Bab 8

Drama Series 6860

Rainah kusyuk menaip dokumen yang di berikan oleh Arjuna. Ada tiga fail kena siapkan pada hari ini juga. Maklumlah semalam, dia dah berehat.

"Rainah, dah settle ke dokumen yang TY Enterprise...?", Arjuna bertanya.

"Belum lagi, Encik... "

Arjuna merenung wajah sembab Rainah. Bengkak mata Rainah.

"Awak sihat ke tak ni...?"

"Sihat Encik...", Rainah menunduk apabila menyedari tenungan mata Arjuna melekat pada wajahnya.

"Sempat tak siapkan sebelum lunch...? Sebab dokumen ni kena serah pada Damia dulu untuk check..."

Rainah memandang jam, hanya tinggal 1 jam lagi.

"Insyallah Encik. Saya cuba siapkan.", Rainah mengangguk.

"Okay... Nanti siap, kalau saya tak ada kat bilik. Awak hantarkan pada Damia yer...."

"Baik encik..."

Arjuna sudah melangkah ke biliknya.

Rainah menarik nafas panjang. Segera dia membuat kerja.

Sejam berlalu, Rainah sudah menyiapkan dokumen yang pertama. Lagi dua dokumen, dia akan siapkan selepas rehat.

"Rai...,jom lunch...", ajak salah seorang kerani senior.

"Kak Noni pergilah dulu.... Rai nak pastikan dokumen ni sampai tepat masa...."

"Okay Rai, kak Joyah pun nak gi lunch. Kesian kat baby dalam ni, lapar...", sampuk seorang lagi kerani.

Mereka semua beredar. Tinggallah Rainah yang sedang mencetak dokumen.

Damia yang terjengul membuatkan Rainah terkejut.

"Rai ,jom lunch..."

"Saya tak siap lagi ni....Saya kenakan siapkan dokumen ni...."

Damia termenung.

"Meh Damia tolong...",

"Tak payah la... Nanti Damia terlepas lunch hour lak..."

"Macam ni la, Damia tapau untuk Rainah la yer..."

"Okay... Nanti ambil duit...", Rainah menggagau begnya.

"Damia belanja. Tak payah la.", Damia terus berlalu.

Rainah terhenti dari mengambil duit. Kelibat Damia yang sudah masuk lif, di pandangnya.

Rainah meneruskan kerjanya. Kertas yang siap di cetak, di susun mengikut urutan. Tangannya yang ligat terhenti tatkala terasa nafas seseorang terkena pada telinganya. Rainah menoleh. Pucat wajahnya melihat Arjuna yang tersenyum senget.

"Dah siap...?", Arjuna tersenyum.

"Dah Encik...", Rainah tergagap-gagap.

"Hey... kenapa...?", Arjuna senyum menggoda.

Rainah kaku. Arjuna mendekat. Tangannya mencuit dagu Rainah.

"Awak cantik...."

Rainah sudah terketar-ketar. Sungguh dia takut dengan gelagat Arjuna.

"Takut dengan saya... ", Arjuna menjungkit bibirnya.

Rainah hanya kaku. Tubuhnya menggigil.

"Hey... dengan Lokman, boleh pulak awak peluk. Kenapa tidak dengan saya....?", soal Arjuna.

Arjuna menyelak rambut Rainah ke tepi. Rainah makin pucat. Matanya sudah kelam. Tubuhnya melorot ke bawah. Arjuna sempat memegang tubuh Rainah dari jatuh ke lantai.

Arjuna mengangkat Rainah menuju ke biliknya.

Perlahan Rainah di baringkan ke sofa. Wajah pucat Rainah di pandang. Perasaan bersalah menyapa fikirannya. Jemarinya meraup rambutnya, kusut. Dia sebenarnya hanya ingin mengusik sahaja.

Dia duduk menenangkan dirinya. Dari jauh, dia merenung Rainah. Wajah yang di sapu bedak nipis dengan bibir merah yang hanya di calit lip balm. Sangat menarik, natural sahaja. Tidak seperti wanita-wanita lain yang dia kenal, semuanya bermake up tebal.

Ketukan di pintu menyentakkan Arjuna.

"Masuk..."

Damia menjenguk.

"Rainah dengan you...?"

"Kat sofa.."

Mata Damia terbuntang.

"you buat apa...?," Damia segera menghampiri Rainah di sofa.

"I tak buat apa-apa...."

Damia memandang Arjuna tidak percaya.

"Rainah... Rainah....", Damia menepuk perlahan pipi Rainah.

Damia mengambil air ,meraup wajah Rainah. Rainah terpisat-pisat sambil tangannya memegang kepala yang pening.

"Rai... awak tak makan ubat?", tanya Damia.

Rainah menggeleng.

"Awak ni degil la. Betul cakap Johanna. Patutlah macam-macam dia pesan kat saya."

Rainah tersenyum.

Arjuna tergamam apabila mendengar celoteh Damia.

"Awak sakit apa?", tanya Arjuna.

Senyuman Rainah mati tatkala melihat Arjuna.

"Mana ubat?", tanya Damia tanpa mengendahkan pertanyaan Arjuna.

"Dalam beg.."

Damia bangun lalu keluar ke meja Rainah untuk mengambilkan ubat.

Arjuna mendekati Rainah.

"I'm sorry...I'm just kidding...", Arjuna merenung mata Rainah.

Rainah menundukkan kepala. Dia mengangguk.

Damia kembali dengan ubat di tangan.

"Nah makan ubat...", ubat di hulurkan dengan sebotol air.

Rainah hanya menurut.

"Kau macam ni ,macam mana dengan anak kau nanti. Jaga kesihatan kau dulu...", mulut Damia sudah menceceh.

Panggilan juga sudah berubah.

Rainah tersentak. Dia merenung ke arah Damia.

Arjuna juga tergamam. Kelu tak terkata.

"Dah jangan nak terjegil mata kau tu... Kak Johanna tu dua pupu aku.... Mestilah dia suruh aku tengok-tengokkan kau...."

Rainah tak terkata apa-apa. Wajah Arjuna yang terkejut di depannya di pandang sekilas. Rainah malu.

"Hah Arjuna, you jangan nak buat onar dengan Rainah..",sembur Damia kepada Arjuna.

Arjuna mengangkat kedua belah tangan tanda tidak akan melakukan apa-apa.

Rainah tersenyum melihat keletah Arjuna.

Arjuna melekapkan kedua-dua belah tapak tangan sambil mengucapkan 'sorry' tanpa suara.

"Nah, makan lunch ni... Tak apakan Arjuna, kami sepahkan di sini....", ujar Damia selamba.

"it's okay...."

Arjuna lega apabila Rainah sudah tersenyum.

Rainah juga berasa lega apabila Arjuna meminta maaf. Melihatkan Arjuna seperti itu, dia merasakan Arjuna seorang yang baik.

Rainah makan sedikit sahaja.

"Sikitnya makan....", tegur Damia.

"Dah tak boleh masuk dah...", Rainah menggeleng.

Arjuna hanya memandang. Banyak yang dia ingin tahu tentang Rainah. Lebih-lebih lagi apabila dia tahu Rainah punya anak.

"Arjuna, kami keluar dulu.."

Sebelum Damia naik ke pejabat, dia mengambil dokumen yang sudah Rainah kepilkan.

"Kau rehat dulu..."

Rainah mengangguk. Otaknya ligat berfikir, dia lupa bagaimana Damia berjumpa dengannya.

Tiba-tiba Rainah teringatkan anaknya, Hakim.

'Rindu anak ibu....'

Airmatanya bergenang.

"Rai..."

Rainah menyeka airmata sebelum berpaling.

Kelu melihat Arjuna berdiri di hadapan mejanya.

"I'm sorry, Rainah. Saya tak sengaja..."

Rainah senyap. Matanya sahaja yang tunak melihat Arjuna.

"Saya... Saya sukakan awak....", Arjuna melihat Rainah.

Rainah tersentak.

"Pertama kali saya lihat awak dalam lif hari itu. Saya dah jatuh cinta...."

Rainah menghela nafasnya.

"Encik... Saya janda anak satu. Lagipun encik dah bertunang. Saya masih sayangkan bekas suami saya... Saya harap encik kuburkanlah perasaan sayang tu... Saya minta maaf....", Rainah menunduk.

"Maaf Rainah... Saya harap awak lupakan apa yang berlaku tadi..."

Rainah mengangguk.

"Saya maafkan Encik...."

"Errr satu lagi saya nak tanya.."

Arjuna menggaru kepala.

"Apa dia?"

"Awak dengan Lokman....?"

Rainah melarikan wajahnya ke arah lain. Dia mengigit bibirnya.

"Cinta pertama saya....", Rainah teragak-agak.

Arjuna pula yang terkedu.

"Jadi, kenapa...."

Rainah menggeleng menandakan dia tak mampu bercerita. Matanya berkaca, sebelum airmatanya mengalir laju.

Arjuna kaget.

"Syuuh...okay ..okay..,Saya takkan tanya lagi... Dahlah..., nanti kak Joyah dan Noni cakap saya apa pulak....", muka Arjuna cemberut.

Rainah gelak sambil mengesap dengan jarinya.

"Kan cantik bila awak senyum..."

Rainah hanya tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience