Aku gigit bibir. Nak lari daripada Emir dan lari daripada tugasan sekarang kena guna cara berhemah. Nanti tak pasal-pasal telinga lintah mata rimau cikgu-cikgu divison aku dapat menghidu sesuatu yang tidak berbau nanti. Bahaya! Terutama dengan CIkgu Ilham yang kebetulan dekat dengan aku ketika ini. Aku hampir pengsan apabila dia perasan akan Emir yang memandang aku bagaikan aku ini sejenis makanan bernama tomyam.
Perlahan-lahan aku menoleh ke arah kiri dan kanan mencari jalan keluar, laluan-laluan selamat yang boleh dilalui daripada mengelak 'terserempak' dengan Emir. Mungkin yang paling selamat adalah tandas wanita. Gila Emir nak masuk ke tandas wanita semata-mata nak kejar aku? Mahu meraung guru wanita kelak.
Tapi, kalau namanya Emir Hafiz anda rasa Emir akan peduli? Ohh, tidak! Jangan cakap dia main aci redah aje nanti. Aku picit kepala. Akal mula berjalan untuk mencari tempat selamat untuk bersembunyi daripada Emir.
"Err, Cikgu Ilham. Saya rasa sakit perut tiba-tiba ni. Boleh tolong cover untuk saya sekejap tak?" aku buat muka berkerut. Haraplah Cikgu Ilham termakan dan tidak menyangka yang bukan-bukan.
"Awak okey tak ni? Makan apa pagi tadi sampai ke sakit perut?" Soal Cikgu Ilham penuh prihatin.
"Entahlah. Saya pun tak tahu."
Aku menekan-nekan perut, umpama sedang dalam kesakitan. Sememangnya perut aku tengah meragam, sakit sebab aku takut dengan tindakan Emir selepas ini. Melihatkan mulutnya yang terkumat kamit bagaikan membaca mentera dan mata helangnya yang umpama bersedia untuk menerkam mangsanya aku jadi sakit perut. Jantungku tiba-tiba berdebar.
"Ke sebab Emir jeling awak semacam aje tadi, awak sakit perut?"
Aku ketap bibir. Serkap jarang Cikgu Ilham memang tepat pada jawapannya. Namun ada kelainan dalam nada suaranya. Bagaikan satu perasaan yang tidak suka aku lari hanya sebab aku takutkan Emir. Atau mungkin sekadar telahan aku sahaja.
"Mana ada. Saya betul-betul sakit perut ni. Takkan saya nak tipu Ilham pulak?"
Semata-mata nak mengelak boleh pulak nama Ilham disebut tanpa ada pangkal 'cikgu' di hadapannya. Aku mengurut-mengurut perutku, seolah menunjukkan aku betul-betul sakit. Aduh, Cikgu Ilham masa macam ni boleh tak jangan nak ganti Sinichi Kudo? Tolong jadi seperti Kougoro Mouri yang sentiasa tidur ketika Conan menyelesaikan kes pembunuhan.
CIkgu Ilham diam sahaja. Kemudian tarik nafas lalu melemparkan senyuman pembuluh darahnya.
"Baiklah. Tapi, kalau teruk sangat bagitahu. Nanti saya bawak awak klinik terus."
Aku angguk kepala.
"Sekejap aje Ilham ye. Jangan risau." Tiada yang teruk sebenarnya, cuma aku nak lari daripada Emir sahaja, sambungku di dalam hati.
Aku meletakkan apron di tepi meja. Kepada CIkgu Jasmin aku titipkan pesanan untuk ke tandas sekejap, takut dia tercari-cari. Cikgu Jasmin kepochi sedikit orangnya, namun aku tahu dia adalah seorang yang baik dan tegas semasa mengajar. Tidak hairanlah Cikgu Jasmin amat terkenal sebagai seorang guru yang agak disayangi oleh anak muridnya, termasuklah Tingkatan Enam Pluto.
Dengan Cikgu Jasmin tidak pulak mereka mencari masalah. Tetapi dengan aku? Boleh dihitung dengan jari sahaja aku mengalami suasana PdPc yang tenang tanpa gangguan daripada pelajar Tingkatan Enam Pluto, panggilan umum bilik PKHEM dan perintah khas daripada balai polis. Itupun kalau pernah. Rasanya sangat dan amat jarang kot. kalaupun suasana aman dan damai itu terjadi disebabkan oleh Emir yang tidak hadir. Emir, ketua segala masalah dan kes di sekolah aku penyebab aku sentiasa stress setiap hari aka laki aku.
Siapa kata kerja guru senang? Senangnya bila kita hanya mengajar dan menemui murid-murid yang baik, tidak mendatangkan masalah serta mendengar arahan yang diberikan. Sejuk dan tenang cikgu nak mengajar. Nak turun mengajar hari Isnin pun bersemangat, the bright and shining Monday.
Tetapi bila wujudnya spesis manusia seperti Emir, anda rasa? Hari Isnin pula bagaikan 'The Darkest and the Blackiest Monday' dan semangat mengajar pula bagaikan hendak diseru setiap saat untuk berhadapan dengan pelajar seperti Emir. Hati pula sentiasa sado. Bab mengutuk pula saling bertingkah dengan doa semoga dikuatkan hati dan mental bagi mengharungi liku-liku mengajar mereka. Tambahan lagi bebanan cikgu yang terlibat dengan sektor pengkeranian menyebabkan bebanan kerja guru semakin bertambah setiap hari. Alangkah bagusnya kalau ada pembantu, seperti yang diuar-uarkan sebelum ini. Bilalah agaknya?
Aku mempercepatkan langkah ke bilik guru. Walaupun ada jalan pintas ke tandas wanita, aku rasa lebih selamat masuk ke bilik guru. Mungkin bila aku lalu melalui bilik guru nanti Emir tidak berani mengejar aku. Paling-paling pun mungkin dia akan patah balik ke kelas atau tempat lain. Sesekali aku menoleh ke arah belakang.
Tiada kelibat Emir.
Aku tarik nafas lega. Sungguhpun tiada Emir, aku tidak sewenang-wenangnya menarik nafas lega. Emir itu bukan sebarangan orang. Dia adalah mafia STKH. Sebaik sahaja aku menoleh hampir sahaja aku menjerit. Hampir luruh jantungku.
"Eh, kenapa ni Thea?"
Nasib baik aku sempat brek dan sungguh nasib baik muka Ustazah Maream yang muncul.
"Pucat semacam aje muka?"
Aku sengih tayang gigi. Pucat sangat ke muka aku?
"Alang-alang macam ni, Kak Yam nak bagitahu senarai nama penerima anugerah tu dah siap termasuk akademik dan kokurikulum. Nak bagi kat Thea nanti dalam softcopy ke? Lagipun senang nak arrange untuk bahagian pengacara majlis kelak."
Aku angguk kepala. Betul jugak. Lagi senang dalam bentuk softcopy berbanding hardcopy yang terpaksa ditaip semula. Kalau bentuk softcopy senang untuk copy and paste sahaja. Tidak banyak kerja dan menyenangkan. Lagipun untuk reka bentuk buku program, bahagian kami terpaksa menunggu pengarah projek untuk menentukan tema untuk Hari Kecemerlangan sekolah.
Walaupun ada sekolah yang menggunakan tema Hari Graduasi, mungkin ada baiknya namun di sebalik ada beberapa pendapat yang mengatakan bahawa perkataan graduasi hanya sesuai untuk digunakan peringkat tertiari. Bagi aku, memang ada betulnya. Perkataan graduasi sendiri tidak wujud dalam pembentukan kata bahasa melayu. Sungguhpun ada, perkataan ' graduation' dalam bahasa Melayu adalah tarikh pengijazahan. Maka, graduasi ini lebih sesuai dimaknakan dengan peringkat universiti dan kolej.
"Boleh juga. Nanti Thea whatapps Kak Yam email Thea. Senang Thea download aje dari email, tak payah susah guna pendrive."
Ustazah Maream angguk kepala seraya tersenyum.
"Haah, betul jugak kan. Kalau camtu nanti untuk bahagian sijil, akak email aje dengan mereka. Tak payah nak print bagai kan."
Aku senyum sambil angguk kepala. Entah kenapa bila aku terpandangkan pantulan cermin di hadapanku, senyumanku hilang serta merta. Kelibat Emir kelihatan begitu dekat dengan aku. Alamak! Alamak! Kenapa boleh lupa tentang Emir pulak ni!
"Eeh, kenapa ni Thea? Tiba-tiba pucat lagi? Sakit ke?" Suara Ustazah Maream berbaur bimbang.
Aku tahan perasaan. Rasanya senyum bagaikan tidak ingin terbentuk di mukaku ketika ini. Tidak sudi ketika kelibat Emir semakin mendekat.
"Sakit perut Kak Yam. Entah asyik meragam aje dari tadi."
Ye, meragam sebab Emir.
Wajah Ustazah Maream pula serba salah.
"La yeke? Kenapa tak bagitahu awal-awal? Takdelah Kak Yam tahan Thea tengah jalan macam ni."
"Ehh, tak apalah Kak Yam, Masa Kak Yam panggil tadi elok aje. Tetiba pulak meragam ni."
Aku pegang perutku. Seolah-olah tiba sakit. Muka berkerut sebagai pakej kepada sakit perutku. Senak dadaku ketika ini ketika masih lagi berdiri bersama Ustazah Maream. Bilik guru terasa semakin jauh manakala tandas guru wanita umpama sudah tidak kelihatan tatkala aku melihat kelibat Emir. Entah apa yang aku takutkan terhadap Emir, aku sendiri pun tidak tahu.
"Kalau macam tu, nanti makan ubat tau. Rehat. Kak Yam cari Kak Shida dulu ye. Pasal kat kantin tu, kalau tak okey lagi, takpe, akak take over. Ilham pun ada kan. Ambil MC kalau tak larat." Pesan Ustazah Maream mengharukan aku. serba salah juga dibuatnya. Gara-gara lari daripada Emir dan menipu sakit perut, kebaikan yang ditunjukkan Ustazah Maream menyebabkan aku dibelenggu rasa bersalah.
Namun, apakan daya. Aku harus selamatkan diri daripada dimakan oleh naga jantan yang bakal muncul bila-bila masa nanti. Sebelum aku berada dalam redzone, baik aku letak diriku dalam greenzone. Lari daripada Emir itu wajib.
"Saya nak ke tandas dulu ye Kak."
"Ye, ambil MC nanti tau kalau tak larat."
Pesanan Ustazah Maream aku jawab dengan anggukan. Tanpa menoleh sesaat ke belakang, aku terus berlari marathon ke arah bilik guru dan seterusnya ke tandas wanita wanita yang berada pintu belah kanan bilik guru. Ketika aku selamat masuk ke dalam tandas wanita, aku terasa seperti telah berjaya mendapat pingat emas dalam Sukan SEA.
Terasa mahu melompat-lompat kijang aku ketika ini. Yesss! Selamat daripada Emir. Aku teringin menari salsa sekarang. Perlahan-lahan aku menutup pintu tandas wanita yang berwarna purple ini. Aku tarik nafas lega, menghidu sekali wangian lavender yang diletakkan di dalam tandas.
Arhh lega. Lega kerana dapat lari daripada Emir dan seharusnya aku harus menunggu untuk satu tempoh baru keluar dari tempat persembunyian aku ketika ini. Aku takut dengan pelbagai kemungkinan yang akan terjadi di sebalik pintu purple ini.
Aku pejam mata. Seriau untuk memikirkan dan membayangkan jika Emir sanggup menanti di balik pintu ini. Tidak ke musykil para guru wanita STKH jika Emir menjadi pak pacak di depan tandas wanita. Boleh heboh satu sekolah gamaknya. Ohh, tidak! Mohon tidak Emir berperangai seperti begitu.
Sesaat, terlintas di fikiranku. Kenapa aku harus lari daripada Emir? Aku bagaikan ingin mengetuk kepalaku sendiri. Entah apa kena dengan aku sampaikan aku nak lari daripada Emir. Apa yang aku buat sampai Emir marah dengan aku? Aku kacau dia ke? Tetapi sebaliknya yang berlaku. Dia yang kacau kehidupan aku. So?
Kenapa? Kenapa aku nak takut dengan Emir? Di sekolah, aku gurunya manakala dia adalah pelajar. Wajibnya dia menghormati hak aku sebagai aseorang guru yang mencurahkan ilmu kepadanya. Walapun tidak dinafikan aku juga isterinya tetapi seharusnya di sekolah biarlah bersikap professional.
Aku kemam bibir sambil garu kepala. Kenapa aku lari daripada Emir? Takut naga jantan mengamuk ke? Pelik aku ni. Arhhh, sudah! Bercelaru hidupku dan mentalku gara-gara seorang makhluk bernama Emir Hafiz. Kalau bertemu dengan psikiatri, rasanya sudah lama aku disahkan dengan bipolar disorder dan mild schizophonia. Ilusi bayangan yang bertingkah dengan aku mengenai Emir.
Hebat! Besar sungguh penangan kuasa Emir Hafiz.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Oksigen yang masuk dalam lubang hidungku dapat menangkap aroma minyak wangi. Wangi dan maskulin.
Maskulin?! Lelaki ke? Takkan perempuan pakai minyak wangi lelaki. Arhh, jangan cakap!
Perlahan – lahan aku pusing kepalaku. Kalau beginilah keadaan kita bertentang mata dengan Malaikat Izrael yang mencabut nyawa, keadaan itu memang sesuai untuk menyatakan keadaanku sekarang. Tiba-tiba suhu tandas guru wanita turun mendadak sehingga mencapai takat bawah negative sifar beku. Badanku kejung serta merta malah darah pulak bagaikan segan untuk mengalir. Bulu romaku yang selama ini lemah menyembah kawasan kuit tiba-tiba berdiri tegak sembilan puluh darjah.
"Hello dear wife." Suara garau Emir yang dingin menerobos masuk ke gegedang telinga. Bersama senyum mautnya Emir menapak mendekati aku.
Aku telan air liur yang terasa bagaikan batu apabila diteguk. Tersekat di laluan kerongkong. Boleh tak sekarang ni aku ada kuasa sakti yang membolehkan aku terlepas daripada Emir. Ataupun pinjam jubah halimunan Harry Potter ke? Atau tiba-tiba ada laser beam ke, beam saber ke, beam cannons Strike Freedom yang boleh memusnahkan kawasan tandas dan membolehkan aku melarikan diri ketika ini. Menyelamatkan diri daripada dimakan oleh Emir Hafiz.
"Thingking about flee sweetheart?"
Sepantas kilat aku menggeleng, menidakkan kenyataan Emir.
"Mana ada! Saya sakit perut nak berak."
Ah, bantai aje Althea.
"Dah, tepi!"
Aku beralih ke tepi namun tangan kanan Emir laju menekap dinding belah kiriku. Aku beralih ke kanan dan sekali lagi pantas tangan kiri Emir melekap ke dinding. Secara tidak langsung mindaku teringat kembali peristiwa yang terjadi tiga hari yang lepas. Keadaan yang sama, situasi yang lain dan tempat yang berbeza.
"Apa ni Emir! Awak gila ke? Ini kawasan sekolah." Keras suaraku.
Emi hanya angkat kening. Senget senyuman sinis terbentuk di dua ulas bibir merahnya. Matanya bersinar galak. Entah apa yang dalam minda lelaki di hadapanku ni. Terasa gerun dan seram aku. Tambah menyesakkan dada dan jiwa tatkala Emir mengepung aku seperti ini. Perjalanan darah ke jantung bagaikan disekat. Aku takut dengan posisi sekarang. Tiba-tiba ada guru wanita yang masuk, itu bakal mengundang bahaya dan ancaman yang besar terhadap kerjayaku dan hidupku.
Ohhh, tidak! Aku tidak mahu kerjayaku dihancurkan gara-gara perangai Emir aci redah dan tidak mempedulikan orang ini. Kalaupun untuk mempertahankan diri, kenyataan Emir yang menjadi suamiku bakal memburukkan keadaan. Suara – suara sumbang akan kedengaran. Pakcik makcik bawang mungkin memulakan operasi membawang serai haliakan aku.
'Terdesak sangat ke sampai tak sabar.'
' Dulu kata benci, nah sekarang jadi laki.'
' Amboi, kalaupun nak berkasih sayang beromantika de' amor tolong fikir tentang T.P.O.'
Time. Place. Objective.
"Emir Hafiz! Apa yang awak cuba nak buat ni? Awak sedar tak ni kawasan sekolah!" Suaraku sudah naik seoktaf namun Emir masih juga degil untuk melepaskan aku.
"Sebab aku sedar ni kawasan sekolah aku buat macam ni. Kau rasa apa akan berlaku jika cikgu lain jumpa kau dengan aku, macam ni."
Serentak itu, Emir memaut pinggangku rapat dengannya. Tidak ada jarak memisahkan kami berdua. Paha bertemu paha. kepalaku bertemu dadanya. Malah, tangannya kejap memeluk belakangku. Hampir sahaja aku meraung, namun aku masih lagi waras untuk menekup mulutku. Jika suaraku meletus keluar dengan kuat, nescaya sampai ke padang sekolah boleh didengari akibat tindakan spontan Emir.
Darah merah sudah naik sampai ke mukaku. Jantungku berdebar dengan kencang. Adakah Emir sudah hilang kewarasan yang mengakibatkan dia bertindak sebegini? Aku seram dan geram. Perasaanku bercampur baur.
"Emir, lepaslah! Lepas!"
Aku meronta minta dilepaskan. Sayangnya pengangan Emir semakin kuat. Aku semakin kuat meronta. Maruah kerjayaku sebagai guru perlu dipertahankan dan dipelihara sebaik mungkin. Aku tidak sanggup mencemarkan dengan sembereno dan sesuka hati melalui perbuatan Emir ini. Ya Allah tolonglah hambaMu yang lemah ini.
"Diam! Or I will kiss you!" ugut Emir.
Aku serta merta berhenti meronta. Seriau mendengar ugutan Emir yang berbaur amaran itu. Kalaulah dia cakap nak bagi penampar ke, sepak ke boleh lagi aku terima. Tapi kiss? Are you out of mind, Emir Hafiz?
Mahu sahajaku jerit ayat terakhir tersebut ke telinga Emir. Boleh buatkan telinganya pekak untuk beberapa saat. Mungkin boleh betulkan urat dalam otaknya berselirat itu. Kot ada terputus ke?
"Emir, lepaskanlah! Awak ni gila ke peluk saya macam ni? Kalau cikgu lain nampak awak buat macam ni, tersebar satu sekolah saya malu tahu tak! Mana saya nak letak muka?"
Emir mendengus geram. Nafasnya dilepas kasar. Tiba-tiba dia menolah badanku ke arah dinding. Terasa sakit akibat ditolak kasar sebegitu. Belum pun sempat aku hendak memarahinya, muka Emir sudah merah. Rahangnya bergerak-gerak menahan amarah. Wajahnya terlukis dengan perasaan berang. Sakit pun hati pun ada.
"Oh, sebab kau malu takut Ilham tahu kau tu bini orang? Atau kau sebenarnya malu nak mengaku aku ni laki kau?"
Aku terhenyak. Naik balik dah nama Ilham di bibir Emir. Apa kena Ilham dengan hal aku menjadi isteri Emir? Seharusnya dia sedar bahawa perbuatan yang dilakukannya boleh dianggap menyalahi peraturan sekolah. Biadap dengan guru. Err, boleh ke dipraktikkan kalau sah laki bini?
"Awak ni kenapa tak suka sangat dengan Ilham?"
"Tak suka? The right word is hate sweetheart."
Kali kedua Emir menyebut perkataan sweetheart. Sweetheart yang disulam dengan nada sarkastik dan geram. Jadi jangan nak salah faham.
Benci? Apa yang Emir benci sangat dengan Ilham? Ohh, jangan cakap semua cikgu kat STKH dia benci termasuklah aku.
"Kenapa?"
"Why?" Emir mendengus geram bercampur sinis.
Dia pandang mataku dengan pandangan yang sukat ditafsirkan. Aku kerut dahi sambil mengecilkan diri di dinding tatkala Emir semakin merapat. Aku teguk air. Rasa macam kompisisi air dalam badanku semakin menurun akibat tindakan Emir yang di luar jangkaan ini.
Emir tunduk selari dengan ketinggianku. Nafas hangatnya menampar telingaku yang dilapik dengan tudung. Arh, apa dia nak buat dengan aku ni? Nak kiss aku lagi ke? Woahhh! Althea! jangan nak gatal sangat. Aku pejam mata erat-erat. Takut dengan kemungkinan yang bakal terjadi selepas ini. Emir bukannya seorang yang boleh dipercayai sangat. Tindakannya kadang kala boleh menyebabkan jantung berhenti berfungsi untuk sesaat.
"Ohh, I really hate when somebody stole what's mine. Especially you, Althea. You are mine!"
Aku tergamam.
Otakku lumpuh. Jantungku seakan-akan berhenti berdegup. Akalku tiba-tiba tidak berfungsi. Mataku terbeliak luas. Rahangku bagaikan ditarik graviti. Paling utama, mukaku sudah terasa kehangatan apabila mendengar pengakuan yang dibuat oleh Emir. Adakah ini adalah hanya sekadar permainan yang dilakukan oleh Emir?
"No, I am totally serious, Thea!" Bagaikan dapat membaca apa yang berada di dalam pemikiran, Emir berkata lagi.
"No, this is crazy!" aku cepat geleng-geleng kepala. Nonsense!
Dengan pantas aku tolak tubuhnya. Menjarakkan sejauh mungkin kedudukan kami berdua. Aku perlukan ruang untuk memenangkan hati yang sedang berdebar kencang dan jantung yang sedang kerja overtime sekarang ini.
Emir ni tak betul agaknya? Aku geleng kepala kali kedua. Otakku hampir mengalami brain freeze. Bezanya bukan disebabkan oleh makan ais krim sebaldi tetapi disebabkan pengakuan Emir. Your are mine? Sesedap rasa aji no moto sahaja dia berkata begitu. Aku ni yang dah lama makan hati berulam jantung disebabkan perangai badboynya. Lagi lama aku menghadap Emir maka besar kemungkinan aku akan mula menghantar permohonan untuk masuk ke Hospital Bahagia nanti.
Tak boleh jadi!
"Eh nak ke mana tu?"
Tanganku yang sedang memegang tombol pintu terhenti. Tanpa menoleh aku ke arah Emir, bibirku diketap. Menahan pelbagai emosi yang sedang berlegar-legar di ruang jiwa dan ragaku. Lama-lama aku terperangkap dengan Emir boleh jadi aku yang bertukar jadi badgirl pulak.
"Sambung kerja."
Aku terus pulas tombol pintu tanpa memperdulikan jeritan Emir. Namun sebaik sahaja aku membuka pintu, aku disajikan dengan satu panorama yang bakal membuatkan kerjaya aku musnah untuk selamanya.
"Aku belum habis cakap lagi! Kau nak pergi mana?"
Tangan kanan Emir yang melelar di tangan kiriku sidah tidak mampu ditepis lagi. Malah bukti sedia terhidang secara fresh lagi. Strike one.
Strike two. Keluar dari tandas wanita berdua-duaan, dengan keadaan mukaku yang merah padam.
Strike three. "Althea, Emir sila ikut saya ke pejabat sekarang."
Suara dingin beku Pengetua Sekolah sudahpun cukup untuk membuatkan duniaku gelap untuk seketika. Emir yang masih memegang tanganku sudah tidak dipedulikan, Yang berada dalam fikiranku adalah masa depanku sudah hancur.
Gelap gelita.
Kosong.
********************************************************************************************
Hi guys, Selamat Menjalani ibadah Puasa bagi yang Muslim . Salam Ramadan Kareem.
Share this novel