Series
5510
TIT tit tit tit
Alarm dari jam tangan ditutup pantas. Mata mamainya berusaha melihat jarum jam. Jam 8:00 pagi. Terus terbuntang luas matanya. Wajahnya bertukar senang.
"Akhirnya pagi juga." getus Bella bangun sambil mengibas bahagian pakaiannya yang kotor.
Semalam bukan main duk berperang dengan nyamuk, lipas dan lalat. Mujurlah tak keluar yang lagi bahaya macam tikus atau lipan.
Bella gosok hidungnya bersama mimik bangga. "Huh, agaknya dia orang takut nak keluar sebab ada aku." nyempat lagi.
Dia sebenarnya dari semalam lagi tak sabar nak balik. Seperti yang dijanjikan dengan Tun Seroja, wanita itu akan menghantarnya pulang. Kenapa tak orang lain saja kerana Bella agak seram dengan wanita tersebut. Ah, terserah asal dia boleh balik!
Daun pintu kayu amat usang ditolak. Cahaya dan angin pagi menyapa wajah putihnya membuatnya bagai tersedar sejenak. Orang kampung lalu lalang tersenyum kepadanya. Suasana riuh pasar pagi terletak betul-betul dihadapan. Suasana siang hari sangat berbeza berbanding semalam. Orang kampung pula terlihat normal saja seperti orang dulu-dulu. Mungkin mereka tak terdedah dengan dunia luar.
Bella bagai dipukau. Berjalan mendekati gerai yang menjual sayuran. Yang boleh dia katakan adalah...
"Wow... ni baru betul-betul kampung." terlakar senyum pada wajah Bella. Matanya bersinar teruja dengan keadaan kampung didepannya lain benar dengan kampung Ayu.
Kampung halaman Ayu walau dinamakan kampung tetapi pelbagai kemudahan moden sudah ada. Tak sangka ada kampung orang asli di pelosok selatan gunung. Walau tampak seperti orang lama dan kolot namun bicara melayu mereka sangat fasih.
Hilang kejap niatnya nak jumpa Tun Seroja. Bella senang disapa ramah sambil berjalan mengelilingi pasar tersebut.
Sedang berjalan Bella dilanggar seorang kanak-kanak membuatkan anak itu jatuh.
"Sorry, adik boleh bangun?" Bella membantu budak perempuan itu bangun.
Budak perempuan tersebut senyum kepadanya. Bongkokkan tubuh kecilnya tanda hormat kemudian berlari pergi tanpa sepatah kata.
Bella sempat terpinga lalu tersenyum nipis. "Kalau budak lain, mahunya aku yang dilanggar aku yang kena marah."
Tanggapannya mula positif terhadap orang kampung. Mereka terlihat ramah dan sopan.
Tanpa dipinta tiba tiba fikirannya terlintas kepada seseorang. Kakinya terhenti statik di tengah orang lalu lalang.
"Aniq..." bisik Bella sendiri. Tangan naik menyentuh dada kiri. Jantungnya berdegup pantas tak normal. Entah kenapa insting kuat menyatakan yang Aniq ada di situ. Atau hanya perasaannya saja?
Bella melepas nafas berat. Langkah kembali diatur menyusuri setiap pasar. Sebenarnya dia tak salahnya Aniq seratus peratus kesesatannya sekarang ini. Kerana dia dapat lihat dengan jelas kerisauan pada riak lelaki itu ketika menyuruhnya masuk hutan. Salah dia juga kerana tak dengar pesan supaya tak pergi jauh.
Sedang berjalan santai, pandangan tercatap melekat kepada seorang lelaki yang berjalan di hadapannya. Belakang lelaki itu mirip seperti orang yang dia kenal. Benar-benar mirip Aniq!
Bella menghampiri dan menyentuh bahu lelaki tinggi tersebut. Setelah lelaki itu berpaling mengadapnya membuatkan Bella tersentak kejap.
"Maaf, saya salah orang." kata Bella.
Lelaki itu terlihat terkejut juga melihat Bella.
"Kau... kau waktu tu..." Fadli tunjuk ke mukanya.
Gulp! Bella telan liur pahit. Mulut ditutup dengan tapak tangan terkejut. Kaki berundur setapak demi setapak ke belakang. Tak mengambil masa yang lama untuk dia ingat semula muka dua lelaki yang mengejarnya kelmarin ketika dia mengutip buah salak.
"Pawana! Aku jumpa perempuan cantik kemarin!" laung Fadli kepada Pawana tak jauh dari situ.
"Saya hodoh! Tak cantik! Kau orang salah orang!" tak tunggu lama berdesup lari Bella dari situ. Memang tak la dia nak jumpa lelaki sasa bernama Pawana itu. Seram woo.
"Tunggu jangan lari!"
Tak hiraukan jeritan Fadli yang mengejarnya dari belakang. Bella terus berdesup lari. Sempat berpaling ke belakang dilihat bukan hanya Fadli malah Pawana ikut mengejarnya seperti harimau mengejar mangsanya.
Lemah tulang lututnya. Bella rasa seperti nak menangis.
"Jangan la kejar saya! Haa Aniq! Tolong aku!"
Orang-orang mula pandang Bella aneh.
Pak!
Bella terjelopok ke tanah bila tak sengaja terlanggar seseorang.
"Tssk..." ringisnya sambil bangun menggosok punggung yang kotor terkena tanah.
"Bella?"
Bella angkat muka bila orang yang ditempuh memiliki suara yang amat dikenali. Pandangan mereka bersatu.
Bella terkedu. "Aniq?"
*******
"Bella! Abang Long! Mana korang!"
"Rose! Sudah-sudah la tu menyorok! Maafkan abang Rose! Tolong la keluar."
"Erk!" Ayu pandang pelik kepada Rafael yang melaung begitu.
Mereka berdua meminta bantuan orang kampung supaya mencari orang hilang. Mereka berpecah dalam pencarian. Muaz turut serta namun bersama kumpulan lain.
Ayu melihat saja Rafael yang melaung memanggil adiknya yang hilang dalam hutan tebal ini.
Ayu sebenarnya tak risaukan sangat abangnya kerana Aniq sudah biasa. Dua tiga hari dalam hutan boleh hidup lagi. Hutan ini pula tak lah ada haiwan berbahaya seperti harimau setakat ni. Itu sedikit melegakan. Yang dia risaukan adalah temannya, Bella. Bella pasti ketakutan dan tak biasa. Kasihan kawannya itu. Pulang kampungnya niat untuk bercuti tapi lain pula jadinya. Malang tak berbau.
"Rose!"
Ayu menghampiri Rafael lalu sentuh bahu pemuda bermata biru itu. Dia mula selesa dengan pemuda ini.
"Awak!"
Rafael berpaling kepadanya. "Kenapa? Kau dah penat ke? Tahan sikit lagi, teman aku. Tak pasal aku pula yang sesat."
Ayu geleng menidakkan itu. "Bukan..."
"Habis tu? Kau lapar?"
Ayu senyum sebaris. Tisu dari begnya dikeluarkan lalu lincah tangannya lap wajah Rafael yang berkeringat.
Rafael terdiam. Membiarkan saja tindakan tersebut. Matanya tak lepas memandang wajah manis Ayu tersenyum.
Selesai mengesat peluh pada muka tampan itu, Ayu menyimpan semula tisu kedalam bag. Takkan la nak buang merata.
"Aku cuma... risaukan mereka." kata Rafael perlahan.
"Saya tahu awak bimbangkan adik kesayangan awak tu. Saya pun sama, saya kawan dia mestilah saya tak senang hati selagi tak jumpa mereka. Tapi awak kena la yakin." ujar Ayu tenang.
"Yakin? Maksud kau?"
"Yela kalau saya, saya yakin mereka masih hidup. Awak jangan la risau sangat. Saya yakin abang saya akan jaga Bella. Saya kenal abang saya."
Rafael kembali terdiam. Mempercayai ucapan Ayu barusan. Jiwanya sedikit terubat tenang setiap kali dia gelisah lalu muncul Ayu bersama nasihat-nasihatnya yang lembut.
Baru saja kenal dengan gadis bernama Ayu Malaika dan gadis itu sudah dapat membuat Rafael selesa dan nyaman.
"Terima kasih."
Ayu senyum manis. "Ya, sama-sama."
"Jom la sambung cari mereka. Awak sana, saya arah sini. " ajak Ayu kembali bersemangat.
"Aku ikut kau." Rafael ikut di belakang Ayu.
Ayu mengulum senyum. Comel pula dilihat-lihat sikap Rafael itu. Mengikutinya seperti anak kecil yang takut tersesat.
*******
"Betul la kau. Ya Allah, jumpa jugak minah ni. Kau ni memang la. Buat orang risau. Tapi macam mana kau jumpa kampung ni?" riak Aniq benar-benar tampak lega dan bersyukur. Meraup lega wajahnya.
"A-Aku kena kejar-"
Belum habis ayat Bella ingin menjawap. Dicelah oleh seseorang yang datang dari belakang Aniq.
"Bercakap dengan siapa, sayangku? Oh! Bella." ujar Delima lalu tersenyum kepada Bella.
"Sayang?" Bella pandang keliru bergilir-gilir dua orang didepannya. Macam mana gadis itu boleh kenal dengan Aniq? Adakah Aniq berada disini dibawa oleh Delima sama sepertinya? Keadaan kini sangat mengelirukan untuk Bella fahami.
Terpinga-pinga Aniq bila tersedar kedudukannya dengan Delima menempel rapat. Dia menjauh sedikit. Apa kena dengan perempuan miang tu panggil dia sayang?! Tak pasal Bella fikir yang bukan-bukan.
"Asal kau ni? Siapa sayang kau?" tukas Aniq tak senang dengan gadis bernama Delima.
Aniq menyorok di belakang Bella bila mendapat pandangan tajam dari Delima.
Bella mengetap gigi. Apa yang jadi sebenarnya. Pandangan Delima kepadanya juga turut lain berbeza dengan kemarin.
"Kau asal menyorok belakang aku? Pergi la kat dia." keras Bella membisik kepada Aniq tanpa berpaling. Entah mengapa melihat dari sikap Delima seperti gadis itu sudah berkenan kepada Aniq.
"Tak nak aku. Perempuan tu miang. Takut aku! Tolong la aku. Aku nak keluar dari kampung ni. Kau mesti tahu kan jalan keluar?" bisik Aniq pandang Bella yang membelakanginya.
Bella kepal penumbuk. Mata dipejam rapat kejap lalu dibuka. Pandangannya serius menentang pandangan tajam Delima.
"Kenapa kau berbisik dengan bakal suami aku? Ingat aku tak dengar?!" lantang suara Delima hingga menarik perhatian orang lain.
Aniq dan Bella melemparkan riaksi yang sama. Iaitu bingung dan keliru. Aniq keluar dari menyorok lalu berdiri tegak berhadapan Delima. Riaknya tegang.
Delima melarikan anak mata ke lain kerana tak berani bertentang lama dengan mata tajam Aniq.
"Delima, kau kenal dia? Kau berdua pasti kenal secara tak sengaja kan. Tapi apa maksud kau bakal suami?" Bella bersuara tenang tanpa secalit senyum. Sungguh dia tak faham dengan gadis itu. Terlihat lain macam yang membuatkan dia tak sedap hati.
Delima angguk bersama senyum mekar. "Ya, pertama kali aku pandang dia. Aku dah jatuh hati. Jadi apa masalahnya? Bukankah kalau dah berkenan perlu kahwin?"
Makin berkerut seribu muka Aniq melihat muka tak bersalah Delima.
Ditariknya tangan Bella dan Delima ke tempat yang tiada orang. Menjauh dari pasar.
Bella hanya berpeluk tubuh memberi Aniq peluang untuk berbicara dengan Delima.
Dia sukakan Aniq agaknya. Itu yang sampai ajak nikah. Haih, kesian macam tak ada lelaki lain. Malaun tu jugak kau nak. Monolog Bella dalam hati. Membuat andaian sendiri wahal dia sendiri masih bingung dan keliru.
Delima menarik kasar tangannya dari dipegang kemas oleh Aniq. Pergelangan tangannya digosok dan memberi pandangan tak suka. Sampai hati pemuda itu menyakitinya.
"Apa maksud kau sebenarnya? Apa yang kau nak dari dia? Aku tahu kau ada niat lain." keras bisikkan Aniq namun Delima hanya tersenyum sesuatu. Senyuman yang sukar ditafsirkan.
"Aku mahu ikut kau berdua pulang. Mahu tak mahu kau terpaksa juga." ujar Delima senyum lebar.
Aniq gosok belakang lehernya. Mukanya jelas tertekan. Apa bende nih?!
"Jangan main-main lah! Dah kenapa kau nak ikut kita orang balik pulak? Duduk sajalah dalam kampung ni. Nikah dengan jantan lagi handsome dari aku. Itu saja kan yang kau minat? Apa kau ni? Sumpah aku tak faham!" geram punya pasal Aniq melepaskan segala isi kepalanya.
Delima mendekat bersama wajah seribu muslihat. Senyum lebar sempat kerling kepada Bella yang berdiri memerhati dari jauh.
"Aku bawa dia ke kampung ini untuk berjumpa dengan Tun Seroja kerana hanya Tun seorang yang tahu jalan keluar dari hutan ini. Perempuan tu minta Tun hantarkan pulang dan secara tak sengaja perempuan tu dah buat perjanjian dengan Tun Seroja. Setiap pertolongan tidak percuma. Aku beri cadangan kepada Tun yang dia takkan bayar apa-apa. Cuma... "
Sengaja diberi jeda membuatkan Aniq penasaran bersama riak serius.
Delima senyum lagi. Jari jemari bermain di dada bidang Aniq. Pandangan tajam menikam Aniq ditentang berani.
"Kau ada tiga pilihan. Pertama, bawa aku ikut pulang bersama kau berdua. Kedua, hanya Bella yang pulang dan kau tinggal di sini bernikah dengan aku. Atau aku lebih suka yang ketiga. Nak tahu? Nak tahu?"
Suka Delima melihat muka Aniq kemerahan menahan amarah.
Aniq berusaha tetap tenang. Tak boleh di anggap remeh perempuan depannya ini kerana terlihat licik dan dia perasan ada lelaki sasa tajam memerhatikan mereka dari tadi.
"Tch! kacak aku dari dia. Apa yang Delima sukakan sangat dari lelaki luar tu. Kau sentuh Delima, mati kau!" Pawana dari jauh memerhati tak puas hati. Kerana wanita idaman minat kepada lelaki lain.
"Apa yang ketiga?" soal Aniq bernada serius.
Delima senyum senget. "Kau boleh pulang tapi dia tinggal di sini. Selamanya. Dan takkan ada sesiapa yang dapat jumpa Bella kalau bukan melalui Tun Seroja. Mudah cerita, selepas kau dihantar pulang. Bella dikurung dalam kampung ini selama-lamanya. Setuju?"
Terdiam lama Aniq lalu angkat muka. Serius dia berkata. "Pertama."
Tertawa kecil Delima namun terdengar sinis. "Aku sudah agak. Baiklah, kita akan pulang. Tun Seroja akan datang sebentar lagi."
"Baik. Buat apa yang kita janjikan. Aku pilih yang pertama ingat! Jangan memandai nak tukar. Aku percayakan Tun Seroja yang kau cakap tu." usai berkata tegas demikian Aniq mengatur langkah menghampiri Bella tak jauh dari situ.
"Lama betul kau orang berbincang. Dah buat persediaan nak nikah ke?" sindir Bella selamba. Wahal banyak perkara yang nak ditanya tentang bagaimana Aniq boleh berada di kampung ini.
Aniq memicit pelipis kepala serabut. Sakit kepala dengan apa yang terjadi. Keadaan membingungkan ini terjadi tiba-tiba tak disangka.
Siapa Delima itu? Siapa Tun Seroja? Kenapa hanya Tun Seroja saja yang tahu jalan pulang? Kampung apa ini?
Bella mengunci mulut bila melihat wajah tertekan Aniq. Kasihan pula dia. Pasti Delima minta yang bukan-bukan.
"Kahwin sajalah dengan dia. Dia cantik apa. Tunjuk kat umi, mesti umi suka." menyempat Bella bergurau. Tch! Asal aku pulak sakit hati ni?
Aniq masih diam. Menunduk saja merenung tanah. Gurauan tersebut tak di sambut.
"Perempuan tu nak ikut kita balik. Kalau tak sampai bila-bila kita terkurung dalam kampung pelik ni. Sumpah aku tak faham. Apa motif dia hah? Takkan sekadar sukakan aku sampai macam tu sekali." Aniq bersuara dengan nada kasar.
"What?!" Bella terjerit pantas menutup mulut bila ada yang melihatnya pelik. Lalu duduk di sebelah Aniq.
Bella pandang Aniq minta penjelasan. Riaknya jelas bingung dan penasaran.
"Asal macam tu pulak? Kenapa dia nak ikut? Habis kalau dia ikut balik, kau la jaga dia? Macam tu?" tanya Bella sekali nafas bersungguh-sungguh.
Aniq mengusut rambutnya sendiri serabut. Dia buang muka ke arah lain.
"Entah la aku serabut sekarang ni. Yang pasti kita tak ada pilihan lain selain ikut cakap dia." ujar Aniq perlahan. Entah kenapa dia merasa tak sedap hati dengan gadis bernama Delima itu.
Bella pandang dengan ekor mata Aniq di sebelahnya. Mulutnya muncung itik. "Nampaknya betul-betul dia jatuh hati kat kau."
Lama Aniq diam seperti memikirkan sesuatu.
"Weh!" dengan tiba-tiba Aniq pegang kedua bahu Bella membuatkan gadis itu terkejut.
"A-Apa?"
"Apa kata kau jadi girlfriend aku! Nak? Nak tak nak kau kena nak jugak. Yes... aku dah jumpa solusinya." ujar Aniq bersungguh-sungguh bersama senyum lebar.
Dup! Gelojak debaran didada ditahan Bella. Air muka dikawal sebaik mungkin kerana sempat merona merah. Pertama kali dirinya di ajak bercinta.
"Tak nak lah. Kau gila ke? Apa kaitan dengan girlfriend pula? Mengarut." tukas Bella merona pipi putihnya.
"Halah kau ni. Kesian la kat aku. Seram do perempuan tu. Asyik ajak aku kawin. Nak la... eh? Jadi girlfriend aku?" pujuk Aniq bersungguh. Berharap benar Bella dapat bantunya.
"Tak nak!"
"Nak la!"
"Tak! Nak! Faham bahasa tak kau ni? Aku kata tak nak, tak nak la. Asyik memaksa saja. Kau memang dari mula lagi kau nak buli aku kan?" tuduh Bella masih berkeras dengan pendiriannya. Tujuan apa Aniq nak bercinta dengan dia? Mengarut! Semuanya mengarut!
Aniq mengusut rambutnya geram pula memujuk si rambut karat depannya ini.
"Buli apa pula? Tak tak, aku betul-betul nak minta tolong kau ni. Aku janji kalau kau tolong aku kali ni, aku tak kacau kau dah lepas ni. Tolong la boleh eh? Kau cantik harini ni, La." Aniq masih tak mengalah pujuk sempat membodek.
Bella mencebik. Tangan menyilang memeluk tubuh.
"Kiranya girlfriend tipu-tipu la ni? Semata nak Delima jauhkan diri dari kau? Ceh, masa susah pandai pula kau minta tolong aku. Yelah, tapi aku setuju bukan sebab nak tolong kau sangat. Aku cuma ikut macam yang kau kata. Kalau aku tolong ni, kau takkan kacau aku lagi lepasni. Betul macam tu?" Bella ingin kepastian.
Aniq kemam bibir menyembunyikan senyum.
"Yela, betul la." tengok la kalau part 'kacau' tu. Tak janji sangat.
"Okay fine. Aku setuju jadi girlfriend tipu-tipu kau. Janji lepas ni kau jangan kacau hidup aku lagi." kata Bella dengan mimik angkuh.
Tertawa kecil Aniq mendengar itu.
Bella pandang pelik. "Celah mana lawak? Aku yang sepatutnya gelakkan kau sekarang ni. Padan la muka kau kena kejar dengan minah miang tu."
Bersama sisa ketawa Aniq berkata. "Girlfriend tipu-tipu? Kau ingat kita budak tadika? Bagi la nama cantik sikit. Kekasih palsu ke? Kekasih sementara?"
Bella berdecit geram diketawakan. "Ha yelah suka hati kau la!"
Aniq hentikan ketawa bila melihat ada sosok wanita sedang menghampiri mereka. Delima juga turut di belakang wanita itu. Itukah Tun Seroja yang dikatakan. Dilihat semua penduduk kampung pakat menyapa penuh hormat kepada Tun Seroja.
" Itu ke Tun Seroja? Hormat betul orang kat dia." bisik Aniq yang berdiri di sisi Bella.
"Hmm. Dia la tu." balas Bella melihat ke arah yang sama.
Bella dan Aniq bangun berdiri bila Tun Seroja dan Delima tiba dihadapan mereka.
"Mari ikut aku." kata Tun Seroja tersenyum lebar lalu berjalan mendahului mereka.
"Ah ya. Maaf menyusahkan. Terima kasih sebab nak tolong hantarkan kami. Kalau Tun tak tolong, kami betul-betul tersesat dalam ni. Terima kasih sekali lagi." ujar Bella sopan tanpa sebaris senyum. Entah kenapa hatinya kuat mengatakan kampung ini sesuatu dan mereka mesti keluar secepat mungkin. Jiwanya juga kuat menyuruhnya untuk tidak membantah Tun Seroja itu kerana wanita misteri tersebut terlihat dihormati ramai dan pasti ramai orang bawahan.
Tun Seroja yang berjalan paling depan hanya tersenyum. Lalu berkata "Tak menyusahkan. Sebagai balasan atas pertolonganku, kalian perlu bawa anak perempuanku Delima ikut bersama kalian."
Bella tak fikir panjang hanya mengiyakan saja. Aniq di belakangnya dijeling kejap. Lalu pandang kepada Delima didepannya.
"Baiklah."
"Bagus." balas Tun Seroja sambil menguis semak yang menghalang laluan menggunakan tongkat.
20 minit berjalan kaki menyusuri semak dan hutan membuatkan di antara mereka ada yang kelelahan penat. Jauh pula terasa perjalanan.
Bella menguis pokok-pokok kecil yang halang laluannya menggunakan kayu panjang. Nafasnya sudah megah kepenatan. Peluh tak usah cakap la, membasahi seluruh wajah.
"Jauh lagi ke?" bisik Aniq di belakang terdengar kebosanan. Hah jantan ni tak penat ke?
Bella berdecit halus. Aniq dijeling sekilas. "Sabar la. Kau ni."
Bella pandang dua wanita didepannya. Agak tak percaya sebenarnya. Mereka berjalan sungguh bertenaga dan biasa sedangkan dia di belakang sudah kepenatan. Jalan juga melambat.
"Ah! Tsk..."
Bella terjerit kecil bila kaki terpijak dahan berduri tajam. Kena pula dia mengenakan selipar jepun tipis saja.
Tun Seroja berpaling ke arah mereka. "Ada apa, Nak Bella? Kau terluka? Kalau begitu kita istirahat dulu." wanita ini duduk di atas kayu besar sementara menunggu Bella merawat luka.
Bella senyum sekali lalu duduk di satu batu besar jauh sedikit dari Tun. "Terima kasih."
"Sayangku!"
Melihat Delima datang menghampirinya Aniq lekas menuju ke arah Bella berada. Punya trauma dengan Delima. Terlihat Delima masam mencuka terus menghentak kaki lalu duduk di sisi Tun.
Aniq duduk di sebelah Bella. Terlihat wajah gadis itu berkerut kesakitan.
"Kau okay ke? Sakit sangat ke? Meh nak tengok." kaki gadis itu dipegang dan diletak atas pahanya.
"Tak payah lah. Tak sakit mana pun. Darah sikit saja." tukas Bella sedikit geram kerana dipegang tanpa kebenarannya.
Bella mula kehairanan melihat Aniq menunduk diam membisu secara tiba-tiba. Wajah pemuda itu diintai.
"Da-darah..." bergetar suara Aniq menahan gementar didada. Masih, menunduk.
Bella tak sedap hati. Bahu Aniq disentuh menghadapnya. Mengapa pemuda ini terlihat ketakutan yang teramat selepas melihat darah yang sedikit?
"Aniq, pandang aku! Kau okay tak ni? Asal kau panik semacam ni?"
Aniq terlihat masih menggigil kedua tangan seperti kedinginan. Jantung yang berdetak laju membuatnya berkeringat seluruh wajah. Nafas mula tak menentu. Dada yang sesak dipegang. Muka di angkat menentang pandangan bimbang dari Bella.
"Kau kenapa Aniq?"
"Aku... aku tak boleh tengok darah. Kau tak nak balut ke? Pengsan aku kejap lagi tengok darah kau." ujar Aniq perlahan.
Bella mula faham. Skirt koko nya dirobek dari bawah lalu diikat pada tapak kaki. Kalau terasa mencucuk pedih namun ditahan.
"Tak tahu pula kau ada hemofobia..." kata Bella tenang.
Aniq ketap bibir. Malu sebenarnya nak beritahu kelemahannya yang satu itu. Tapi sudah terlanjur diketahui oleh Bella. Aniq menarik nafas panjang lalu dihembus berusaha mengawal semula sesak nafasnya. Segala debaran dikawal.
"Siap." selesai membalut luka, Aniq disebelahnya dipandang. Pandangan redup Bella dibalas dengan pandangan gelisah Aniq.
Kedua mereka bertatapan agak lama. Bella bangun berdiri sambil menahan sakit pada tapak kaki. Dia tak mahu membuang masa.
Tun seroja yang perasan menegur Bella. "Bagaimana kakimu, Nak? Sudah dibalut? Mahu lanjutkan perjalanan pulang?"
Bella angguk yakin. "Maaf menunggu. Ya, saya tak nak buang masa. Mari teruskan. Dah nak sampai kan?"
"Ya, didepan sana." Tun Seroja angguk sekali lalu berjalan mendahului didepan. Delima membontotinya macam anak ayam.
Bella hulur tangan kepada Aniq yang masih berdiam diri di batu. Tanpa banyak soal Aniq sambut huluran tersebut lalu berjalan di belakang Bella sambil berpimpin tangan. Mana la tahu Aniq pengsan seorang diri kat belakang, dia tak sedar. Tak ke satu masalah pula.
"Aku rasa nak pitam la. Dukung aku, La." ujar Aniq perlahan.
"Mengarut. Kaki aku ni sakit, sepatutnya kau yang dukung aku." jawap Bella dalam nada perlahan juga. Dari tadi mereka berdua berbicara perlahan agar tak didengari Delima dan Tun.
"Hmm, aku okay saja." Aniq buat mulut muncung itik.
"Tch!" Bella menggigit bibir bawah.
Kedua mereka sebenarnya sudah merona pipi kemerahan. Mana taknya. Mereka berpegangan tangan agak lama.
"Balik nanti banyak benda aku nak tanya." kata Bella.
"Ya ya. Tahu... tanya la apa kau nak tanya, sayang oi."
Aniq! Argh! Bella melepas pegangan tangan. Langkah dipercepatkan mengikuti Delima. Hilang sebentar sakit kaki. Malu punya pasal!
Sementara di depan. Tun Seroja merasakan sesuatu mendekat. Langkah terhenti serta merta.
Delima yang kehairanan bertanya. "Ada apa, Tun?"
Tun Seroja diam lama kemudian barulah pusing ke belakang.
"Ada yang mencari kalian. Kita sudah sampai, setakat ini saja aku menghantar kalian." ujar Tun Seroja tenang.
Bella dan Aniq berpandangan hairan. Ada yang mencari mereka kah? Atau hanya pemburu binatang?
Terdengar ranting kayu dan daun dipijak. Bunyi terasa mendekati mereka.
"Rose! Aniq!"
Bella terkedu. Suara Rafael?
"Abang kau." kata Aniq perlahan.
"Sampai di sini saja. Aku pergi dulu. Aku serahkan anak gadisku kepada kalian. Sementara dia di luar, lindungi dia seperti nyawa kalian. Aku mahu dia kembali dalam keadaan tanpa segores luka. Ingat!" tegas Tun Seroja memberi pesan namun lebih tepatnya peringatan.
"Err... ya baik." Aniq yang tiba-tiba dipandang tajam oleh Tun Seroja berdiri tegak naik bulu roma.
"Jikalau kalian kembalikan Delima dengan segores luka, aku takkan diam diri. Orang bawahan aku ramai, cukup untuk musnahkan keluargamu, Nak. Aku tidak main-main. Jaga Delima bagai nyawa kalian sendiri." tegas Tun tertumpu kepada Aniq kerana mengetahui anaknya sudah meminati jejaka itu. Aniq telan air liur lalu angguk sekali.
"Baiklah. Saya akan ingat pesanan Tun." jawap Bella tenang.
Melihat dari keyakinan yang diberikan oleh Bella membuatkan Tun Seroja mempercayai itu. Wanita 40an itu berlari pergi hingga badan hilang di balik pohon.
Setelah Tun Seroja sudah pergi. Tinggallah mereka bertiga di situ. Laluan keluar sudah kelihatan. Terlihat juga pokok buah salak terdapat di situ. Sebenarnya itu lah pohon yang Aniq katakan.
Bunyi derapan kasut seseorang sudah. Kemudian dari beberapa meter sudah terlihat Ayu dan Rafael.
Ayu dan Rafael semestinya lah paling tergamam kerana tak menyangka akan menjumpai Aniq dan Bella dalam masa yang singkat.
"Bella? Saya tak mimpi kan?" Ayu mulanya tak percaya dengan apa yang dilihat. Segera mendapatkan Bella dan memeluknya.
"Tuhan saja tahu betapa leganya saya dapat jumpa dengan awak dan abang long semula. Saya ingat saya jumpa awak sebagai mayat dah. Maaf sangat sebab bawa awak ke kampung ni. Salah saya sebab tak peka dan tak pesan dekat awak. Maafkan saya, Bella." ujar Ayu disertakan esakan tangis yang ditahan. Masih berpelukan kemas.
Bella yang mendengar itu tertawa kecil. Belakang sahabatnya ditepuk lembut. "Apa kau mengarut ni, Yu. Kau tak ada salah apa pun. Bukan salah kau, bukan salah Aniq juga. Aku sendiri yang cuai. Aku yang degil tak dengar pesan dia." Pelukkan dua sahabat itu dilerai.
"Bella... aku... hmm, sorry. Aku yang salah sebenarnya." Aniq yang diam dari tadi mula bersuara. Air mukanya jelas menunjukkan yang dia benar-benar rasa bersalah dan menyesal.
Mendengar itu Bella beralih kepada Aniq sambil buat muka biasa. "Tak apa la benda dah nak jadi. Bukan minta pun. Ada juga pengalaman dalam hutan."
Tiba-tiba senyum bertukar mengejek. "Ada yang jumpa jodoh dalam hutan pula tu. Siap ajak nikah, takkan tak suka." usai berkata begitu Bella berjalan pergi diikuti Delima di belakang lalu Ayu turut ikut.
Terdengar bualan tiga gadis tersebut yang sudah berjalan di depan. Bella memperkenalkan Delima kepada Ayu. Delima pula terlihat kekok dan bertepek saja dengan Bella.
Rafael dan Aniq ikut berjalan dan mereka sudah keluar dari hutan tebal. Tak jauh dari mereka terdapat kereta merah yang terparkir.
"Ayu, aku lapar sebenarnya. Dari semalam aku tak sentuh makanan. Kau datang ni tak bawa bekal ke?" Bella buat muka seposen kepada temannya Ayu.
Ayu gelabah sendiri. "Alamak, kesiannya awak. Awak lapar ke? Sorry saya tak terfikir pula nak bawa makanan. Haa macam mana ni..."
Bella tertawa geli hati. Sengaja kenakan temannya. Delima pula berdiri tegak macam patung cendana. Memerhati saja tingkah dua sahabat itu.
"Sebahagia itukah ada teman?" gerutu Delima perlahan memerhati gelak tawa Bella dan Ayu.
Rafael menghampiri para gadis. "Rose-"
Bella tersenyum kepada abangnya. "Saya penat. Kereta abang kan? Saya nak rehat dalam tu." pintanya tenang.
Rafael angguk akur. Kunci kereta dikeluarkan dari kocek lalu menekan alarm kereta hingga berbunyi menandakan pintu tak berkunci. Dia melihat saja langkah ketiga gadis tersebut berjalan pergi hinggalah masuk kedalam kereta.
"Abang..." gerutu Rafael perlahan sambil tersenyum tipis. Sempat tergamam sekejap bila pertama kali sejak menginjak remaja Bella memanggilnya dengan panggilan abang semula.
Aniq yang berdiri di sebelahnya dipandang tajam.
"Oi! Ada apa-apa kau nak cakap?" kasar nada Rafael menunjukkan yang dia tak berapa suka dengan Aniq.
Namun, si Aniq ni beriak tenang. Lalu menyatakan sesuatu yang buat Rafael terkedu.
"Aku dan Bella baru couple."
Rafael pandang tak percaya. Berubah air mukanya.
"Hah?!"
Share this novel