tiga puluh lapan

Romance Series 207117

Setelah beberapa hari berlalu, Khalish membuat keputusan untuk pulang semula ke rumah. Kerja-kerja di office nya sudah banyak bertimbun di tambah lagi dengan masalah perihal Shira.

Semua ahli keluarga Shira disalami mereka sebelum pulang memandangkan selepas peristiwa itu, Khalish menghantar Shira ke rumah nenek wanita itu pula.

Semenjak peristiwa gelap itu, isterinya tak lagi seceria dulu. Selalunya Shira akan termenung dan banyak mendiamkan diri daripada berbicara.

Hal ini membuatkan Khalish pula yang mempraktikkan diri untuk berbual dengan lebih banyak dengan Shira dengan azam untuk mengembalikan Shira nya yang lama.

"Awak..kita lunch dan solat dulu ye? Nanti jamak terus dengan asar.. okay?" ujar Khalish yang sedang memandu masuk ke dalam perhentian R&R, sesekali dia akan tertoleh seketika melihat reaksi Shira.

"Hmm.. tapi bang. Macam ramai je.." dia mengangguk setuju. Hentian yang dipenuhi manusia itu diperhatinya dari dalam kereta.

"Tak apalah. Nanti kita tak perlu berhenti lagi." Khalish menjumpai parking lot yang bari ditinggalkan sebuah kereta, tak menunggu lama dia meletakkan keretanya di situ.

Kaca mata dipakainya sebelum mencapai purse dan phone. Shira masih tak berganjak. Dia jadi kurang gemar dengan tempat-tempat tumpuan orang ramai terutamanya jika bercampur lelaki dan perempuan.

Trauma..

"Jom keluar.." pintu di sebelah Shira dibuka Khalish, lelaki berwajah beku itu tampak cukup bergaya baginya walaupun hanya mengenakan t-shirt dan berseluar slack.

Kaca mata lelaki itu juga membuatkan dirinya kelihatan lebih menarik apabila bertukar gelap akibat mentari panas.

"Hey.. are you okay Shira?" melihatkan wajah mendung Shira, dia bertinggung di tepi pintu. Tangan kiri Shira dicapainya sebelum diramas perlahan.

"O..okay.. cuma tak selesa sikit." adunya pula. Khalish mengeluh perlahan sebelum memujuk lagi.

"Kan saya ada ni.. lagipun ramai orang dekat sini, awak tak perlu risau ye? Dah jom, mari. Nanti lambat pulak sampai.." dengan wajah mendungnya, Shira mencapai tas tangannya dan beg kecil yang berisi telekung bersama.

Seperti yang dijanjikan Khalish di hospital, lelaki itu benar-benar menjaganya. Dipimpinnya Shira hingga ke muka surau.

Selesai saja dia solat, keluar saja dari bilik solat, wajah pertama yang menyapa pandangannya adalah lelaki dingin yang duduk bersilang kaki sambil bermain phone di tangannya, betul-betul di hadapan pintu surau perempuan.

"Bang.. tak solat ke?" Shira menegur Khalish yang kelihatan leka dengan phone di tangan.

"Dah.." jawabnya tanpa memandang. Shira hanya mengangguk dan melihat sekeliling sementara menunggu.

Dia perasan akan beberapa pasang mata lelaki berhampiran situ yang memandang miang ke arahnya dengan senyuman, tapi dia cuba berlagak seperti tiada apa-apa. Ada juga yang mengenyit mata nakal padanya.

Urghhhh..

'Ishhh.. kau nak apa ha? Aku korek-korek biji mata tu karang baru tahu!! Dasar jantan mata keranjang!' geramnya hanya disimpan di dalam hati.

Sudah begitu tak selesa, Shira menarik lengan baju Khalish pula membuatkan lelaki itu mendongak menatapnya.

"Hmm?"

"Jomlah bang.. Shira dah lapar sangat ni." tak menunggu jawapan Khalish, lengan Khalish ditariknya berdiri dan lelaki itu juga tak langsung menolak.

Phone ditutup dan disimpan di dalam kocek seluar slack nya. Semasa berjalan di hadapan barisan beberapa orang lelaki tadi, sengaja Shira merangkul erat lengan Khalish dan berjalan beriringan bersama. Takut perkara yang tak diingini pula berlaku.

"What's wrong?" Khalish bertanya apabila Shira merangkul erat lengannnya.

"Ta-takde pape lah.. jomlah bang. Shira lapar sangat ni." Dia cuba menyembunyikan keresahannya dan menarik lengan Khalish beredar tapi entah mengapa, tiba-tiba lelaki itu berhenti dan menoleh ke belakang.

Shira kaget.

"Bang.. jomlah pergi. Abang nak buat apa ni?" gelabah Shira dibuatnya apabila Khalish memandang tepat ke arah budk-budk tadi.

'Jangan macam-macamlah abangku sayang oii.'

"Did they bothered you?" tanyanya sekali. Dingin tanpa memandang Shira.

Glup!

"Man-mane ade la.. Betul ni. Jomlah kita pergi sekarang.." Lengan kekar si suami diusapnya lembut memujuk.

'Aduh laki aku ni la.. tak kan nak gaduh kat public kot? Naya naya..'

Akhirnya Khalish menuruti juga apabila menuruti tarikan Shira ke medan selera. Lega weyh..

"Ramai sangatlah bang.." adunya sekali apabila semua tempat dipenuhi orang ramai.

Sesekali dia berganjak sedikit apabila menghalang laluan orang lalu-lalang. Wajah Khalish ditatapnya sekilas.

Serius memanjang.. haih. Shira pun tak dapat nak agak apa yang si suami Schzio nya itu fikirkan.

Tiba-tiba Khalish menarik tangan Shira keluar dari tumpuan orang ramai. Dia menatap pelik Khalish.

"Kereta. Tunggu." kunci kereta diserahkan pada Shira dan dia mahu berlalu pergi tapi ditahan si isteri.

"Amm.. kereta banyak." sebenarnya bukan itu yang Shira takutkan. Dia masih lagi tak dapat biasakan diri apabila dikelilingi orang ramai yang tak dikenalinya membuatkan dia panik dan takut disebabkan traumanya.

Khalish mengeluh perlahan tapi dia masih memimpin Shira kembali ke kereta tanpa berkata apa-apa. Itupun sudah cukup membuatkan Shira tahu Khalish risau akan dirinya.

"Jangan keluar.. kalau ada apa-apa, call." pesannya pada Shira apabila wanita itu mula tampak ketakutan lagi apabila mahu ditinggalkan.

Pegangan tangan Shira dilengannya dileraikan sebelum..

OMG.

"I'll back soon." pipi pucat Shira dielusnya lembut beberapa kali sebelum menutup pintu dan dikuncinya dari luar.

Bayangan si suami dilihatnya Shira hingga hilang dari pandangannya.

"Ya Allah!! Happynya aku!! Ahhh!!" jeritnya gedik seorang diri ditambah dengan gaya lagi.

Syukurlah cermin kereta bertinted gelap, jika tak.. mungkin orang luar sudah menganggapnya gila pula.

Tak sangka pula Khalish akan mengucup dahi dan kedua pipinya... SHIRA FAN GIRL!

Tersengih-sengih Shira seorang diri. Lupa terus dia akan traumanya apabila memikirkan Khalish. Ketakutannya hilang serta-merta bagai tragedi hitam itu tak pernah berlaku dalam hidupnya.

Tak lama selepas itu, Shira kebosanan menunggu. Lagu-lagu di corong radio sangat membosankan. Phone juga begitu.

Yang dia tahu.. Umar Khalish a.k.a Suami Schizo nya saja yang difikirkannya.

Phone diambil dan dia mahu menghubungi Khalish, baru beberapa deringan, panggilan diangkat.

"Shira kenapa ni? Okay tak?" suara beku itu jelas kekalutan apabila bertutur melebarkan lagi sengihan Shira.

Mulut ditekupkan seketika dengan tapak tangan, menahan ketawa. Dia berdehem sebentar sebelum menjawab.

"Abang dekat mana ni? Lama lagi ke? Shira rindu.." entah mengapa dia rasakan mahu bermanja pula dengan si suami seperti dulu walaupun dia tahu Khalish memang tak akan melayan dirinya.

Diam sebentar.

"Sekejaplah." kan dah kata.. sepatah saja yang dibalasnya. Alahai..

"Maaflah ganggu abang. Takpe takpe. Shira tunggu ye? Cepat sikit tau. Tata.. love you." tit.

Dia menyeringai dan ketawa suka apabila panggilan ditamatkan. Mesti wajah Khalish speechless mendengar usikannya yang tiberrr.

Nakaiii..

~~~~~~~~~

Dalam 5 minit selepas itu, Khalish kembali ke kereta dengan membawa bungkusan makanan yang ditapaunya tadi.

Pintu kereta dibukanya dan Shira sedang bersandar pada kusyen menatapnya kosong dengan kedua kaki dipeluknya di atas. Sandal sudah entah ke mana dicampaknya di bahagian bawah.

"Hey.. kenapa ni? You're not feeling well? Shira.. answer me?" kekalutan Khalish meraba wajah dan lehernya di sebalik tudung membuatkan Shira akhirnya mengukirkan senyuman.

Baru ingat nak acah-acah merajuk tadi.. tapi sweet la pulak En Schizo beku ni. Tak jadi la..

"Tak.. Shira okay je. Abang lah, lambat sangat. Lapar tau." dia bangun dan mula menyelongkar plastik bungkusan makanan yang dibeli Khalish tadi tanpa perasankan pandangan lelaki itu pada dirinya.

Tak malu betul. Ala.. nak malu kenapa pulak, laki kitew cuke hatilahkan..hihi

Tiba-tiba tangannya dipegang Khalish, Shira memandangnya pula. Kening diangkat sekali.

"Kenapa bang?"

"Betul ke tadi?" Serius saja tutur bicara Khalish sedikit menggusarkan Shira.

'Dah kenapa pulak dah...'

"Ha?" wajah blurr ditayangkan.

Halkum lelaki itu bergerak naik turun sekali bagai ada sesuatu yang penting mahu diperkatakan.

"Betul ke.. yang awak rindukan saya?" tanya Khalish direct. Yang tak boleh bla nya, tangan sejuk Shira di dalam genggamannya diramas lembut kekuranya.

Mama! Anak Mama Dying!

Tergamam. Shira makin cuak apabila Khalish mula merapatkan wajahnya pada Shira.

'Wait a sec. Dia nak kiss aku lagi ke? Magod. Eeeeee sukanya!'

Dia memejam matanya dengan pemikiran yang sudah sampai ke heaven..

..menanti.. sebelum,

'Eh?'

*thnks to thse who rprimndd me, aplgz fr any incnvnience. rlly apprcte it. :)

Share this novel

esther marcus
2020-08-03 14:28:25 

wah...mr beku da makin romantik la...


NovelPlus Premium

The best ads free experience