BAB 2
"KESIAN budak tu. Kau ni agak-agak lah nak nyakat pun." Tuan Abdullah duduk di kerusi sofa yang tersedia di ruang tengah pejabat sambil terkekeh kecil.
"Tengok muka dah tahu anak manja mak. Gertak sikit dah gelabah," balas Ismail sinis.
"Kebanyakan anak manja dan anak mak dapat masuk sini. Tu yang cengeng lebih sikit."
"Wira pun sama aje, kan?" soal Ismail lalu turut melabuhkan duduk di sebelah Tuan Abdullah.
"Yeah. Tapi dah nampak keras sikit. Mahu tak keras hari-hari kena tengking. Lagi tiga minggu diorang kat sini."
"Garang." Ismail tertawa.
"Tak garang. Nanti budak-budak tu naik lemak."
"Confirm diorang tak suka kau."
"Lantak la. Aku tak kisah. Nak lembik, lembab bukan sini tempat dia. Kalau asuh cara lembut. Tak kental la jawabnya mental dan fizikal bebudak tu semua."
Ismail hanya tersenyum. Betul sangat apa yang diucap Tuan Abdullah. Budak-budak zaman sekarang ramai yang manja. Mental dan fizikal langsung tak kental. "Siapa nama budak tadi?"
"Kenapa? Dah tersangkut ke?"
"Aku tanya nama aje pun. Sangkut apa kebenda." Ismail bermati-matian menafikan. Muka pula seperti biasa. Selamba dan serius.
"Nufa Inshirah. Lupa pula nak tanya nama ayah dia. Nanti senang kau nak training sebut nama penuh budak tu."
"Bengong kau ni kan tak pernah habis." Ismail angkat penumbuk. Sekadar bergurau saja mahu melayang kepalan penumbuk itu ke muka Tuan Abdullah.
"Kau pun apa kurang. Garang tak boleh blah. Tengok tadi. Budak tu menikus takut dekat kau. Kalau dengan awek kau jangan garang sangat Is. Perempuan ni kebanyakan hati tisu. Mudah tersentuh. Macam budak Nufa Inshirah tu lah."
"Eh kau ni memang nak makan penumbuk aku sungguh gamaknya. Yang tak sudah-sudah dok sebut pasal budak tu apahal?"
Tuan Abdullah ketawa. "Saja nak test hati kau. Mana la tahu kau tak minat perempuan. Minat sesama jenis. Zaman sekarang berlambak spesis gitu."
Tumbukan kecil singgah ke bahu Tuan Abdullah.
"Bongok la kau. Aku ni straight. Kau ingat aku geng kunyit?"
"Mana tahu selera kau berubah."
Ismail tumbuk lagi bahu Tuan Abdullah dengan keras. Dia tahu sahabat baiknya itu hanya bergurau. Tapi sentap juga kalau gurauan bodoh macam ni.
"Mintak simpang."
"Mintak simpang buat apa? Ada baiknya kau berdoa agar hati kau tu lurus hanya untuk perempuan."
"Eh kau ni. Aku tumbuk betul-betul. Baru tahu."
Tuan Abdullah tertawa. Sikit pun tak ambil hati di atas gurauan Ismail. Tuan Abdullah renung muka Ismail dengan dalam sambil tersengih-sengih.
"Kau ni handsome. Tapi memilih." ujar Tuan Abdullah serius.
"Gila tak memilih. Nak buat pasangan hidup, kenalah pilih betul-betul."
"Kau tunggu ajelah umur kau 40. Masa tu baru kau tahu erti menyesal sebab kahwin lambat. Rugi Is kau lama membujang."
Ismail mengangkat keningnya. Tak ada yang rugi pun sebenarnya. Jodoh belum berpihak padanya. Takkan nak pergi menjerit satu dunia pula.
"Jodoh rahsia Dia. Aku yakin cepat atau lambat aku pasti akan bertemu bidadari dunia yang diciptakan untuk aku."
"Ye betul rahsia Dia... Tapi jodoh tu kena usaha mencari. Lebih-lebih lagi kita ni lelaki. Kita yang pergi pinang perempuan."
"Halah kau ni. Kena sampuk hantu apa pula? Nak tazkirah pasal jodoh ni. Aku ni tak ada lah tua mana lagi. Baru 33. Bukan 63."
Tawa halus berhambus keluar daripada celahan bibir Tuan Abdullah. "Tapi kalau kau memilih. 63 pun belum tentu kau kahwin. Jadi la kau bujang terlajak kesepian." Sesudah berujar begitu Tuan Abdullah bangun.
"Kau nak kemana?"
"Padang kawad. Nak tengok budak-budak riadah. Nak ikut?"
Ismail menggeleng.
"Meh la. Boleh skodeng Nufa Inshirah."
"Bongok. Dah, pergilah kau. Semak aje dok meratib nama budak tu."
Tuan Abdullah ketawa sambil menghayun langkah keluar dari pejabat itu.
"DAH la tu... Tuan Abdullah dan Tuan Ismail gurau aje pun. Jangan ambik serius." Belakang badan Nufa diusap-usap. Terhinggut-hinggut tubuh Nufa mengawal tangisan. Salsabila buang keluh.
"Aku pun ada perasaan malu. Nasib baik dekat pejabat tadi tak ada pelatih lain."
"Ala diorang gurau aje lah, Nufa. Kau tak payah la nak malu. Kes ni dah settle. Tiga minggu aje lagi kita dekat sini. Sabar ajelah eh untuk tiga minggu ni." Tak jemu Salsabila memberi pujukan.
"Aku nak main badminton. Jom beregu." sambung Salsabila. Tangan Nufa ditarik. Namun Nufa tidak berganjak dari tempat duduknya.
"Kau ajelah main. Aku nak healing kejap." Ajakan itu ditolak lembut. Salsabila mengangguk. Faham akan perasaan sedih yang dialami rakan baiknya itu.
"Okey."
Lembut bayu pantai menujah ke wajah. Nufa tarik nafas dalam sambil menutup rapat kelopak matanya. Melihat keindahan pantai, hati yang dirundum sedih terasa sedikit terubat. Betul kata Salsabila. Lagi tiga minggu saja lagi dia berada di sini. Bertahan sajalah. Pejam celik, pejam celik tiga minggu itu akan berkunjung tiba. Hati Nufa melonjak riang. Sudah terbayang wajah-wajah kesayangan yang menanti kepulangannya. Bibir Nufa tersenyum lebar. Rindu juga dekat masakkan mama. Hampir tiga bulan tak merasa masakan mama. Rindu betul.
"Aduh..." Panjang Nufa mengaduh sambil menggosok kepala kala sebiji bola terpelanting ke kepalanya. Mata lantas tercelik luas.
"Maaf...tak sengaja."
Nufa sekadar mengangguk menerima kata maaf.
"Weh Irham. Kau ambik bola ke nak mengayat wirawati?"
Nufa toleh ke arah sekumpulan wira yang sedang bermain bola tampar. Dia tidak pasti suara siapa yang berbunyi tadi.
"Irham dari kompeni Charlie. Awak?"
Nufa panggung kepalanya ke arah lelaki bernama Irham. Bibir lelaki itu manis tersenyum sambil memandang ke wajahnya. Nufa balas senyuman itu dengan senyuman biasa.
"Nufa... Delta."
"Okey." Sambil ambil bola Irham beredar dari tempat itu. Nufa jungkit bahunya sedikit.
Ismail berpeluk tubuh menyaksikan telatah dua pelatih itu. Dari tadi dia asyik memerhati Nufa yang duduk termenung di atas bangku menghadap pantai. Langsung bibirnya terjungkit naik. Sinis sekali pamer yang terzahir di seraut wajah Ismail.
"Budak budak baru nak up," selarnya sinis.
"Tudia baik punya port skodeng. Diam-diam buat kerja. Nampak tengah sedih tu. Taknak pujuk?"
"Kau lagi. Bosan betul." Ismail julingkan matanya ke atas. Wajahnya sedang elok terpeta sinis.
"Mulut cakap lain. Di hati fikir lain." Tuan Abdullah mengekeh.
"Apa yang kau mengarut ni Dollah. Okey lah aku nak balik bilik. Apa-apa hal. Roger." Cakap saja nak ke bilik tapi kaki tidak berganjak walaupun setapak.
"Baik Tuan Ismail Al Haq." Tuan Abdullah angkat tabik hormat sambil tersenyum dalam gurauan.
Tudung yang dirasakan senget. Nufa betulkan. Tubuh diangkat dari bangku. Kedua-dua tangannya ditepuk ke punggung membuang pepasir halus pantai yang mungkin melekat di seluar sukan. Setelah merasakan pasir halus sudah bebas daripada seluar. Nufa balikkan tubuhnya ke arah belakang.
Kala itu mata Nufa terpicing dengan sendiri apabila susuk Ismail berdiri tidak jauh daripada bangku. Spontan Nufa berdiri tegak sambil memberi tabik hormat kepada komandan kem itu.
"Kenapa tak join riadah?"
"Saya nak tenangkan fikiran tuan."
"Awak terasa hati pasal tadi?"
"Tak, tuan."
"Betul?"
"Betul tuan."
Kepala Ismail mengangguk. Riak wajah yang terzahir tetap tegas, garang dan serius. Sementara Nufa tunduk. Tidak berani menentang pandangan serius Ismail.
"Awak tak boleh cengeng. Tak boleh lembik. Tak boleh manja. Seorang pelatih PLKN kena kuat semangat. Kuat mental dan fizikal." Ujar Ismail dengan gaya abang-abang menasihati adik.
Nufa hanya mengangguk sekilas. Kalau dia lembik pun. Rasanya tak ada kena mengena dengan Tuan Ismail. Nak cakap aku anak manja la tu! Hati Nufa berdesis geram.
TIGA MINGGU KEMUDIAN...
"ARE you ready guys?" Bunyi suara serak parau Shahrul Azli selaku penghulu wira dan wirawati memenuhi kawasan padang kawad.
"Ready." Balas semua platun yang terdiri daripada empat pecahan kompeni iaitu Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. Gamat suara yang menyahut.
Beret hitam dilambung tinggi ke udara. Saat itu terasa bebanan selama tiga bulan ini terlucut, terbang pergi meringankan bebanan yang begitu berat dipikul di bahu. Menempuhi perih, jerih, ranjau yang beronak dan berduri bukanlah sesuatu yang mudah bagi pelatih. Namun dengan kesungguhan dan semangat yang jitu. Tiga bulan itu ditempuh dengan berjaya. Wajah masing-masing terpeta seraut riak suka dan gembira yang mungkin tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Tetapi tetap ada terselit sedikit kesayuan meratai wajah setiap pelatih.
Tiga bulan diajar, dididik dan diasuh mengikut latihan ala-ala ketenteraan. Automatik kekentalan mula meresapi ke jiwa pelatih. Nufa lebarkan senyuman.
Seusai membuat persembahan tamat latihan, Nufa keluar daripada perbarisan. Langkah Nufa terus melencong ke khemah yang menempatkan ibu bapa dan orang awam. Melonjak girang hatinya tatkala melihat susuk mama dan papa ada di bawah satu khemah.
"Tahniah anak mama." Datin Azizah peluk erat tubuh puteri bongsunya. Tidak pernah dia berpisah dengan anak ini dalam tempoh yang lama. Tiga bulan terasa seperti satu musim yang begitu panjang. Kedua-dua pipi Nufa dicium melepaskan kerinduan. Dalam tak sedar Datin Azizah tersenyum tipis dikala mindanya teringat akan tangisan Nufa di awal kemasukan Nufa ke kem.
-Mama... Nufa nak balik.
-Tak best duduk sini.
-Macam kena dera. Macam hidup dalam penjara.
-Mama orang letih.
-Mama dan bla... Bla.
Datin Azizah hanya mampu memberi kata semangat. Biarpun hatinya seperti mahu terbang ke kem itu. Membawa puteri bongsunya pulang.
"Miss you mama."
"Miss you too sayang," balas Datin Azizah sambil mengemaskan pelukan. Kenangan tiga bulan itu pergi sebaik gemersik suara lembut Nufa berbunyi di cuping telinga Datin Azizah.
"Tak sabar nak tunggu lusa."
"Nanti mama dan papa tunggu Nufa dekat station bus ya?"
"Okey." Balas Nufa.
Datuk Mustafa pula hanya tersenyum sambil mengusap lengan Nufa tanda menzahirkan ucapan tahniah kepada anak bongsunya yang manja, lembik ini.
"Congratulations Nufa Inshirah. Papa proud of you."
Pelukan dari Datin Azizah terlerai. Kini pelukan itu disatukan ke susuk Datuk Mustafa.
"Tak percaya, kan? Anak papa yang lembik dan yang manjah ni boleh tamatkan latihan dengan jayanya. Of course la papa harus berbangga dengan Nufa. Ni Nufa Inshirah Mustafa la." Nufa tepuk dadanya bangga.
Datin Azizah dan Datuk Mustafa ketawa kecil. Ingatkan dah berubah perangai kebudak-budakkan. Rupanya masih sama.
"ARGHH penat betul..." Nufa mengaduh sambil baring terlentang di atas katil. Dengan badannya masih dilengkapi uniform celoreng biru dan beret hitam di kepala. Nufa tersenyum gembira. Kedua-dua mata turut dipejamkan. Hati mula terbayang bantal busuk dan katil empuk miliknya.
"Nufa... Tidur ke? Ni ada pesanan penaja dari wira Charlie. Katanya dia harap sangat kau sudi menyambut nombor telefon dia."
Nufa angkat tubuhnya dengan malas. Pesanan penaja apa pula? Macam-macam hal lah si Salsabila ni.
"Siapa pulak baik hati bagi nombor telefon dia dekat aku?"
"Irham dari kompeni Charlie."
"Irham?" soal Nufa dengan kening hampir bertaut.
"Ya Irham. Dah, ambik ni nombor telefon dia sebelum aku buang." Secebis kertas diletak ke riba Nufa.
... Nombor yang tertera pada secebis kertas disebut satu per satu di dalam kepala. Nufa menggeleng.
"Kau geleng apahal?"
"Taknak la aku. Kau ambik jelah nombor telefon dia ni."
"Jual mahal pulak kau. Ambik ajelah. kau simpan. Mana tahu masa kecemasan boleh diguna pakai." Salsabila ketawa sambil mengambil semula cebisan kertas yang tercatat nombor telefon Irham.
"Kecemasan apa pula wei? Kau ni ada-ada je."
Salsabila henyak punggung ke birai katil. Bahu Nufa ditepuk sekali.
"Maksud aku... Kecemasan tu. Saat genting. Contohnya sepuluh tahun akan datang kau masih single. Kau boleh contact dia balik. Itu pun kalau dia masih bujang la. Ni example je tau. Kadang-kadang idea ni boleh diguna pakai juga. Kiranya dia tu macam spare parts."
"Eee kau ni." Nufa tolak sisi bahu Salsabila.
"Kalau gitu apa kata kau ambik nombor Irham. Buat spare parts kau."
"Aku dah save dah pun dalam kepala ni. Mungkin berguna suatu hari nanti. Siapa tahu. Tapi buat masa ni hati aku ni dah terpaut dekat Abe Shahrul Azli. Tapi si Farra dari kompeni Alpha minat dekat Tok Ngulu kita tu. Tak ada chance lah aku nak mengorat Shahrul Azli." Salsabila buang keluhan berat.
"Lagi bagus kau ambik Irham. Tak payah nak berebut."
"Haah kan. Si Irham pun hensem jugak. Tapi Tok Ngulu lagi hensem."
Salsabila ketawa deras sehingga memancing Viviana yang sedang mengemas barangan masuk ke dalam bagasi.
"Dua-dua tak handsome lah. Tuan komandan kita lagi tough, macho dan kacak." sampuk Viviana dengan kekehan.
"Amboi Vee. Awak pun menaruh minat dekat Tuan Ismail kita tu," tanya Salsabila tak percaya. Minah mix siam dengan cina ni boleh terpaut dekat Tuan Ismail.
"Tak ada lah minat. Saya cuma bagi pandangan je. Kalau pun saya minat, tak membawa apa-apa makna. Mahu kena pancung sama itu papa saya. Taknak lah. Tak rela." Viviana menggeleng sambil mengernyit seram.
"Tapi kan... Dengar-dengar Tuan Ismail bujang dan single and available." Widya pula menyampuk. Kalau buka topik Tuan Ismail mesti jadi topik hangat di dalam dorm.
"Entah betul ke tidak kau ni Widya." Salsabila meningkah ucapan Widya.
"Aku sendiri tak tahu sejauh mana kebenaran khabar angin tu."
"Malang betul siapa jadi isteri dia nanti."
"Kenapa pulak?" soal Widya.
"Sebab garang macam ketua panglima perang. Tak sukalah lelaki garang macam tu. Sikit-sikit nak marah. Salah sikit aje tapi dia punya marah tu macam kita ni pembelot negara."
Widya, Nufa dan Viviana tertawa halus. Hampir serentak ketawa yang keluar.
"Ala... Biasanya geng-geng tentera ni masa bertugas je garang. Serius. Dekat rumah atau diluar tugas. Diorang ni romantik."
Muka Salsabila mengernyit sinis.
"Tak padan dengan muka. Muka beku tapi romantik. Tak sesuai langsung!"
PELUKAN erat ditautkan ke tubuh Salsabila. Dalam esakan kecil, Nufa memeluk Salsabila seperti tak mahu lepas. Tiga bulan mereka mengharung suka dan suka bersama. Hari ini tibalah sudah waktu perpisahan. Benarlah bahwa tujuan dari setiap pertemuan adalah untuk menyambut kehadiran perpisahan.
"Jangan lupa contact aku. Jangan lupakan aku walaupun di mana kau berada." Salsabila menitip pesanan dengan tubuh terhinggut-hinggut. Roman wajah masing-masing sudah lencun dek deraian air mata syahdu. Merelakan perpisahan ini. Walaupun hati begitu berat ingin melepaskan.
Nufa meleraikan dakapan itu dengan berat. Sambil mengangguk, air mata yang jatuh berjuraian diseka dengan jari jemari.
"Kau pun sama. Jangan lupakan aku. Kalau kau datang sini jangan lupa call aku." Nufa genggam tangan Salsabila.
"Kalau kau kahwin dengan Irham jangan lupa jemput." Sempat lagi Salsabila buat lawak.
"Dengan siapa pun aku kahwin nanti. Aku akan invite kau." Nufa ukir senyuman manis.
Salsabila menarik Nufa masuk ke dalam pelukannya. "You have given me so many funny and beautiful memories. Thank you for everything it does not end here, we will meet again. Thanks again sebab sudi berkawan dengan aku sepanjang tiga bulan ni."
"Thanks jugak sebab kau sudi kawan dan layan karenah manja aku." Belakang badan Salsabila diusap perlahan.
"Aku pasti akan rindukan segala kenangan kita dekat kem ni." Suara Salsabila bertukar nada. Lirih.
Pelukan terputus. Lambaian terakhir dilambai kepada Salsabila. Nufa kesat tubir mata. Walaupun hanya tiga bulan mencipta kenangan namun, segala memori selama di sini tidak mungkin terpadam.
Dari kejauhan Ismail memerhati setiap gelagat pelatih. Keluhan nipis dilepaskan. Seperti tahun-tahun sebelumnya. Setiap kali memberi ucapan terakhir kepada para pelatih. Pasti kata-kata perangsang, kata-kata semangat diucapkan.
"To move forward in life you have to say goodbye. If you can't say goodbye you will never able to move forward..." ujar Ismail penuh berharap. Agar para pelatih dapat memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari di sini. Dan menjadi ilmu yang berguna di kemudian hari.
Kem Summerset Resort kembali sepi. Hanya ditemani bunyi ungkas, cengkerik dan deruan ombak. Ismail berjalan masuk ke pejabat dengan keluhan tipis.
"Hai tak ceria aje muka tu. Dah rindu ke?"
"Haah rindu sangat. Rindu nak marah-marah manja dekat pelatih." Ismail juling matanya ke atas.
"Bukan ke rindu budak Nufa Inshirah?" Tuan Abdullah tersenyum. Kening Ismail berkerut.
"Nufa Inshirah?"
"Eleh kura-kura dalam perahu pula. Ke kau saja buat-buat lupa?"
"Betul aku lupa. Yang mana satu ya Nufa Inshirah? Wirawati dekat sini ramai sangat. Mana la aku ingat nama diorang tu semua."
"Eh kau ni." Tuan Abdullah tumbuk bahu tegap Ismail. "Yang kau panggil budak hingusan tu la. Yang jumpa wallet kau tu."
"Oh budak tu. Apa kena mengena dengan aku? Apasal pulak aku nak rindu dia. Kau ni agak-agak lah. Ada ke patut padankan aku dengan budak mentah."
Tuan Abdullah tertawa. "Jangan cakap besar Is. Entah-entah budak mentah tu jodoh kau."
"Tak ada maknanya, Lah. Aku ni dah 3 series. Lagi tujuh tahun dah empat puluh. Budak tu baru melepasi alam mumayyiz. Manalah sepadan."
"Kita lelaki bro. Mana ada expiry date. Lagi tua lagi umphh. Silap hari bulan. Setiap tahun bini kau masuk labour room."
Kali ini Ismail pula beri tumbukkan ke bahu Tuan Abdullah. "Tahu lah Marha kau tu nurse."
"Nak suruh Marha sambut anak kau nanti pun boleh. Aku suruh Marha bagi service first class."
"Jangan nak melencong jauh sangat. Boleh tak."
Tawa deras bergema. Tuan Abdullah menggeleng sambil menumbuk bahu Ismail. Wajah cuak Ismail mencuit hatinya. Usik sikit mulalah tayang muka cuak dia tu.
Share this novel