BL9

Humor Series 177133

SATU persalinan putih yang tersarung di tubuhnya di pandang melalui pantulan cermin besar di hadapan. Farah memejamkan matannya seketika. Cuba mengusir satu rasa di hatinya.

"Kau nampak cantik dengan baju tu."Ujar suara husky di belakang. Farah segera membuka mata. Serta merta dia menoleh.

"Gibran..." Lelaki itu kelihatan segak. Gib juga memakai persalinan putih sepertinya. Baju melayu lengkap bersamping jalan mendekatinya.

"Kau nampak seperti bidadari." Sambung Gib lagi.

Mendengar pujian itu, bibir Farah mengukir senyuman.

"Terima kasih.."

Gib berhenti di sebelah Farah. Mereka sama-sama memandang pantulan cermin besar hadapan.

"Oh my god! Nok cantiknya korang. Bergetar tulang i tengok. Helok nok..Padan sangat la you orang ehh.. I geram nyah." Suara lembut itu memecahkan kesunyian di ruangan itu.

Farah mengalihkan pandangnya. Bibirnya mencedik saat melihat wanita jadian ini seperti sengaja membetulkan pakaian Gib.

"Uish mananya tak helok dada bidang.. I like."
Tangan Jenny berhenti di dada Gib. Farah yang melihat sedia menempis.

"Betulkan je. Tangan kau tak payah nak merayap." Tegas suara itu.

"I kena la sentuh. ini hari last nak fitting kan. Nanti nak alter yang mana patut." Jawab Jenny lagi.

"Hoi Jamil. Yang kau sentuh tu bakal laki aku. Kau tahu." Marah Farah. Gib yang mendengar mengelengkan kepala namun bibirnya mengukir senyuman. Dengan lelaki pun nak cemburu.

"Eh perempuan ni... Nasib Pak Megat tu bapak sedara aku kalau tak, Memang ku cili-ciki mulut kau ni tahu." Marah Jenny.

"Eleh nak cili konon. Sekali aku lesing terus jadi jantan tulin."Marah Farah lagi.

Jenny mengelengkan kepalanya.

"Aku tak tahu la, Jantan punya la helok. Macam mana lah dia boleh sangkut kat hang noh. Hang pakai minyak dagu ke.. Ehh geram iols." Ujar jenny sengaja ingin membakar api kemarahan Farah.

Farah menghelakan nafasnya. Jemarinya di gengam erat. Melihat lengok Jenny seperti mengejeknya hatinya semakin panas.

"Heee bapok tua ni."

Farah menundukkan sedikit tubuhnya, Kasut tumit tinggi berukuran dua inci yang tersarung di kakinya di keluarkan. Dengan pantas kasut di baling tepat ke arah jenny.

Pak!

Tepat kasut itu mendarat di kepala wanita jadian itu.

"Hei sakit la nok! kau nak kepala aku bocor ke.. Sah la kau ni anak kutip pak Megat. Anak pak megat laki-laki kat luar tu sopan santun bukan macam kau ni." Bebel Jenny. Kepalanya di gosok.

Sakit.

"Eeh mulut bapuk ni memang nak kena ganyang ni." Farah cuba mendekati Jenny namun lengannya di tarik pelahan oleh Gib.

"Dah la kalau kau layan menjadi lagi nanti. Kita datang nak fitting bajukan."

Farah mendengus.

"Tengok bakal laki kau pun pertahankan aku kesian kau. Terima kasih abang gib.." Ejek Jenny lagi.

Farah memandang tajam jenny yang ketawa mengejeknya.

"Sayang dah okey."Pujuk Gib perlahan bahu Farah di usap lembut.

Farah tersenyum sinis. Apabila ada idea gila terlintas di fikirannya.

"Abang nak bela sayang ke nak bela wanita berloceng tu." Bibir di sengajakan muncung ke arah Jenny.

Merah wajah Gib apabila mendengar 'Ayat Manja' dari gadis itu.

"Of course I love you. Mon amour."

Farah tersenyum suka.

"je t'aime aussi abang. ( Iloveyootoo abang)"

Sengaja Farah membuat suara manja matanya melirik ke arah Jenny yang membuat bola matanya ke atas. Menyampah!

"Eh geli-geli."Jenny mengoyangkan bahunya. Kedua tangannya di sapu seperti ingin menghilangkan kekotoran di bajunya.

Terkekek-kekek Farah ketawa. Gib juga tersenyum melihat sang kekasih hati yang sudah kembali ceria. Dalam diam fikirannya masih memikirkan kata-kata Darlow.

......

"ABAH pesan seminggu tak boleh jumpa."Ujar Megat Fairus ketika Gib dan Farah tiba di hadapan kereta lelaki itu.

"Kenapa?."Soal Gib. Berkerut dahinya mendengar.

"Halah hilang seri pengantin sat gi. Adik aku tu bukan lawa mana pun."

"Hang pasai apa."Marah Farah.

Kenapalah hari ni manusia-manusia ni sengaja membangkitkan amarahnya. Sakit Hati kita.

Gib yang melihat mengelengkan kepala. Bibirnya terukir senyuman.

"Okeylah kalau abah dah kata macam."

Usai bersalam dengan Megat Fairus dan Megat Omar, Gib kembali memandang Farah, Dia yakin gadis itu ingin katakan sesuatu.

"Kau nak cakap apa-apa ke?"

Farah mendongok memandang Gib.

"Jaga diri baik-baik tau. Lama ni kita tak jumpa jangan rindu.."

"Cis, Kau tu jaga diri jangan nak buat hal kesana ke mari faham."

Farah ketawa perlahan.

"Okey bossku." Simbol bulat dan tiga jari di angkat di tunjukkan kepada GIb.

"Eh lupa lagi satu."

Berkerut Dahi Gib.

"La belum tinggal lagi dah rindu." Usik Gib. Tanpa memperdulikan Megat Fairus dan Megat Omar yang menjeling ke arahnya.

"Bukanlah!"

"Tuh, Hang soh anak fruit hang tak payah susah payah ikut kami. Menyampah tahu tak. Orang kalau nak ikut pun sorok la jauh-jauh ini dah terang lagi bersuluh." Sambung Farah lagi.

Gib memandang kereta hitam yang terparking selang beberapa kereta mereka. Kening yang tidak gatai sengaja di garu.

"Baik. Dah Masuk kereta." Bahu Farah di tolak perlahan.

"Iya Jaga diri baik-baik."

Gib mengangguk.

"Iya Sayang Abang jaga diri."

Megat Omar yang sudah masuk ke perut kereta itu membuat gaya ingin muntah apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut Gib.

"Uwweek. Geli anak tekak aku dengar."

Megat Fairus dan Farah terkekek ketawa.

Kereta yang di pandu pembantu Gib berhenti di hadapan mereka. Gib menundukkan sedikit tubuhnya.

"Aku gerak dulu. Jumpa nanti."

......

BOTOL kaca yang berada atas meja dicampak kasar ke arah dinding. Wajahnya membahang, marah tatkala mendengar berita anak perempuannya melarikan diri.

"Find her!" Arlo dengan mata yang mencerlung tajam ke arah lelaki yang sedang tunduk di hadapannya. Lelaki ini seharusnya menjaga Neyla.

Dia memandang Darlow yang sedang bersandar di dinding tepi pintu.

"When?"soal Arlo dengan penumbuk di kepal.

"This Morning. Bila aku bangun di sudah tiada."
Jawab Darlow dengan gaya yang agak tenang.

Dan sejujurnya, inilah kali pertama dia melihat lelaki ini mengamuk sebegini rupa. Arlo Richard yang dikenalinya selama ini bukanlah seseorang yang seperti ini. Lelaki tua itu jarang menunjukkan emosi dan perasaannya namun kali ini apabila berita tentang kehilangan Neyla Serta merta lelaki itu menjadi orang yang sangat pemarah. Pasti Lelaki tua itu bimbang anak perempuannya akan merosakkan gunting dalam lipatan.

"She will ruin all my plans Darlow." Ujar Arlo.

"You must to Find her." Laju nafas Arlo kali ini.

Darlow ketawa sinis tanpa di sedari Arlo.
Dan ya. Darlow harus bersedia dengan segala kemungkinan selepas ini.

Share this novel

norsila
2022-07-09 15:05:57 

hahahaha..farah gedik dah keluar ke? hahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience