WS 3: Kemunculan Tuan Muaz

Drama Series 56973

"AMANI... Tolong ambik order jap," jerit Jemmy yang sedang sibuk membancuh air, meminta Amani mengambil pesanan pada pelanggan yang baru tiba.

Gadis bertudung bawal warna peach yang sedang membasuh pinggan itu segera menyudahi kerjanya. Langsung dia menuju meja di mana pelanggan sedang menunggu. Sesaat kemudian, Amani telah kembali ke kaunter air dan menyerahkan beberapa catitan pada Jemmy.

"Nah. Teh tarik kurang manis, roti bakar satu set, nasi goreng biasa dengan sirap barley ais. Nak Amani tolong ke abang Jemmy?" tutur gadis itu dengan terperinci.

Jemmy mengerling jengkel ke wajah comel budak itu tanpa menghentikan kerja membuat airnya. "Boleh. Boleh tolong."

"Tolong apa dia?" tanya Amani, polos.

"Tolong jangan panggil abang Jemmy lagi boleh tak? Panggil la akak ke, sis ke, mommy ke. Balik balik abang, balik balik abang. Nyampah tau dengan kau ni. Puas aku berdandan cantik-cantik macam ni, abang jugak kau panggil aku." Mulut bechoknya mengomel bagai machine gun rosak disembur pada Amani.

Amani pula hanya tergelak geli hati. Membebellah macam mana pun, Jemmy itu mulut saja begitu, tapi hatinya baik.

Setiap petang selepas melakukan tugasan sekolahnya, Amani akan terus datang ke kedai itu membantu Jemmy berniaga. Walaupun pendapatan tak seberapa, tetapi lelaki itu tetap memberi Amani upah sejurus habis waktu meniaga.

"Hihihi. Tak nak lah. Amani nak panggil abang jugak. Meh lah Amani tolong."

Langsung Amani bertindak pantas menyiapkan barang barang untuk membantu Jemmy. Walau mulutnya sambung berleter, Amani buat pekak saja. Tak mati pun kena bebel dengan abang Jemmy ni.

  "Hello hello hello... You all, mommy Mona is here."

Amani yang sedang menyiapkan order mendadak perasan akan suara yang baru tiba itu. Ramona, ibu angkatnya telah tiba di kedai tersebut. Wanita itu telah mengenakan pakaian khasnya sebagai wanita penghibur dan terus duduk dengan lemah lembut bersama senyum menggoda yang sentiasa menjadi modalnya.

Amani kenal pasti, itu adalah senyum palsu. Dia seolah dapat merasa yang jiwa wanita itu kini sedang menjerit serta meraung kepayahan. Amani terpaksa lorek senyum tawar bagi menghibur hatinya.

"Hei, Ramona. Makin mantop kau eh. Bukan main lagi. Banyak job ke?" tegur seorang pelanggan di kedai itu, tiba menghampiri Ramona.

"Adalah sikit sikit. Bolehlah sekadar buat makan," sahut Ramona. Kekal dengan gaya gemalainya.

"Baby girl, buatkan mommy sirap bandung ya."

Ramona memanggil bersama lambayan tangan dituju pada Amani yang berada di belakang kaunter air sana.

Amani hanya menjengulkan kepala lalu mengangguk. Bersama senyum sambil meneruskan kerjanya.

"Eh, Mona. Jauh bezakan penampilan kau dengan anak kau. Anak pakai tudung. Emak, tengoklah ni haa. Terjojol biji mata orang nengok," sambung lelaki tadi menegur Ramona tanpa segan silu.

Ramona mencerlunginya. "Hei, dia bukan anak aku, okey. Dia anak angkat aku je. Mak bapak dia orang baik-baik. Biarlah dia jadi orang baik. Aku rosak tak apa, jangan dia."

Ramona berujar lantang agar kata-katanya itu dapat didengari oleh semua pengunjung yang ada di kedai berkenaan. Termasuklah Amani, tidak terkecuali.

Sengaja dia kuatkan suara, supaya semua orang tahu bahawa Amani ini bukanlah dari keturunan darah orang seperti dirinya.

"Eleh, kalau dah membesar kat lorong macam ni, nak jadi baik macam mana lagi? Balik-balik badan jugak yang dijual nanti," tempelak sinis lelaki itu memperlekeh kata-kata Ramona.

Ramona pula sudah mencerlungkan tenungannya yang tajam menusuk. "Hei, kau cakap tu kunyah elok-elok sikit ya. Aku tahulah budak tu macam mana. Aku yang sekolahkan dia, aku yang modalkan dia sehingga pandai supaya dia boleh dapat masa depan cerah di luar sana, biar tak jadi macam aku ni."

"Haih, tengok jelah nanti Mona oii. Iye ke tidak apa kau cakap tu."

Akhirnya Ramona membiarkan perdebatan itu mati di situ. Lebih baik dia diam daripada orang itu makin menjadi memperlekeh Amani. Hatinya tidak terima.

***

Hari semakin gelap, Ramona masih berada di kedai itu menunggu pelanggan menegurnya. Tak tahu kenapa sejak dua menjak ini pelanggan agak sepi mendatanginya. Di tengah dia sedang memerlukan wang begini, susah pula nak cari duit. Bila dapat saja tak sempat dia simpan, terus disambar oleh Razi, si bapak ayam yang tak pernah cukup duit itu.

Apa saja upayanya untuk melawan lelaki itu? Jika tak diberi, penumbuk penerajang menjadi makanannya. Ramona sudah penat. Penat sangat-sangat. Tapi demi sekolah Amani, dia perlu terus bertahan. Dia telah menjajikan masa depan yang cerah untuk anak angkatnya itu. Dengan segenap kudrat yang dia miliki, Ramona perlu menzahirkannya.

"Woi,, termenung jauh nampak."

Terhinjut Ramona bila disergah sebegitu oleh Razi yang baru tiba serta langsung menghentak meja di depannya.

Ramona hanya melirik jengkel. Lelaki ini jika muncul di depannya tak ada perkara lain yang dia mahukan kalau bukan tubuh badan ataupun wang.

"Kau nak apa lagi Razi? Tak cukup kau kebas duit aku tadi?" bidasnya. Tegas.

Razi hanya tersengih sambil menongkat kedua tangan pada meja. "Jom, on malam ni."

Ramona berdecih. Wajahnya dipaling ke arah lain. "Cih! Kau tak nampak aku tengah tunggu customer ni? On dengan kau bukannya kau bagi duit pun. Kau rembat duit aku ade lah." Ramona terus membuang muka. Wajah Razi langsung tak sudi dipandang.

Bukan Mona tidak tahu yang kata-katanya itu agak pedas dan mungkin bakal mengundang kemarahan si Razi. Tetapi dia sudah penat mahu berlembut. Dia sudah puas menadah tubuh serta badannya untuk menjadi mangsa lelaki yang berusia lima tahun lebih muda darinya itu.

Maka benar tekaannya. Razi telah naik berang. Permukaan meja dihentak, matanya disorot tajam dengan rahang yang bergerak-gerak. Sekali lagi ia membuat Ramona terhinjut kaget.

"Kau memang dasar pelacur tak tahu diri, kan. Dah tua-tua macam ni, tak laku, kalau bukan aku yang promote kau dekat kawan-kawan aku, tak ada siapa yang nak nakkan kau tahu tak. Diorang datang dekat kau sebab pandang muka aku je. Kau faham tak?" Kuat Razi menempik, sehingga para pengunjung kedai turut terkejut sekali.

Tidak cukup dengan itu, tangannya pula telah pantas merentap rambut Ramona sehingga wanita itu terpaksa bangun dari posisi duduknya.

"Razi, lepas. Sakit Razi. Sakit," keluh kesakitan Ramona sambil memegangi rambutnya.

Namun, rayuan Ramona tidak diendah sama sekali. Razi tetap menarik rambut wanita itu, tak peduli walau orang-orang sedang memandang kepadanya.

Hal itu tentunya telah mengundang perhatian Amani yang berada di kaunter. Maka gadis itu terus meluru menghampiri untuk menengahi. Tangan Razi cuba dipaut agar lelaki itu melepaskan rambut ibunya.

"Abang Razi, sudahlah tu. Kenapa nak seksa mommy je? Tolonglah jangan buat mommy macam ni?"

Amani merayu sambil terus bergelut, berusaha melepaskan mommynya dari cengkaman Razi.

Sayang sekali upaya tulang kecil milik Amani seincipun tidak berjaya mengubah kedudukan Razi. Malah lelaki itu hanya menghentak sekali sahaja, Amani sudah tersungkur ke tanah.

Pin pin...!

Sebuah Mercedes hitam tiba berhampiran kawasan itu dan terus diparkir begitu saja. Tangan Razi serta merta terlepas dari rambut Ramona. Kini dia telah tercengang menyaksikan siapa yang tiba.

Sementara itu, Ramona terus mendapatkan Amani yang masih tersungkur di tanah. Gadis itu diperiksanya bimbang tercedera. Setelah memastikan Amani tidak apa-apa, barulah dia bawa anak angkatnya itu bangun.

Ramona lalu membetulkan rambutnya yang berantakan. Amani disuruh kembali ke tempatnya semula. Dalam sekelip mata, Ramona sudah berjaya memasang wajah manis bila mengetahui siapa yang datang.

Lelaki itu keluar dari Mercedes hitam miliknya. Kemeja coklat cerah yang dikenakan telah dipadankan dengan blazer hitam di bahgian luar terlihat begitu cassual bersarung di badannya. Lelaki itu menapak dengan sungguh bergaya menghampiri meja di mana Ramona berada.

Meski kelihatan sudah berumur, namun lelaki tersebut sangat fahionable sehingga penampilannya membuatkan dia kelihatan lebih muda dari usia.

"Tuan Muaz! Wah, tamu kehormatan. Sila duduk, sila duduk," sambut Razi yang tiba-tiba tampangnya bertukar ramah.

Tak perlu membuka mulut, Muazam terus saja melabuhkan punggung di kerusi plastik yang telah ditarik oleh Razi untuknya.

Bersandar dikerusi, lelaki itu bersilang tangan dan menumpukan pandang pada Ramona yang telah duduk di hadapannya.

Ramona kembali mempamer senyum manis bila dipandang begitu. Semoga ada rezki, lebatlah malam ni. Harap Ramona.

"Amacam, Ramona. Ada stok baru tak? Lama dah I tak datang sini ni," ujar santai lelaki itu.

Ramona tersipu-sipu sambil menyelitkan rambut pada cuping telinga. "Maaf, Tuan Muaz. Buat masa ni, barang tak ada. Tapi Mona ada. Mona boleh teman Tuan Muaz." Senyumnya semakin genit melirik Muaz.

Muaz membuang keluh dan tersenyum acuh. Pandangnya dibuang ke atas pada lampu-lampu jalan. "You tu, buat stok terdesak bolehlah. Tapi I nak yang baru. Yang fresh. Macam selalu."

"Haa, ada tuan. Ada." Razi tiba-tiba masuk menyampuk dalam perbualan dan terus menyambar kerusi untuk dirinya duduk.

"Mana?" tanya Muaz, selamba.

"Tu, yang dekat kaunter tu. Siap pakai tudung lagi." Tangan Razi menunjuk pada Amani yang sedang sibuk membuat minuman.

Melihat tindakan Razi, Ramona membesarkan mata serta menengking dalam bisiknya. "Razi. Kau mengarut ape? Jangan kau nak berani," Ramona memperingati.

Namun ugutan Ramona itu sama sekali tidak mendatangkan sedikitpun rasa takut di hati Razi. Malah dia berdecih enteng. "Diamlah kau perempuan."

"Razi, you ni main-main lah. I nak betul-betul. Nak duit ke tak nak korang ni?" Muaz menengahi bicara.

Razi kembali meletakkan tumpuannya. "Be-betul lah Taun Muaz. Boleh punya tu. Fresh lagi budak tu."

"Err, Tuan Muaz. Tak apa, Mona ada. Marilah dengan Mona aje. Ya!" Ramona terus menyampuk bicara.

Tidak mahu bakal tetamunya itu tertarik betul-betul dengan Amani. Dia rosak tak apa, jangan Amani. Hatinya berkata begitu.

Sejenak Muaz terdiam. Disaksikan olehnya Amani datang menghampiri sambil menatang dulang berisi minuman untuknya yang tak perlu dipesan. Semua penghuni kedai itu tahu, jika Muaz sampai, teh susu halia dicampur madu terus disediakan tanpa perlu dia membuat pesanan.

Tidak berkedip Muaz memerhatikan gadis bertudung bawal itu menghampiri mejanya. Muaz dapat melihat dari raut wajahnya yang muram seolah menyimpan seribu satu kedukaan. Kesihan sekali anak ini.

Tiba di meja, Amani langsung meletakkan minuman dan menghidangnya untuk sang pelanggan. Muaz masih tidak mengalih pandangan dari gadis itu. Bahkan secalit senyum pun tidak dikesannya diwajah polos itu.

"Hei, budak. Kau dah habis sekolah belum?" tegur Muaz.

Ramona mula berasa risau melihat Muaz memerhatikan anaknya sedari tadi. Amani pula sedikit nervous bila ditegur begitu oleh pelanggan.

"Be-belum tuan. Besok, last paper." Amani menjawap dengan tergagap-gagap.

"Dah tu, yang kamu pergi kerja dekat kedai ni buat apa? Balik rumahlah, belajar, lepastu tidur awal. SPM tu penting untuk masa depan. Gi balik."

Tak pasal-pasal kena ceramah. Amani sedikit terhinjut. Wajahnya cuak melihat lelaki itu marah-marah. Lalu pandangnya diubah pada ibu angkatnya. Ramona hanya membalas dengan senyum seolah mengiyakan kata-kata Muaz.

"You ni pun Ramona. Dah tahu anak tengah belajar, you suruh kerja buat apa?" Nasihat kali ini dituju pada Ramona.

Wanita itu tercengang seketika. Tak tahu hendak menjawap apa. "Err, dia. Dia tengah kumpul duit untuk sambung belajar nanti Tuan. Dia sendiri yang nak kerja tu." Ramona cuba mencipta alasan. Sementara matanya memberi isyarat pada Amani untuk segera pulang.

Muaz kembali menghela nafas. Dibetulkan kedudukan menjadi menegak. "Haih, kenapa tak cakap dari tai? Kalau begitu jomlah Ramona. Bolehlah you teman I malam ni."

Ramona koyak senyum lebar. Ajakan Muaz segera disanggupi tanpa berkira lagi. Selepas berpesan pada Amani untuk pulang, segera Ramona mengekori Muaz yang telah lebih dulu mengangkat kaki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience