74

Romance Series 93218

Langkah Trisya diekori rapat sehingga menuju ke sebuah club. Gadis itu dilihat begitu riang melangkah masuk ke dalam premis itu. Malah lebih mengujakan gadis itu lagi apabila terdapat sekumpulan lelaki seakan berebut - rebut untuk mendapatkannya. Saat itu Trisya dilihat hanya tertawa menggoda.

Yasir menarik nafas panjang. Sejujurnya dia sudah tidak betah untuk berada di situ dengan lebih lama lagi. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia meninggalkan club ini dengan kadar yang segera. Namun saat memikirkan rancangan yang dibuat bersama Ezmal tempoh hari, akhirnya Yasir mengalah. Pandangannya masih setia merenung ke arah Trisya yang begitu rancak menari di atas pentas. Malah disekelilingnya juga terdapat beberapa orang pemuda yang begitu asyik melayaninya. Lagak mereka sungguh menjijikkan.

“Wei bro!! Lama tak jumpa kau. Mana kau menghilang selama ni?" Tegur satu suara dengan nada yang separuh menjerit.

Yasir menoleh ke arah datangnya suara itu. Kelihatan seorang lelaki yang dikenali dengan nama Jeremy sedang berdiri di hadapannya. Lelaki itu sedang tersenyum memandang ke arahnya. Yasir dan Jeremy dilihat saling berjabat tangan sebelum mereka berpelukan.

“Aku ada je, bro. Cuma sekarang ni aku dah slow sikit. Malaslah. Aku dah bosan hidup macam ni sebenarnya." Begitu jujur Yasir menyuarakan isi hatinya.
"What?? Like seriously, bro? Kenapa tiba - tiba je ni? Ada apa - apa yang aku tak tahu ke?" Soal Jeremy dengan penuh musykil.

Yasir tersenyum kecil. Wajah kasanova Jeremy ditatap lama. Sedikit pun dia tidak hairan mengapa Jeremy tidak mempercayai dengan kata - katanya. Ini kerana memang sejak dari dahulu lagi mereka berdua berkawan baik. Segala rahsia hidup telah mereka kongsikan bersama. Malah tidak keterlaluan kiranya Yasir menyatakan bahawa melalui Jeremy jugalah dia mula mengenali dunia yang penuh dengan kegelapan ini. Hal ini adalah kerana Jeremy merupakan anak kepada tauke club tersebut. Jadi tidak hairanlah mengapa Jeremy lebih expert dalam hal - hal yang berkaitan seperti ini.

“Nothing, bro. Aku cuma rasa bosan dengan hidup aku yang dulu tu. Lagipun sampai bila kan aku nak terus hidup macam tu? Tak mendatangkan apa - apa kebaikkan pun." Jelas Yasir lagi.

Jeremy semakin pelik. Baginya Yasir yang berada di hadapannya kini ternyata benar - benar berbeza dengan Yasir yang dikenalinya suatu ketika dahulu.

“Kejap! Kejap! Apa yang buat kau berubah sampai macam ni sekali? Sebab kematian Ramona ke? Come on, bro!! Kau takut ke? Chillax!! Kau pun tahu kan Ramona tu bukan layan kau sorang je. Bersepah lagi lelaki yang dia layan. So no wonder lah dia senang - senang je dapat penyakit tu. Lagipun sape suruh dia tak ambil langkah protection?" Kutuk Jeremy tanpa rasa bersalah.

“Tak baik kau cakap macam tu Jeremy. Arwah tu dah takde pun. Sekurang - kurangnya arwah tu sempat juga bertaubat sebelum dia meninggal. Yang kita ni tak tahu lagi nak mati dalam keadaan macam mana kan? Buatnya Allah tarik nyawa kita sebelum sempat bertaubat macam mana? Tak ke sia - sia je hidup kita selama ni?" Tegur Yasir ikhlas.

“Wow!! Wow!! Sejak bila kawan aku ni dah pandai bercakap soal dosa pahala ni? Come on, bro!! Aku rasa macam tak sesuai kot kau nak bercakap soal dosa pahala dalam tempat - tempat macam ni. Lagipun kalau betul kau dah berubah, apa yang boleh buat kau datang ke sini semula?" Agak sinis sekali Jeremy menyuarakan persoalannya kepada Yasir. Malah di bibirnya juga turut terukir senyuman sinis seolah - olah mempersendakan perubahan diri temannya itu.

Yasir tidak mudah melatah. Dia turut tersenyum saat disindir Jeremy. Faham benar dengan sikap temannya yang satu itu. Jeremy memang seorang teman yang tidak mudah ditegur. Terutamanya dalam hal - hal berkaitan keagamaan. Tanpa mempedulikan pertelingkahan kecil mereka tadi, Yasir segera menjuihkan bibirnya ke arah Trisya. Sekaligus membuatkan Jeremy turut sama berpaling ke arah yang ditunjukkan Yasir.

“Kau kenal minah tu?" Soal Yasir serius.

“Trisya? Maksud kau minah yang tengah menari kat atas podium tu kan?" Soal Jeremy meminta kepastian.

Yasir mengangguk. Pandangannya masih setia melekap ke arah Trisya. Nampak gayanya gadis itu semakin lincah menari sambil dikelilingi oleh jejaka - jejaka si hidung belang.

“Fuyyooo!! Kau ni memang tak nak kalah kan? Dari dulu sampai sekarang, high taste je pilihan kau. By the way, minah tu nama dia Trisya. Dia memang hot stuff kat sini. Daring habis bro!! Sape je yang tak mengelupur bila tengok keadaan dia macam tu? Selalu juga dia datang sini. Tapi minah ni susah sikit nak dapat. Ramai juga yang cuba aimed dia. But no responded. Setakat menari macam tu, dia layanlah." Cerita Jeremy penuh teruja.

Sekali lagi Yasir tersenyum sinis. Entah mengapa dia merasakan peluang untuk dia mendekati Trisya tidak sesukar seperti yang disangkakan. Tidak semena - mena pandangan Yasir dan Trisya bersatu. Gadis itu dilihat sedang merenung ke arahnya dengan senyuman menggoda. Jeremy yang turut menyedari akan hal itu mula bersorak riang.

“Wow!! Wow!! Jerat dah mengenalah! Hebatlah kau ni Yasir! Sekali tenung je dah boleh buat orang tersangkut. So, apa tunggu lagi? Come on, bro! Make a move!" Sorak Jeremy lagi.

Namun belum sempat Yasir bersuara, tiba - tiba Trisya sudah mula mendekatinya. Malah tanpa segan silu, Trisya melabuhkan punggungnya di atas riba Yasir. Leher Yasir dirangkul mesra lalu tanpa sebarang isyarat, bibir Yasir dicium dengan penuh menggoda. Yasir terpaku. Namun cepat - cepat dia menjarakkan tubuhnya dari Trisya.

“Ooops.. Sorry!! By the way you're new here? I tak pernah nampak pun sebelum ni?" Soal Trisya penuh menggoda.

“Yes, I'm new here. I'm Yasir and you.."

“Trisya."

Yasir tersenyum manis. Dia menghantar isyarat kepada Jeremy agar meninggalkan mereka bersendirian di situ. Bimbang jika ramcangannya gagal jika Jeremy terus berada di situ.

Trisya semakin berani. Kepalanya langsung dilentokkan di atas bahu Yasir. Entah mengapa jiwanya begitu mendambakan lelaki itu. Hanya dengan sekali pandang sahaja hatinya sudah terpaut kepada Yasir. Malah dia juga yakin betapa Yasir juga merasakan perkara yang sama sepertinya. Bahkan dia juga tahu bahawa Yasir begitu asyik merenung ke arahnya sejak dari awal tadi lagi. Jadi mengapa perlu dia melepaskan peluang itu begitu sahaja? Jika terlambat, pasti akan ada gadis lain yang akan mendekati jejaka tampan ini. Sebelum dia berputih mata, lebih baik dia memulakan langkah.

“You nak minum? Biar I ambilkan untuk you ok?" Trisya mempelawa diri untuk mendapatkan minuman bagi pihak Yasir.

“Thanks but no thanks. I tak rasa nak minum pun sekarang ni. Tengok you pun dah buat I hilang dahaga. By the way, selalu ke you datang sini?" Soal Yasir memulakan agendanya.

“Selalu juga. That's why I tahu yang you orang baru kat sini." Balas Trisya separuh berbisik di telinga Yasir. Kini leher lelaki itu manjadi mangsa ciumannya. Makin lama Trisya semakin berani. Namun Yasir tetap menolak dengan lembut.

Melihatkan reaksi Yasir itu membuatkan Trisya semakin teruja untuk mendapatkannya. Baginya lelaki spesis Yasir memang agak sukar didekati namun ianya akan mendatangkan kepuasan buat Trisya jika dia berjaya menakluki hati lelaki itu.

“I rasa macam tak best lah kalau kita berbual di sini. Apa kata you ikut I keluar? Kita pergi jalan - jalan ke. Lepak minum ke?" Ujar Yasir memberi cadangan.

Trisya pantas mengangguk laju. Peluang seperti ini yang dinanti - nantikan sejak tadi. Tanpa membuang masa, mereka berdua segera meninggalkan club itu. Jeremy yang sejak tadi menjadi pemerhati dari jauh akhirnya tersenyum penuh makna. Ternyata iman Yasir tidaklah seteguh seperti yang dibicarakan. Lelaki itu masih jua tergoda apabila ada yang mendekati. Semoga akan ada keseronokkan yang menyinari hidup kedua - dua insan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience