BAB 9

Romance Completed 49595

“Siapa sebenarnya awak Samser?” soalku kepada Samser setelah pemandu feri membawa kami berdua ke Pulau Mengalum. Apa yang menghairankan aku, nama feri tersebut tertera nama yang serupa dengan bapa Samser. Zahi-Al Azim Ferry.

“Manusia biasalah. Kenapa tanya saya ni /honey/?” soalnya pula. Eh si Samser ni, aku soal dia, dia soal aku balik! Apa yang aku tahu Samser bukan dari golongan keluarga yang berada. Dahulu pun dia datang temuduga dengan pakaian yang selekeh.

“Beritahu saya sekarang. Cepat.” Desakku, beberapa ketika kemudian, sebuah banglo besar yang tersergam indah di pulau yang dipanggil Pulau Mengalum itu. Aku terlopong. Sungguh aku terkejut, sangat terkejut! Atau perlu aku kata aku terkejut kuasa seribu?

Setelah feri tersebut berhenti sahaja di pulau tersebut, ada dua orang wanita menanti kami. Seorang kelihatan tua, dan seorang lagi nampak muda dan cantik. Wajahnya persis Samser . Mama Samser mungkin?

“Selamat datang ke teratak kami yang tak seberapa ni Nurfitrah.” Kata wanita yang cantik itu. Ha? Teratak yang tak seberapa? Rumah yang besar macam istana dia kata tak seberapa? Mujurlah aku tak rebah disitu. Pitam!

“Terima kasih, err..” aku ingin mengucapkan terima kasih, tetapi aku ragu-ragu dengan siapa yang sedang aku berbicara sekarang. Samser segera memintas.

“Mama. Ini mama abang.” Kata Samser. Pantas dia memeluk wanita yang cantik itu. Aku tergamam seketika. Mama? Mudanya! Cantik berseri lagi. Siapa wanita tua di sebelah mama Samser pula?

“Ini nenek abang. Salam cepat.” Arah Samser. Wanita itu tersenyum. Kemudian datang seorang lelaki membawa beg pakaian aku masuk ke dalam rumah. Nenek serta mama Samser sudah masuk ke dalam rumah dan mengajak aku masuk sekali.

Aku memandang suasana rumah Samser. Memang sangat cantik. Tak ubah di dalam syurga. Aku menyiku lengan Samser Aku rasa seperti mahu tumbuk-tumbuk aje mamat Samser ni. Menipu aku!

“Awak tak cakap awak ni kaya!” marahku. Samser terkejut.

“Buat apa saya nak cakap? Bukan saya yang kaya, keluarga saya yang ada duit. Saya tak ada duit pun.” Kata Samser pula. Ni yang aku geram! Memang orang kaya selalu cakap macam tu ke?

“Lagipun /honey/, hanya Allah yang kaya. Tak ada manusia yang kaya dalam dunia ni. Semua ni harta sementara aje. Faham maksud abang?” kata Samser pula. Aku tersentuh. Benar katanya itu. Aku jadi malu sendiri.

Aku memandang ke seluruh kawasan. Semua peralatan tersusun kemas. Pasti mama Samser seorang yang kreatif. Aku memandang satu bingkai gambar yang terpampang gambar keluarga Samser. Tunku Asmah Ezora. Aku menelan liur. Kerabat diraja rupanya! Nama papanya pula, Tunku Zahi Zikri Al-Azim!

Sejujurnya aku memang terkejut, sangat terkejut! Samser tidak pernah bercerita denganku mengenai ini. Jadi nama Samser yang sebenarnya ialah Tunku Samser Farisi? Ternyata Samser bukan calang-calang orang!

Keperibadiannya yang merendah diri. Tidak berlagak dan tidak mendedahkan dirinya yang sebenar sedikit sebanyak menjentik hatiku. Tak seperti diriku, kalau boleh aku gemar menunjuk. Aku pernah mengalami waktu susah sewaktu aku kecil, aku selalu dicerca oleh jiranku yang kaya. Dan selalu juga aku dihina, justeru apabila aku besar sahaja aku bertekad menjadi seorang yang berjaya.

Ternyata aku sendiri yang malu. Samser sendiri tidak menunjuk-nunjuk. Bahkan rela menjadi pembantuku. Sedangkan hartanya sudah banyak. Buat kali keberapa aku sendiri tidak ingat, aku kelu!

“Duduk Fitri. Rumah mama biasa-biasa aje. Mama tahu rumah Fitri lagi cantik.” Ujar Tunku Asmah, merendah diri. Aku berdebar-debar.

“Tak adalah mama. Rumah mama cantik sangat. Pandai mama susun. Hiasannya semua beli kat luar negara ke?” soalku pula. Tunku Asmah menggeleng.

“Semua hiasan ni Nenda Chik yang buat dan hias. Cantikkan?” kata Tunku Asmah, menuding jarinya pada nenek Samser yang dipanggil Nenda Chik. Aku mengangguk. Memang cantik, tak dapat aku nak luah dengan kata-kata. Samser tidak banyak cakap, dia hanya diam aje sepanjang Tunku Asmah menyoal aku dengan pelbagai soalan.

Aku terlihat kelibat seorang lelaki yang turun dari tangga rumah mereka. Lelaki yang berkulit putih, hampir sama wajahnya dengan Samser. Sah! Ini papa Samser, Tunku Zahi Zikri! Nampak tegas orangnya. Garangkah?

Aku segera menyalami tangan papa Samser. Dia membalas hulurkanku dan tersenyum. “Dah lama sampai Sam?” soal Tunku Zahi. Samser menggelengkan kepalanya. Aku tahu Samser masih letih. Jelas kelihatan wajahnya yang tidak bermaya.

“Sam penat tu Zahi, suruh dia berehat dulu.” Kata Nenda Chik. Bagus jugak, aku memang betul-betul penat ni. Perjalanan yang sangat jauh, aku rasa!

“Masuk bilik dulu Sam, nanti makan malam mama panggil Sam dengan Fitri. Buat masa sekarang rehat dulu ya?” ujar Tunku Asmah dengan penuh prihatin. Aku tersentuh. Mama Samser tampak penyayang. Juga tidak sombong.

Lazimnya orang yang berpangkat besar selalu sombong dan mementingkan diri sendiri. Tapi tidak bagi keluarga Samser . Aku menghadiahkan senyuman dan segera meminta diri dan mengikut Samser masuk ke dalam bilik.

Setiba sahaja di dalam bilik, aku menolak tubuh Samser. Wajahku merah menahan marah. Aku belum berpuas hati dengan dirinya. Dia selalu menyembunyikan rahsia denganku! Tak pernah berterus-terang!

“Awak keluarga yang terhormat! Kenapa tak pernah beritahu saya?” bebelku. Samser mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Aku tahu dia pasti bosan mendengar bebelan aku yang tak ubah seperti minah murai. Ada aku kisah ke?

“Cukuplah sayang. Abang penat ni. Kalau nak marah, esok-esok aje okey? Right now, siapa yang nak tidur atas katil?” tanyanya dengan mata yang kuyu. Memang benar dia sudah penat. Akhirnya aku mengalah. Biarlah dia berehat dulu.

“Abang ajelah tidur katil. Saya boleh tidur dekat bawah. Dah lama abang tidur dekat bawah. This time, I give you chance.” Kataku beralah. Kadang-kadang aku ni memang tak betul sikit. Sekejap panggil dia abang, sekejap bersaya awak. Huh! Aku sendiri tak faham dengan diri aku!

“Wahh, mengalah kali ni ya? Bagus. Esok /I’ll give you something/.” Kata Samser pula. Aku diam. Apa yang dia nak beri?

“Apa benda yang abang nak beri?” soalku, ingin tahu. Samser tergelak.

“What?! Cium!” ujarnya dengan tawa yang nakal. Aku segera mencubit lengannya.

“Jangan berani nak cium saya tanpa kebenaran!” marahku. Dia ketawa lagi.

/“But I’m your husband./Abang ada hak!” pintasnya. Aku sudah mengetap bibir. Geramnya cakap dengan mamat ni!

“Tak ada dalam perjanjian! Jangan nak buat saya naik angin boleh?” kataku dengan seulas senyuman. Aku cuba menahan marahku. Samser ketawa lagi.

“Serius sangat dia ni. Bergurau pun tak boleh. Dahlah, tepi sikit. Abang nak mandi. Nak ikut?” pelawanya. Ish! Hendak aje aku menjerit sekuat hati! Sejurus melihat wajah aku kian merah, dia segera meminta maaf, dan terus masuk ke dalam bilik air. Ha! Tahu takut!

Alahai, jadi gilalah aku menghabiskan masa selama sebulan dengan keluarga Samser. Tapi, aku rasa tenang juga berada di samping Samser. Rasa selamat dan gembira. Setidak-tidaknya ada juga orang yang membimbing aku dan memberikanku nasihat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience