Episode 7

Adventure Series 25852

Episode 7 -eyka_aqua

Selepas seminggu berlalu, di dalam kelas...

Kelas A001 sedang sibuk belajar subjek math dengan kusyuk. Kelas mereka senyap sehingga boleh terdengar bunyi jarum jikalau terjatuh dilantai. Sebenarnya, hari ini mereka sedang menghadapi kuiz math. Semasa menjawab tiada siapa yang mengangkat kepala untuk meniru. Nampaknya pelajar kelas A001 pelajar yang bijak.

Mereka menjawab soalan tanpa kalkulator. Mereka perlu menjawab dengan menggunakan kepintaran otak.

Arsh tersenyum ketika menjawab soalan kerana baginya soalan itu mudah. Tangannya bergerak menulis fomula dan menjawab soalan. Dia tidak berhenti untuk memikir jawapan melainkan otaknya mengira dengan sendiri.

"Baiklah!! Masa menjawab telah tamat. Kamu semua berhenti menulis dan saya mahu mengutip kertas." Suara lantang Cikgu Ros memecah suasana di dalam kelas.

Semua pelajar berhenti menulis dan mengangkat kepala melainkan pelajar meja 010.

Tindakan pelajar tersebut diperhatikan oleh cikgu Ros dengan pandangan tajam. Serta-merta cikgu Ros membaling bunga ros warna kuning yang tajam batangnya dan terpacak tepat pada kertas pelajar 010. Cikgu Ros senyum.

"Saya kata apa ya tadi??" senyuman cikgu Ros mengerunkan pelajar 010.

"Ber..ber..henti.." Pelajar meja 010 menjawab dengan gagap.

"Jadi kenapa masih menulis??" Cikgu Ros masih bersenyum.

Semua pelajar senyap dan hanya memerhati wajah cikgu ros yang menggerunkan.

"Maafkan saya!" Kata pelajar 010 sambil menunduk wajahnya.

"Baiklah saya maafkan." Balas cikgu Ros.

Semua kertas kuiz mereka terapung sebaik sahaja pentagram kuning yang muncul dan membuatkan kertas terapung. Sebaik sahaja cikgu Ros memetik tangan semua kertas terbang ke dalam lengannya.

"Terima kasih cikgu!" Serentak pelajar kelas A001 berkata.

"Ok. sama-sama."

Cikgu Ros keluar kelas menggunakan pentagramnya. Pelajar kembali bersembang satu sama lain.

Arsh memusingkan kerusi gravitinya ke belakang mengadap Las yang sedang termenung di luar tingkap.

"Las?"

"Cantik betul pandangan dekat luar." Arsh memusing kepala ke kanan dan ternyata apa yang Las kata adalah benar.

Cahaya pagi yang diselebungi dengan awan redup. Cahaya dipancar memasuki dahan dicelah-celah bunga sakura yang berwarna biru Aqua. Permata dari bunga sakura tersebut menyelerakkan cahaya seoleh-oleh didalam gambar.

"Nampaknya musim bunga nak habis." Ungkap Arsh.

"Yeah. Ini bermakna minggu depan kita semua akan menghadapi musim panas."

"Betul tu Las. Musim dimana kita akan dibahagikan mengikut kumpulan untuk menyelesaikan misi." Sebaik sahaja Arsh berkata begitu mereka saling memandang dan tersenyum dengan penuh yakin.

"Eh? Jap lagi subjek apa?" Tanya Arsh. Belum sempat Las menjawab ada suara gadis yang menyapa dari arah kiri mereka.

"Subjek Geografi." Sabrina berkata dengan kedua-dua belah tangannya kebelakang dan tersenyum.

"Oh..Sabrina.. Nak makan tengahari dengan kami??" Pelawa Arsh. Las hanya memerhati.

"Eh? Boleh ke?? Tak menyusahkan?" Tanya Sabrina.

Mereka serentak menggeleng.

"Ok." Jawab Sabrina sambil tersenyum.

"Saya pergi dulu. Kelas nak mula." kata Sabrina berlalu pergi.

Las dan Arsh memberi pandangan tajam kearah tangan Sabrina yang berbekas lebam. Mereka bertukar pandangan.

"Sesuatu berlaku pada Sabrina." Kata Arsh.

"Ya. Dia macam nak beritahu sesuatu tapi tak berani."

"Setuju Las. Badan dia juga menggigil perlahan."

"Kita mesti siasat." Serentak mereka berdua berbisik dalam hati. Mata mereka masih setia perhatikan lagat Sabrina yang hanya memerhati pandangan di tingkap koridor.

Waktu rehat tengahari, di bumbung..

Mereka membuka korin masing-masing. Keharuman di bekal Arsh berjaya membuat Las dan Sabrina terleka menghidu.

"Sedap betul baunya!" Suara Sabrina ceria sambil memuji korin milik Arsh.

"Kau masak apa Arsh? Sedap giler bau." Puji Las.

"Sedap pastu gile pulak. Jangan makan nanti gile" Balas Arsh sambil ketawa kecik.

Mereka memulakan suapan pertama. Mereka menikmati makanan masing-masing, tiada perbualan antara mereka.

"Sabrina." Panggil Arsh. Las hanya menjeling dan kembali mengadap korin. Las tau apa yang Arsh mahu tanya.

"Urmm?" Balas Sabrina sambil mengangkat wajahnya.

Las dan Arsh memusing muka ke belakang dan badan mereka terhinjut-hinjut.

"Kenapa?" tanya Sabrina yang kebingungan.

"Awak.. haha..Mu..ka..haha.." Arsh cuba berkata tapi masih menahan ketawa.

"Kenapa?" Tanya Sabrina binggung. Dia mencucuk jus epal yang dia dibeli sebentar tadi.

Sebaik sahaja dia mencucuk lubang jus tersebut, air tiba-tiba memancut tinggi dan jatuh ke wajah dan rambut Sabrina.

"Aaa.. tisu.. tisu..tisu.." Sabrina sudah kelam kabut.

Akhirnya terburai jua ketawa mereka berdua.

"Ummm!! Dah lah tu!! Janganlah gelak!" Kata Sabrina yang tengah tahan malu sehingga merah menyala wajahnya. Tanpa Sabrina sedar gambarnya ditangkap oleh seseorang.

"HAHAHAHA." Las dan Arsh ketawa besar.

"JJJAAAHHHAATTT!!!" Sabrina bangun dan cuba berlalu pergi. Wajah Sabrina mencuka

"Eh! Nanti!" Arsh menghalang dengan mengapai tangan Sabrina. Muncung Sabrina masih panjang tanda dia merajuk.

"Heh! Comel betul bila dia merajuk." serentak hati Las dan Arsh berkata.

"Nak apa lagi??" Tanya Sabrina dengan nada merajuk.

"Tak akan kau nak pergi dengan muka kau yang penuh krim atas dahi kau" kata Las sambil meletak sapu tangan miliknya di kepala Sabrina dan mengosoknya.

"Pffft! Betul tu- dengan rambut yang basah." Kata Arsh sambil mengelap hidung dan dahi milik Sabrina dengan sapu tangannya.

"Sampai ke dahi?!" Tanya Sabrina yang terkejut tahap ultraman nexus.

"Yelah." Jawab mereka berdua serentak sambil ketawa.

Akhirnya Sabrina ikut serta ketawa dengan mereka. Terasa kehangatan persahabatan disitu.

Sabrina melihat mereka berdua ketawa. Walaupun mereka ketawakan kecuaiannya tapi mereka menolongnya, bukan menyuruhnya mengelap sendiri krim di wajahnya dan air yang terkena di rambutnya tapi mereka sendiri yang mengelapnya. Mereka sangat baik. Terbit senyuman diwajah Sabrina.

"Korang memang rapatkan?" tanya Sabrina sambil ketawa.

Arsh dan Las berhenti ketawa dan memerhati satu sama lain.

"Biasalah tu sorang beruk, sorang lagi monyet. Elok sangat! Bergabung meletup!" Las membuat lawak. Terburai lagi ketawa mereka bertiga.

"Alangkah indah kalau..." Panggil Sabrina.

Mereka berdua memandang tepat pada wajah Sabrina. Menanti ayat sambungannya.

"Tak ada papelah!! hehehe~ jangan ambil kira!" Sabrina cuba mengaburi mereka dengan memaksa dirinya ketawa.

"Jangan paksa diri untuk ketawa." kata Las sambil menjeling kearahnya. Sabrina berhenti ketawa dengan serta-merta.

"Sabrina, kau ada sesuatu nak bagitahu kita orangkan?" Arsh pula bersuara.

"Sampai masa aku akan bagitahu korang." Sabrina memberi senyuman janggal.

"Kami akan tunggu!" Arsh bersuara.

"Betul kata Arsh. Jika perlukan bantuan bagitau kami. Jika perlukan bahu bagitahu kami. Kami sedia membantu kau."

"Kenapa?" tanya Sabrina yang mula sebak.

"Sebab kau seseorang yang istimewa buat kami berdua! kau harta kami!" mereka berdua tersenyum lebar.

Sabrina tergamam. Senyuman mereka yang cantik dan ikhlas ditambah lagi cahaya matahari yang redup kerana dihalangi oleh awan telah menyerlahkan lagi senyuman mereka.

Sabrina bersyukur kerana mereka sudi berkawan dengan mereka. Akhirnya air mata Sabrina jatuh jua. Terus mereka berdua kelam kabut sebaik sahaja Sabrina menangis.

bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience