Syairi & Azalea
“ So, macam mana Syairi ? Made up your mind?” Kimi bertanya sebaik sahaja mereka selesai berbincang. Dino; drummer mereka sudah bersetuju, cuma Syairi yang masih tidak memberi apa-apa kata putus. Syairi merupakan lead vocalist dan juga guitarist band mereka. Jadi sedikit sebanyak, keputusan Syairi akan mempengaruhi keputusan mereka yang lain.
Sebelum ni, Kimi dah pernah berbincang soal ini dengannya di Bad’s Kitchen. Masa tu dalam kepala dia memang dah nak bersetuju, tapi Kimi melarangnya untuk membuat keputusan terus, jadi dia tidaklah menyuarakan kata persetujuannya.
Dan sekarang bila Kimi meminta kata putus darinya, wajah gadis yang ditemui di belakang Oui terus menyapa ingatan. Selepas hari itu, hari-hari dia menunggu di belakang Oui, mencari gadis itu. Dah seminggu berlalu, gadis tu tak datang balik. Tapi Syairi tak putus asa. Dia masih akan menunggu dan terus menunggu.
Syairi menghembuskan asap rokok ke udara sebelum berpaling ke arah Kimi. “ Kalau aku tak setuju?” dan kali ini dia melihat satu persatu wajah disekelilingnya. Dia tahu kesemua wajah itu mengharapkan kata persetujuan darinya.
“ Kenapa?” Dino menyampuk.
Syairi angkat bahu dengan wajah bersahaja dan menjawab, “ Sebab aku rasa tak nak.”
Kimi mengeluh. Dia tahu, dia akan berhadapan dengan situasi sekarang ini. Berhadapan dengan Syairi yang degil. Selalu sahaja dia mengalah kalau dengan Syairi. Malas nak terus bertengkar kerana dia tahu, pengakhirannya tetap sama. Syairi akan menang. Tapi dalam hal yang sekarang ni, susah untuk dia beralah.
“ Orang sini dah kenal kita, Syairi. Dah lama sangat dah kita kat Oui ni. Orang pun dah mula bosan. Kita kena terima offer kat Bougainvillea tu. Kena cari makan, bro. Takkan selama-lamanya kau nak bertapak kat sini?” Kimi mula memujuk.
Walaupun leka dengan rokoknya, Syairi masih mendengar setiap butir bicara Kimi dan kepala ligat berfikir. Lama dia terdiam sehinggalah suara Dino mencelah lagi.
“ Kalau kau tak nak, kitaorang boleh cari vocalist and bassist baru. Kau stay je lah kat sini..” Dino mula hilang sabar. Memang dia bukanlah seorang yang boleh menguruskan orang yang degil macam Syairi. Selalu saja dia dan Syairi bertengkar, masing-masing tak nak kalah. Yang menjadi pendamai mestilah Kimi.
“ Boleh jugak.” Syairi pantas bersetuju.
“ Wey Dino, kau cakap apa ni?” Kimi dah meninggi suara. “ Mana nak cari vocalist and bassist baru wei? Kau ingat senang ke?? Ambil masa sebulan dua jugak nak cari yang betul-betul ngam dengan kita. Hishh tak boleh tak boleh!”
“ Tapi aku memang tak nak pindah dari sini.” Syairi masih tetap dengan keputusannya.
“ Syairi, come on! Kau tak kesiankan kitaorang ke?”
“ Dino boleh nyanyi apa? Dia boleh ganti aku sementara cari orang baru.” Syairi membuang rokok ke tanah dan hujung Macbeth Langley yang tersarung di kakinya pantas memijak potongan rokok yang sudah pendek itu.
Dino garu kepala, stress. Sebenarnya tadi dia main-main je, cuba nak psycho si Syairi ni. Tapi lelaki tu memang tak makan psycho. Sekarang ni, dia pulak yang dah rasa menyesal sebab keluarkan cadangan.
“ Please Syairi... Aku bagi kau masa untuk fikir lagi..” Kimi masih mencuba.
Syairi menggeleng. “ Bagilah aku masa sampai tahun depan sekali pun, aku tetap tak nak. Kimi, kau kenal aku dah lama kan?”
Kimi mengeluh, hampa. Cubaan memujuk gagal. Sekarang, dia dan Dino yang perlu berfikir sama ada berpindah ke Bougainvillea, atau kekal di sini dengan Syairi yang keras kepala.
Share this novel