18

Romance Completed 132660

Hazim meraup wajahnya beberapa kali. Berkira-kira sama ada mahu membuat panggilan atau tidak. Akhirnya punggung dihenyak ke atas katil.

Mata dipejam seketika. Masih terbayang di minda bagaimana dia boleh tidur sekatil dengan Mona malam lepas. Hazim kembali bangkit dari katil.

Kesal dan keliru bercampur menjadi satu. Hazim merasakan seolah-olah dia sudah menikam belakang Hana. Dia sudah curang. Walaupun hakikatnya Mona juga isterinya yang sah.

Hazim merenggus kekusutan. Nombor Hana didail, perasaan bersalah ditolak tepi.

"Hello sayang."
"Buat apa tu?"
Hazim kembali tenang setelah mendengar suara Hana di hujung talian.

"Saja abang call. Ingat tak hari tu abang cakap nak bawak Ati jalan-jalan? apa kata kalau kita pergi Cameron?" Hazim bertanya dalam gugup. Rasa berdosa yang amat ketika itu.

Mona yang baru pulang ke rumah menaiki bilik atas dengan senyum tertampal di bibir. Mood nya bukan main elok apabila melihat kereta Hazim terparkir di hadapan rumah, tanda suaminya tak ke mana-mana.

Bilik Hazim dituju, mahu menjenguk suami kesayangan. Pintu Hazim yang terbuka sedikit membuatkan Mona tertanya-tanya. Kebiasaannya memang ditutup rapat. Malah dia jarang dibenarkan masuk.

Apabila langkah semakin mendekati pintu, Mona terdengar suara tawa Hazim. 'Dengan siapa pula dia berbual?'

"Hazim! You cakap dengan siapa tu?" Mona menjengah masuk ke bilik Hazim tanpa amaran.

Beberapa butir bicara telah didengari, semakin membuatkan dia ingin tahu. Hazim yang masih memegang telefon segera berpaling. Berkerut dahinya menahan marah melihat Mona sudah tercegat di dalam bilik.

"Sayang, i'll call you back." bisik Hazim sebelum panggilan diputuskan.

"Siapa nak pergi Cameron tadi tu?" Mona menyilangkan tangan sambil menyoal.

Lagak Hazim yang agak kelam kabut menghentikan panggilan menambahkan lagi curiga di hatinya.

"Apahal kau masuk sini?" Hazim tidak menjawab soalan Mona malah dia bertanya kembali.

"I tanya you kan? i dengar you nak pergi Cameron tadi tu dengan siapa?"

"Takde siapa-siapa lah, baik kau keluar!" Hazim sudah berura-ura mahu mengusir Mona keluar.

Mampus dia kalau Mona tahu dengan siapa dia berbicara tadi.

"You jawab betul-betul soalan i! you jangan ingat i tak dengar eh. Siapa dia tu?" Mona menepis tangan Hazim yang ingin menolaknya.

"No one. Now get out!"

"Don't even try to hide something from me, Hazim. You bercakap dengan perempuan kan? Siapa dia?!" suara Mona meninggi.

Ada sesuatu yang cuba Hazim sembunyikan dari dia. Dia yakin Hazim ada perempuan lain di belakang dia. Telefon yang masih berada di tangan Hazim cuba dirampas Mona.

"What the hell! Keluar lah aku cakap!" Hazim membidas. Nasib baik tangannya laju dilarikan.

"Kenapa takut?! You memang simpan pompuan kan?? Kalau i dapat tahu siapa dia, siap you eh! Jangan ingat i akan diamkan je!" ugut Mona.

Siapa pun perempuan itu, bakal dia cari tahu. Harus diberi peringatan agar menjauhkan diri dari suami dia. Mona tidak sukakan perampas!

"Jangan merepek la! Bukan urusan kau pun!"

"Memang urusan i! I tak suka you dengan perempuan lain. You tu suami i! You jangan nak pandai-pandai plan nak pergi mana-mana eh Hazim!"

.
.

Selesai solat Isyak, Hana merebahkan diri di atas katil. Terasa dingin menggigil seluruh badan. Sejak tengah hari tadi lagi kepalanya sakit. Hajatnya dia ingin rehat sahaja malam ini memandangkan seharian dia mengemas rumah.

Comforter tebal ditarik menutupi seluruh badan. Penat yang amat. Baru sahaja ingin mematikan suis lampu di sebelah katil, telefonnya berbunyi minta diangkat.

Nama Hazim yang terpapar di skrin utama membuatkan Hana kembali membetulkan duduk.

"Hello, assalamualaikum abang."
"Hana baru je nak tidur. Penat sikit hari ni."

"Pasal pergi Cameron tu.... abang rasa tak jadi kot. Suddenly, ada hal. I'm sorry." perlahan sahaja suara Hazim menyapa telinga.

Hana sudah mengagak. Padahal semalam dia jelas mendengar suara Mona mencelah sewaktu mereka berbual di telefon.

"It's okay. Lagipun Ati memang tak setuju. Nanti apa orang cakap kalau mereka terserempak dengan kita." Hana memberikan jawapan, sekadar untuk menyedapkan hati Hazim.

Pasti Hazim rasa bersalah ketika ini. Hana tidak ambil hati, malah cuba bersangka baik. Mungkin itu dapat mengelakkan daripada hubungan mereka ketahuan.

"Sorry, sayang. So so sorry.." keluhan Hazim terdengar di corong telefon.

"I'm okay. Mona tahu ke pasal ni?"

"Dia ada terdengar, but i'm not sure. I think we should stop contact each other kejap. Abang janji nanti kalau keadaan dah reda, abang jumpa Ati ya?"

"Okay.. Ati faham." Hana menjawab pendek.

Kecewa sedikit, tetapi ada baiknya. Dia belum bersedia sekiranya Mona tahu tentang statusnya dengan Hazim. Boleh perang besar!

Hazim bungkam merenung siling. Berhenti contact each other.... dia terpaksa! Tambahan dia tidak mahu Mona mengesyaki apa-apa sepanjang mereka berbulan madu.

Tahulah dia menjelaskan perkara sebenar kepada Hana apabila pulang dari cuti nanti. Ah! Bodohnya kau Hazim! Kenapa jadi macam ni?!

.
.

Terpisat-pisat Hana bangkit dari pembaringan. Seluruh otot badan terasa sengal. Suhu tubuhnya makin panas. Hendak bangun dari katil pun dia tidak gagah.

Jam dinding menunjukkan pukul 7 pagi. Hana menggagahi jua untuk bangun solat. Selesai subuh, Hana tertidur di atas sejadah dalam keadaan masih bertelekung.

Sehinggalah jam 10, baru Hana terkejut lagi. Bahang badannya masih terasa, kini ditambah pula dengan sakit kepala yang amat. Usai menanggalkan telekung, Hana menggagau laci almari di dapur. Kalau-kalau ada ubat Panadol untuk ditelan.

Malangnya kesan lega cuma bertahan sementara, di waktu malamnya Hana kembali demam. Makan pun tidak selera. Sepertinya tidak dapat dia ke pejabat keesokkan harinya.

.
.

Setelah sehari semalam kelesuan, akhirnya Hana memaksa diri untuk ke klinik. Pulang ke rumah dengan seplastik ubat. Ada tiga jenis semuanya.

Berkerut dahi Hana ketika menelan ketiga jenis ubat yang begitu pahit. Sebelum lena, Hana sempat mengerling ke arah iphone di sisi. Sudah dua hari sepi tanpa pesanan dari si suami. Biasa.

Tidak lama kemudian, matanya mula memberat. Mungkin kesan sampingan dari ubat yang diambil. Akhirnya Hana berlayar ke alam mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience