Rate

400 METER

Short Story Completed 1131

" Cikgu , saya tak nak masuk acara ni . " Danish dipaksa cikgu nya mewakili rumah sukan untuk acara 400 meter lelaki .

" Danish , rumah biru tiada atlet yang mahir berlari . Cikgu harap kamu tolong , ini untuk markah rumah sukan . "

Setelah berbincang , akhirnya Danish menerima saran cikgu . " Lepas ni cuti seminggu , masa seminggu perlu aku gunakan dengan berlatih , tapi , kenapa aku ? Rumah lain mewakilkan atlet yang sudah ada pengalaman berlari . Aku mana ada pengalaman . Pasti aku dapat tempat terakhir . "

***

Seminggu cuti sekolah dimanfaatkan Danish .

Rumah Danish mempunyai padang . Jadi , disitulah dia berlatih berlari .

Dia paksa diri dia berlari 3 pusingan padang setiap hari .

Dalam masa yang sama , dia tidak melupakan perkara yang wajib . Solat tidak pernah tinggal . Dia mengikut cara ...

D U I T
? ? ? ?
Doa Usaha Ikhtiar dan Istiqamah Tawakal

Seminggu Berlalu ...

***

Danish menggeletar . Dia tidak mahu kalah . Dia mahu berjaya .

" Aku perlu cuba menumpukan sepenuh perhatian pada perlumbaan ini . "

Ke ... Garisan ...

Sedia ...

Mula .

Semua atlet berlari . Danish tertinggal jauh di belakang .

" Laju nya mereka , Arghh ! Jangan pedulikan mereka . "

Danish memecut memotong beberapa orang .

Dalam masa yang sama dia dengar ada penonton bersuara seperti ini .

" Budak tu mesti dapat terakhir , dah lah tak pernah nampak dia lari , awal awal pun tak dapat kejar , dia pecut baru dapat kejar dua orang , lepas ni mesti dia dah tak cukup nafas dan kalah . "

" Aku setuju . "

Danish masih memecut walaupun dia mendengar suara penonton yang merendahkan dia .

Baru 50 meter , dia lari .

Danish pecut lagi .

" Hiarghhh ! " Danish menjerit sambil berlari , mungkin dia nampak bersungguh sungguh .

Danish berjaya memotong 5 orang , kini dia berada di tempat keempat .

" Orang lain tak jerit pun , dia je over . "

Beberapa komen sinis ditujukan khas untuk Danish .

Danish memekakkan telinga . Dia bermonolog dalam hati .

" Tinggal 3 orang , kejar Danish , kejar ! " Danish memotivasi dirinya .

" Kau lari macam kau dah keluarkan segala gala nya padahal baru 200 meter , aku pun baru keluarkan sikit tenaga . "

Peserta tempat ke 3 itu menyindir Danish .

" Peduli apa ! " Danish terus memotong peserta ke 3 itu .

" Heh , kau ingat kau boleh jauh dari aku . "

" Argh . " Danish senak , dia sudah tidak tahan .

" Tidak , aku perlu kejar , lari dua orang , kenapa senak sekarang . "

Senak perut ketika berlari sungguh sungguh menyeksakan .

" Ada lagi 150 meter , usaha Danish , usaha ! "

Danish mengejar peserta tempat kedua manakala peserta tempat keempat tadi memotong tempat kedua .

" Argh . " Kini , Danish sudah tidak tahan , kaiki nya sudah tidak larat .

" Adakah ini sahaja batas aku . " Danish kecewa .

" Tidak ! Tidak ! Tidak ! Kau masih boleh lagi , Danish ! "

Usaha keras Danish membuahkan hasil apabila dia berjaya memotong tempat pertama .

Peserta yang menyindir Danish tadi betul betul berada di belakang Danish .

" Seperti apa aku cakap tadi , aku tak akan biarkan kau jauh , tahun lepas aku juara . "

Danish sudah tidak sanggup . Dia merasakan dia susah mencapai batas nya , berlari sebanyak 300 meter menyebabkan 100 meter terakhir ini hampir tidak sanggup dihadapi oleh nya .

Suara juru acara kedengaran .

" Di 100 meter terakhir , peserta rumah merah , iaitu juara tahun lepas berjaya memotong peserta rumah biru . "

Terdengar pelbagai sorakan dari pelbagai rumah sukan ingin melihat wakil masing masing mendapat hadiah .

Danish hampir terjatuh , dia cuba mengimbangi dirinya semula .

" Tak boleh jadi ini , siap kau rumah merah , akan aku kejar . "

" Yargghhh ! " Danish dan peserta itu bersebelahan memecut ke garisan penamat .

" Nampak nya peserta rumah biru tidak menyerah walaupun lawannya adalah juara 400 meter lelaki tahun lepas , saya tidak pernah nampak pun dia menjadi wakil rumah tahun lepas . "

" Semakin menarik , 50 meter terakhir . Siapa yang menang ? Merah atau Biru . "

Terdengar jeritan penyokong penyokong .

Ramainya yang lebih menyokong merah kerana dia merupakan juara tahun lepas .

" Kau memang tak pernah nampak aku tahun lepas , aku tidak menjadi wakil rumah tahun lepas dalam acara ini . "

10 meter terakhir ;

" Alamak ! " Danish menjerit , kaki kanannya terlanggar kaki kiri . Dia terseliuh .

" Berakhir sudah . " Danish terjatuh .

Parghh .

***

" Juara nya ialah Danish ! Peserta dari rumah biru . "

Danish terkejut . Tadi dia berniat tidak ingin angkat muka kerana malu .

Dia angkat muka sambil hati nya berbisik .

" Betul ke ? "

" Kaki kanan Danish terlebih dahulu melepasi garis penamat mengalahkan juara tahun lepas iaitu peserta dari rumah merah , Luqman ! "

***

Danish tersenyum ketika nama dipanggil menerima sijil pencapaian kerana mendapat tempat pertama .

Danish turun dan pergi ke arah cikgu . Cikgu itu memanggilnya sebentar tadi .

" Perlumbaan kamu memang sengit dan terbaik , dia merupakan wakil negeri dalam acara ni , tapi kalah lawan kamu yang merupakan wakil rumah sukan . Kamu hebat Danish , tidak sia sia cikgu pilih kamu . "

***

Malam ;

" Alhamdulillah ya Allah , ya Rahman , ya Rahim . Aku bersyukur kepadamu kerana mengizinkan aku untuk memenangkan pertandingan ini , walaupun aku sudah tidak sanggup berlari , sudah merasakan yang aku sudah tidak boleh berlari kerana mencapai batas tetapi kamu membantuku menjuarai perlumbaan ini , terima kasih , syukur Alhamdulillah , Ya Rabb , syukur Ya Razzak , yang maha memberi rezeki , memberiku rezeki mengecap kejayaan . "

***

Alhamdulillah , tamat sudah short story ini , jika kamu semua suka atau ingin memberi teguran , boleh komen di bawah , kalau boleh , baca juga cerita cerita aku sebelum ini iaitu ...

Hafiz Si Anonymous , DUNIA , AHMAD , Diganggu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience