Menjadi kebiasaan malam isnin, saya akan buat kelas tambahan. Sedang saya mengajar mereka di meja bulat tiba-tiba saya terdengar orang berbisik di telinga saya “Ain”…
Saya terus menoleh ke kanan saya tiada sesiapa, kerna semua student duduk di depan saya…Semua student pelik. kenapa saya tiba-tiba berhenti.
Saya tak tahu nak cakap apa…saya kata
“tak ada apa-apa la”
Saya sambung pelajaran kami masa tu…Lima minit kemudian, tetiba pintu besi kelas kami di ketok dengan kuat sampai saya yang paling tua pon terus lari keluar.
Apa lagi la student-student saya masa tu semua pun sampai lari keluar. Saya dan semua student tak nampak apa-apa…sebelah kelas kami, ada kedai runcit.
Saya tanya kan kepada kakak yang menjaga kedai ketika itu.
”Kak, tadi ada Nampak orang ketuk pintu kami?”
Kakak tu kata tak ada orang pulak yang lalu. Saya langsung batalkan kelas malam tu…saya ajak semua student tadi ke kedai makan berhampiran.
Ketika di kedai makan…saya terus cerita pada mereka..
Share this novel