2

Drama Series 4104

Arief dan Adeline menuju ke arah bangku yang disediakan di Melbourne Central. Dyan ada menghantar pesanan Whatsapp mengatakan bahawa dia ke tandas sebentar. Jadi, boleh la bersembang dengan Arief.

"Kau dah lainlah sekarang. Dulu kau hodoh, sekarang kau lawa gila seyh." Arief masih tidak berhenti memuji Adeline. Penampilan gadis itu berubah 180°. Dulu penampilannya sangat selekeh. Sekarang, wow!

"Tak adalah, aku biasa-biasa aje. Eh, kau datang sini ada apa Rief. Bercuti dengan girlfriend eh?" Adeline mula tersenyum menyakat. Lama tak menyakat orang. Selalu asyik menyakat orang dalam rumah aje.

"Mana ada girlfriend. Siapa je nakkan aku ni. Aku datang bercuti dengan Hakim, Hilman dengan Faiq." Dengan senyuman Arief berkata sambil menatap wajah cantik Adeline.

Mendengarkan nama terakhir yang disebut Arief, wajahnya berubah pucat. Aduh, darah dah tak naik dekat muka. Tapi jantung pam darah dah over limit dah ni. Laju kalah Ferrari Portofino abang Danny.

"Fa Faiq?" Spontan nama itu meniti di bibir Adeline. Mata terus dihalakan di lantai.

"Kami datang sini sebab Faiq kata dia nak cari seseorang dekat sini. Lin, Faiq sayang kau. Dia cari kau. Lima tahun kau hilang, dia dah macam orang sasau cari kau." Kenyataan yang keluar dari mulut Arief bagai angin lalu. Adeline dengar namun dia tidak tahu ingin memberikan reaksi apa. Terkedu, terkejut semua ada.

Lengan Adeline disentuh seseorang. Jantung dah laju memikirkan segala kemungkinan. Kepala perlahan ditoleh ke arah tangan yang memegang lengannya. Spontan Adeline terus memeluk tubuh jejaka itu.

Dyan terkedu. Dapat dirasakan Adeline sedang menangis dibahunya. Perlahan-lahan tangan mengusap belakang badan Adeline.

Arief terkejut dengan tindakan Adeline. Selamba ah kau peluk lelaki sesuka hati macam tu.

"Err, bro." Arief menunjuk ke arah Adeline dengan muka baik kau lepas perempuan ni sebelum mata kau lebam.

"Ouh ya. I'm Dyan. You can think that I am a playboy, her boyfriend, sugardaddy or whatever but I am her cousin." Tangan dihulur kepada Arief. Berubah riak muka Arief. Oh, sepupu rupanya. Huluran tangan Dyan disambut.

"Arief. Nice to meet you." Usai bersalaman, Adeline meleraikan pelukannya pada Dyan.

Dyan memandang wajah Adeline yang sedikit merah kerana menangis. "You okay girl?" Adeline hanya mengangguk sedikit kepada Dyan.

"Have a chit chat guys. I am going to the ladies. Excuse me." Adeline terus berjalan menuju ke tandas tanpa melihat kiri kanan. Mesti wajahnya sembab sekarang ni. Inilah yang dia takutkan jika balik Kuala Lumpur. Ini tak balik lagi dah jadi dah. Dia berjiwa kasar, hati kering semua ada. Tapi tak tahu mana silapnya, bila melibatkan Faiq, hatinya jadi terlalu lembut. Kerana itulah dia kembali ke Australia. Dengan harapan, hati yang lembut ini boleh kembali kepada keadaan asal, keras dan kering.

Keluar sahaja dari tandas, Adeline menuju ke arah Dyan dan Arief kembali. Dua jejaka itu berdiri membelakanginya. Muka ceria seperti kanak-kanak ribena ditayangkan. Macam tak ada apa berlaku.

Lengan Dyan terus dipaut. Kalau orang tengok, memang orang kata lovebirds. Asyik berkepit aje. Dyan pusing ke arah Adeline dengan muka risau. Dah kenapa pula sepupu aku seorang ni? Sembelit pula ke.

"Hey girl. You're back. Erm, let's wonder around." Riak muka cuba dikawal agar Adeline tidak menghidu apa-apa yang pelik. Adeline menepis semua pemikirannya yang bukan-bukan.

"A second Dyan. Nak betulkan tali kasut." Sengaja ditarik Dyan ke tepi memberi laluan kepadanya untuk duduk di bangku sebentar. Sedaya upaya Dyan tidak mahu bergerak. Entah mana silapnya, Adeline berjaya mencelah untuk duduk di bangku itu. Badan kecil bolehlah mencelah.

Baru sahaja Adeline nak melabuhkan punggung, dia menangkap satu figura yang juga duduk di bangku itu. Spontan dia terus bangun dan ingin berlalu pergi. Namun, tangannya dipegang oleh figura itu.

"Adeline Christina, mana awak hilang selama ni?" Lembut suara itu menyapa gegendang telinga Adeline. Tanpa sedar, airmata mula bertakung di tubir mata. Dyan meleraikan pegangan tangan itu.

"I've told you bro, don't touch her. Last warning or you'll be dead." Tangan Adeline terus ditarik menjauhi bangku itu. Ada baiknya dia membawa Adeline pulang sekarang. Banyak sangat Adeline lalui hari ini. Dan apa yang berlaku hari ini mengungkapkan satu kebenaran.

Adeline terlalu mencintai Faiq dan Faiq juga begitu. Aku kena ikut Adeline balik Malaysia kalau macam ni. She's not okay.

Seharian Adeline berkurung di dalam biliknya, makanannya juga dihantarkan oleh Dyan.

Bila ada sesuatu yang mengingatkannya kepada Faiq, memang moodnya satu hari akan menjadi seperti angin monsun, tak menentu. Perwatakannya boleh berubah dalam masa satu saat. Tapi hari ini dia bertemu empat mata dengan Faiq, keadaannya akan lebih teruk dari selalu. Kalau tadi angin monsun, ini angin ribut taufan.

Pintu bilik diketuk dan dikuak dari luar, Ashren melangkah mendekati adiknya yang masih termenung dengan mata sedikit sembab. Baru habis menangis mungkin. Ashren nekad nak korek rahsia sehabisnya dari adiknya itu. Selama ini kalau ditanya kenapa mood Adeline kelaut, jawapannya adalah hormon perempuan memang macam itu. Mustahil perempuan datang haid lebih dari sekali sebulan. Sepanjang lima tahun Adeline di Australia ini, banyak kali dia melihat adiknya bersedih tanpa dia tahu kenapa. Bila ditanya Dyan, lelaki itu hanya membalas dengan gelengan tanda tidak tahu. Mana mungkin Dyan tidak tahu, mereka terlalu rapat untuk Adeline tidak menceritakan kepada adik sepupunya itu.

"Hey, little sister. You okay?" Soal Ashren sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas katil bersaiz King di bilik Adeline. Adeline memandang abangnya sebelum tersenyum nipis dan mengangguk. Eh susahnyalah nak mengaku diri tu tak okay. Ada yang kena campak terjun kolam renang dari tingkat tiga ni nanti. Sabar Ashren, dia tengah serabut tu.

"Stop lying little sister. I know you are totally not okay. Now tell me." Lembut tutur Ashren ingin memujuk adiknya supaya menceritakan semuanya. Adeline memandang Ashren lama sebelum matanya kembali berkaca. Perlahan-lahan airmata mula menitik semula. Ashren terus menarik Adeline ke dalam pelukannya. Adeline membalas pelukan abangnya dan menangis semahunya di bahu lelaki itu. Dyan yang sedari tadi memerhati dari luar pintu bilik Adeline yang terbuka sedikit itu turut sedih melihat keadaan sepupunya itu. Kalau orang sekali tengok, macam mak hilang anak dah. Dia mahukan Adeline yang dulu. Dyan terus beredar dari tempatnya apabila airmata lelakinya mula mengalir setitik.

"Lin benci dia abang. Lin benci dia sangat-sangat tapi Lin sayang dia. Lin rindu dia. Bila dengan dia, hati ni senang sangat lembut, abang. Lin dah tak tahu nak buat macam mana. I thought I am strong enough to face him now but, I can't. I miss him too much. Lin benci dia abang." Luah Adeline di bahu Ashren. Ashren mengusap lembut kepala Adeline di dalam dakapannya.

Ashren yang mendengar cuba menghadam apa yang disampaikan Adeline. Okay, ni memang kena korek rahsia ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience