Keesokannya,
Aishah sudah bersiap dengan cantik dia mengenakan busana yang sangat cantik berwarna merah jambu.Ain pula memakai make up dengan tebal macam lah dia pengantin.Selepas mereka berdua bersiap Aishah duduk di bilik dan Ain melabuhkan punggung di sebelahnya.Perkahwinan itu berlangsung di rumah sahaja.Ain perasan akan Aishah yang dari tadi diam sahaja tidak membuka mulut walau satu perkataan pun.
"Sha kau happy kan"tanya Ain
Diam
"Sha aku tanya kau ni..kau happy kan dengan perkahwinan ini"tanya Ain semula
"Ain aku sayang Khalish"kata Aishah airmata mulai turun di pipi
"Aku cintakan Khalish...aku tak nak perkahwinan ini"kata Aishah mulai menangis
Akhirnya Aishah luahkan juga perasaannya selama ini dia pendam rasa cinta ini disebabkan egonya sendiri
"Dah kau jangan nangis lagi..ada masa lagi kau nak batalkan perkahwinan ni"kata Ain
"Aishah dah siap ke rombongan pengantin lelaki dah sampai"kata Mak Aishah
"Ya allah..kenapa anak mak nangis nii..risau nanti tinggalkan mak ye..tak payah risau lah seminggu sekali datang lah kampung"kata Mak Aishah
Orang sedih sebab lain..dia boleh pula buat lawak..Aduhh
"Sha nangis bukan sebab tu..Sha cintakan Khalish..sha tak nak kahwin dengan lelaki itu"
"Haahh!!!..kenapa tak cakap awal lagi..takpe kamu sendiri pergi cakap dengan Amir boleh"kata Mak Aishah.Aishah menganggukkan kepala
Aishah keluar dari bilik dan berjalan ke arah Amir.
"Amir..saya nak cakap dengan awak sesuatu ni"kata Aishah
"Haah apa dia..cakaplah"kata Amir
"Sebenarnya saya cintakan Khalish..saya nak batalkan perkahwinan ini"kata Aishah
Tiba tiba kereta seseorang berada di depan rumah dan keluarlah seorang lelaki tampan dan bersegak.
"Awak kata awak cintakan Khalish kan pergilah"kata Amir sambil senyum
Lelaki yang keluar dari kereta itu adalah Khalish.Aishah berlari ke arah Khalish lalu memeluk lelaki itu dengan erat tergamam Khalish.
"Maafkan saya Khalish..saya dah lukakan hati awak..saya terlalu ego sampai saya tak tahu perasan saya apa...saya sedar sekarang dalam hati saya hanya awak yang ada..saya cintakan awak Khalish"kata Aishah tidak lepas memeluk lelaki pujaan hatinya.Khalish sambut pelukan itu dengan erat.
"Dah sayang jangan nangis..kita kahwin ye"kata Khalish.Aishah perlahan lahan mengangguk
"Yang kamu berdua peluk peluk di luar rumah tuu kenapa..masuklah dalam rumah dulu kahwin dulu..pastu nak peluk berapa lama pun boleh..jiran semua tengok tu malu lah sikit"kata mak Khalish
"Alaa mak cik ni..diaorang nak luahkan perasaan dia orang tu"kata Ain
"Dah dah masuk cepat kahwin..kalau berdiri macam ini sampai esok tak kahwin"bebel mak Aishah
"kamu dah bersedia"tanya tok kadi
"Dah"
"Muhammad Khalish Aryan bin Dato Izham aku dinikahkan kau dengan Aishah Riyani binti Izzudin dengan mas khawinnya sebanyak 800 tunai..
"Aku terima nikahnya Aishah Riyani binti izzudin dengan mas khawinnya Rm 800 tunai.
Dengan lafaz satu mereka sah menjadi suami isteri.Khalish melangkah pergi ke arah Aishah dan sarungkan sebentuk cincin di jari manis Aishah lalu mengucup dahi dan Aishah bersalam dengan suaminya.
"Akhirnya kau jadi isteri Khalish juga..aku gembira sangat sebab kau gembira..jadi isteri yang baik tau"kata Ain
"Khalish awak pula jaga kawan saya dengan baik tau..jangan sakitkan hati dia"kata Ain
"Tu memang tanggungjawab saya dah dan saya takkan sakitkan hati isteri saya yang cantik ni"kata Khalish,merona merah muka Aishah kerana di puji oleh suaminya sendiri.
"Wauu...sweet lah korang ni..bila lah aku nak kahwin ni"kata Ain lalu melihat cincin pertunangannya bersama Rifqi.
"Haah Aishah sekarang ni kamu dah jadi isteri Khalish..kamu tahu kan tanggungjawab sebagai isteri apa dan tunaikan permintaan suami kamu tu..mak pun nak main dengan cucu juga..jadi faham faham lah ye"kata Mak Aishah
"Baik mak"kata Aishah
"Haahh dengar tu sayang..mak nak cepat cucu jadi kita kena kerja lebih keras..baru boleh dapat anak cepat..siap lah sayang malam ni"kata Khalish
Bulu roma Aishah menaik..seramnya suami aku ni..apalah nak jadi malam ini tertanya tanya Aishah.
Happy reading:-)
Share this novel