Keesokkan paginya, Ku Syaf Ariana sudah bersiap untuk ke sekolah barunya. Dia bergerak kearah sofa yang berada dihujung bilik dan mengambil beg pakaiannya. Barang barang yang lain telah diangkat oleh pembantu rumah.
Dia keluar dari biliknya dan menuruni anak tangga satu persatu. Tiba sahaja dimeja makan dia menyapa umi dan papanya.
"Good morning ummi."
"Good morning papa."
Ku Syaf Ariana menyapa kedua ibu dan bapanya lalu mencium mesra pipi mereka. Tergeleng kedua orang tua itu dengan perangai manja anak dara mereka.
Ku Syaf Ariana duduk dihadapan bapanya. Dia meletakkan beg pakaiannya disebelah kanan. Dia mengambil sekeping roti dan menyapu nuttela diatas permukaan roti itu.
Baru sahaja ingin menggigit Ku Umar sudah memanggil dirinya.
Anak mata kelabu itu memandang tepat kearah wajah bapanya.
"Angah dah sedia nak masuk sekolah baru? " soal Ku Umar dengan memandang anak daranya.
"Angah dah sedia. Kenapa papa tanya? " ujar Ku Syaf Ariana Pelik. Bukankah dia dah setuju kenapa papanya bertanya lagi.
Ku Umar menghelakan nafas mata kelabunya itu memandang risau kepada Ku Syaf Ariana.
"Papa bukan apa. Papa takut kalau angah masuk sekolah akan keluar surat gantung. Iyalah kamu kan dingin je dekat sekolah orang baru usik kamu sikit tapi kamu dah balas sampai masuk hospital " ucap Ku Umar panjang lebar. Tengku Rohani hanya menganguk mensetujui apa yang suaminya cakap.
"Alah papa, mereka patut pun dapat. Siapa suruh kacau princess umi papa. Kan dah dapat hadiah dari angah yang cantik ni " kata Ku Syaf Ariana terselit juga dengan memuji diri sendiri. Anak siapa lah ni perasan ??.
"Ehh angkat bakul sendiri pulak budak ni. Tak sedar muka tu macam beruk dalam hutan " ucap Tengku Rohani bersahaja bersama kutukan.
Ku Syaf Ariana dengar terus sahaja cemberut mukanya. Muncung jangan cakap macam mulut itik.
"Mulut tu kenapa panjang sangat muncung? Nak umi sangkut ke hanger baju papa dekat mulut awak " usik Tengku Rohani. Suka sangat tengok wajah anaknya macam tu.
Makin masam muka Ku Syaf Ariana. Uminya ni mesti ada je modal nak usiknya. Tergelak Tengku Rohani dan Ku Umar melihat wajah cemberut anak mereka itu.
"Umi papa tak payah lah gelak. Nak merajuk lah macam ni " ucap Ku Syaf Ariana dengan menyilangkan tangan kedada dan memalingkan muka kearah lain.
Tengku Rohani masih lagi gelak tapi tidaklah seteruk suaminya sampai terkeluar air mata tu.
Malas mahu melayan kedua ibu dan bapanya dia memyambung kembali suapan tadi. Perlahan lahan dia kunyah sambil menatap jam di pergelangan tangan.
Membulat matanya "alamak dah pukul 7:30 lah" bisiknya cemas. Dia memandang ibubapanya "umi papa kita dah lewat ni" ujarnya.
Terhenti gelak orang tua itu mereka memandang pelik kearah anak mereka.
"Sekarang dah pukul 7:30 umi papa, kita dah lewat nak laporkan diri dekat sekolah " ucapnya datar sambil menguyah roti didalam mulut.
Tergamam kedua dua segera mereka berdiri. Ku Syaf Ariana sudah memandang pelik. "Kenapa umi papa bangun? " ucapnya.
Menepuk dahi kedua duanya. Tengku Rohani memandang anak daranya "tadi kamu cakap dah lewat sebab tu kami berdiri nak pergi ke kereta" ucap Tengku Rohani.
"Sayang, abang nak ke kereta dulu nak panaskan enjin" kata Ku Umar kepada Tengku Rohani. Dia hanya mengangguk sahaja terus Ku Umar berlalu ke kereta.
Tinggal Ku Syaf Ariana dan Tengku Rohani di ruangan makan. Sebenarnya dari tadi Ku Syaf Ariana mencari adik kembarnya tapi hasrat itu dibatalkan.
"Umi mana pergi kembar? Dari tadi tak nampak" ucapnya dengan mata melilau melihat sekeliling.
"Ooo kembar pagi pagi dah pergi katanya perlu siapkan projek sama kawan kawan" jawab Tengku Rohani. Dia mengambil handbag yang berada ditepi dan diselitkan pada tangannya.
Dia memandang anaknya "jomlah kita pergi kereta nanti lambat. Jalan pun pagi ni sesak " ujarnya.
Ku Syaf Ariana hanya mengangguk. Dia berdiri dan berlalu ke ibunya mereka keluar bersama pergi ke kereta.
Setibanya di perkarangan sekolah. Aku melihat sekeliling kawasan itu keadaan sungguh sunyi mana taknya mereka tiba pada pukul 8:40 pagi.
"Boleh tahan besar jugak" bisiknya dalam hati. Apalah kau ni Syaf oii kan papa pernah cakap ini sekolah elite. Hanya orang yang kaya dan berpangkat saja yang sekolah sini. Macam manalah aku nak biasakan diri kat sekolah ni. Mesti budak budak dekat sini sombong . Maklumlah sekolah elite.
"Angah."
"Angah."
Aku terhenti mengelamun apabila terdengar suara papa memanggil. "Ya, kenapa papa?ada apa apa berlaku ke?" aku menyoal papa dengan muka yang hairan.
"Kamu asyik mengelamun tu yang papa panggil kamu. Fikirkan apa tu sayang " soal Tengku Rohani.
"Tak ada apa apa umi. Mana ada fikir apa apa umi " jawab Ku Syaf Ariana untuk menyakin ibunya bahawa dia tak ada masalah.
Ku Umar menoleh kebelakang mata kelabunya memandang anak daranya " dah sampai. Angah tolong papa angkat barang" ujar Ku Umar segera dia keluar dari kereta dan pergi ke bonet. Ku Syaf Ariana lantas membuka pintu kereta dan menuju ke arah bonet kereta di belakang.
Aku melihat sekeliling asrama yang akan menempatkan aku di sekolah ini. Dengan berat hati aku terima semua ini. Aku tak nak kecewakan umi papa. Cukuplah selama beberapa tahun ini aku buat mereka risau akan keadaan aku.
Umi dan papa minta diri untuk ke pejebat sebentar kerana hendak mendaftarkan aku dan selesaikan apa yang patut.Tanpa berfikir panjang aku melihat ada sebuah pondok lantas sahaja aku berlari pergi ke sana.
"Aduh,sakitnya!! Siapalah yang langgar aku dah lah keras macam tiang" bisik hati kecilnya.
"Maaf cik saya tak perasan" ucap lelaki itu.
"Senang je kau minta maaf eh" monolog aku dalam hati. Terus sahaja aku bangun dan memarahinya.
"Cik abang mata letak dekat mana? Kat lutut ke apa. Orang yang sebesar alam ni pun tak nampak ke" mendatar sahaja suara.
Lelaki itu pandang dengan muka tidak puas hati. Tapi mamat ni boleh tahan hensem juga. Ahh kau Syaf sempat lagi nk scan muka anak teruna orang.
"Hello cik cakap elok sikit ya. Saya dah mintak maafkan? Apa lagi cik tak puas hati" kata lelaki itu kepada aku.
"Harap muka jer cantik tapi dingin nak mampus. Orang gila pun reti memaafkan " bisik lelaki itu tapi masih didengar oleh si gadis.
Jap apa kau samakan aku dengan orang gila. "Ni dah lebih" sambung aku di dalam hati
" Sedap kau je panggil aku orang gila. Habistu kau anak siapa? orang hutan" dingin aku ucap.
Puas hati aku. Muka namat tu dah merah. Mungkin marah.
"Dari saya layan cik ni baik saya pergi dulu. Nanti silap hari bulan saya boleh jadi gila dan sewel macam cik, assalamualaikum" Lelaki itu terus beredar malas mahu melayan orang hadapannya.
Ku Syaf Ariana memandang pemergian lelaki itu. "Perghh mamat tu harap muka hensem tapi perangai nauzubillah, malang siapa jadi isteri dia" Ucap Ku Syaf Ariana perlahan hanya dirinya sahaja dengar.
Share this novel