BAB 10

Family Completed 2427

“Farisi anak yang baik. Farisi kena jadi abang yang kuat ya. Adik-adik semua perlukan Farisi.” Pak Jamlus yang masih setia berada di sisinya tidak putus memberikan semangat.

Kepalanya didongakkan. Farisi memandang ke arah ibu serta adik-adiknya yang berada di ruang hadapan rumahnya. Dia memandang ke arah sebidang tikar yang masih terhampar.

Di situlah mayat bapanya diletakkan sebelum di bawa ke kubur tadi. Masih terasa hangat wajah bapanya saat dia mencium dahi sebelum jenazah di tutup serta dikafankan.

“InsyaAllah Pak Jamlus. Saya akan jadi lebih kuat. Saya tahu,arwah bapa saya pun mahu saya jadi lebih kuat”. Farisi mengelap air mata yang berbaki di pipinya sambil memandang wajah Pak Jamlus.

Pak Jamlus yang sebak melihat wajah Farisi terus memeluknya kuat. Tangisan Farisi terhambur lagi.

Bibirnya menguntum senyum tatkala mendengar suara pembantu kawalan trafik udara yang memberi arahan. Usai informasi diterima menyatakan cuaca dan landasan yang selamat untuk berlepas, Farisi mula menumpukan perhatian pada skrin di hadapannya.

Kawalan stereng yang kemas membuatkan operasi departureberlaku dengan baik. Farisi tersenyum lega. Seketika kemudian kedengaran lagi suara dari menara kawalan yang memberi informasi terkini serta menyatakan perpindahan data ke menara kawalan seterusnya.

Farisi yang mendengar suara pembantu kawalan trafik udara itu kembali tersenyum. Dia amat mengenali suara itu.

Azran Sufian, sidekick dan teman rapatnya itu setia menemani dari dulu hingga sekarang bahkan sudah bergelar Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara. Siapa sangka kedua mereka bekerja di bidang yang sama.

Hari ini Sudah Tujuh tahun berlalu. Saat ini kumpalan awan yang memutih di hadapan dipandang lama.

“Pa, Atuk.... lihatlah hari ini Farisi dah berjaya”. Ujarnya menahan rasa hiba. Banyak suka dan duka yang sudah ditempuhinya dan dia bersyukur Allah memberi peluang dan menulis takdir yang indah untuknya.

Berkat doa insan-insan yang mengasihinya membuat dia tabah dalam mengharungi ujian dan liku kehidupan. Omong kosong dia dan Suffian kini sudah menjadi reality, dia kini bertugas di awan biru.

Tanpa sedar, manik jernih mengalir dari tubir matanya, cepat-cepat ia dikesat. Tanggungjawabnya di angkasaraya ini harus diberi perhatian kerana nyawa ratusan penumpang sudah menjadi tanggungjawabnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience