-pagi dah bising!

"I tanya you ni, jawab lah! You pergi mana? how dare you tinggal i macam tu je semalam? suami jenis apa you ni?" kemarahan Mona menjulang, sudahlah dia penat-penat merancang untuk malam pertama mereka.

"Shut up will you? Suka hati aku lah nak pergi mana pun. Bising lah!" Hazim mencapai sehelai tuala dan berlalu ke bilik air.

Nak mandi di rumah pun tak sempat, Hana sudah sibuk menghalaunya pagi tadi.

Mona menggetap bibir menahan marah. Awal-awal kahwin sudah buat hal.

Tengah hari itu Hazim tergesa-gesa check out dari hotel. Mona yang diheret bersama hanya membebel tanpa henti.

Hari itu mereka bakal mula berpindah ke rumah baru. Sebuah villa yang dihadiahkan oleh ayah Mona, Dato' Zailan.
Cukup besar, malah Hazim juga terpegun melihat suasana rumah yang bernilai jutaan ringgit itu.

"You nak pergi mana tu? That's not our room!" tegur Mona apabila Hazim sudah memasuki bilik kedua dari arah tangga bersama barang-barangnya.

"My room. Kau tidur sebelah." selamba Hazim menjawab sambil menjuih ke arah bilik tidur utama.

"Eh, kenapa pulak. Hazim! Don't you dare!"

"Apa masalah you ni?!" api kemarahan Mona meletus lagi.

"Apa masalah kau?"

"We are husband and wife. Kenapa you nak tidur asing pulak! Apa kena dengan you ni, Hazim?!"

"Technically, yes. Tapi aku tak hingin duduk sebilik dengan kau. Is that clear to you?" tutur Hazim tanpa rasa bersalah.

"Wow! sampai tahap tu sekali you benci i?"

"Baguslah kalau kau faham"

"Damn.." Mona melepaskan tawa hambar sambil geleng kepala. Benar-benar sakit hatinya mendengar jawapan Hazim.

"Now get out." tegur Hazim sambil berpeluk tubuh.

Mona pandang serius ke arah Hazim. Hendak melawan namun dia tidak sanggup mendengar kata-kata hina Hazim.

Akhirnya Mona keluar dengan rasa tidak puas hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience