Jobi seorang diri mengurus kerja yang sudah diarah oleh Guna. Nora belum muncul dari pagi. Dia tahu yang Nora tentu tidak akan datang. Selalunya dia akan nampak Nora awal terpacak di mejanya.
“Kenapa lah perempuan tu tak datang lagi.”.
Keluh Jobi sendiri. Dia tidak mampu uruskan kerja ini seorang diri. Kerja itu memerlukan dua orang. Pasti disiapkan sampai malam jika dia buat sendiri.
Kotak yang tertulis huruf X diambil dari atas rak. Jobi letakkan di meja. Dia sendiri belum tahu isi di dalam kotak itu.
“Huh.”.
Dia nampak ada satu mesin yang perlu diuji. Jobi keluarkan mesin itu dari kotak. Lama dia memandang kotak itu. Dia sendiri belum pernah lihat mesin itu sebelum ini. Jobi rasakan pengalaman baru. Mesin ini belum pernah dilihat di depan mata.
“Mana lah Amelia ni. Sepatutnya dia yang buat kerja ni.”.
Jobi seperti mengalah. Otaknya tidak akan jalan jika kendali sendiri. Mesti ada orang di sebelahnya. Kerja ini bukan mudah. Kerja ini melibatkan idea-idea yang bernas.
Selalunya Amelia yang pakar dalam bidang ini. Kini dia mengambil alih kerja dari Amelia.
“Jobi!”.
Suara Nora terdengar. Dia menegur Jobi dari belakang. Begnya disimpan terlebih dahulu di meja itu. Nora bergerak ke arah Jobi.
“Ingat tak datang.”.
Jobi sempat menyindir. Nora pula sedar yang dia sudah terlewat datang ke kerja. Nasib saja Guna hari ini tak datang pejabat.
“Tolong jangan cakap dengan aku sekarang. Kalau boleh kau pergi duduk kat bangku tu. Biar aku uruskan mesin ni.”.
Nora menghalau Jobi dari tempatnya. Dia tidak biasa buat kerja ini bersama Jobi. Mesin itu sudah pernah dikendalikannya bersama rakannya dulu. Tapi rakannya sudah dibuang dari Makmal. Guna yang buang.
“Ok. Aku duduk sana. Kau buat lah kerja sorang-sorang.”.
Jobi menuju ke kerusi yang tidak jauh dengannya. Dia diarah duduk oleh Nora. Dia tidak kesah. Itu lagi baik untuknya. Jobi boleh rehatkan badan dan melihat Nora kendalikan mesin itu seorang diri.
Nora tidak lihat langsung ke arah Jobi. Dia sendiri tidak kesah sama ada Jobi mahu membantu atau tidak. Begitu juga dengan Nora. Dia sendiri tidak perlu pertolongan dari Jobi.
“Pelik pula mesin kali ni. Tapi tak pe. Kau boleh Nora. Buktikan kau lagi bijak dari Amelia tu.”.
Berkata Nora di hati. Dia menyebut nama Amelia. Amelia adalah pesaingnya. Dia juga benci Amelia. Selalu saja menang di depan mata Guna.
Jobi melihat dari jauh. Sinis gelak Jobi apabila melihat Nora mula binggung. Dia cuba biarkan seketika.
“Ah!”.
Mesin itu berapi di bahagian bawah. Nora menghumban mesin itu jauh-jauh. Tangannya keluar darah apabila terkena bucu tajam dari mesin itu.
“Hahahaha.”.
Ketawa besar Jobi. Jobi tidak tahan melihat Nora yang terbaring sekarang di lantai.
“Aduh. Sakitnya.”.
Darah di tangan Nora semakin mengalir banyak. Jobi koyakkan sedikit bajunya. Darah Nora perlu dibalut.
“Nah. ambil ni. Ikat kat tangan kau.”.
Nora mengambil kasar kain yang diberikan oleh Jobi. Begitu lantas dia balutkan tangannya yang luka itu.
“Allah. Teruk da mesin ni. Apa yang kau buat kat mesin ni sampai gini. Haha.”.
Jobi cuba buat hati Nora sakit. Dia masih belum terima apabila direndahkan oleh Nora tadi.
“Kenapa dengan mesin tu?”.
Tanya Nora dengan cemas. Kalau Proffesor Guna dapat tahu yang mesin itu rosak, boleh dibuang dia dari makmal ini.
Jobi dekatkan dirinya ke tempat Nora. Mahu lihat keadaan Nora sekarang. Dia tidak paksa kalau Nora mahu teruskan kerja ini atau tidak.
“Mana mesin tu. Biar aku tengok.”.
Nora berdiri dari lantai. Mahu lihat keadaan mesin itu sekarang.
“Adui.”.
Kesakitan Nora. Dia tidak larat bangun dari tempatnya.
“Jangan lah paksa bangun. Nak aku hantar kat kerusi tu ke?”.
Jobi cuba prihatin dengan Nora. Rasa kasihan mula muncul terhadap Nora. Dia rasa bersalah. Tindakan tidak kesahnya itu buatkan Nora cedera.
“Pergi jauh lah Jobi!”.
Nora tetap dengan egonya sendiri. Dia tolak tangan Jobi yang mahu membantunya untuk bangun.
“Ok kau duduk lah kat situ. Aku nak buat kerja aku.”.
Jobi biarkan Nora duduk di tempat itu. Nora pula langsung tidak memandang Jobi. Dia biarkan Jobi terus jalan ke arah mesin itu. Tangannya dipegang-pegang. Nora tetap tahan sakit itu. Dia cuba balutkan kain itu lagi dengan ketat. Darah yang keluar tadi itupun sudah berhenti.
“Eh. Beratnya mesin ni.”.
Jobi angkat mesin itu kembali. Dia sendiri akan kendali mesin ini. Dia biarkan Nora di sana. Kali ini Jobi langsung tidak kesah dengan Nora.
^^^
30 minit kemudian.
“Besi apa pula ni. Oh ni cucuk je kat sini kot.”.
Jobi mengandai sendiri.
Dia cuba nyalahkan mesin itu. Sudah 30 minit dicuba masih belum ternyala mesin itu lagi. Sedikit lelah Jobi.
Dia mengambil airnya yang berada di meja itu. Peluh sudah mengalir di badannya. Dia tetap tekun. Guna akan lihat mesin ini esok. Dia perlu cepat kendalikan mesin ini secepat mungkin.
“Huh. Penatnya. Mana pula pempuan kambing tu.”.
Jobi menuju ke arah Nora. Dia ingin lihat Nora. Rasa lain pula terasa. Langsung tidak terdengar suara Nora. 30 minit telah berlalu. Nora masih tidak muncul-muncul.
“Gila. Kat tempat tu pun boleh tidur.”.
Matanya sekarang memandang Nora yang sedang tidur. Dengkur Nora tidak habis-habis keluar. Kecewa Jobi lihat perangai Nora itu.
“Nora!’.
Teriak Jobi.
Jobi cuba bangunkan Nora dari tempat itu. Tidak adil baginya kalau biarkan Jobi sendiri kendalikan kerja itu. Ini tugas mereka berdua. Jobi mahu Nora bangun cepat.
“I love you to. Muah Muah Muah.”.
Nora dilamun mimpi cinta. Dia langsung tidak sedar yang Jobi memanggil namanya. Dia teruskan mimpinya. Tidak tahan Jobi teruskan pandang Nora. Begitu mual rasanya.
“Lantak lah. Kau tidur lah kat sini.”.
Jobi berpatah balik ke arah mesin itu. Dia perlu siapkan kerjanya hari ini juga. Dia biarkan Nora tidur di Makmal.
^^^
9 Jam kemudian. Jobi masih belum berjaya nyalakan lampu itu. Dia hampir putus-asa. Jobi tetap teruskan saja. Nora pula masih tidur tanpa sedarkan diri. Dengkurnya juga terdengar ke arah Jobi.
Jobi melihat jam tangannya sudah jam 8 malam. Selagi kerja ini belum siap dia tidak akan balik. Dari jam 12 tengah hari lagi dia cuba cipta mesin itu menjadi mesin miroskop melihat tumbuhan hijau. Sampai sekarang masih belum hidup.
“Wayar apa pulak ni.”.
Jobi lihat ada wayar merah dan wayar biru di kotak itu. Jobi ambil wayar itu. Dia memasang ke belah kiri dan kanan. Dia cuba pasangkan wayar itu ke arah skru elektrik itu.
“Tolong lah kali ni nyala.”.
Dia menutup mata sebelum nyalakan mesin itu kembali. Hatinya berdegup dengan kencang. Dia harap kali ini mesin itu menyala.
“Huh.”.
Mesin itu tetap tidak menyala. Kecewa yang dia rasakan sekarang. Jobi tidak tahu cara apa lagi untuk hidupkan mesin itu. Dia tahu Nora ada kepakaran dalam bidang ini. Tapi Nora pula masih tidur nyenyak.
Jobi ke arah Nora. Mahu lihat keadaan Nora.
“Masih tidur. Betul-betul lah tak boleh harap.”.
Jobi menuju ke dinding sebelah yang berjauhan arah Nora. Dia perlu rehatkan diri sementara waktu. Suis di mesin itu belum dimatikan. Jobi terlupa. Disebabkan terlalu penat dengan kerja yang diberikan Proffesor Guna ini.
Jobi menyandar di dinding. Matanya pula tidak habis-habis memandang Nora yang masih ketiduran.
“Kesian lah pulak. Apalah pempuan gila ni buat semalam. Tidur macam orang utan. Tak pandai bangun-bangun”.
Jobi mengambil sarung panjang yang ada di makmal itu. Tidak jauh darinya juga. Dia selimutkan Nora. Dia lihat Nora seperti menahan kesejukan. Lantas dia selimutkan Nora dengan sarung itu.
Jobi pergi ke tempatnya semula. Menyandar kembali dia dinding itu. Matanya pula tiba-tiba berat. Badannya pula tidak dapat teruskan kerja itu lagi.
….………….
Beberapa minit kemudian Jobi tertidur di bilik Makmal itu. Nora juga masih belum bangun. Lena Jobi tidur.
Mesin yang berada di belakangnya pula sudah menyala. Wayar yang ada di mesin itu juga berfungsi.
Jobi pula sudah tertidur. Mesin itu perlukan masa untuk dinyalakan. Jobi pula tidak henti-henti buka sana sini mesin itu. Hingga dia mengambil masa yang lama untuk membuat mesin itu menyala.
Jobi tertidur dengan lena. Kalau saja dia tahu yang mesin itu sudah menyala gembira buatnya sekarang.
Share this novel