Rate

Bab 36 Dengki dan Iri hati

Romance Completed 278212

"Elehh, buat-buat alim, naif padahal gedik." Teriak Aqilah yang sempat di dengar oleh Anis.

Nur Aqilah dan Syifa tergelak melihat Anis yang keluar dari perpustakaan tersebut.

"Oiii, senyap! Dalam perpustakaan tak boleh bising!" Teriak Soleh dari depan membuatkan Syifa dan Nur Aqilah membuat memek muka dan menjelirkan lidahnya.

"Sshhh!" Syifa dan Nur Aqilah menutup mulutnya dengan jari telunjuknya dan serentak tertawa perlahan.

"Aqilah, berani ya kau cakap macam tu dekat Anis?" Soal Syifa sambil memerlahankan suaranya seperti berbisik.

"Buat apa nak takut? Bukannya betul apa yang aku cakap?" Sahutnya dengan sinis.

"Risau Anis mengadu dengan Cikgu Adib, tak pasal-pasal kita kena marah!"

"Tak usah takut, aku yakin Anis takkan berani mengadu dengan Cikgu Adib." Sahut Nur Aqilah yakin.

"Muak aku tengok perangai Anis pura-pura naif!" Sahut Nur Aqilah lagi.

Syifa berkerut dahi.

"Macam mana kau boleh tahu?" Soal Syifa hairan pada Nur Aqilah.

"Aku tahulah Syifa, sudahlah masuk sekolah ni melalui biasiswa saja ... Itu pun nak mengada-ngada menyampah aku...!" Tuduh Nur Aqilah dengan geram.

Syifa cuma tersengih mendengar setiap kata-kata yang di lontarkan oleh Nur Aqilah.

Sejak tragedi Anis pengsan terkena bola tampar, Nur Aqilah memang tak berapa setuju setiap layanan baik yang Anis dapat dari Adib. Seolah-olah Adib mengistimewakan Anis lebih dari pelajar lain. Apa lagi dia adalah salah satu pelajar yang diam-diam mengidolakan Adib Umair Al-Baihaqi, namun dia tak ada kuasa untuk mengutarakan isi hatinya.

Anis Umairah keluar dari bilik perpustakaan kembali ke kelas dengan tergesa-gesa, dia nekad akan menjauhi Adib ... Selama Adib muncul dalam hidupnya, hidup Anis mulai tidak tenang dan sentiasa merasa terganggu. Bukan begini yang dia mahu, dia tak pernah terfikir untuk mendekati Adib atau mencari perhatian Adib. Semua itu murni salah faham.

Kalau di kata adakah hatinya sakit? Jujur memang Anis Umairah sakit hati setiap ucapan yang keluar dari mulut Nur Aqilah, mujur dia dan Nur Aqilah tidak sekelas... mereka cuma melihat Anis dari sudut negativenya saja.

Anis Umairah duduk di kerusinya sambil membenamkan wajahnya di atas meja dan dia gunakan tangannya untuk di jadikan bantal. Dia ingin menenangkan hati dan fikirannya. Anis bukan jenis orang yang suka bergaduh, itu bukan sifatnya.

"Macam mana aku nak hindari Cikgu Adib?" Fikirnya runsing.

"Kalau aku menjauh, pasti Cikgu Adib marah dengan Anis?" Anis memerah otak mencari idea.

"Hurmmm..!" Dia mengeluh memikirkan setiap masalah yang dia hadapi. Bosan!! Fikirnya.

Aina Natasha datang menepuk pelan bahu Anis, sambil duduk di kerusinya sendiri.

"Kau kenapa Anis?"

"Tak ada juga, cuma aku letih sikit." Dalih Anis sambil tersenyum.

"Jadi balik ni kau ikut Cikgu Adib ke?" Soal Aina Natasha.

Anis cuma mengangguk pelan sambil menyandarkan badannya di kerusinya dengan nyaman.

"Sebenarnya aku malas ikut Cikgu Adib Aina, ramai pelajar yang salah faham dengan aku." Sahut Anis Umairah sambil menoleh ke arah Aina.

"Pedulikanlah cakap orang Anis, mulut orang mana boleh kita tutup. Mereka iri dengan kau, sebab kau dekat dengan Cikgu Adib." Jelas Aina Natasha.

Betul juga apa yang di katakan oleh Aina Natasha, pernah Anis terdengar ceramah seorang ustaz tentang penyakit hati dan larangan tentang iri hati dan hasad dengki.

Terdapat sebuah hadits riwayat Bukhari dan Muslim yang berisi larangan dengki dan iri hati. Jangan pula mencari dan mengungkit keburukan orang lain. Sebab, semua Muslim adalah saudara yang harus saling menjaga dan melindungi.

"Jangan kamu saling dengki dan iri hati dan jangan pula mengungkit keburukan orang lain. Janganlah saling bermusuhan serta jangan saling menawar lebih tinggi atas penawaran yang lain. Jadilah hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim itu adalah saudara bagi Muslim yang lain, maka tidak boleh menzalimi, mengkritik, berbohong dan menghina satu sama lain. Seseorang telah dikatakan berbuat jahat jika ia menghina saudaranya sesama Muslim. Setiap Muslim haram darahnya bagi Muslim yang lain, demikian juga harta dan kehormatannya." (HR. Al Bukhari dan Muslim)

Penyakit hati adalah gangguan yang ada pada hati dan perasaan seseorang. Dalam Islam, penyakit hati yang ada pada setiap orang dapat mempengaruhi perilaku dan perbuatannya. Bahkan, Allah SWT berfirman terkait penyakit hati dalam surat At Taubah ayat 125.

Ertinya: "Dan adapun orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit, maka (dengan surah itu) akan menambah kekafiran mereka yang telah ada dan mereka akan mati dalam keadaan kafir,"

"Ya Aina, aku akan cuba berfikiran positif saja." Ucap Anis Umairah perlahan.

"Itu lebih baik Anis!" Sahut Aina sambil tersenyum.

Pengajaran dan pembelajaran hari itu berjalan dengan lancar hingga berakhir waktu persekolahan, semua pelajar balik awal kerana waktu hari persekolahan pada hari jumaat singkat sahaja.

___________________________________

Setelah berakhir waktu persekolahan, Anis Umairah terpaksa mengikuti kereta Adib Umair, kerana Adib dengan tegas sudah memberi amaran kepadanya agar tidak mengikuti bas sekolah atau grab.

"Macam mana pelajaran hari ni?" Adib menyoalnya setelah mereka sudah berada di dalam kereta.

"Alhamdulillah okay!" Jawab Anis Umairah sepatah sambil menggangguk perlahan.

"Ada nak kemana-mana ke?"

"Tak ada!" Jawabnya sepatah sambil menggeleng pelan.

"Anis ada problem ke?" Soal Adib Umair setelah melihat Anis tidak seperti biasa. Namun Adib tetap mengemudi keretanya dalam kelajuan sedang.

"Tak ada juga!" Jawabnya datar, membuat Adib geram melihat tingkah Anis.

"Kalau Anis ada problem cuba cerita dengan abang, abang tak nak Anis terbeban tanggung sorang-sorang." Sahut Adib lembut namun kedengaran tegas.

Anis menunduk seolah-olah tengah berfikir.

"Tak ada juga!" Sahutnya lagi...

Adib melirik Anis yang berada di tepinya, dia bercadang setelah balik dari solat jumaat dia ingin membawa Anis ke suatu tempat untuk menenangkan hati dan fikirannya. Mungkin di situ dia boleh memberi Anis ketenangan yang dia cari.

"Anis nak ikut abang tak jalan-jalan lepas abang balik solat jumaat? Soal Adib melirik Anis.

"Ke mana abang?" Soalnya dengan mata yang berkilau.

Adib tergelak perlahan melihat mood Anis yang berubah drastik.

"Adalah rahsia, tapi abang tak nak lihat muka Anis macam baru kena lenyek lori sampah ni!" Sahut Adib Umair dengan nada bergurau.

"Ihhh, abang ni!" Rengeknya sambil memuncungkan mulutnya tanpa Anis sedari.

"Eeeei....geram pula abang!" Sahut Adib tanpa sedar menarik pipi Anis.

"Ih...aduh!! Abang ni, agak-agaklah kalau nak cubit orang!" Rungut Anis sambil menggosok pipinya.

Adib tergelak melihat gelagat Anis, hati Adib terhibur bila berada di sisi Anis.

Sampai bila dia akan merahsiakan hubungannya dengan Anis?

Dia takut tidak dapat mengawal diri bila berdekatan dengan Anis.

"Anis, abang ada nak tanya, tapi kena jujur!" Tanya Adib sambil melirik Anis seketika.

"Apa dia?" Sambil menoleh melihat Adib yang tengah mengemudi.

"Anis suka dengan abang tak?"

"Suka!" Spontan jawapan Anis Umairah keluar dari mulutnya. Tanpa sedar Anis menampar mulutnya perlahan.

"Aduh, kenapa mulut aku ni celupar sangat." Batin Anis berkata-kata. Wajahnya memerah kerana malu.

Adib tergelak melihat sikap konyol Anis datang lagi.

semoga terhibur

Share this novel

husmafiq enterprise
2022-11-04 19:09:48 

hahaha ..anissss...polosnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience